Assalammualaikum....
Selamat bertemu lagi pada pagi ini.... syukur ke hadrat Allah kerana memberi kita kesihatan dan keberkatan umur untuk menimba ilmu ....tugasan kita pada pagi ini adalah mengenal pasti frasa menarik dalam blog yang cikgu link ini.... salin dalam buku karangan....
http://kenalibahasamelayu.blogspot.com/2011/09/ungkapan-menarik-dalam-karangan.html
Selamat belajar...:)
Cari Blog Ini
Selasa, 11 Jun 2013
Ahad, 26 Mei 2013
Titipan cuti pertengahan tahun 24 Mei hingga 9 Jun 2013 ... khas untuk anak-anak didik cikgu yang dikasihi....pelajar 1 Abu Bakar, 3 Omar, 3 Othman dan 5 al-Kindi
Assalammualaikum...
Wah cerianya percutian anak-anak didik cikgu!!Senyuman menguntum tanda bahagia ... alhamdulillah, semuanya seperti yang dirancang. Maaf cikgu pinta kerana agak lewat membuat post titipan cuti sekolah pada kali ini... ada kesibukan yang tidak dapat dielakkan... khas buat anak-anak 1 Abu Bakar yang telah mula bercuti awal... maaf sebab cikgu telah membuat anda ternanti-nanti....:) khususnya...Aiman Farhana, Norain, Musfirah, Hazirah....
Baiklah anak-anak yang dikasihi, tugasan kali ini adalah seperti berikut :
Untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar yang rajin:
1. Menghasilkan 8 stanza puisi moden ( sajak ) dengan tema alam sekitar bagi B6 DT1 E1

( Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah ).
2. Menghasilkan cerpen dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 350 patah perkataan bagi
B6 DT1 E2 ( Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan contoh ).
Semua hasil tugasan ini perlu ditaip komputer dengan tulisan jenis Times New Roman saiz 11 dan e-melkan kepada latifahtarkep@yahoo.com pada atau sebelum 7 Jun 2013.
Untuk anak-anak didik 3 Omar dan 3 Othman yang komited :
1. Menyiapkan latihan ringkasan dalam Modul Ringkasan hingga latihan 15.
2. Secara berpasangan dengan rakan sekelas, bina slaid power point yang mengandungi gambar berkaitan, isi penting dan frasa menarik yang berkaitan tentang salah satu tajuk di bawah :
- kepentingan bersukan
- kepentingan amalan menabung
- kepentingan amalan bergotong-royong
- cara-cara meningkatkan semangat patriotik remaja
- peranan ibu bapa untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak
- peranan ibu bapa meningkatkan amalan membaca
- semangat kejiranan
- kepentingan kegiatan kokurikulum
- usaha memartabatkan bahasa kebangsaan
- kesan pencemaran
-langkah mengatasi pencemaran
- faedah belajar berkumpulan
- usaha meningkatkan nilai murni remaja
Sila lengkapkan tugasan dan e-melkan kepada latifahtarkep@yahoo.com pada atau sebelum 7 Jun 2013.
Selamat belajar dan bercuti !!! :)

Jumaat, 3 Mei 2013
Titipan sempena cuti CPA 3 Mei 2013... khas untuk anak-anak didik tingkatan 3 Omar dan 3 Othman.
Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...
Cuti yang ditunggu-tunggu telah pun tiba... jiwa merdeka, santai minda bersama keluarga.
Namun perlu diingat detik waktu kian menghampiri garis penamat kembara ilmu tingkatan 3... medan juang PMR kian menjelma.... saat-saat percutian ini perlu dimanfaatkan dengan mengulang kaji dan membuat persiapan peperiksaan pertengahan tahun... jangan lupa titipan cikgu juga ye... :)
Baiklah seperti yang dijanjikan, tugasan untuk anak-anak 3 Omar dan 3 Othman yang cemerlang adalah seperti berikut :
Sila buat rujukan sumber Internet bagi rencana berikut dan cetak untuk aktiviti pdp dalam kelas ye...
1. Fungsi hutan di Malaysia
2. Kepentingan aktiviti riadah
3. Kebaikan bergotong royong.
4. Obesiti - bahaya dan cara mengawal
Selamat melayari Internet !!!

