Assalammualaikum anak-anak didik cikgu L semua,
Diam tak diam , hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi untuk anak-anak didik cikgu menduduki pentaksiran PT3. Bagaimana dengan persiapan anda untuk berjuang di medan PT3 nanti? Doa cikgu agar anak-anak didik cikgu semua sudah cukup bersedia fizikal dan mental untuk menjawab apa juga item yang ditanya nanti.
Untuk anak-anak didik cikgu di kelas 3 Abu Bakar dan 3 Othman, tak lupa juga 3 Omar dan 3 Ali, siapkanlah semua set latihan yang telah diterima. Buatlah latihan kendiri. Banyakkan doa agar Allah permudahkan segala urusan anak-anak semua.
Selamat berjuang anak-anak didik cikgu, semoga beroleh kejayaan cemerlang!!
Baiklah , sebagai latihan kendiri saat keemasan ini, anak-anak semua boleh ke Google Drive cikgu ini untuk memuat turun set latihan ya!
https://drive.google.com/drive/folders/0B3_kvFu8nTlLS0FzekQySDFwODQ?usp=sharing
Cari Blog Ini
Sabtu, 1 Oktober 2016
Jumaat, 16 September 2016
Titipan Bahasa Melayu Dekat di Hati sempena cuti Aidiladha
Tahniah !!
Muhammad Salahuddin, 3 Othman
Sebagai pembuka kata dan mauduk bicara,
antara persiapan yang dapat dilakukan oleh setiap individu pelajar untuk
mencapai kejayaan dalam bidang akedemik adalah sentiasa rajin mengulang kaji
pelajaran tanpa mengenal erti penat dan lelah. Pepatah kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya harus dijadikan pegangan dalam usaha mengejar
kejayaan yang diimpi-impikan oleh setiap pelajar. Sepatutnya selepas tamat waktu
persekolahan, sama ada di rumah
mahupun di asrama, kita perlu mengulang kaji semula ilmu yang baru sahaja dipelajari di dalam kelas agar lebih memahami
dan dapat mengingat kembali apa yang diajarkan oleh guru. Sesungguhnya cara ini
lebih berkesan untuk memantapkan lagi pemahaman kita terhadap sesuatu topik. Walaupun
kejayaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dicapai, namun kita
janganlah berputus asa dan kita perlulah meneruskan perjalanan kita untuk mencapai
apa yang kita dicita-citakan selama ini dengan penuh kegigihan dan kesabaran. Walaupun
kegagalan kali pertama mungkin amat pahit dan perit untuk ditempuhi, namun akan
terasa manisnya apabila kita berjaya dengan hasil usaha tangan kita sendiri. Tegasnya, sikap rajin berusaha amat dominan
dalam menentukan kejayaan seseorang dalam bidang akademik kerana sesungguhnya
usaha tangga kejayaan.
Selain itu, antara persiapan yang dapat dilakukan untuk menjamin kejayaan
dalam bidang akademik adalah dengan mengurus masa dan membuat jadual harian
bagi memudahkan lagi urusan seharian kita. Untuk membuat jadual pula, kita juga
perlulah bijak mengagihkan masa dan membahagikan subjek-subjek mengikut keutamaan. Namun perlu diingat,
jadual harian ini perlu juga mengambil kira kesesuaian masa untuk belajar dan
riadah. Sebagai contoh, kita memperuntukkan masa belajar untuk dua ataupun tiga
subjek dalam sehari, namun boleh juga mengikut cita rasa masing-masing. Jadikanlah
jadual itu sebagai panduan untuk kita menguruskan diri dengan lebih efisien dan
sistematik. Walaupun, senario ini nampak mudah, tetapi akan memberi impak positif
yang besar kepada kita. Contohnya, jika semua anggota masyarakat mendidik anak mereka dengan perkara sebegini,
masyarakat tersebut dapat melahirkan insan-insan yang berdisiplin dan bijak untuk menguruskan masa kepada
negara. Impaknya, generasi yang berdisiplin dan berdaya saing dapat dilahirkan
dan pastinya negara akan dipandang tinggi daripada negara-negara lain. Bagi
diri pelajar sendiri pula, dengan kejayaan pelajar mengurus masa akan dapat
meletakkan diri mereka setanding dengan
orang-orang yang berjaya.
Selain itu, secara berkumpulan juga antara salah satu
persiapan untuk meningkatkan lagi pencapaian dalam bidang akedemik. Hal ini
dikatakan demikian kerana, belajar secara berkumpulan ini dapat menambahkan lagi
pengetahuan kita dengan cara berkongsi pendapat dan pandangan antara satu sama
lain. Namun, perkara ini perlu dipandang serius kerana dapat memberikan impak
negatif kepada sesetengah indivdu. Sebagai contoh, ada juga beberapa kumpulan
yang acuh tak acuh untuk belajar kerana mereka banyak berbual, dan bermain. Oleh sebab itu, untuk mengelakkan
benda ini berlaku setiap kumpulan perlulah membataskan kapasiti ahli kumpulan
dan melantik ketua kumpulan agar dapat memastikan aktiviti pembelajaran
berkumpulan dapat berjalan lancar mengikut perancangan.
