Cari Blog Ini

Sabtu, 13 April 2013

Titipan cuti CPA 13-14 April 2013... untuk anak-anak didik cikgu di kelas 5 al Kindi yang komited!!!

Assalammualaikum wbh...

Anak-anak didik cikgu semua, seperti yang telah cikgu janjikan....
siapkan tugasan tatabahasa di bawah ini ye.... cetak dan kita bincang di kelas nanti...:)

Tugasan 1 :

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu .

Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak-  kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja disamping  dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini,remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalism.                                                                                                                                                                                                                                               [ 6 markah ]

Tugasan 2:


Dalam setiap ayat  di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak 
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.
(i) Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu 
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

(ii) Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja
terjebak dalam masaalah sosial.

(iii) Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik pameran.
                                                                                                                         [ 6 markah ]


Tugasan 3 :

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu 
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.

(i)    Nilai kayu getah semakin mahal sejak bahan itu dieksport dan menjadikan bahan untuk perabut.
(ii)    Sejak perkhidmatan pos dilaksanakan secara pengswastaan, pengurusannya menjadi lebih efisyen.
(iii)    Malam itu menjadi gelap-gulita  kerana awan hitam berkepul-kepul menandai hari hendak hujan.
                                                                                                                      [ 6 markah ]


Tugasan 4 :

(  Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i)      Walaupun pendakian semakin mencabar, mereka terus mendaki gunung itu kerana bagi mereka setiap perkara itu mestilah diusahakan hingga beroleh matlamatnya.

(ii)       Penduduk di kawasan perumahan mewah itu sukar disatukan kerana mereka memiliki pelbagai idea dan fikiran.

(iii)   Shafiq menghadapi pelbagai masalah apabila tinggal serumah dengan lima orang kawannya yang mempunyai  perangai yang bermacam-macam itu.

[6 markah]









Rabu, 10 April 2013

Sesi pdp bersama-sama pelajar tingkatan 3 Omar dan 3 Othman - 11 April 2013



Tugasan :
Setiap kumpulan perlu menyediakan slaid power point tentang tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Slaid perlu mengandungi :
1. Syair dan pantun perlu ada maksud setiap rangkap.
2. Cerpen perlu ada sinopsis ringkas.
3. bahan-bahan lain seperti biasa
       Tema & Persoalan
Watak dan perwatakan
Plot
Nilai & pengajaran
Latar

Rabu, 27 Mac 2013

Tahniah anak-anak didik yang telah berjaya menghantar tugasan cuti penggal pertama !!!


Ulasan cikgu : Karangan ini masih banyak kelemahan ejaan dan binaan ayat. Perkataan yang diwarnakan merah merupakan antara kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar.  Pelajar ini perlu membuat pembetulan dalam buku karangan.

PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN REMAJA

Oleh : Huda Atiqah Abdul Sabeth

    Darsawarsa ini, semangat patriotic dalam kalangan remaja semakin luntur. Remaja kini lebih tertarik dengan teknologi maklumat yang semakin maju mengikut arus perubahan zaman. Tambahan pula remaja kini lebih suka hidup bebas dan sibuk dengan urusan sendiri tanpa memikirkan tentang hal lain. Sebagai contoh, masa kini kita sedang di gemparkan tentang penceroboh yang telah menyerang Lahat Datu. Telah banyak terpampang di dada akhbar tentang penderitaan yang menimpa oenduduk di Lahat Datu tambahan pula tentang jumlah kematian penduduk serta tentera yang telah di hantar ke sana bagi membebaskan rakyat yang terseksa. Tetapi jika dilihat anak muda kita, mereka seperti tidak merasakan apa-apa perasaan pun tentang kekacauan yang berlaku. Mereka masih lagi hayal dengan dunia dengan duduk berbual kosong bersama-sama rakan mereka tanpa mereka mengisahkan tentang kekalutan dan kekacauan yang berlaku. Mengapakah ini semua berlaku? Hal ini demikian kerana sikap patriotik kian pudar dalam diri remaja.
    Terdapat pelbagai cara untuk memupuk semangat patriotik dalam diri remaja. Namun, untuk memupuk semangat ini, semua pihak haruslah memainkan peranan serta bekerjasama supaya usaha yang di lakukan mendatangkan hasil bak kata peribahasa siapa yang menanam, dia yang akan menuai’. Oleh itu, antara cara untuk memupuk semangat patriotik dalam diri remaja ialah dengan memupuk semangat tersebut sejak mereka di bangku sekolah lagi. Bak kata peribahasa,’meluntur buluh, biarlah dari rebungnya’. Hal ini demikian kerana, ketika mereka di bangku sekolah lagilah mereka senang untuk di didik kerana ketika itu minda mereka masih lagi bersih daripada diracuni dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti video pornografi , kata-kata yang mencarut dan sebagainya.
    Bukan itu sahaja , malahan sikap patriotik juga dapat dipupuk dalam kalangan remaja dengan cara pihak sekolah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan hari kemerdekaan ini dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja dengan cara pihak sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti serta pertandingan yang menarik sebagai contoh pertandingan melukis poster tokoh pejuang Negara, mendeklamasikan sajak , membuat lakonan , menulis karangan dan sebagainya. Jika aktiviti ini di adakan dan di sertai dengan hadiah yang lumayan, pasti remaja akan tertarik untuk menyertainya tambahan pula, sikap patriotik dapat di pupuk dalam diri mereka kerana remaja akan mengingati sekurang-kurangnya 90% daripada apa yang mereka lakukan.
    Seterusnya,  para guru terutamanya guru yang mengajar mata pelajaran sejarah juga perlulah memperkenalkan tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara dan menceritakan tentang jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air untuk memperjuangkan tanah air supaya menjadi sebuah negara yanga aman makmur , bebas daripada penjajah serta bebas untuk memerintah negara sendiri. Memandangkan pada masa kini teknologi maklumat semakin maju serta semakin di naik taraf lagi,para guru bolehlah memperkenalkan serta menceritakan tentang sejarah-sejarah Negara dengan cara membuat tayangan video ataupun memainkan semula cerita-cerita yang berkenaan dengan sejarah negara sebagai contoh cerita tentang Bukit Kepong yang telah di lakonkan semula buat tontonan umum, cerita tentang Tok Janggut, Tok Kelana dan ramai lagi pejuang negara. Jika para pelajar mengetahui tentang cerita para pejuang negara, mereka pasti tidak akan mensia-siakan keamanaan yang telah di capai kini.
    Selain itu, bukan pihak sekolah sahaja yang berperanan untuk memupuk semangat patriotik dalam diri remaja. Malahan, ibu bapa turut memainkan peranan penting  dalam memupuk nilai cinta akan negara dalam diri remaja. Hal ini demikian kerana, pendidikan awal yang di terima oleh remaja ialah pendidikan daripada kedua ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan sikap serta contoh yang baik kepada anak-anak. Bak kata peribahasa,’bapa borek anak ritik’ iaitu anak-anak akan mengikuti perlakuan ibu bapa mereka. Bagi memupuk nilai patriotik dalam kalangan remaja, ibu bapa bolehlah membelikan mereka buku atau majalah yang menceritakan tentang tokoh-tokoh negara. Tambahan pula, ibu bapa juga boleh membuatnya sebagai hadiah kerana kebanyakan anak akan menghargai setiap pemberian ibu bapa mereka.
    Selain daripada pihak sekolah serta ibu bapa, pihak kerajaan turut memainkan peranan yang peting dalam memupuk nilai patriotik dalam kalangan remaja. Pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Dengan cara ini,  penyampaian dapat dilakukan dengan lebih berkesan kerana bukan remaja sahaja yang dapat menerapkan nilai patriotik malahan nilai tersebut dapat di terapkan dalam diri ibu bapa. Sebagai contoh, pihak kerajaan membuat iklan ataupun menyiarkan melalui akhbar serta radio tentang kempen mengingati para pejuang negara. Dengan adanya kempen ini, remaja bolehlah turut mengajak ibu bapa mereka untuk mengikuti kempen tersebut dan secara tidak langsung, hal ini dapat merapatkan lagi hubungan antara keluarga.
    Justeru, tidak boleh juga jika hanyalah pihak sekolah, ibu bapa serta kerajaan sahaja yang memainkan peranan penting malahan masyarakat juga tidak terkecuali. Jika hanyalah pihak sekolah, ibu bapa serta kerajaan sahaja yang bertungkus-lumus menerapkan nilai patriotik dalam kalangan remaja, usaha tersebut akan sukar untuk membuahkan hasilnya. Hal ini demikian kerana, masayarakat memainkan peranan yang cukup penting kerana masyarakat dapat memberikan pengaruh yang besar. Pada masa ini, remaja lebih kerap berada di luar bersama-sama rakan berbanding di rumah. Oleh sebab itu, remaja akan terpengaruh dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka tambahan pula setiap remaja mempunyai perasaan ingin mencuba yang mendalam. Oleh itu, masyarakat perlulah menunjukkan contoh yang baik sebagai contoh masyaratkat membuat perhimpunan mengenang jasa pejuang negara ataupun memandangkan kita hidup dengan berbilang bangsa, masyarakat perlulah menunjukkan contoh yang baik iaitu sikap saling membantu anatara satu sama lain serta sikap saling menyayangi walaupun berlainan bangsa. Perkara ini dapat menjamin keamanan negara bahkan turut dapat mengajar remaja untuk menerapkan perasaan cinta akan tanah air serta tidak berbalah dengan bangsa lain.
     Diri remaja sendiri turut memainkan peranan kerana segala perancangan akan berjalan dengan lancar jika diri remaja sendiri turut melibatkan diri. Oleh itu, remaja haruslah bekerjasama serta menerapkan sedikit keinsafan serta kesedaran dalam diri untuk mengikuti aktivit-aktiviti yang di lakukan. Malahan, remaja juga mestilah menerapkan nilai patriotik tersebut dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana, segala sesuatu terjadi apabila adanya minat dalam diri mereka sebagai contoh remaja menjinak-jinakkan diri untuk mengikuti kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan, melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dan sebagainya.
    Konklusinya, semua pihak memainkan peranan penting dalam memupuk sikap patriotik dalam kalangan remaja. Dalam hal ini, semua pihak haruslah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk mencapai apa yang di rancang dan janganlah menjadi seperti peribahasa melayu iaitu ‘yang di kejar tak dapat, yang di gendong berciciran’.  