Ahad, 28 April 2013
Sesi pdp ceria bersama Jemaah Nazir Jaminan Kualiti... Jom belajar KOMSAS!
Sesi pdp pagi ini tambah ceria dengan kehadiran para nazir dari JNJK bagi penaziran 'New Deal'. Cikgu harap anak-anak semua dapat bersedia untuk sesi pembelajaran aktif bagi mengkaji prosa tradisional Hikayat Lang Lang Buana.
Tugasan Kumpulan :
Kumpulan 1 - Pilih seorang ahli kumpulan anda untuk memegang watak Raja Indera Bumaya dan melakonkan atau menceritakan tentang perwatakannya.
Kumpulan 2 - Kumpulan ini dikehendaki juga untuk mengkaji watak Raja Indera Bumaya dan akan mengulas tentang watak dan perwatakan yang telah dilakonkan oleh wakil kumpulan 1.
Kumpulan 3 - Mengenal pasti dan menyenaraikan 10 kosa kata Melayu klasik dan mencari maksudnya dengan merujuk Kamus Dewan.
Kumpulan 4 - Mengenal pasti dan menyenaraikan 5 nilai yang diperoleh daripada prosa tradisional Hikayat Lang Lang Buana.
Sesi pembentangan akan dibuat mengikut giliran nombor menaik.
Isnin, 15 April 2013
Sabtu, 13 April 2013
Titipan cuti CPA 13-14 April 2013... untuk anak-anak didik cikgu di kelas 5 al Kindi yang komited!!!
Assalammualaikum wbh...
Anak-anak didik cikgu semua, seperti yang telah cikgu janjikan....
siapkan tugasan tatabahasa di bawah ini ye.... cetak dan kita bincang di kelas nanti...:)
Tugasan 1 :
Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu .
Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak- kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja disamping dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini,remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalism. [ 6 markah ]
Tugasan 2:

Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.
(i) Satu lapuran lengkap tentang
kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.
(ii) Runtuh akhlak dalam kalangan
remaja mengakibatkan ramai remaja
terjebak dalam masaalah sosial.
(iii) Selepas upacara peresmian dewan,
pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik pameran.
[
6 markah ]
Tugasan 3 :
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i) Nilai kayu getah semakin mahal sejak
bahan itu dieksport dan menjadikan bahan untuk perabut.
(ii) Sejak perkhidmatan pos dilaksanakan
secara pengswastaan, pengurusannya menjadi lebih efisyen.
(iii) Malam itu menjadi gelap-gulita kerana awan hitam berkepul-kepul menandai
hari hendak hujan.
[ 6 markah ]
Tugasan 4 :
( Baca ayat-ayat di bawah
dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Walaupun pendakian semakin mencabar, mereka terus mendaki
gunung itu kerana bagi mereka setiap perkara itu mestilah diusahakan hingga
beroleh matlamatnya.
(ii) Penduduk di kawasan
perumahan mewah itu sukar disatukan kerana mereka memiliki pelbagai idea dan
fikiran.
(iii) Shafiq menghadapi pelbagai masalah apabila tinggal
serumah dengan lima orang kawannya yang mempunyai perangai yang bermacam-macam itu.
[6
markah]
Rabu, 10 April 2013
Sesi pdp bersama-sama pelajar tingkatan 3 Omar dan 3 Othman - 11 April 2013
Tugasan :
Setiap kumpulan perlu menyediakan slaid power point
tentang tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Slaid perlu mengandungi :
1. Syair dan pantun perlu ada maksud setiap rangkap.
2. Cerpen perlu ada sinopsis ringkas.
3. bahan-bahan lain seperti biasa
Tema &
Persoalan
Watak dan
perwatakan
Plot
Nilai &
pengajaran
Latar
Langgan:
Catatan (Atom)