Konklusinya, kita sebagai penuntut
ilmu ataupun pelajar perlulah bersedia untuk membuat persediaan sehabis baik
untuk menghadapi peperiksaan dan janganlah memandang mudah terhadap perperiksaan kerana peperiksaan itu amatlah
penting untuk menentukan masa hadapan kita. janganlah mengambil mudah dengan
membuat persediaan pada akhir-akhir waktu. Hargailah masa kerana masa itu amat
berharga bagi kita kerana mengikut kata-kata orang dahulu, masa itu ibarat emas.
Janganlah sudah terhantuk baru terngadah. Menyesali keputusan peperiksaan yang
kurang cemerlang mungkin tiada gunanya lagi. Sebelum nasi menjadi bubur,
seyogianya setiap pelajar mengorak langkah membuat persiapan yang secukupnya
untuk mencipta kejayaan demi kejayaan dalam bidang akademik dan seterusnya mencorakkan
kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.
Titipan Bahasa Melayu Dekat di Hati sempena Cuti Aidiladha
PERSIAPAN
YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENINGKATKAN PENCAPAIAN DALAM BIDANG AKADEMIK
Oleh Zureen Halqish Mohd Hanafi, 3 Abu Bakar
Tahniah Zureen Halqish!
Mutakhir
ini, kejayaan akedemik sangat vital dalam menentukan kejayaan masa hadapan
seseorang individu. Namun, kejayaan akedemik ini hanya akan dimiliki jika
seseorang itu berusaha untuk mencapainya. Malangnya, masyarakat pascamodenisasi
ini tidak peka akan kepentingan kejayaan dalam bidang akademik. Sewajarnya,
persediaan perlu dilakukan lebih awal untuk mendapat hasil yang cemerlang dalam
peperiksaan yang bersifat akademik. Persoalannya, mengapakah sikap yang kurang
cakna akan kepentingan akedemik wujud dalam diri para pelajar? Dalam hal ini,
kita perlu berusaha bersungguh-sungguh kerana sesungguhnya kejayaan tidak datang
dengan mudah bak kata peribahasa yang bulat takkan datang bergolek, yang pipih
takkan datang melayang. Oleh itu, kita mestilah melakukan persiapan awal agar
kejayaan dapat dikecapi.
Langkah
primer yang perlu dilakukan oleh seorang pelajar adalah sentiasa fokus serta
memberikan sepenuh perhatian ketika guru sedang mengajar. Pakar psikologi ada mengatakan
bahawa lima puluh peratus kejayaan pelajar adalah disebabkan fokusnya ketika
dalam sesi pembelajaran di dalam kelas. Hal ini penting supaya murid tidak
terlepas fakta penting ketika guru sedang mengajar. Tamsilnya, ketika mengikuti
sesi pembelajaran di dalam kelas pelajar boleh membuat catatan ringkas atau
bertanya apabila tidak memahami topik yang dipelajari pada waktu itu. Tahukah anda
bahawa, bertanya merupakan aspek utama dalam pembelajaran persis kata
peribahasa melayu malu bertanya sesat jalan? Impaknya, murid akan lebih mudah
memahami konsep pembelajaran serta dapat menguasai topik tersebut juga dapat
mengaplikasikan dalam peperiksaan yang dihadapi. Dalam pada itu, untuk mendapatkan
impak pembelajaran yang maksimum di dalam kelas, pelajar seharusnya mempunyai
tidur yang cukup untuk bangun awal pada keesokan harinya dan membuat persediaan
awal sebelum guru mengajar topik yang ingin diajarkan. Hal yang demikian akan
menyebabkan mereka lebih mudah memahami topik ketika proses pembelajaran
dilakukan. Tegasnya, tumpuan dan fokus di
dalam kelas akan mendorong seseorang
kecemerlangan dalam akedemik.
Pada waktu yang sama, seorang pelajar yang cemerlang perlulah menjaga
amalan pemakanan dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan bernutrisi.