Sabtu, 23 Mac 2013

Tugasan sempena cuti semester pertama 22 Mac 2013 hingga 30 Mac 2013

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua....
Apa khabar hari ini? Cikgu harap anak-anak semua dapat memanfaatkan cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah.... di samping menyiapkan tugasan yang telah disediakan oleh guru.

Jangan mengeluh jika tugasan terlalu banyak.... ingat pesan cikgu yang selalu cikgu sebutkan dalam kelas... apa dia?? Jika kita ikhlas menimba ilmu kerana nilai ilmu itu sendiri, menimba ilmu kerana Allah... bukan kerana yang lain ( bukan kerana gesaan ibu bapa atau guru dan lain-lain sebab).... insya Allah ganjarannya sangat besar!! Allah tidak menilai apa pencapaian kita, tetapi Allah menilai bagaimana kita mengendalikan amanah yang telah kita terima dan galas dengan penuh keikhlasan dan reda... tabah dan selalu bersyukur.... ingat ya anak-anak semua... jika kita jaga amanah Allah ini dengan baik, pasti kejayaan akan muncul dan pelangi indah menanti kita pada masa hadapan...:)

Baiklah.... di bawah ini cikgu sertakan tugasan untuk anak-anak didik yang cikgu sayangi.
Selamat menjawab!!!

Titipan cuti sekolah khas untuk anak-anak didik 5 Al Kindi yang hebat!!!

1. Sila layari Internet dan cari  apa-apa sahaja maklumat @ rencana tentang
     - Generasi Y.
     - sukan lasak
     - industri pelancongan kesihatan
    Cetak rencana tersebut.


2. Buat karangan format rencana akhbar tentang peranan pelbagai pihak untuk memupuk semangat  patriotik dalam kalangan remaja. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan. E-melkan karangan tersebut ke e-mel cikgu ... latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Sabtu 29 Mac 2013.


Titipan cuti sekolah khas untuk anak-anak didik 3 Omar dan 3 Othman yang terbilang !!!


1. Sila layari Internet dan cari  apa-apa sahaja maklumat @ rencana tentang
     - permainan tradisional.
     - menghargai guru
     - industri pelancongan
    Cetak rencana tersebut.


2. Buat karangan format rencana akhbar tentang peranan pelbagai pihak untuk memupuk semangat  patriotik dalam kalangan remaja. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. E-melkan karangan tersebut ke e-mel cikgu ... latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Sabtu 29 Mac 2013.


Titipan cuti sekolah khas untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar yang rajin !!!


1. Sila layari Internet dan cari  apa-apa sahaja maklumat @ rencana tentang
     - pelajar cemerlang.
     - menghargai guru
     - permainan tradisional
    Cetak rencana tersebut.


2. Buat karangan tentang peranan ibu bapa untuk memupuk semangat  patriotik dalam kalangan remaja. Panjangnya karangan anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. E-melkan karangan tersebut ke e-mel cikgu ... latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Sabtu 29 Mac 2013.




