Cari Blog Ini

Jumaat, 1 Ogos 2014

Titipan cuti sekolah musim Cuti Raya Fasa 2

Titipan cuti sekolah khas untuk anak-anak didik tingkatan 3 Omar yang bijak bistari ...

Assalammualaikum anak-anak cikgu yang dikasihi .... salam Syawal untuk semua .... maaf tugasan ini muncul saat masa kecederaan ... hehe ...

Tiada tugasan tambahan ... hanya untuk memastikan tugasan fasa 1 iaitu 4 buah karangan telah disiapkan.


Tugasan fasa 2 pula klip video hari raya. Yang ini ada sedikit tugasan tambahan untuk band 6 ... sila sertakan 6 rangkap puisi sama ada pantun ... syair atau sajak ... yg berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda ... masukkan dalam klip video. Cikgu pasti klip video sedang dikemas kini. Sila 'save' dalam format  yang mudah cikgu akses ya ...


Selasa, 27 Mei 2014

Titipan cuti sekolah pertengahan tahun 27 mei hingga 14 jun 2014 .... Bahasa Melayu Dekat di Hati ...






Assalammualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi .... 
apa khabar semua?                    
Seronok dapat cuti panjang?
Seronok... seronok ...seronok .... ucapkanlah ikut gaya Upin dan Ipin ... :)
Boleh ajak ayah ibu pergi bercuti .....ambil peluang untuk memanfaatkan masa cuti
anak-anak semua... ke Muzium Maritim Melaka ...


... atau ke taman haiwan ... melayan makhluk comel ciptaan Allah ...
.... atau menghadiri kursus menambah ilmu ....

.... atau cuba yang ektrim sikit ...


... boleh sahaja ke pantai ... menikmati keindahan alam ciptaan Allah .... tenang dan mendamaikan....
... atau ke tempat-tempat bersejarah .... bandar warisan tamadun dunia ...
Walau apapun rancangan percutian anak-anak semua.... ingatlah pesanan cikgu... siapkan kerja sekolah yang telah dibekalkan oleh para guru.... naik sesi persekolahan dengan semangat baru...

Baiklah ... seperti yang telah cikgu janjikan, inilah tugasan untuk anak-anak didik cikgu yang dikasihi....

Tugasan untuk anak-anak didik 1 Othman dan 1 Abu Bakar yang cemerlang terbilang ...

1. Siapkan sebuah karangan dalam bentuk catatan diari tentang aktiviti harian anda semasa cuti. Sertakan juga gambar-gambar percutian anda. Diari ini meliputi percutian selama 2 minggu. Setelah siap karangan anda... sila e-mel kepada cikgu di alamat latifahtarkep@yahoo.com selewat-lewatnya pada 10 Jun 2014. Ingat!! Walaupun catatan diari ... tetapi ejaan dan laras bahasa tetap perlu dijaga.

2. Tugasan kedua ... Siapa saya 20 tahun akan datang. Siapkan slaid power point anda yang menceritakan perancangan anda untuk 20 tahun akan datang .... mungkin merangkumi cita-cita, keluarga impian, kerjaya impian, dan sumbangan anda untuk ummah. Sertakan juga gambar-gambar yang mungkin berkaitan. 

Sila cetak semua tugasan anda sebagai bukti.

Tugasan untuk anak-anak didik 3 Omar yang optimis juara...

1. Siapkan sebuah karangan surat kiriman tidak rasmi untuk cikgu L. Surat tidak rasmi tersebut perlu menceritakan pengalaman percutian anda bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Sertakan juga gambar-gambar percutian anda. Surat yang telah lengkap perlu dihantar secara e-mel kepada latifahtarkep@yahoo.com selewat-lewatnya pada 10 Jun 2014. 

2. Tugasan kedua ... Siapa saya 20 tahun akan datang. Siapkan slaid power point anda yang menceritakan  tentang perancangan anda untuk 20 tahun akan datang .... mungkin merangkumi cita-cita, keluarga impian, kerjaya impian, dan sumbangan anda untuk ummah. Sertakan juga gambar-gambar yang mungkin berkaitan. 