Piramid makanan sudah tersusun sempurna untuk dijadikan panduan dan diikuti
oleh setiap pelajar bagi memastikan keseimbangan zat makanan yang diambil. Sebaik-baik
makanan ialah makanan sunah. Rasulullah menyuruh kita mengamalkan makanan sunah
yang diamalkan oleh baginda. Kita ambil contoh yang terdekat iaitu kismis. Kismis
merupakan salah satu makanan yang boleh mengurangkan tekanan, melancarkan
peredaran darah, merawat anemia, menguatkan jantung dan menerangkan hati selain
dari terkenal dengan kelebihannya kepada otak. Sabda Rasulullah mengenai
kismis, biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan,
menghilangkan lendir, menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan
menghilangkan letih. Selain daripada pemakanan sunah, kita juga boleh mengambil
makanan yang baik untuk otak seperti
kekacang dan bijirin penuh. Bijirin penuh amat penting kerana bijirin penuh
dapat memberi tenaga yang konsisten kerana proses pembebasan tenaganya yang
perlahan mampu memberi tenaga dalam tempoh yang lama. Hal ini dikatakan perlu
bagi seseorang pelajar kerana kehidupan di sekolah yang sangat padat dengan
aktiviti mental dan fizikal sememangnya memerlukan tenaga yang banyak untuk para
pelajar melunaskan setiap tugasan. Dengan pemakanan yang sihat, kita akan lebih
bertenaga dan dapat memberi lebih tumpuan dan fokus ketika bekerja dalam jangka
masa yang panjang. Selain itu, kita perlu juga mengelakkan diri daripada memakan
makanan yang mengandungi pewarna makanan dan bahan pengawet yang mampu
merosakkan otak kita. Makanan seperti ini tidak sepatutnya diamalkan oleh
seorang pelajar yang bergelar pelajar cemerlang. Jelaslah, amalan pemakanan
yang sihat mampu melahirkan otak yang sihat bagi memudahkan otak pelajar
berfungsi dengan lancar bak kata peribahasa Arab ,akal yang sihat datangnya
dari tubuh badan yang sihat.
Indikator seterusnya, aspek pengurusan masa yang
bijak adalah langkah efisien yang seyogia dilakukan oleh seorang pelajar
cemerlang. Hal ini dapat dilakukan dengan membuat jadual belajar yang fleksibel dengan
mengambil kira agihan masa yang seimbang antara aktiviti kurikulum dan
kokurikulum. Pengurusan masa yang baik juga dapat mengelakkan seseorang daripada terjebak
dalam kebejatan sosial yang menghambat para pelajar seperti melepak dan
membuang masa begitu sahaja . Selain itu, penyediaan jadual ini amat penting
bagi mengelakkan pelajar kebosanan dengan hanya menghadap buku setiap masa.
Pelajar yang cemerlang juga memerlukan riadah dalam kehidupan seharian mereka.
Menyingkap daripada perspektif lain, aktiviti riadah yang dilakukan mampu
menjadi pemangkin untuk mengurangkan tekanan seseorang. Bayangkan, jika seorang
pelajar perlu menghadap buku sahaja, tidakkah mereka akan mula mengalami
tekanan? Kepenatan dan keletihan menunjukkan simptom-simptom tekanan seperti
letih, lesu dan tidak bersemangat. Hal yang demikian menyebabkan prestasi
mereka mengalami kemerosotan serta mengundang pelbagai impak negatif. Adanya
jadual belajar juga akan membantu pelajar untuk menyiapkan tugasan yang diberi
oleh guru tepat pada waktunya tanpa bertangguh kerana sesungguhnya bertangguh
itu pencuri masa. Mantan Perdana Menteri kita
iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad ada mengatakan, ramai yang boleh memiliki jam
tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menetapi masa yang
berharga. Kata-kata beliau ini terbukti dengan sikap segelintir masyarakat
zaman kini hanya sibuk mahu memiliki jam tangan yang tinggi harganya tetapi
tidak mampu menghargai setiap saat yang mereka ada. Seorang pelajar cemerlang
mesti mempunyai waktu untuk meng ulang kaji harian mereka.Waktu yang paling
bagus untuk mengulang kaji pelajaran adalah pada waktu pagi. Pakar psikologi
mengatakan, otak berfungsi seratus peratus pada waktu pagi, lima puluh peratus
pada waktu petang dan hanya dua puluh peratus pada waktu malam. Izharlah bahawa
pengurusan masa yang bijak mampu menjadikan seorang pelajar yang berdisiplin
dan menguruskan masa dengan baik.
Selain itu, pelajar
cemerlang sewajarnya memiliki sahsiah dan peribadi yang unggul. Tidak berguna
bagi seseorang jika hanya memiliki keputusan yang cemerlang tetapi tidak
mempunyai sahsiah yang terpuji. Maka, seorang pelajar cemerlang haruslah menjaga
hubungan baik antara ibu bapa, guru dan rakan seperjuangan. Keberkatan ilmu daripada
seorang guru itu amat berharga kerana tanpa keberkatan ilmu tidaklah ilmu itu
berkekalan dalam diri seorang pelajar. Mereka haruslah menggunakan bahasa dan
juga kata yang sopan bagaikan butir- butir mutiara yang berharga. Meninjau dari
aspek rakan pula, seorang pelajar yang bergelar pelajar cemerlang perlulah
berlapang dada untuk mengajar rakan lain jika mereka tidak memahami sesuatu
topik yang diketengahkan. Hal ini dikatakan demikian kerana bantuan yang
diberikan dapat mengukuhkan lagi pemahaman atas penerangan yang diberikan.
