Tahniah untuk anak-anak yang telah meraih kecemerlangan dalam PT3 ... bagi yang kurang menyerlah janganlah patah harapan. PT3 bukanlah pengakhiran sebuah perjalanan ... PT3 hanyalah langkah pertama untuk bertapak dalam arena ini dan perlu terus melangkah dengan semangat juang ... buktikan kecemerlangan anda dalam SPM 2016 ... in shaa Allah.
Baiklah cikgu akan sertakan sedikit info tentang novel baharu untuk negeri Johor, Sabah dan Sarawak ... Di Sebalik Dinara.
SINOPSIS
NOVEL DI SEBALIK DINARA
Bab
1
Farisha berjalan
susup-sasap untuk melepasi selautan manusia yang memenuhi balai berlepas
Lapangan Terbang Senai. Farisha memerhatikan seorang wanita yang sedang
berbicara dengan seseorang melalui telefon bimbitnya. Suaranya kedengaran agak
tinggi beberapa kali. Suara wanita itu sedikit sebanyak menimbulkan
kejengkelannya.
Di dalam pesawat,
Farisha dikejutkan dengan sapaan seorang pemuda yang meminta untuk duduk di
sebelahnya. Farisha teringin untuk berbual lanjut tetapi kelopak matanya
terlalu berat. Lelaki itu kelihatan segak dan mengenakan seutas jam tangan yang
kelihatan begitu aneh. Lelaki itu perasan
Farisha sedang memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam tangan itu sebenarnya
pusat kawalan elektroniknya.
Farisha sampai ke
apartmennya lalu cuba membuka pintu dengan mengimbas kad pintarnya namun gagal.
Farisha merenung kaca segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya sudah agak
berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan interkom untuk menghubungi teman
serumahnya, Shida. Rupa-rupanya, sistem keselamatan rumahnya baru sahaja
ditukar oleh abang Farisha , Azraai. Azraai telah memasang ‘retinal scanner’
dan menyambungkan interkom rumahnya dengan rumah Azraai. Farisha mengeluh
kecil.
Bab
2
Farisha mulai gelisah
menanti Rosman. Rosman berjanji untuk mengambilnya untuk ke Hotel Renaissance
menghadiri Simposium Persatuan Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya kereta
Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki monorel. Sampai ke tempat
simposium itu, Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut tetamu. Robot
penyambut tetamu membawa Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta simposium
sudah bersedia mendengar ucaptama.
Farisha bertemu semula
dengan pemuda yang duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia memperkenalkan
dirinya sebagai Aqram. Aqram bekerja di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha agak
terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek mini di Soft Lab untuk Farisha
dan Rosman. Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan menyatakan
keputusannya melalui e-mel. Dia perlu bertanya abangnya, Azraai dahulu.
Sebenarnya Aqram
mempunyai tujuan lain. Pen yang dihulurkan kepada Farisha untuk menulis alamat
e-mel tadi merupakan ‘penetrator’ alat yang boleh menerobos ruang minda
Farisha. Selepas Farisha memegang pen tersebut, Farisha berasa kepalanya
berdenyut-denyut.
Bab 3
Farisha
menghantar satu e-mel kepada Aqranm pada malam itu juga, selepas selesai sesi bengkel yang ketiga. Aqram
membalas e-mel tersebut 10 minit kemudian dan menetapkan masa dan tarikh untuk
pertemuan seterusnya. Farisha membaca e-mel tersebut berulang kali kerana tidak
percaya akan bekerjasama dengan syarikat gergasi IT di Malaysia.
Esoknya
Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk membincangkan projek mini yang ditawarkan.
Farisha berkenalan dengan Dr Maxi, salah seorang yang penting di situ. Farisha
diberikan projek bernilai RM1.5 juta dan perlu disiapkan dalam masa empat
minggu. Farisha dikehendaki untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab. Farisha berasa agak musykil dengan
tawaran tersebut dan meminta masa untuk mempertimbangkan tawaran tersebut.
Farisha
turut diperkenalkan dengan saintis yang menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl.
Karl terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat dalam sebuah bilik khas yang
dilengkapkan dengan peralatan seperti sebuah wad hospital. Dr Maxi memberitahu
Karl telah 3 tahun menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun sakit, Karl
masih aktif dengan projek penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara iaitu
sistem yang akan digodam oleh Farisha.