Sila cetak semua tugasan anda sebagai bukti .

Cikgu nantikan kiriman anda ... 



Tugasan untuk anak-anak didik 5 Ibnu Rusyd yang pintar bistari...

1. Siapkan sebuah karangan surat kiriman tidak rasmi untuk cikgu L. Surat tidak rasmi tersebut perlu menceritakan pengalaman percutian anda bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Sertakan juga gambar-gambar percutian anda. Surat yang telah lengkap perlu dihantar secara e-mel kepada latifahtarkep@yahoo.com selewat-lewatnya pada 10 Jun 2014. 

2. Tugasan kedua ... secara berkumpulan... 1 kumpulan 3 orang.
Ketua kumpulan telah cikgu tetapkan, tugas seterusnya perlu dilakukan oleh ketua adalah mencari 2 orang lagi ahli kumpulan. Setiap kumpulan perlu berbincang untuk menyiapkan tugasan. 

Tugasan perlu dibuat dalam bentuk slaid power point sekurang-kurangnya 6 slaid untuk tujuan pembentangan. Penambahanan muzik latar atau video yang berkaitan dibenarkan. Satu tajuk untuk satu kumpulan sahaja.

Pilihan tajuk tugasan adalah seperti berikut :
1. Hadis pilihan yang bersesuaian untuk karangan peranan ibu bapa.
2. Hadis pilihan yang bersesuaian untuk karangan peranan guru dan institusi pendidikan.
3. Peribahasa yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan aspek kejiranan, perpaduan dan kerjasama.
4. Peribahasa yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan peranan golongan belia atau anak muda dalam pembangunan negara.
5. Kata-kata tokoh yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan keluarga bahagia/keluarga sakinah/kasih sayang keluarga
6. Kata-kata tokoh yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan alam sekitar / kitar semula / sekolah lestari
7. Pantun yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan warisan kebudayaan Melayu
8. Lagu yang berkaitan untuk karangan pelancongan / kempen melawat Malaysia

Ketua kumpulan :
1. Adam Haiqal
2. Aliff Meerza
3. Zulhilmi
4. Farhan Haziq
5. Syafiq
6. Halily Haida
7. Hamizah
8. Nabila Huda

Sila e-melkan tugasan anda sebelum 10 Jun 2014 kepada latifahtarkep@yahoo.com

Sila cetak setiap tugasan anda sebagai bahan bukti tugasan cuti.









Isnin, 28 April 2014

Sesi pdpbbersama anak-anak ceria 1 Othman ... 29 April 2014

Belajar menulus karangan berbantukan kemudahan Makmal Komputer ....







Sabtu, 22 Mac 2014

Titipan mesra cuti semester pertama 20-29 Mac 2014 ... untuk nak-anak didik 1 Abu Bakar dan 1 Othman ...

Assalammualaikum wbh

Apa khabar anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Cuti semester pertama telah pun bermula. 
Pasti cuti ini disambut dengan sangat gembira bukan ...
Walau bagaimanapun, saat-saat cuti ini perlulah dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.... tamsilnya dengan mengulang kaji pelajaran, membaca buku cerita, aktiviti bersama keluarga dan riadah di taman. Baiklah ... untuk mengisi masa cuti anak-anak didik semua, cikgu ada menitipkan beberapa tugasan untuk anak-anak semua. 
Tugasannya adalah seperti berikut :

Tugasan pertama :

Anak-anak semua dikehendaki untuk memilih sebuah buku cerita berinformasi / bahan bacaan ilmiah / buku motivasi. Selesaikan pembacaan dan hasilkan sebuah ulasan dalam bentuk slaid power points. Ulasan anda hendaklah mengandungi sinopsis ringkas buku, ciri-ciri istimewa buku dan nilai murni/pengajaran/mesej yang dapat diperoleh daripada buku tersebut. Lengkapkan juga slaid anda dengan gambar penulis dan biodata penulis. Dialu-alukan juga untuk mengemukakan tajuk-tajuk buku lain hasil karya penulis.