Jumaat, 8 Februari 2013

Nota Cerpen Yuran


Cerpen : YURAN
Omar Mamat
TEMA
Penderitaan hidup yang menyukarkan seorang murid untuk meneruskan kehidupannya.
PERSOALAN
1)Kemiskinan hidup
2)Kepentingan pelajaran demi masa depan
3)Kesanggupan untuk menunaikan amanah bapa
4)Keprihatinan masyarakat terhadap golongan miskin

LATAR
Latar Masa
1)    Pada waktu pagi semasa sesi persekolahan
2)    Zaman yang sudah maju kerana terdapat pasar raya dan penggunaan kereta.

Latar Tempat
1)    Di perigi rumah Amin
2)    Di dalam kelas
3)    Di dalam bilik pengetua
4)    Di hadapan pintu kedai permainan video
5)    Di balai polis

Latar Masyarakat
1)    Masyarakat kampung yang hidup miskin
2)    Masyarakat yang prihatin menghulurkan bantuan
3)    Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
4)    Masyarakat yang mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi 

GAYA BAHASA
1)    IMBAS KEMBALI – Mak Jah mengingatkan wasiat arwah suaminya kepada Amin
2)    SIMILE – Berlingkar macam ular sawa kekenyangan; mukanya merah bagi udang dibakar
3)    METAFORA – kotak fikiran : ibunya dibaluti kesusahan
4)    BAHASA INGGERIS – video games
5)    BAHASA ARAB – rahmatullah


NILAI
1)    Keberanian
Amin marupakan seorang yang berani. Dia sanggup mengejar pencuri dan menangkapnya demi kejahatan yang berlaku
2)    Ketabahan
Amin tabah menghadapi dugaan hidup. Biarpun dia hidup dalam serba kekurangan, namun dia tetap bersemangat untuk belajar dengan bersungguh- sungguh dan berjaya pada masa yang akan datang 
3)    Keikhlasan
Wanita muda itu ikhlas memberikan sumbangan sebagai hadiah kepada Amin kerana Amin telah memebantunya menangkap pencuri yang mengambil barang kepunyaannya sewaktu di pekan.
4)    Kasih sayang
Mak Jah begitu sayang akan Amin. Dia sanggup menanggung malu untuk pergi meminjam wang bagi membayar yuran persekolahan Amin.

PENGAJARAN
1)    Janganlah melakukan perkara yang melanggar undang-undang
2)    Kita hendaklah mengambil berat terhadap urusan keluarga
3)    Kita hendaklah mementingkan pendidikan anak-anak
4)    Kita hendaklah prihatin kepada masyarakat yang menghadapi kesusahan.

Tugasan sempena Cuti Tahun Baru Cina untuk anak-anak didik cikgu di kelas 5 al Kindi yang cemerlang...


Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...apa khabar?
Pasti anak-anak didik cikgu masih ingat pesanan cikgu pada hari terakhir persekolahan.... manfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah + masa berkualiti bersama-sama keluarga + siapkan semua titipan cuti sekolah yang cikgu-cikgu telah bekalkan...

Baiklah, bersama-sama ini cikgu sertakan beberapa tugasan mudah untuk anak-anak siapkan. Tugasan perlu disiapkan dengan bantuan akses sumber bahan Internet.

1. Cari 3 lokasi + gambar + keterangan tentang bangunan bersejarah yang telah dipulihara di Malaysia. Cetak dan bawa untuk tugasan seterusnya di dalam kelas.

2. Cari 2 artikel yang berkaitan bagi setiap tajuk / isu di bawah dan cetak untuk aktiviti seterusnya dalam kelas.

i. Usaha memartabatkan bidang sukan negara
ii. Persediaan untuk menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan.
iii. Keluarga bahagia/ keluarga sakinah

Selamat belajar !!!

Tugasan sempena Cuti Tahun Baru Cina... untuk anak-anak didik cikgu 3 Omar dan 3 Othman yang hebat...

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...apa khabar?
Pasti anak-anak didik cikgu masih ingat pesanan cikgu pada hari terakhir persekolahan.... manfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah + masa berkualiti bersama-sama keluarga + siapkan semua titipan cuti sekolah yang cikgu-cikgu telah bekalkan...

Baiklah, bersama-sama ini cikgu sertakan beberapa tugasan mudah untuk anak-anak siapkan. Tugasan perlu disiapkan dengan bantuan akses sumber bahan Internet.

1. Cari 3 lokasi + gambar + keterangan tentang bangunan bersejarah yang telah dipulihara di Malaysia. Cetak dan bawa untuk tugasan seterusnya di dalam kelas.

2. Cari 2 artikel yang berkaitan bagi setiap tajuk / isu di bawah dan cetak untuk aktiviti seterusnya dalam kelas.

i. Usaha memartabatkan bahasa Melayu
ii. Persediaan untuk menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan.
iii. Keluarga bahagia.

Selamat belajar !!!