Cari Blog Ini

Ahad, 2 Disember 2018

Rinduuu ...

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu L, lamanya cikgu menyepi ... rinduuu sangat anak-anak didik cikgu L. Doakan cikgu dapat mengaktifkan semula blog ini ya

Isnin, 29 Januari 2018

Refleksi diri seusai berlalunya Januari 2018

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu L yang dikasihi. Semoga pagi ini pagi yang indah dan ceria untuk kita semua.

Anak-anak semua,
Diam tak diam telah cukup sebulan kita berada di tahun 2018. Cuba anak-anak  buat sedikit refleksi diri, dalam sebulan ini apakah perkara baik yang telah anak-anak peroleh dan lakukan? Ingat semula azam dan tekad yang telah anak-anak lafazkan dan janji di hadapan ibu ayah dan guru ... ada buat atau tidak?  Atau masih lagi berniat dan berazam tanpa usaha untuk menggapainya? Jangan macam tu anak-anakku sekalian ... sekali kita berniat dan berazam, teruslah melangkah dan mendaki puncak kejayaan. Cabaran dan onak duri pasti ada. Tempuhilah dengan semangat juang yang tinggi dan sabar. Sesungguhnya  kejayaan itu pasti datang ... untuk siapa? Kejayaan pasti datang untuk orang-orang yang sabar dan rajin berusaha.

 https://www.youtube.com/watch?v=fdx5W6fmqvw

Ahad, 28 Januari 2018

Sesi terapi minda ... jom masuk kelas seni cikgu L

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu L ... hari ini cikgu kongsikan aksi anak-anak didik cikgu L lukis-melukis rupa, potong-memotong kertas dan tampa-menampal potongan kertas. Tak perasan dua masa berlalu pantas ...  tak terasa kepenatan walaupun seharian ini sangat padat dengan kelas dan kerja yang itu ini.




Anak nan seorang terlelap kerana demam.

Tahun baharu ... pengalaman baharu

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu L semua. Pagi ini cikgu L nak berkongsi pengalaman baharu cikgu mengajar mata pelajaran Seni Visual Tingkatan 1. Mula-mula rasa macam tak seronok sebab tak biasa ... tetapi benarlah kata pujangga tak kenal maka tak cinta. Hehehe ... seronok juga mengajar seni ini ... umpama satu terapi minda tatkala asyik melihat anak-anak didik cikgu L melukis garisan membentuk pelbagai corak dan rupa bentuk yang cantik ... sangat menenangkan minda.









Ahad, 14 Januari 2018

Tahun baharu ... semangat baharu ... azam baharu !!!

Alhamdulillah kita dikurniakan lagi kesempatan untuk menghirup udara segar dan menikmati kegembiraan bersama-sama insan yang tersayang. Apa khabar anak-anak didik cikgu L semua? Sudah terlalu lama blog ini tak cikgu kemas kini. Ada banyak sebab cikgu L tidak menjengah blog tersayang ini ... huhu ... antara sebabnya cikgu L tak dapat membahagikan masa dengan baik ... itulah punca utama agaknya ... sedih sangat kan ...

Tapi ... AZAM 2018 ini ... blog cikgu L akan dibugarkan ... cikgu L akan berkongsi dengan para pengunjung tentang apa juga yang baik hasil daripada pdpc bersama-sama anak-anak didik cikgu L ... insya Allah.

Yes yes yes ... semangat semangat semangat!!!