Cari Blog Ini
Isnin, 3 September 2012
Jumaat, 31 Ogos 2012
Sentuhan emas... menjelang detik peperiksaan percubaan SPM
Alhamdulillah... pagi tadi, 8.00 hingga 10.00 pagi... anak-anak didik 5 Ibnu Sina dan 5 al Kindi telah bersinergi mengupas soalan Percubaan Melaka... Karangan A.... manfaat membaca. Anak-anak didik cikgu telah mencerna idea yang cukup bernas dan menarik untuk membina perenggan isi yang mantap. Inilah hasil sentuhan emas anak-anak didik cikgu yang tersayang... moga berjaya mengaplikasikan frasa menarik dalam karangan anda kelak...:)
Nasi
lemak buah bidara
Sayang
selasih hamba turutkan
amalan membaca banyak faedahnya
amalan membaca banyak faedahnya
Untuk
kegunaan masa hadapan.
Masyarakat Melayu sinonim dengan
pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan yang telah terbungkam dalam atma dan sukma
mereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam
kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam
mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran
yang sarat dengan muatan cabaran reformasi.
Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca
juga dapat mencetus kesegaran minda
agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu
dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah
melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap
mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sesungguhnya, dengan
membaca kita mampu menguasai pelbagai cabang ilmu persis mutiara kata membaca itu jambatan ilmu. ( nadzirah,..)
Sesungguhnya amalan membaca
mampu menambah pengetahuan kita. (AT) Amalan membaca dapat
membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk
bersaing dalam era globalisasi ini. (AH) ‘ Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan
nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana menteri
Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan
beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. (AC1) Ungkapan keramat itu,
membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah
andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus
berada di takuk lama. (AH2) Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh direalisasikan
dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri
pembaca. Selain melalui proses
pembelajaran secara formal di sekolah , nilai diri akan dapat ditambah dengan
banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan
Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.(AC2) Cerdik pandai sering menganggap
amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi
ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat
menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing
dengan cabaran kemajuan yang terbentang di
jagatraya ini. ( faris, afiq...)
Seterusnya , mari kita fokuskan lensa
pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang
dimaksudkan ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi
meningkatkan tenaga pakar yang berpengetahuan. Ibu bapa menjadi cerucuk utama
dalam membentuk diri anak-anak supaya suka membaca. Hal ini demikian kerana,
rumah merupakan institusi pendidikan yang pertama untuk anak-anak. Sebagaimana
yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan
kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat.
Oleh sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang
berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap
yang maksimum dalam membentuk individu
yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu
bergantung kepada kepakaran luar lagi. (Huzir, Aiman , naufal, amirul asyraf… )
Selain itu, membaca dapat
meningkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang. Hal ini demikian kerana,
membaca bertindak sebagai wahana pergerakan
ilmu. Dengan membaca seseorang yang sudah memiliki
pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu dapat menambah dan menjana kepakaran
dalam bidang yang telahpun diterokai ilmunya. Tamsilannya, seorang doktor yang
sudah memiliki pengetahuan dalam kariernya, dapat menjadi doktor pakar dengan
membaca. Seorang yang pakar dalam sesuatu bidang mampu menjadi insan cemerlang
yang dapat berbakti dalam masyarakat, negara dan agama. Dengan penguasaan ilmu yang mantap dan utuh, seseorang itu
dapat menjadi seseorang yang profesional dalam bidang ilmu yang dimilikinya
seperti seperti kata pepatah hanya jauhari
yang mengenal manikam. Tegasnya, membaca dapat menibgkatkan
kepakaran seseorang dalam sesuatu lapangan ilmu. ( fauzi, arif, nabil, haziq )
Tambahan lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk barjaya dalam
akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari
semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya para pelajar tidak mempunyai
kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan. Sedangkan amalan membaca
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampu meluaskan
horizon pemikiran. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai
bibit-bibit cinta dalam diri kerana membaca merupakan tonggak utama kejayaan.
Sebagi contoh, pelabagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi
memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu
membaca dan program NILAM. Selain Berjaya dalam akademik, para pelajar juga
boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian.