Rasulullah bersabda dalam hadisnya, apabila mati anak Adam maka terputuslah
segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu doa anak yang soleh, sedekah jariah
dan ilmu yang bermanfaat. Tidaklah rugi seseorang jika menyampaikan sesuatu
info kepada orang lain malah akan ditambahkan lagi ilmu seseorang yang
menyampaikan ilmu. Sifat sombong dan bakhil dalam pembelajaran tidak pernah
wujud dalam kamus seorang pelajar cemerlang. Impaknya, mereka akan disenangi
bukan sahaja oleh guru dan juga rakan malah masyarakat sekeliling turut
menyenangi sikap mereka kerana tidak besikap seperti kera sumbang ataupun bagai
enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Jelaslah bahawa, akhlak peribadi yang mantap
mampu mengapai kecemerlangan dalam diri seorang pelajar.
Tuntasnya, kecemerlangan dalam
bidang akademik seseorang pelajar mampu mencorakkan masa depan yang cerah.
Pelajar cemerlang seharusnya memiliki kualiti diri yang tinggi bukan sahaja
dari segi akedemik malahan dari segi kokurikulum dan sahsiah juga perlu
dititiberatkan. Mereka ini menepati ciri-ciri modal insan kelas pertama yang mampu
melonjakkan anjakan paradigma kepada negara. Namun begitu, kita tidak boleh hanya menunggu
kejayaan datang bergolek kepada kita. Kejayaan itu perlu dicari dan digali. Persediaan
yang mantap dan konsisten perlu dilakukan. Walaupun mungkin agak lambat bak
sehari selembar benang, namun pepatah ada mengatakan kalau tidak dipecahkan
ruyung, manakan dapat sagunya. Hasil persediaan yang dilakaukan dan sinergi semua
pihak pasti membuahkan kecemerlangan dalam diri seorang pelajar. Prakarsa yang
diambil memerlukan komitmen yang padu daripada semua pihak bukannya sekadar
hangat-hangat tahi ayam mahupun melepaskan batuk di tangga sahaja. Marilah kita
menjangkau daya dan usaha sehabis mungkin untuk mencorakkan masa depan negara
dengan warna seindah pelangi bagi melahirkan modal insan yang syumul untuk
bersaing di peringkat antarabangsa mahupun seantero dunia.
Khamis, 15 September 2016
Titipan Bahasa Melayu Dekat di Hati sempena cuti Aidiladha ...terima kasih atas komitmen anak-anak didik cikgu L yang telah menghantar tugasan.
Karangan kiriman Siti Qaisara binti Mohammad Feisal
3 abu Bakar.
Tahniah Qaisara! Teruskan kecemerlangan anda!
Setiap individu yang ingin berjaya dalam
bidang akademik perlu melakukan persiapan. Jelaskan persiapan-persiapan yang
perlu dilakukan untuk mencapai pencapaian anda dalam bidang akademik.
Mutakhir ini, pencapaian akademik
dianggap sangat penting dalam menentukan kejayaan seseorang individu pada masa
hadapan. Namun, kejayaan akademik itu hanya akan dimiliki jika seseorang itu
berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapainya. Malangnya, terdapat segelintir masyarakat
pada masa ini yang tidak peka akan kepentingan kejayaan dalam bidang akademik.
Sewajarnya persediaan perlu dilakukan lebih awal untuk mendapat hasil yang
cemerlang. Persoalannya, mengapakah sikap yang kurang cakna akan kepentingan
akademik ada dalam diri para pelajar? Dalam hal ini, kita perlu berusaha
bersungguh-sungguh kerana sesungguhnya kejayaan tidak datang dengan mudah bak
kata peribahasa, yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang. Oleh sebab itu, kita mestilah
melakukan persiapan awal agar kejayaan dapat dicapai.
Salah satu persiapan yang perlu kita
lakukan ialah kita hendaklah sentiasa menumpukan perhatian semasa guru sedang
mengajar di dalam kelas. Hal ini amat penting kerana jika kita memberikan sepenuh tumpuan
terhadap guru yang sedang mengajar sudah tentulah proses pembelajaran dapat diserap
masuk ke dalam minda kita dengan optimum. Kajian pakar psikologi menunjukkan
bahawa penerimaan manusia adalah 30% daripada pendengaran dan 70% daripada penglihatan.
