Cari Blog Ini

Sabtu, 7 November 2009

CONTOH KARANGAN : KELUARGA IMPIAN SAYA

"Rumahku, syurgaku".

Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.

Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.

Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.

Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.

Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?

Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.

Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.

42 ulasan:

  1. terima kasih kerana saya boleh membetulkan karangan saya

    BalasPadam
  2. lari tajuk- keluarga impian saya?

    BalasPadam
  3. karangan cikgu bnyk bantu ruat folio,terima kasih

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana sy dapat mencepat kan kerja sy terima kasih :) ;)

    BalasPadam
  5. terima kasih kerana saya boleh membetulkan karangan saya . terima kasih cikgu latifah .

    BalasPadam
  6. terima kasih kepada cikgu latifah atas karangan yang menarik ini...>3

    BalasPadam
  7. karangan cikgu dapat membantu saya dalam kerja folio saya. Terima kasih cikgu :D

    BalasPadam
  8. cik latipah mesti mempunyai keluarga bahagia dan harmoni.tq kerana membantu saya membuat kerja moral.

    BalasPadam
  9. tankx 4 ur essay.. i did my moral folio nicely wit ur sample essay.. sooo tankx again..

    BalasPadam
  10. tttttttttttttttqqqqqqqqqqqqqqq...krgn saya akhirnye siap!...ye

    BalasPadam
  11. macammane nk save file nie

    BalasPadam
  12. thanx a lot.. it may give me a high mark 4 my essay..

    BalasPadam
  13. saya tidak tahu pun untuk membuat karangan keluarga tettapi saya masih kecil saya berumur 8 tahun dan cikgu saya menyuruh saya membuat karangan keluarga saya..............

    BalasPadam
  14. terima kasih cikgu latiah! saye dapat menyiapkan kerja sekolah saye.. thanks a lot!!

    BalasPadam
  15. trimas ckigu... jasa ckgu akn dikenang sampai ble2... smoga ckgu sekeluarga hidup aman n dmurahkn rezeki... amin...

    BalasPadam
  16. The best la krgn nie..i li it vry much!..
    mnjdi smber inspirasi utk trial sy nanti dlm tajuk kekeluargaan...trimas..=)...two thumbs up!

    BalasPadam
  17. Terima kasih kerana membantu saya dalam menyiapkan folio ini

    BalasPadam
  18. terima kasih ya... saya dah siap kerja folio~

    BalasPadam
  19. terima kasih ,
    dengan karangan cikgu saya dapat idea untuk buat karangan yg baik ,
    terima kasih :)

    BalasPadam
  20. This is fantastic! Thanks a lot x

    BalasPadam
  21. terima kasih cikgu tetapi adakah keluarga impian dengan keluarga bahagia sama maksud

    BalasPadam
  22. thankz a lot. info yg bnyk membantu.

    BalasPadam
  23. terime kasih bnyk2x kerane membantu saye untuk menyiapkan kerja sekolah................

    BalasPadam
  24. terima kasih cikgu . byk kegunaannya

    BalasPadam
  25. terima kasih ya cikgu

    BalasPadam
  26. dengan karangan yang cikgu berikan,akak saya tak perlu bersusah payah mencari di perpustakaan.tq cikgu

    BalasPadam
  27. terima kasih kerana saya dapat meniru karangan cikgu! :D

    BalasPadam
  28. tq very much ! saya dpt membetulkan karangan saya yg bnyk salah ni .. hehe ^^

    BalasPadam
  29. thank you ,cikgu latifah .kerana saya boleh siapkan karangan yang diberi oleh cikgu saya dengan meniru karangan kamu...>.< ^^

    BalasPadam
  30. tq it was very helpful 4 me 2 finish my works

    BalasPadam
  31. tq 4r ur idea because ur essay i get A in my essay .tq very much

    BalasPadam
  32. Terima kasih...
    kerana karangan ini,saya dapat membetulkan ksilapan di dalam karangan saya

    BalasPadam
  33. tq karangan nie dapat membantu saya membuat kerja kursus sye

    BalasPadam
  34. Thanks, useful for moral too.

    BalasPadam
  35. tq krangn nie dpt mmbntu cy mmbuat kerj kursus

    BalasPadam
  36. nice! this essay is interesting! tengss a lot to cikgu latifah!

    BalasPadam
  37. terima kasih cikgu latipah..akhirnya saya dapat menyiapkan folio saya..

    BalasPadam
  38. 5 hari lagi saya akan periksa UPSR.....harap dengan karangan cikgu saya dapat A.............doakan saya semoga dapat 5A ye.............

    BalasPadam
  39. trimas ckgu,krangn sy dh siap.krngn yng amat menarik mint smua pljar

    BalasPadam
  40. sangat menarik dan sangat useful juga

    BalasPadam