Bab 4
Farisha
berjumpa abangnya untuk meminta pendapat tentang projek mini di Soft Lab.
Abangnya memberi galakan supaya dia menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya
Farisha ke Soft lab bersama teman serumahnya Shida yang kebetulan ada temu
janji di tempat yang sama.
Farisha
disambut oleh Aqram yang kemudiannya menunjukkan pejabat Farisha di Soft Lab.
Farisha berasa terharu kerana kelengkapan yang disediakan sungguh di luar
jangkaannya. Aqram meneruskan perbualan dengan sesi penerangan tentang projek
yang akan dijalankan oleh Farisha. Farisha mulai jelas dengan tanggungjawabnya
untuk menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara. Sewaktu minum tengah hari, Shida berjumpa
Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas untuk menulis rencana dan biografi
Dinara dengan bayaran RM40 ribu.
Pada
masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar bertemu daan berbincang di
bilik perbincangan Soft Lab. Khairul memberi laporan tentang Shida dan Aqram
memberi laporan tentang Farisha. Dr Maxi terenyum dan berpuas hati. Dr Maxi
menyatakan Shida perlu berada bersama-sama Farisha dan mungkin akan menjadi
‘back up’ jika sesuatu terjadi kepada Farisha.
Bab 5
Hari
pertama Farisha bertugas di Soft Lab disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha
ke pejabat dan menerangkan penggunaan alatan di pejabat tersebut. Farisha
terlopong mendengar pembentangan Alia yang sangat lancar, tenang dan fasih
tentang IT. Farisha berasa kagum dan hairan kerana dia tidak nampak Alia
mengerdipkan mata sejak tadi.
Sewaktu
makan tengah hari bersama Shida, mereka bertukar-tukar cerita tentang
pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada menimbulkan cerita tentang Alia
yang dirasakannya agak pelik terutamanya kulit muka dan bulu keningnya. Mungkin
Alia ada membuat pembedahan plastik. Farisha menegur mulut celupar Shida.
Selepas
makan tengah hari, Farisha menyambung sesi perbincangan dengan Aqram.
Sepatutnya Aqram menerangkan 25 slaid kepada Farisha, tetapi hanya satu sahaja
yang sempat diterangkan. Farisha menimbulkan terlalu banyak persoalan dan
berjaya mengesan kelemahan Dinara.
Bab 6
Farisha
terlewat sampai ke pejabat kerana mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia
menyambut di muka pintu pejabatnya. Farisha teringat mimpinya tentang gagak,
burung hering dan harimau bintang. Bulu romanya merinding tiba-tiba. Dia berasa
pening. Alia menawarkan diri untuk mengurut kepalanya. Farisha bersandar di
kerusi dan Alia mengurut kepala dan tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai
Farisha dan akhirnya dia terlelap.
Ketika
itu dua jarum mudah lentur keluar dari kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan
kanan tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar namanya dipanggil. Di bilik yang
lain Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar sedangmemerhatikan sebuah layar besar
yang memancarkan imej Farisha dan Alia.
Farisha sedang berkomunikasi secara bawah sedar dengan Karl yang koma. Ketika
itu Alia mendengus dan terjerit pekik tidak puas hati. Dr Maxi cuba
mententeramkan Alia tetapi tidak berjaya.
Akhirnya Aqram mematikan suis di belakang tengkuk Alia. Serta merta Alia
berdiri tegak dan kaku.
Bab 7
Rosman,
Shida dan Farisha berbincang di pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka
bertiga membincangkan kontrak yang telah disediakan oleh bahagian perundangan Soft Lab. Shida sangat diperlukan kerana dia
mempunyai asas undang-undang. Perbincangan terpaksa ditamatkan kerana Farisha
sakit kepala.
Esok
malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai kerana dijemput untuk makan malam.
Farisha menegur abangnya yang kelihatan sedikit kurus. Selepas makan malam,
Azraai memberitahu ada dua berita penting yang ingin disampaikan kepasa
adiknya. Farisha marah dan akhirnya menangis apabila mengetahui abangnya
merahsiakan sakit yang dialaminya iaitu sakit jantung.
Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha
apabila dia mendapat tahu yang dia hanyalah anak angkat. Abang Azraai
memberikan satu fail plastik mengandungi dokumen penting tentang latar belakang
Farisha. Sepanjang malam Farisha menangis daan tidak dapat melelapkan mata.
Bab 8
Farisha
pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga dan cemas. Dia takut jika dia dituduh
menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit kemudian ambulans tiba dan membawa
Farisha ke hospital. Aqram dan Khairul Anwar mendapatkan Shida untuk bertanya
jika Farisha sakit. Shida terkejut dan menyatakan Farisha tiada sebarang sakit.
Pesanan
ringkas dari Dr Maxi. Doktor yang merawat Farisha meminta dia rehat di hospital beberapa hari. Aqram
menyimpan telefon bimbil di dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk diam dan
berpandangan sesama sendiri sambil menanti kepulangan Dr Maxi.
Pukul
4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr Maxi. Dia ditanya jika tahu apa-apa
tentang penyakit Farisha. Dr Maxi juga
bertanya jika Farisha mengandung. Shida tergelak kerana Farisha belum berkahwin
dan tiada teman lelaki. Tiba-tiba Shida teringat projek mini Farisha yang mungkin terlepas ke
tangan orang lain.
Bab 9
Dr
Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul Anwar. Dr Maxi berpendapat mungkin Farisha
keletihan selepas melalui 3 sesi berkomunikasi dengan Karl. Mereka mula
memikirkan Plan B. Shida akan menggantikan tempat Farisha. Tidaka mudah untuk
Dr Maxi membuat keputusan kerana Shida tidak
sebagus Farisha.
Ada
banyak prosedur perlu dilakukan untuk menggantikan tempat Farisha. Masalah
utama ialah cara mereka hendak meyakinkan Karl untuk berkomunikasi dengan
Shida. Karl telah menulis amanah, jika berlaku apa-apa kepadanya, hanya Farisha
sahaja yang boleh menyiapkan tugasannya. Mikrocip yang tertanam di tubuh
Farisha telah direka khas oleh Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada
wanita itu. Karl menggunakan kaedah itu sebagai satu kaedah telepati supaya dia
boleh berhubung dengan Farisha.
Di
rumah, Shida mula menyelongkar peti ais. Dia mencari jika ada sebarang
ubat-ubatan yang dimakan oleh Farisha. Hanya dua botol ubat gastrik. Shida
tergerak untuk masuk ke bilik Farisha dan mencari jika Farisha ada
menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba Shida terpandang almari baju.
Gerak hatinya kuat untuk membukanya. Perasaan bersalah menerpa. Dia tidak
sepatutnya menceroboh bilik Farisha tetapi Shida terpaksa. Dia ternampak fail
plastik yang diikat dengan tali berwarna coklat. Isi fail itu sangat
mengejutkan Shida.
Bab 10
Pagi
itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja untuk mengetahui kisah Medina. Dia
semakin leka membaca buku laporan nipis bertajuk ‘Medina’. Shida tertarik untuk
mengkaji tentang nama ini kerana dia mendapati nama Medina telah dipadamkan
daripada kebanyakan laporan kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi
pembantu penyelidik kepada Karl. Ternyata seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl.
Shida mengeluh.
Shida
tidak perasan Alia datang ke belakangnya kerana asyik membaca. Alia memberitahu
Shida yang Dr Maxi memanggilnya ke bilik Makmal B. Shida terkejut tetapi tidak
bertanya soalan lagi. Apabila sampai di makmal, Aqram dan Dr Maxi sudah menunggu.
Belum sempat Shida bertanya apa-apa, Alia menekupkan kedua-dua belah tangannya
ke muka Shida. Selepas itu Shida tidak ingat apa-apa lagi.
Shida
tersedar apabila Aqram mengejutkannya daripada tidur dan menyatakan sudah jam 2
petang. Aqram menyuruh Shida makan tengah hari dan akan berjumpa semula pukul
2.30 petang di pejabat Farisha. Shida tidak pasti adakah benar Alia ada
memanggilnya tadi ataupun dia bermimpi.