Jika seorang pelajar tidur di dalam kelas, kedua-dua sumber ilmu, yakni
penglihatan dan pendengaran, akan tertutup. Maka ilmu apakah yang diserap masuk
ke dalam dadanya? Kita juga perlu terlibat secara aktif ketika
proses pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan agar dapat mewujudkan
suasana bilik darjah yang ceria dan tidak membosankan. Natijahnya, kita dapat menguasai sesuatu subjek atau mata pelajaran
dan seterusnya mengaplikasikannya dalam peperiksaan. Kita juga seharusnya kerap
bertanya kepada guru-guru sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang
kurang difahami kerana berdasarkan satu kajian yang telah dijalankan oleh pakar
psikologi mendapati kebanyakan kecemerlangan pelajar-pelajar dalam peperiksaan
adalah disebabkan oleh pelajar-pelajar yang sentiasa mengemukakan soalan-soalan
sekiranya terdapat sesuatu topik atau tajuk yang kurang difahami oleh mereka.
Benarlah kata pepatah Melayu, malu bertanya sesat jalan, jika kita malu
mengemukakan soalan kepada guru tentang subjek yang kita kurang faham terus
menjadi tidak faham selama-lamanya. Tegasnya, memberikan tumpuan ketika guru
sedang mengajar merupakah persiapan yang
perlu dilakukan oleh pelajar yang ingin berjaya.
Seterusnya, pengurusan masa yang
cekap perlu ada dalam diri kita untuk mempersiapkan diri dalam mencapai
kejayaan akademik yang cemerlang. Persoalannya adalah bagaimana cara kita
hendak menguruskan masa? Kita hendaklah menyediakan jadual harian mahupun
jadual belajar agar dapat melakukan tugas tepat pada masanya. Jadual belajar
dapat mendisiplinkan kita dan membantu kita mengurus masa dengan lebih efisien.
Selain itu, dengan adanya jadual ini, kita dapat mengelakkan diri daripada
membuang masa daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah seperti melepak,
bermain permainan video dan duduk goyang kaki. Kerja-kerja rumah juga tidak
akan tertangguh. Jika kita menangguhkan sesuatu pekerjaan, kerja tersebut
menjadi semakin banyak sehingga kita kekurangan masa untuk menyiapkannya kerana
sesungguhnya bertangguh itu pencuri masa. Tokoh negarawan ulung negara Tun Dr
Mahathir pernah berkata ramai orang boleh membeli jam mahal tetapi tak ramai
orang boleh menghargai masa. Kata-kata tokoh ini seharusnya kita jadikan
pedoman dalam aspek pengurusan masa agar kita mejadi orang yang cemerlang dan
tahu memanfaatkan masa dua puluh empat jam yang dikurniakan oleh Allah dengan
sebaik-baiknya. Impak murni hasil daripada pengurusan masa akan melahirkan
pelajar yang berdisplin dan disenangi guru-guru dan rakan-rakan serta dapat
meningkatkan lagi kejayaan dengan lebih cemerlang. Jelaslah bahawa, pengurusan
masa amat penting bagi persiapan dalam mencapai sesebuah kejayaan dam biang
akademik.
Selain itu, kita perlulah menjaga
amalan pemakanan yang sihat dalam kehidupan seharian kita. Tanpa pemakanan yang
sihat, kita mungkin sahaja kekurangan nutrien dan memungkinkan kita mudah
berasa lemah badan, tidak bersemangat dan jatuh sakit. Antara contoh makanan
yang baik untuk kesihatan tubuh badan dan minda ialah ikan, kismis, kurma, madu,
kekacang dan susu segar. Sebagai contoh, ikan mengandungi Omega-3 yang baik
untuk pertumbuhan dan kecerdasan otak, kurma mampu menyihatkan sel darah merah
kerana mengandungi vitamin E manakala kandungan gula dalam kismis dikenal pasti
dapat meningkatkan daya pemikiran otak. Hal ini demikian kerana otak memerlukan
gula ringkas dalam kuantiti yang banyak. Rasulullah SAW bersabda bahawa
biasakanlah makan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan,
menyihatkan badan, menguatkan saraf, menghilangkan lendir dan menghilangkan
letih. Jelaslah bahawa, tubuh badan kita memerlukan semua zat untuk menjalani
aktiviti seharian tanpa menjadi lesu.
Tambahan pula, penyertaan yang aktif
dalam aktiviti kokurikulum memungkinkan kita mencapai kejayaan yang cemerlang
dalam akademik. Kita sebagai seorang pelajar perlu membabitkan diri dalam
akiviti kelab dan persatuan sama ada di peringkat sekolah mahupun di luar
sekolah. Unit beruniform seperti Persatuan Kadet Remaja sekolah, kelab sukan
dan permainan seperti catur dan memanah akan menjadikan diri kita serba boleh
dalam pelbagai aspek di sekolah. Jika kita melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum,
secara tidak langsung aktiviti ini berupaya
merehatkan minda kita daripada terkongkong oleh amalan membaca buku
sahaja lalu memberikan satu ketenangan minda. Sesungguhnya, ramai pelajar yang bergiat
aktif dalam aktiviti kokurikulum telah membuktikan kemenjadian yang setara
dalam bidang akademik.
