Cari Blog Ini

Rabu, 14 Disember 2022

CUTI SEKOLAH = MASA UNTUK ULANG KAJI

Assalamualaikum dan selamat pagi! Apa khabar anak-anak murid kesayangan Cikgu L? Semoga sihat sejahtera selalu. Anak-anak bercuti ke mana? Pasti seronok kan dapat bercuti bersama keluarga .... Cikgu L nak berikan sedikit tip untuk anak-anak calon SPM 2022, baca tau! TIP CUTI SEKOLAH VS ULANG KAJI SPM 1. Sentiasa ada nota poket / buku nota kecil untuk membuat catatan 2. Ilmu tanpa sempadan, bukan sahaja melalui kelas bersemuka tetapi boleh diperoleh daripada sumber maya .... tonton youtube guru-guru anda dan buat catatan. 3. Sumber ilmu berada di hujung jari, manfaatkan PERANTI untuk tujuan pembelajaran. 4. Aktif dalam grup telegram / whatsapp mata pelajaran anda. 5. Sertai channel Cikgu L https://t.me/+7Tu56IgIgrgyZGVl Jom buat ulang kaji Karangan Respons Terhad SPM

Jumaat, 4 November 2022

CIKGU L JADI EDUFLUENCER 2.0!

Alhamdulillah Cikgu L terpilih untuk menyertai rakan-rakan guru Edufluencer 1.0 dan 2.0. Peluang bertemu rakan-rakan yang hebat dalam inovasi dan kreativiti ini sangat bermakna buat Cikgu L. Mereka sangat hebat, cikgu L bertuah dapat menimba ilmu dengan mereka. Jom sertai Edufluencer! Ini video resume pencalonan Cikgu L : Ini pula video rakan-rakan cikgu L sempena pertemuan kami di Hotel Tamu pada 28-30 OKT 2022
@cikgulatifah Warisan pendidik anak bangsa #edufluencer2 #edufluencerkpm #PADU ♬ original sound - cikguLatifah (new acc)
@cikgulatifah Edufluencer Event #edufluencerkpm #edufluencer2 @CIKGU LATIFAH ♬ bunyi asal - Nyap tahuk

Selasa, 4 Oktober 2022

BELAJAR TULIS DALAM BLOG SENDIRI

Pada petang ini, anak-anak tingkatan 5 al-Khawarizmi menerokai pengetahuan baharu tentang busana tradisional kaum di Malaysia dan penulisan rencana dalam blog. Secara berkumpulan, murid dikehendaki menerokai maklumat tambahan berkaitan busana tradisional pelbagai kaum di Malaysia. 

Murid menerokai maklumat tentang pelbagai jenis busana tradisional kaum di Malaysia. 


Murid mula menulis rencana ringkas dalam blog. 












Rabu, 7 September 2022

DIDIK HIBUR DALAM KELAS BAHASA MELAYU

BERMAIN SAMBIL BELAJAR?

Tidak salah untuk bermain sambil belajar. yang salah ialah murid main-main-main ketika belajar. 

Kelas kami sangat meriah apabila semua murid aktif melakukan perbincangan. Semua murid memainkan peranan. Semua murid bekerjasama menyiapkan tugasan. Ada yang membuat penerokaan maklumat. Ada yang menyiapkan slaid pembentangan. Ada pula yang memerah otak memikirkan kaedah pembentangan. Inilah sebenarnya situasi pembelajaran bermakna yang akan dikenang sepanjang hayat oleh anak-anak murid kita. Jom praktikkan didik hibur dalam kelas!






ROUND APPLAUSE

Khamis, 1 September 2022

PROJEK SURAT KHABAR DALAM KELAS

 PROJEK SURAT KHABAR

====================
Belajar mata pelajaran Bahasa Melayu di makmal komputer ialah satu peluang untuk guru mempraktikkan TMK dalam pdp. Boleh juga dikatakan satu nikmat bagi murid sekolah asrama seperti kami, dapat lihat dunia walaupun secara maya di paparan layar komputer. Ya ... satu NIKMAT YANG MENGUJAKAN๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Cikgu L tahu minat mereka dengan komputer boleh menjadikan kelas BM lebih bermakna. Kepakaran mereka menggunakan capaian maya ini boleh membantu cikgu L mendapatkan hasil tugasan yang kreatif dan menarik.
Tingkatan 5 al-Farabi hari ini kelasnya bermula dari 2 petang hingga 3.30 petang. Sangat mencabar untuk cikgu L mengekalkan fokus dan mengikat mata mereka.
Alhamdulillah aktiviti PROJEK SURAT KHABAR kami petang ini mampu menyengkang mata anak-anak 5 al-Farabi daripada terlelap. Mereka teruja menelusuri tajuk hari ini PERABOT BUATAN KITA ; hal. 200-201.
Aktiviti 1.
Banding beza maklumat dan persembahkan dalam borang grafik.
Aktiviti 2.
Tulis rencana berkaitan perabot tempatan berasaskan kayu getah dan buluh. Muatkan rencana tersebut dalam Projek Surat Khabar al- Farabi.
Tak sangka hasilnya sangat
hebat
dan cikgu L nampak potensi mereka dalam mereka letak bahan penulisan. Semoga ada yang jadi pereka grafik dan penulis suatu hari nanti.