Petang
itu, di bilik Farisha. Shida mendapati Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar sudah
menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan dan meminta Shida menggantikan tempat
Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah seorang yang pakar dalam bidang
teknikal. Dr Maxi menenangkan Shida dan memintanya hanya mengikut arahan. Shida
akan dibawa ke alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan Karl. Situasi yang
mereka saksikan adalah agak aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan
seolah-olah dia mengalami mimpi ngeri. Suis dimatikan dan sesi ditamatkan
apabila Shida mula membantingkan tubuhnya ke kiri dan ke kanan.
Bab 11
Azraai
melawat Farisha di hospital. Farisha ingin tahu nama ibu kandungnya. Ibu
kandungnya bernama Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod tentang nama bapa
kandungnya. Farisha bersyukur kerana dia diserahkan dan membesar dalam keluarga
Islam.
Perbualan
dua beradik terganggu apabila Farisha mengatakan dia bertemu ibunya dalam
tidurnya. Azraai terkejut lantas menyatakan Farisha dalam bahaya dan perlu
dibawa keluar segera. Farisha ingin bertanya lanjut tetapi dia tahu abangnya
tidak suka dibangkang atau dipersoalkan. Azraai membawa adiknya jauh dari Kuala
Lumpur. Mungkin ke Kulai.
Dalam
perjalanan, Azraai menerangkan sebab-sebab dia tidak membenarkan Farisha
bertemu dengan ibunya. Ibu bapa Farisha merupakan orang yang sangat taksub
dengan sains dan sanggup mengorbankan anak sendiri demi sains.
Pada
masa yang sama di pejabat Farisha, Shida sedang meronta-ronta dan
berguling-guling di lantai. Nafasnya kencang dan matanya terbelalak beberapa
ketika. Karl telah menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku antara Karl dengan
Dr Maxi, Aqram dan Khairul Anwar. Karl tidak mahu Shida menggantikan tempat
Farisha. Farisha perlu dibawa segera ke Soft Lab.
Sementara
itu, dalam perjalanan Farisha mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya mencara
ubat di dalam begnya. Ketika itu juga cermin kereta mereka diketuk oleh dua
lelaki berkaca mata hitam. Azraai
terpaksa membuka cermin tingkap apabila mereka mengacukan muncung pistol ke
muka Azraai. Dua lelaki itu membawa lari Farisha.
Bab 12
Azraai
mulai cemas apabila Farisha dilarikan. Dia menghubungi Rosman untuk
membantunya. Azraai tidak sempat untuk menjelaskan situasi sebenar kepada
Rosman yang kebingungan. Mereka terus memecut kereta menuju ke Seremban.
Dua
lelaki yang menculik Farisha ialah Farid dan Amin. Mereka berdua merupakan
orang suruhan Marilyn, ibu kandung Farisha. Dalam kereta, Farisha masih
pengsan. Marilyn cuba berhubung dengan anaknya secara bawah sedar. Perbualan
itu dirakamkan. Dalam perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak mahu
berjumpa dengan ibunya.
Sementara
itu, di pejabat Farisha keadaan Shida agak terkawal. Namun ingatannya terganggu
dan bercampur aduk dengan ingatan Karl. Karl telah memindahkan ingatannya
selama 2o tahun ke dalam otak Shida. Alia berbual-bual dengan Shida. Alia dahulunya
ialah isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri derhaka kerana tidak mahu
mengikut Karl meninggalkan agama. Karl menyeksanya sehingga cacat. Walau
bagaimanapun, Rusmina tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina diberikan nyawa
baharu, wajah baharu dan personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.
Bab 13
Dr
Haris, doktor yang merawat Karl memaklumkan keadaan Karl kurang stabil. Aqram
meminta beberapa minit lagi untuk menamatkan sesi komunikasi bawah sedar antara
Shida dan Karl. Alia menyedari Karl telah menguasai tubuh Shida. Karl ( dalam
tubuh Shida ) minta agar ikatan tangannya dibuka kerana dia telah mendapat
ilham untuk menghapuskan virus yang menyerang Dinara. Jari jemari Shida pantai
menari-nari menaipkan beberapa baris program di terminal kawalan Dinara. Belum
selesai tugasnya, tiba-tiba datang seorang wanita dan dua lelaki berdiri di
muka pintu. Medina?! Dr Maxi dan Alia terkejut.
Shida
menghentikan tugasnya menyahaktif virus dan terpaksa berdepan dengan Medina.