Akhirulkalam, persiapan awal yang
dilakukan dengan amalan yang terbaik dapat membuahkan hasil kejayaan akademik
yang cemerlang kepada kita kelak. Oleh itu kita harus sedar bahawa kita perlu
berusaha bersungguh-sungguh jika ingin kejayaan menjadi milik kita. Pastinya
kehidupan kita dalam masa akan datang lebih terjamin dan cerah pula. Benarlah
kata pepatah usaha tangga kejayaan membuktikan bahawa usaha untuk berjaya
terletak pada tangan kita sendiri. Kejayaan dalam peperiksaan boleh
dianalogikan sebagai pelita yang menjadi penyuluh kepada kita pada malam-malam
yang gelap-gelita. Jika tidak kita akan hidup teraba-raba dalam kegelapan. Oleh
sebab itu, persiapan awal amatlah penting bagi melahirkan lebih ramai lagi
pelajar yang berjaya, berdisiplin, patuh, dan juga berkualiti untuk menjamin
masa depan mereka dan juga Malaysia kelak.
Rabu, 17 Ogos 2016
Titipan hujung minggu ... Bahasa Melayu Dekat di Hati ... untuk anak-anak didik cikgu di kelas 1 Othman ( 19-20 Ogos 2016)
Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua ...
Seperti yang telah cikgu janjikan ... cikgu sertakan beberapa tugasan untuk cuti hujung minggu anak-anak didik yang cikgu kasihi.. Sila teruskan pembacaan anda ... :)
1. Tugasan 1 ...
Berikut cikgu sertakan perenggan ulasan yang telah anda hasilkan dalam masa pdp tempohari. Salin semula hasil kerja kumpulan anda yang di bawah ini dalam buku penulisan. (kekalkan warna tulisan )
2. Tugasan 2 ...
Cikgu percaya anak-anak didik cikgu pernah bercuti bersama-sama keluarga. Tidak kira percutian di kampung halaman atau detinasi yang lain. Tulis sepucuk surat kiriman tidak rasmi kepada cikgu, ceritakan pengalaman percutian anda dan sertakan sekali beberapa gambar percutian anda. Cikgu menunggu kiriman surat anak-anak didik semua di e-mel cikgu .... ahliazahid@gmail.com
Selamat berhujung minggu bersama-sama keluarga ... :)
Cikgu kongsikan beberapa gambar percutian cikgu sekeluarga di Istambul, Turki pada Jun 2015
Seperti yang telah cikgu janjikan ... cikgu sertakan beberapa tugasan untuk cuti hujung minggu anak-anak didik yang cikgu kasihi.. Sila teruskan pembacaan anda ... :)
1. Tugasan 1 ...
Berikut cikgu sertakan perenggan ulasan yang telah anda hasilkan dalam masa pdp tempohari. Salin semula hasil kerja kumpulan anda yang di bawah ini dalam buku penulisan. (kekalkan warna tulisan )
Mutakhir ini, pelajar-pelajar semakin kurang berdisiplin di sekolah.
Antara masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar ialah vandalisme ( tersurat ).
Tamsilnya, merosakkan harta benda sekolah dan menconteng meja. Masalah mungkin
berpunca daripada kesibukan ibu bapa
dengan kerjayanya ( tersirat ). Kesannya, para pelajar tidak
mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Selain itu, pengaruh rakan
sebaya ( tersirat ) juga menyumbang kepada masalah disiplin
pelajar seperti ponteng
sekolah ( tersurat ). Pelajar yang ponteng kerap kali mengunjungi kafe siber dan
melepak tanpa tujuan. Konklusinya,
ibu bapa perlulah memberi perhatian kepada anak-anak supaya mereka lebih
berdisiplin dan dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat.
2. Tugasan 2 ...
Cikgu percaya anak-anak didik cikgu pernah bercuti bersama-sama keluarga. Tidak kira percutian di kampung halaman atau detinasi yang lain. Tulis sepucuk surat kiriman tidak rasmi kepada cikgu, ceritakan pengalaman percutian anda dan sertakan sekali beberapa gambar percutian anda. Cikgu menunggu kiriman surat anak-anak didik semua di e-mel cikgu .... ahliazahid@gmail.com
Selamat berhujung minggu bersama-sama keluarga ... :)
Cikgu kongsikan beberapa gambar percutian cikgu sekeluarga di Istambul, Turki pada Jun 2015
...menelusuri Laut Bosphorus ... menikmati suhu Mediteranean yang dingin dan nyaman ... |
... menikmati aiskrim Turki yang unik ... aiskrim yoghurt ... harga 3 LT ... |
![]() |
... kakak Hayati di hadapan Blue Mosque ... |
![]() |
![]() |
... Turkey Airlines ... |
Sabtu, 13 Ogos 2016
Tugasan hujung minggu 1 Othman ( 12-13 Ogos 2016 )
Tahniah Athirah kerana berjaya menghantar tugasan anda! Baiklah ... sama-sama kita baca karangan ulasan Nur Athirah ini ya ... :D
Dasawarsa ini, karya sastera kurang diminati oleh
para pembaca. Terdapat beberapa faedah membaca karya sastera. Membaca karya
sastera dapat meningkatkan kemahiran berbahasa para pembacanya. Selain itu , kita dapat menambah kosa kata dengan lebih mendalam. Tamsilnya, kosa kata laras sains dan komputer. Seterusnya, karya sastera memberi pengajaran untuk kita mengubah sikap kepada yang lebih baik. Membaca karya sastera juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan semangat cinta akan negara. Antara
langkah menggalakkan masyarakat membaca karya sastera ialah pihak kerajaan
mengadakan kempen cintai karya sastera.
Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan membaca karya sastera. Tuntasnya, kita perlulah kerap membaca karya sastera untuk memperkaya pengetahuan kita.
( Nur Athirah – 1 Othman )
Jumaat, 12 Ogos 2016
Titipan Bahasa Melayu Dekat di Hati anak-anak pelajar 1 Othman ( cuti hujung minggu 12-13 Ogos 2016 )
Assalammualaikum wbh anak-anak didik 1 Othman yang cikgu kasihi. Cikgu mohon maaf kerana agak terlewat untuk memuat naik bahan untuk tugasan minggu ini. Ada kekangan masa sedikit ... :)
Baiklah ... berikut cikgu sertakan karangan ulasan yang anak-anak pelajar buat dalam kelas tempoh hari. Apa yang perlu anak-anak pelajar lakukan adalah
1. Kenal pasti isi tersirat yang relevan. ( Isi tersirat tentang langkah-langkah menggalakkan masyarakat membaca karya sastera)
2. Nyatakan sekurang-kurangnya dua isi tersirat anda dalam ruangan komen. Bina ayat yang lengkap dan gramatis untuk isi tersirat tersebut. ( Jangan lupa nyatakan nama anda )
Dasawarsa ini, karya
sastera kurang diminati oleh para pembaca. Terdapat beberapa faedah membaca
karya sastera. Membaca karya sastera dapat meningkatkan
kemahiran berbahasa para pembacanya. Selain itu ,kita dapat menambah kosa kata dengan lebih mendalam. Tamsilnya,
kosa kata laras sains dan komputer. Seterusnya ,karya sastera menampilkan nilai-nilai murni yang dapat kita contohi seperti
tolong-menolong. Di samping itu, karya sastera memberi
pengajaran untuk kita mengubah sikap kepada yang lebih baik. Membaca
karya sastera juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan
semangat cinta akan negara. Tuntasnya, kita perlulah kerap membaca karya
sastera untuk memperkaya pengetahuan kita.
Cikgu tunggu komen-komen anda .... selamat menjawab!
Baiklah ... berikut cikgu sertakan karangan ulasan yang anak-anak pelajar buat dalam kelas tempoh hari. Apa yang perlu anak-anak pelajar lakukan adalah
1. Kenal pasti isi tersirat yang relevan. ( Isi tersirat tentang langkah-langkah menggalakkan masyarakat membaca karya sastera)
2. Nyatakan sekurang-kurangnya dua isi tersirat anda dalam ruangan komen. Bina ayat yang lengkap dan gramatis untuk isi tersirat tersebut. ( Jangan lupa nyatakan nama anda )
Ulasan : Faedah membaca karya sastera
Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan
Cikgu tunggu komen-komen anda .... selamat menjawab!
Ahad, 31 Julai 2016
Tugasan Bahasa Melayu Dekat di Hati sempena cuti hujung minggu ( 5-6 Ogos 2016 )
Assalammualaikum anak-anak didik yang cikgu kasihi ... cuti hujung minggu kini kembali :D
Baiklah, seperti yang telah cikgu janjikan, isilah masa cuti hujung minggu anda dengan buah tangan istimewa daripada cikgu ini. Sila habiskan bacaan arahan tugas di bawah ini ...
Untuk anak-anak didik 1 Othman yang bijaksana
1. Sila hantar klip video Hari Raya anda dengan kadar segera ke alamat ini ...
ahliazahid@gmail.com. Yang tercepat ... pastinya yang terbaik :)
2. Buat rujukan sumber Internet dan cetak nota bagi Antologi Kuingin Berterima Kasih ( bagi yang belum lengkap sahaja )
Untuk anak-anak didik cikgu 3 Abu Bakar dan 3 Othman yang hebat dan rajin
1. Buat ulang kaji dan rujukan tentang Ujian Lisan Mendengar dan Bertutur yang akan menjelang tidak lama lagi. Pastikan debaran ditenangkan ya ... Boleh cetak apa-apa bahan yang menyokong, kita bincang dalam kelas ya...
2. Kumpulan yang telah menerima tugasan dendaan kasih sayang ( klip video Hari Raya) ... sila hantar dengan kadar segera ke alamat ini ... ahliazahid@gmail.com.