Rabu, 27 Julai 2022

PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK (PBP) DALAM PDP BAHASA MELAYU

Jumpa lagi!

kali ini Cikgu L ingin kongsikan beberapa tip untuk rakan-rakan guru bahasa Melayu melaksanakan pelbagai aktiviti menarik bagi kelangsungan PBP Bahasa Melayu. 

Boleh dapatkan tip pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan Projek di pautan ini : 



Isnin, 21 Mac 2022

JOM KEMBALI KE SEKOLAH

 Kelas pertama untuk sesi persekolahan tahun 2022 dijalankan secara maya untuk 2 minggu pertama ini. Bahagianya rasa hati dapat bertemu anak-anak didik semula. Jom kita mulakan dengan pembugaran format PT3 dahulu. Siap siaga untuk PT3 tahun ini ya



PENGENALAN FORMAT BAHASA MELAYU PT3

Isnin, 14 Mac 2022

TUKAR IMEJ KEPADA TEKS DENGAN MUDAH? JOMM!!!

 Assalamualaikum semua. Apa khabar rakan-rakan cikgu L? Dah sedia untuk masuk kelas ke tu? Baik ... Cikgu L ada jumpa tip yang sangat bermanfaat ini, mesti rakan-rakan seronok bila boleh tukar imej kepada teks semudah petik jari kan ... Jom rujuk blog ini. Terima kasih cikgu Raihan 


https://www.raihanjalaludin.com/2022/02/cara-menukar-imej-kepada-teks-microsoft.html

SELAMAT TINGGAL SESI PERSEKOLAHAN 2021. SELAMAT DATANG PERSEKOLAHAN TAHUN 2022

 Alhamdulillah anak-anak didik batch SPM 2021 telah selesai melunaskan amanah dan tanggungjawabnya. Semoga Allah rezekikan keputusan SPM yang cemerlang untuk anak-anak. Amiinn ya rabb




Ahad, 2 Januari 2022

 SIAP SIAGA UNTUK SPM !! MARI IKUTI KUPASAN SECARA TERPERINCI, SETIAP BAHAGIAN SOALAN KERTAS 1 DAN KERTAS 2.


SIRI WEBINAR BM SPM : JEJAK KEJORA A+ BAHASA MELAYU SPM

Ikuti semua siri webinar kami untuk ulang kaji dan persediaan SPM 2021

KERTAS 1 :

KARANGAN A 

Pautan : TIP KARANGAN RESPONS TERBUKA ( BAHAGIAN A)


KARANGAN B 

Pautan : TIP KARANGAN RESPONS TERHAD ( BAHAGIAN B)


KERTAS 2 : 

BAHAGIAN A

SOALAN 1 DAN 2  : MORFOLOGI DAN SINTAKSIS

Pautan : TIP MENJAWAB SOALAN SISTEM DAN APLIKASI BAHASA


SOALAN 3 : PENYUNTINGAN 

Pautan : TIP MENJAWAB SOALAN PENYUNTINGAN


SOALAN 4 : BAHASA MELAYU STANDARD

Pautan : TIP MENJAWAB SOALAN BAHASA MELAYU STANDARD

SOALAN 5 : PERIBAHASA 

Pautan : TIP MENJAWAB SOALAN PERIBAHASA


SOALAN 6 DAN 7 : PEMAHAMAN PETIKAN UMUM DAN SASTERA

Pautan : TIP MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN NO 6 DAN NO 7


SOALAN 8 : NOVEL

Pautan : TIP MENJAWAB SOALAN KBAT NOVEL

SOALAN 9 : RUMUSAN 

Pautan : TIP MENJAWAB SOALAN RUMUSAN


๐ŸŒนDapatkan bahan slaid siri webinar Jejak Kejora A+ BM di pautan padlet ini ๐Ÿ˜Š๐ŸŒน

https:BAHAN RUJUKAN DAN NOTA