(Ummu, Fatin, Huda, Amirah, Adiba, Nafha, Aida )
Bagaimanakah membaca dapat memberi
manfaat? Dengan membudayakan amalan membaca, rakyat yang berpengetahuan luas
dalam sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas
dalam memacu proses pembangunan negara. Di samping
itu, membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang
seiring dengan Negara-negara yang telah mengecapi
modenisasi mapan seperti Jepun. Di Jepun, atas dasar
aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang
tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat
memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telor ayam segar,
sayur-sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri
ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini
membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis
perniagaan mereka kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri
keselamatan yang sempurna selain mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan
aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara mereka. Tuntasnya membaca
dapat memperlihatkan kedewasaan dan mentaliti
yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat yang
mengamalkannya. Selain itu, membaca juga merupakan ramuan untuk membentuk masyarakat yang
berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi negara
untuk bertambah maju. Kemajuan yang dicapai mampu mengangkat Malaysia di
persada antarabangsa dan seterusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan negara lain. ( uzma , wafa, maryam, nabila, akrimi )
Membaca jambatan ilmu. Pepatah ini
jelas menunjukkan kepentingan membaca dalam peribadi setiap individu. Amalan
membaca yang dipupuk dalam diri seseorang sebenarnya merupakan entiti penting mekanisma percambahan ilmu
sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi khususnya dalam bidang akademik. Hal ini
dapat dibuktikan semasa perkembangan ilmu pengetahuan kerajaan Islam
Abbassiyah. Ketika itu, amalan membaca telah menjadi nadi kehidupan merekja dan
menjadi asbab berlakunya letusan zaman
kegemilangan Islam Abbassiyah sehingga ilmu-ilmu berkaitan
dengan akademik mereka menjadi rujukan seluruh dunia termasuklah dunia barat.
Sementelahan pula, amalan membaca telah dijadikan wasilah oleh pelajar-pelajar
yang Berjaya dalam akademik. Sebagi contoh, Nik Nor Madihah yang telah Berjaya
memperoleh 20A dalam SPM. Tegasnya, kejayaan akademik dan amalan membaca
merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan lagi. Sesungguhnya, menuntut
ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.
( Khalid ... )
Intihanya, sinergi semua pihak mampu mengadunkan satu kombinasi horizon pemikiran yang harmonis
dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat demi meningkatkan imej negara
dan bangsa. Amalan membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah pertama
penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh
bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika Nabi
Muhammad mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira’ melalu perantaraan malaikat
Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci ilmu yang
memberikan impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat. ( ruzaimi, zain, azemmudin, syazwan r )
Rabu, 29 Ogos 2012
Sentuhan emas sebelum percubaan SPM 2012...
| Penceramah undangan... Tn Hj Zainal bin Mesran.. Terima kasih daun keladi, Jangan serik bertamu lagi di SMKAJB... |
| Kenangan bersama-sama penceramah undangan |
| Anak-anak didik tekun menimba ilmu... |
| ... penuh harapan... |
| ... jangan lupa salin nota... |
| anak-anak didik tekun menyalin tips penting... |
| pelajar contoh... |
| ... salin untuk cikgu... |
| ... wajah-wajah juara... |
| ... cikgu pun salin nota... |
Isnin, 27 Ogos 2012
Sesi p&p ceria bersama-sama anak-anak didik 1 Abu Bakar...
penanaman padi di Malaysia.
buku teks unit 20 ( Jelapang Padi Kita )
http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/02/tanaman-padi-secara-tradisional-di.html
http://petani.fotopages.com/?entry=570177
http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/02/tanaman-padi-sawah-secara-moden.html
Tugasan seterusnya,
Tulis sebuah rencana tentang kepentingan penanaman padi kepada kita. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan.
Ahad, 12 Ogos 2012
Titipan Lebaran untuk anak-anak didik cikgu ... 5 Ibnu Sina, 5 Al Khindi, 3 Ali dan 1 Abu Bakar...
Assalammualaikum...
1. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya
2. Lengkapkan latihan Modul Rumusan - Latihan 11 hingga 13.
Anak-anak cikgu yang tersayang...
Alhamdulillah…hampir sebulan sudah umat Islam berpuasa, rupanya kita sudah berada di penghujung Ramadan..bagi yang berjaya puasa dengan penuh kesabaran, tahniah cikgu ucapkan…Sememangnya puasa mendidik kita erti kesabaran dalam hidup. Pada ketika inilah kita merasai keperitan orang yang hidup miskin dan tidak berkemampuan..jika dihitung satu persatu, fadilat puasa terlalu besar hikmahnya, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata malah mampu mengawal nafsu yang mudah beraja di hati kita. Moga Allah menerima amal kita, mengampuni kita semua...Aminn!!
