Cari Blog Ini

Rabu, 29 Januari 2014

Titipan cuti sekolah sempena Cuti tahun Baru Cina 2014

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Tahniah cikgu ucapkan untuk anak-anak didik semua kerana berjaya melunaskan tugas-tugas tahun 2013 dan melangkah dengan semangat baru untuk menyahut cabaran 2014! Besar harapan cikgu agar anak-anak didik semua akan terus gigih menimba ilmu demi menggapai kecemerlangan di desa ilmu yang tercinta ini.

Baiklah ... seperti yang telah cikgu janjikan sebelum ini. Tugasan untuk anak-anak didik tingkatan 3 Omar yang hebat dan anak-anak didik 5 Ibnu Rusyd yang terbilang adalah seperti berikut :

Layari Internet dan cari artikel tentang :

1. Agropelancongan
2. Warisan budaya
3. Keluarga Sakinah
4. Warga Tua
5. Pelancongan Kesihatan

Cetak artikel tentang tajuk di atas dan bawa ke sekolah untuk aktiviti pembelajaran dalam kelas.

Selamat bercuti ...!!!

Ahad, 3 November 2013

Detik itu kian menghampiri ... pasti dan pasti ...

Assalammualaikum anak-anak didik calon SPM 2013 semua....
Cikgu doakan anak-anak didik semua sihat dan cukup bersedia untuk bertempur di medan juang SPM pada tanggal 6 November 2013 yang bakal tiba 2 hari lagi...

Anak-anak didikku sayang,

Bekalan sudah cukup cikgu berikan...
Doa juga tak pernah lupa cikgu titipkan
Nota, bimbingan dan tudingan jangan diabaikan
Restu guru dan ibu bapa jangan dilupakan
Salam dan cium tangannya sebagai kekuatan
Mudah-mudahan urusan anak-anak didik cikgu dipermudahkan...

Sebagai rujukan terakhir menjelang peperiksaan
anak-anak didik semua boleh membuat rujukan di link berikut :

http://bmspm.net/panduanterakhirbmspm2013.htm#BM_SPM_SUBJEK_TERAS

Selamat berjuang anak-anak didikku sayang
Semoga semuanya beroleh cemerlang !

Khamis, 10 Oktober 2013

Titipan mesra sempena cuti Aidil Adha.... khas untuk anak-anak didik 5 al Kindi yang cemerlang terbilang...

Assalammaualikum anak-anak didik cikgu semua....

Alhamdulillah ... kita masih dikurniakan Allah nikmat kesihatan dan usia dalam keberkatan ... Insya Allah... sempena cuti ini, cikgu titipkan tugasan untuk anak-anak didik siapkan sebagai satu usaha untuk melengkapkan persiapan menjelangnya musim peperiksaan SPM 2013 pada tanggal 6 Nov nanti.

Baiklah.... anak-anak didik cikgu yang dikasihi,

1. Sila rujuk link berikut untuk aktiviti tugasan seterusnya  ...
https://app.box.com/s/4rb5el0i11867ukd1dbk
https://app.box.com/s/750wiravmi7b2gazyp1v
https://app.box.com/s/ryaghe5g41hr5hg7ju3k
https://app.box.com/s/5mjab24q8zfbr5gaun2c
2. Sila rujuk, cetak dan buat semua latihan dalam kertas 'test pad'.
3. Bersedia untuk berbincang pada hari persekolahan.

Selamat belajar !!!

Isnin, 29 Julai 2013

Titipan mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati.... sempena Cuti Lebaran 2 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013


http://speakerpecah.blogspot.com

Asalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...
Salam Syawal... salam lebaran... salam ukhuwah untuk anak-anak semua...

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggetar sukma,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.


Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.


Seperti biasa, titipan mesra akan cikgu bekalkan untuk anak-anak didik semua ... agar masa terluang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, lambaian kecemerlangan menjadi pemangkin...

Pastikan, tugasan ini disiapkan sebelum berakhirnya tarikh percutian...