Tugasan kedua :

Bagi slot wacana ilmu seterusnya, anak-anak didik cikgu dikehendaki untuk menyiapkan 3 slaid yang mengandungi pantun-pantun yang menarik dan bersesuaian  yang dapat diaplikasikan dalam penulisan.

Hasil kerja anda boleh die-emelkan kepada e-mel cikgu
latifahtarkep@yahoo.com

Selamat bercuti !!

Titipan mesra cuti Pertengahan Tahun - 27 Mei -11 Jun 2016 ... khas untuk anak-anak didik 4 Ibnu Khaldun

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi...

Alhamdulillah ... sempat lagi kita bersembang maya di blog ini ... khas untuk anak-anak didik 4 Ibnu Khaldun ... jangan lupa ada titipan mesra untuk cuti ini.

Tugasan pertama :
Lengkapkan 3 buah latihan rumusan dalam Modul Latihan Berpandu Rumusan ( Latihan 10-12)


Tugasan kedua
Bagi slot wacana ilmu seterusnya, anak-anak didik cikgu dikehendaki untuk menyiapkan 3 slaid yang mengandungi hadis pilihan yang dapat diaplikasikan dalam penulisan.

Hasil kerja anda boleh dihantar kepada e-mel cikgu
latifahtarkep@yahoo.com

sebelum hari Jumaat 10 Jun 2016. 

Selamat bercuti !!

Titipan mesra cuti semester pertama ... 20 mac hingga 29 mac 2014 ... khas untuk anak-anak didik tingkatan 3 Omar

Assalammualaikum wbh

Apa khabar anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Cuti semester pertama telah pun bermula. Pasti cuti ini disambut dengan sangat gembira bukan ...
Baiklah ... seperti yang telah cikgu janjikan,
tugasan untuk anak-anak semua adalah seperti berikut :

Tugasan pertama :

Anak-anak semua dikehendaki untuk memilih sebuah buku cerita berinformasi / bahan bacaan ilmiah / buku motivasi. Selesaikan pembacaan dan hasilkan sebuah ulasan dalam bentuk slaid power points. Ulasan anda hendaklah mengandungi sinopsis ringkas buku, ciri-ciri istimewa buku dan nilai murni/pengajaran/mesej yang dapat diperoleh daripada buku tersebut. Lengkapkan juga slaid anda dengan gambar penulis dan biodata penulis. Dialu-alukan juga untuk mengemukakan tajuk-tajuk buku lain hasil karya penulis.

Tugasan kedua :

Bagi slot wacana ilmu seterusnya, anak-anak didik cikgu dikehendaki untuk menyiapkan 3 slaid yang mengandungi hadis pilihan yang dapat diaplikasikan dalam penulisan.

Hasil kerja anda boleh die-emelkan kepada e-mel cikgu
latifahtarkep@yahoo.com

Selamat bercuti !!

Rabu, 29 Januari 2014

Titipan cuti sekolah sempena Cuti tahun Baru Cina 2014

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Tahniah cikgu ucapkan untuk anak-anak didik semua kerana berjaya melunaskan tugas-tugas tahun 2013 dan melangkah dengan semangat baru untuk menyahut cabaran 2014! Besar harapan cikgu agar anak-anak didik semua akan terus gigih menimba ilmu demi menggapai kecemerlangan di desa ilmu yang tercinta ini.

Baiklah ... seperti yang telah cikgu janjikan sebelum ini. Tugasan untuk anak-anak didik tingkatan 3 Omar yang hebat dan anak-anak didik 5 Ibnu Rusyd yang terbilang adalah seperti berikut :

Layari Internet dan cari artikel tentang :

1. Agropelancongan
2. Warisan budaya
3. Keluarga Sakinah
4. Warga Tua
5. Pelancongan Kesihatan

Cetak artikel tentang tajuk di atas dan bawa ke sekolah untuk aktiviti pembelajaran dalam kelas.

Selamat bercuti ...!!!