Selamat Menyambut Aidil Fitri cikgu ucapkan untuk semua anak didik cikgu ... moga bergembira menyambutnya bersama-sama keluarga...!!
Seperti biasa cikgu ada menitipkan buah tangan cuti sekolah untuk semua... Bahasa Melayu Dekat Di Hati...siapkan ya!!
Titipan Lebaran untuk anak-anak cikgu di kelas 5 Ibnu Sina dan 5 Al Khindi
| ...amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, gembira selalu... pasti awet muda....:) |
| ... macam adik comel ni... selalulah dapatkan pemeriksaan kesihatan...pastikan status kesihatan kita... |
![]() |
| ... jangan lupa untuk bersenam... |
1. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya
2. Lengkapkan latihan Modul Rumusan - Latihan 11 hingga 13.
2. Sila lengkapkan semua latihan yang tertangguh sebelum ini.
Titipan Lebaran untuk anak-anak cikgu di kelas 3 Ali dan 1 Abu Bakar
1. Lengkapkan latihan Modul Karangan Berpandu - Latihan 6 hingga 10
2. Sila lengkapkan semua latihan yang tertangguh dan pembetulan ejaan.
Selamat Bercuti!!
Rabu, 25 Julai 2012
Melayan e-mel anak-anak didik
Alhamdulillah, pagi yang ceria ini Allah mengurniakan nikmat kesihatan untuk cikgu dan anak-anak didik cikgu terutamanya anak-anak didik 5 Ibnu Sina. Pagi ini, cikgu mengajak anak-anak 5 Ibnu Sina untuk menghayati maksud kemerdekaan tanahair yang tercinta. Tugas karangan dengan tema komunikasi global ( buku teks halaman 242 )... anak-anak 5 Ibnu Sina telah mengarang teks ucapan ketua pengawas dengan membewa tema kemerdekaan dan menghantar secara e-mel kepada cikgu. Tahniah! Semua pelajar telah berjaya menyiapkan tugasan dalam masa 40 minit sesi pnp. Berikut cikgu paparkan salah satu hasil cetusan minda anak-anak 5 Ibnu Sina. ( Mohd. Huzaifi )
Assalamualaikum w.b.t
Terima kasih saudara pengerusi majlis.
Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Agama Johor Bahru, Tuan Haji Ismail bin Rosdi, seterusnya guru-guru yang disayangi serta rakan-rakan yang dikasihi sekalian.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ucapan penghargaan dan tahniah kepada jawatankuasa pengelola yang bertungkus lumus dalam memastikan perjalanan majlis pada hari ini dapat berjalan dengan lancarnya. Berdirinya pada hari ini bukanlah hanya untuk beromong kosong tetapi adalah untuk menyampaikan sebuah ucapan mengenai kepentingan menghayati kemerdekaan negara. Tarikh 31 Ogos 2012 ini, genaplah 54 tahun Malaysia menikmati kemerdekaannya. Kemerdekaan negara adalah suatu yang harus kita syukuri, bukan sekadar kita sambut dengan perarakan, lampu-lampu yang bergemerlapan atau bendera yang berkibaran sahaja.
Jiwa kemerdekaan itu haruslah diisi dengan kesedaran kerana tanpa kemerdekaan kita masih dikongkong dan apa yang kita kecapi hari ini tak mungkin kita rasai. Mengimbau rentetan sejarah sebelum negara ini merdeka, Prof. Datuk Dr .Ibrahim Bajunid, Presiden Persatuan Penyelidikan Pendidikan Malaysia (MERA) telah sudi membuka kembali tirai kemerdekaan untuk kita renungkan bersama. 50 tahun sebelum merdeka iaitu selepas Perang Dunia Kedua, Liga Bangsa-bangsa Bersatu telah diwujudkan. Kebanyakan negara-negara dibawah jajahan British, Peranchis, Portugis dan Sepanyol mahu melepaskan diri dari penjajahan ini. Sebelum pencapaian kemerdekaan, negara-negara yang dijajah ini menuntut ‘universal franchise , ataupun hak untuk mengundi. Ini berlaku pada tahun 1955. Seterusnya satu demi satu negara mencapai kemerdekaan dan kemerdekaan Malaya ketika itu merupakan satu pergerakan global yang hanya menjurus ke arah kemerdekaan politik. Momentum ke arah pencapaian kemerdekaan ini dicetuskan oleh guru-guru serta ahli-ah1i agama pada ketika itu.