#syedzakidankrew#fahimdanrakan2#
p/s
Maaf kerana cikgu agak kesempitan masa untuk bersama-sama anda di dalam masa pdp rasmi kerana tuntutan tugas rasmi. Jangan bimbang ... hutang pasti kuganti :)
Baiklah, seperti yang telah cikgu janjikan, isilah masa cuti hujung minggu anda dengan buah tangan istimewa daripada cikgu ini. Sila habiskan bacaan arahan tugas di bawah ini ...
Untuk anak-anak didik 1 Othman yang bijaksana
1. Sila hantar klip video Hari Raya anda dengan kadar segera ke alamat ini ...
ahliazahid@gmail.com. Yang tercepat ... pastinya yang terbaik :)
2. Buat rujukan sumber Internet dan cetak nota bagi Antologi Kuingin Berterima Kasih ( bagi yang belum lengkap sahaja )
Untuk anak-anak didik cikgu 3 Abu Bakar dan 3 Othman yang hebat dan rajin
1. Buat ulang kaji dan rujukan tentang Ujian Lisan Mendengar dan Bertutur yang akan menjelang tidak lama lagi. Pastikan debaran ditenangkan ya ... Boleh cetak apa-apa bahan yang menyokong, kita bincang dalam kelas ya...
2. Kumpulan yang telah menerima tugasan dendaan kasih sayang ( klip video Hari Raya) ... sila hantar dengan kadar segera ke alamat ini ... ahliazahid@gmail.com.
#syedzakidankrew#fahimdanrakan2#
p/s
Maaf kerana cikgu agak kesempitan masa untuk bersama-sama anda di dalam masa pdp rasmi kerana tuntutan tugas rasmi. Jangan bimbang ... hutang pasti kuganti :)
Sabtu, 28 Mei 2016
Titipan Mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati untuk anak-anak didik 4 Ibnu Khaldun
Titipan mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati .... sempena Cuti Pertengahan Tahun 27 Mei - 11 Jun 2016
Assalamualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi .... seperti yang telah cikgu janjikan, inilah titipan tugas cuti untuk anak-anak didik semua.
Tugasan khas untuk anak-anak didik 4 Ibnu Khaldun yang hebat. Tugasan anda seperti berikut :
Tugasan khas untuk anak-anak didik 4 Ibnu Khaldun yang hebat. Tugasan anda seperti berikut :
1. Cari contoh karangan tentang keluarga bahagia, amalan menabung dan peranan ibu bapa memupuk budaya penyayang. Cetak karangan tersebut dan bawa ke kelas untuk perbincangan.
2. Siapkan slaid power point 10 hadis atau kata-kata hikmat tentang pendidikan. E-melkan slaid power point kepada latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Jumaat 10 Jun 2016.
Selamat bercuti dan siapkan tugasan dengan ceria ... :)
Titipan Mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati untuk anak-anak didik 1 Othman, 3 Abu Bakar dan 3 Othman.
Titipan mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati .... sempena Cuti Pertengahan Tahun 27 Mei - 11 Jun 2016
Assalamualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi .... seperti yang telah cikgu janjikan, inilah titipan tugas cuti untuk anak-anak didik semua.
Tugasan khas untuk anak-anak didik 1 Othman yang hebat. Tugasan anda seperti berikut :
1. Cari contoh karangan tentang keluarga bahagia, amalan menabung dan peranan ibu bapa memupuk budaya penyayang. Cetak karangan tersebut dan bawa ke kelas untuk perbincangan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contohnya. E-melkan slaid power point kepada latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Jumaat 10 Jun 2016.
Tugasan untuk anak-anak didik cikgu di kelas 3 Abu Bakar dan 3 Othman yang rajin. Tugasan anda seperti berikut :
1. Siapkan 6 slaid power point tentang hadis pilihan yang berkaitan adab menuntut ilmu dan pendidikan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contoh penggunaannya mengikut konteks.
Tugasan khas untuk anak-anak didik 1 Othman yang hebat. Tugasan anda seperti berikut :
1. Cari contoh karangan tentang keluarga bahagia, amalan menabung dan peranan ibu bapa memupuk budaya penyayang. Cetak karangan tersebut dan bawa ke kelas untuk perbincangan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contohnya. E-melkan slaid power point kepada latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Jumaat 10 Jun 2016.
Tugasan untuk anak-anak didik cikgu di kelas 3 Abu Bakar dan 3 Othman yang rajin. Tugasan anda seperti berikut :
1. Siapkan 6 slaid power point tentang hadis pilihan yang berkaitan adab menuntut ilmu dan pendidikan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contoh penggunaannya mengikut konteks.
Sila e-melkan tugasan 1 dan 2 kepada latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Jumaat 10 Jun 2016.
Selamat bercuti dan siapkan tugasan dengan ceria ... :)
Langgan:
Catatan (Atom)