Titipan mesra untuk anak-anak didik 5 al Kindi yang cemerlang terbilang :

Sila buat rujukan Internet tentang isu-isu berikut dan cetak bahan-bahan yang berkaitan untuk aktiviti susulan di kelas.

1. Cara-cara menghargai jasa ibu bapa.
2. Kepentingan menghargai warisan budaya bangsa.
3. Peranan ibu bapa memeupuk amalan membaca
4. Kepentingan dan cara menghargai jasa guru
5. Punca pencemaran alam dan langkah mengatasinya.

Titipan mesra untuk anak-anak didik 3 Omar dan 3 Othman yang pintar bestari :

Tugasan 1 :
Sila buat rujukan Internet tentang isu-isu berikut dan cetak bahan-bahan yang berkaitan untuk aktiviti susulan di kelas.

1. Cara memupuk amalan berjimat-cermat dalam kalangan remaja.
2. Peranan pelbagai pihak dalam memupuk amalan membaca,
3. Kepentingan menjaga warisan warisan bangsa.

Tugasan 2 :
Lengkapkan 1 set latihan kertas 1 yang telah diberikan.


Titipan mesra untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar yang arif bijaksana :

B6 DT1 E1
Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.

Berdasarkan cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan, anak-anak didik semua dikehendaki membina satu klip video menggunakan aplikasi 'movie maker' bagi menghasilkan puisi  ( pantun atau sajak ) tentang sinopsis, watak dan perwatakan, tema dan persoalan serta  nilai dan pengajaran.

Klip video ini perlu dimuatkan dengan suara anak-anak mendeklamasi atau melagukan puisi yang telah dihasilkan. Masukkan juga elemen gambar dan muzik latar yang sesuai.

Sila rujuk contoh berikut sebagai panduan http://www.youtube.com/watch?v=XjDUHz2VC_0

Salam sayang daripada cikgu dan selamat belajar !!

Ahad, 28 Julai 2013

Debaran memuncak... peperiksaan percubaan menggamit gementar di dada... anak-anak didikku.... telah bersedia?

Assalammualaikum anak-anak didiku yang dikasihi...

Janji itu pasti ditepati... tekad dan azam untuk meraih kegemilangan dalam larian pentas ilmu ini pasti direalisasikan... Ayuh!! Tajamkan matamu... bersihkan hati dan minda.... pacakkan pedang perjuanganmu di mercu ilmu... pasti gemilang menjadi milikmu!!

Detik ini, anak-anak didik cikgu calon PMR 2013 sedang berjuang di landasan ilmu.... semangat juangmu nyata belum ampuh... masih ada lagi yang menenyeh mata melawan godaan zzzz....
Apa yang akan kau capai ... kalau waktu menjawab ujian pun kau tidur.... masih lagi berteka-teki jawapan apa... semuanya seperti belum pasti... meneka dalam kesamaran....

Duhai anak-anak didikku... janganlah kau hampakan cikgu mu ini... tiada hadiah yang paling berharga melainkan kejayaan kalian sebagai pembakar semangat usia senja pendidik ini...


Rabu, 3 Julai 2013

Tugasan cuti hujung minggu khas untuk anak-anak didik 5 al Kindi yang cemerlang...!

Assalammualaikum...

Anak-anak didik cikgu  yang dikasihi...
Detik perjuangan kita kian menghampiri garis yang paling genting...
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013...insya Allah!!!


Baiklah... dalam sesi pdp kita yang lalu, kita telah pun membincangkan beberapa topik karangan yang yang dijangkakan penting untuk tahun ini. Pada kali ini, saya mengemukakan satu lagi topik yang perlu diberikan penekanan iaitu Sekolah Lestari...

Tugas anak-anak didik semua adalah dengan merujuk laman sesawang yang cikgu sertakan ini dan buat rujukan lain tentang ciri-ciri dan kepentingan Sekolah Lestari.
http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Pengenalan-Sekolah-Lestari-Anugerah-Alam-Sekitar.pdf

Sila cari maklumat dan cetak untuk perbincangan dalam kelas pada minggu hadapan .