Dengan itu pada 31 Ogos 1957 menjadi salah satu negara yang merdeka dan Malaya menjadi ah1i Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nation). Kita tidak boleh menunding jari kepada barat kerana kemajuan yang kita capai selepas kemerdekaan sememangnya hasil dari tunjuk-ajar mereka. Kita haruslah akur bahawa kemerdekaan tidak membawa kemajuan sekaligus. Semuanya memerlukan masa. Kita perlu masa untuk belajar mentadbir, kita perlu masa untuk mempelajari i1mu yang baru. Kemajuan mengambil waktu yang agak panjang kerana kita sememangnya tidak ada kemahiran ketika itu -jadi kita belajar daripada barat. Kolonialism sebenarnya banyak juga memberi kebaikan kepada negara kita. Misa1nya, ketika mereka memberikan kemerdekaan kepada kita, mereka meningga1kan sistem perkhidmatan awam yang baik, sistem perubatan dan pendidikan yang tinggi tarafnya untuk kita teruskan. Jadi, apabila kita menjadi negara yang merdeka, segala tinggalan yang baik ini telah kita perbaiki dan perbaiki hinggalah menjadi yang terbaik buat masyarakat Malaysia hari ini. Sebagai masyarakat Malaysia yang merdeka, kita seharusnya membentuk budaya kita sendiri dan mengambil contoh yang baik dari barat, bukan yang buruk. Budaya barat yang menular pada generasi sekarang hanyalah berupa budaya sisipan dan bukan budaya perdana. Ini bermakna kita boleh mengatasi budaya sisipan ini sekiranya kita berusaha. Generasi muda tidak dapat menghayati erti kemerdekaan kerana mereka tidak pernah merasai kegetiran sebelum merdeka. Generasi dulu misa1nya terpaksa menyanyi lagu God Save The Queen setiap hari sebagai menghargai penjajah.
Jadi apabila mereka menyanyikan lagu NEGARAKU, mereka berasa cukup bangga dan megah kerana terdapatnya satu pencapaian hebat dalam lagu kebangsaan kita. Bagi generasi baharu, NEGARAKU hanyalah lagu. Mereka tidak berasa apa-apa. Mereka juga tidak tahu seksanya datuk moyang mereka menentang komunis pada suatu ketika dulu. Generasi baru lahir dalam negara yang sudah merdeka, mereka tidak sedar bahawa pada suatu ketika dahulu, apa yang mereka kecapi sekarang tidak pemah dirasai oleh generasi dulu. Sudah menjadi hukum alam bahawa kita lebih menghargai apa yang sukar kita dapati. Namun mereka harus disedarkan bahawa konteks kemerdekaan itu sendiri sebenarnya tiada akhiran. Semua pihak memainkan peranan tersendiri -pemimpin negara, keluarga, guru, media massa dan Internet. Kesedaran harus dipupuk dengan cara yang lebih positif. Kalau generasi dulu memperjuangkan kemerdekaan politik, mereka sebagai generasi baharu haruslah meneruskan perjuangan mereka dari segi intelektual. Hal ini demikian kerana negara yang lebih besar mengongkong negara yang lemah. Lambat laun kita terjajah semula kerana kita ceteknya ilmu. Peneraju ekonomi akan memegang tampuk kemerdekaan sebenar.
Generasi baharu harus diberi penjelasan tentang peranan mereka. Tahap-tahap kemajuan yang harus dicapai dan kepentingan mereka sebagai pemangkin kemajuan akan datang. Hidupkan semangat kemerdekaan secara formal atau tidak formal. Ibu bapa menyedarkan anak-anak, guru menyedarkan murid-murid, pusat pengajian menyedarkan graduan dan media pula menghidupkan jiwa kemerdekaan dalam bentuk dokumentari atau drama. Generasi muda kita harus berjuang menghadapi saingan hebat globalisasi. Kita harus bersedia dan melengkapkan diri dengan segala ilmu yang ada tanpa menolak keluhuran budaya sendiri. Dengan cara itu kemerdekaan yang kita kecapi hari ini akan menjadi lebih bererti pada suatu ketika nanti. Kesimpulannya, sebagai rakyat Malaysia, kita hendaklah menghayati sedalam-dalamnya erti kemerdekaan negara yang kita kecapi pada masa kini agar sifat patriotik dapat disemai dalam diri semua masyarakat. Sekaligus, akan menjadikan masyarakat lebih bersedia untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh agar sejarah lama tidak akan berulang lagi bak kata pepatah, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Sekian, Assalamualaikum w.b.t.

Langgan:
Catatan (Atom)