Farisha yang tidak tahu apa telah berlaku, terkejut dengan suara Shida yang
berubah. Farisha turut tertanya-tanya kenapa orang di pejabat itu memanggil
ibunya ‘ Medina’. Medina @ Marilyn membuka rahsia 26 tahun lalu. Karl ialah
bapa kandung Farisha. Sejak Farisha kecil, bapanya telah menanam implan
beberapa kali di dalam tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga telah
diberikan berjenis-jenis ubat untuk menjadikannya kanak-kanak genius. Kaki
Farisha longlai apabila mengetahui kebenaran asal usul dirinya.
Dalam
keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima panggilan daripada Dr Haris yang
mengatakan Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar menamatkan sesi Shida dan
Karl. Medina membentak agar diberikan peluang bercakap dengan Karl. Dia tidak
tahu Karl sedang nazak.
Semua
orang bergegas ke rumah agam Karl, di Puchong. Keadaan semakin genting, Farisha
minta penjelasan daripada Aqram.
Bab 14
Farisha
berdepan dengan saat-saat yang paling hiba. Dia akan bertemu dengan ayah
kandungnya dalam keadaan yang tidak dijangka. Karl terbaring dan aktiviti
otaknya semakin menurun. Setiap orang
diberikan peluang untuk bertemu secara berseorangan dengan Karl. Tepat jam 7
malam, Karl menghembuskan nafasnya. Alia meraung, Medina hanya teresak-esak.
Farisha hanya terkedu.
Wasiat
terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka. Selepas
Subuh hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh berpuluh-puluh orang pekerja
Soft Lab. Farisha berasakan cinta Medina dan Karl sungguh aneh, walaupun
bersaing dan salin mencabar tetapi Medina masih sayang akan Karl.
Dalam
perjalanan pulang dari upacara itu, Aqram beriringan dengan Shida dan Farisha.
Tetapi Aqram dan Farisha berasa pelik dengan sikap Shida. Dia mula
berfalsafah seperti Karl. Aqram berasa
sesuatu yang tidak kena kerana tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau. Aqram
merenung tepat ke mata Shida dan mendapati Karl berada di dalam tubuh Shida.
Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan Medina.
Tema
Persaingan dalam dunia
sains.
Novel ini mengisahkan
sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi. Pada awalnya Karl dapat
menerima Medina@Marilyn sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia
berasakan Marilyn lebih hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk
melenyapkan pesaingnya itu. Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya
dia menjadi gila. Walaupun dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap
meneruskan dendamnya untuk menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya
dan akhirnya dapat menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang
dihasilkan oleh Karl iaitu Dinara
Terima kasih ye cg! Nasib ada sinopsis kat sini, kat kedai belum jual lagi buku rujukan. Terima kasih banyak cg latifah!
BalasPadamTerima kasih banyak cg latifah sbb buat sinopsis novel ni.
BalasPadamterima kasih ^^ . sangat membantu
BalasPadamMohon izin copy ya...
BalasPadamMohon izin copy ya
BalasPadammohon d share dgn murid sy ya..terima kasih:-)
BalasPadamMudah-mudahan perkongsian yang sedikit ini dapat membantu anak-anak pelajar tingkatan 4 2015 ... salam satu misi dari cikgu L
BalasPadamthanks cg.
Padamcg.boleh ajar saya tak ataupun memberi sedikit tips untk mencari isi2 penting mengikut bab dan senaraikan dalam bentuk peta minda?saya kurang pandai lah..
PadamAssalamualaikum cikgu..mohon share sinopsis ini yer..tq
BalasPadamcg.saya harap cg.boleh membantu saya.ini berkaitan dengan novel di sebalik dinara..saya kurang cekap dalam mengeluarkan isi penting dalam bab7 boleh cg.membantu saya sedikit?
BalasPadamAssalamualaikum Cikgu..mohon izin copy.. Terimakasih...
BalasPadamAssalamualaikum cikgu, izinkan saya copy ye.. Terima kasih.
BalasPadamterima kasih
BalasPadamsinopsis yang membantu menyelesai kerja rumah
nice note
BalasPadamassalamualaikum,cikgu mohon share ye sinopsis nye untuk persediaan awal bagi SPM 2016. Mohon halal ye ilmu nye cikgu. Terima kasih.
BalasPadam