Cari Blog Ini

Rabu, 7 September 2022

DIDIK HIBUR DALAM KELAS BAHASA MELAYU

BERMAIN SAMBIL BELAJAR?

Tidak salah untuk bermain sambil belajar. yang salah ialah murid main-main-main ketika belajar. 

Kelas kami sangat meriah apabila semua murid aktif melakukan perbincangan. Semua murid memainkan peranan. Semua murid bekerjasama menyiapkan tugasan. Ada yang membuat penerokaan maklumat. Ada yang menyiapkan slaid pembentangan. Ada pula yang memerah otak memikirkan kaedah pembentangan. Inilah sebenarnya situasi pembelajaran bermakna yang akan dikenang sepanjang hayat oleh anak-anak murid kita. Jom praktikkan didik hibur dalam kelas!






ROUND APPLAUSE

Khamis, 1 September 2022

PROJEK SURAT KHABAR DALAM KELAS

 PROJEK SURAT KHABAR

====================
Belajar mata pelajaran Bahasa Melayu di makmal komputer ialah satu peluang untuk guru mempraktikkan TMK dalam pdp. Boleh juga dikatakan satu nikmat bagi murid sekolah asrama seperti kami, dapat lihat dunia walaupun secara maya di paparan layar komputer. Ya ... satu NIKMAT YANG MENGUJAKAN😁😁
Cikgu L tahu minat mereka dengan komputer boleh menjadikan kelas BM lebih bermakna. Kepakaran mereka menggunakan capaian maya ini boleh membantu cikgu L mendapatkan hasil tugasan yang kreatif dan menarik.
Tingkatan 5 al-Farabi hari ini kelasnya bermula dari 2 petang hingga 3.30 petang. Sangat mencabar untuk cikgu L mengekalkan fokus dan mengikat mata mereka.
Alhamdulillah aktiviti PROJEK SURAT KHABAR kami petang ini mampu menyengkang mata anak-anak 5 al-Farabi daripada terlelap. Mereka teruja menelusuri tajuk hari ini PERABOT BUATAN KITA ; hal. 200-201.
Aktiviti 1.
Banding beza maklumat dan persembahkan dalam borang grafik.
Aktiviti 2.
Tulis rencana berkaitan perabot tempatan berasaskan kayu getah dan buluh. Muatkan rencana tersebut dalam Projek Surat Khabar al- Farabi.
Tak sangka hasilnya sangat
hebat
dan cikgu L nampak potensi mereka dalam mereka letak bahan penulisan. Semoga ada yang jadi pereka grafik dan penulis suatu hari nanti.