Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Mei 2011

TUGASAN KECEMERLANGAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK 5 IBNU SINA, 4 IBNU SINA DAN 4 AL KINDI SEMPENA CUTI PERTENGAHAN TAHUN ( 28 MEI HINGGA 12 JUN 2011 )

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Selamat bercuti!!! Pasti anak-anak didik cikgu telahpun merancang pelbagai aktiviti menarik bersama-sama keluarga tersayang.... tapi, jangan lupa dengan tugasan yang telah diberikan oleh guru-guru di sekolah ye.... bergembiralah sambil mengulang kaji pelajaran tau!

Seperti yang telah cikgu janjikan, ada buah tangan istimewa untuk anak-anak didik cikgu sempena cuti ini... Bahasa Melayu Dekat Di Hati ...:) Insya Allah usaha anak-anak didik cikgu pasti akan membuahkan hasil yang cukup berbaloi nanti... A+ Bahasa Melayu pasti akan dapat digenggam..!!

Tugasan Pertama :

Salin dua contoh karangan berformat ( perbahasan ala parlimen dan surat rasmi ). Karangan ini haruslah menepati tema pendidikan untuk perbahasan dan alam sekitar untuk surat rasmi. Anak-anak boleh merujuk mana-mana buku yang bersesuaian.

Seterusnya, dalam setiap karangan tadi, anak-anak kenal pasti sepuluh perkataan sukar atau frasa menarik, cari maksud dengan merujuk kamus dan bina ayat menggunakan perkataan sukar atau frasa menarik tersebut.

Tugasan Kedua :

Salin dua contoh karangan tidak berformat ( karangan fakta/perbincangan ). Karangan ini haruslah menepati tema pelancongan kesihatan dan kenegaraan / semangat patriotik. Anak-anak boleh merujuk mana-mana buku yang bersesuaian.

Seterusnya, dalam setiap karangan tadi, anak-anak kenal pasti sepuluh perkataan sukar atau frasa menarik, cari maksud dengan merujuk kamus dan bina ayat menggunakan perkataan sukar atau frasa menarik tersebut.


Tugasan Ketiga :

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
yang diperoleh daripada bidang bioteknologi di negara ini dan halangan-halangan yang dihadapi untuk menjayakan bidang tersebut
. Panjang rumusan hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.

Selepas era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dunia sekarang menumpukan
perhatian pula kepada bidang bioteknologi. Bidang ini lebih menjurus dan menekankan aspek penyelidikan. Hal ini bertepatan dengan takrifan bioteknologi itu sendiri yang berasal daripada gabungan biologi dan teknologi yang bermaksud penggunaan sains untuk penghasilan bahan
lain yang boleh dimanfaatkan bersama. Bidang ini mengaplikasikan ilmupengetahuan demi
kesejahteraan manusia.

Dalam usaha memajukan sektor pertanian, semua pihak perlu melipatgandakan usaha
bagi membuktikan sektor pertanian bukannya sektor ‘lembap’ yang sebelum ini sentiasa
dikaitkan dengan kemiskinan. Kerajaan mahu menjadikan sektor pertanian maju dan dinamik serta mampu memberi nafas baru selari dengan perkembangan arus globalisasi. Aspirasi murni kerajaan ini terserlah dengan pelancaran Dasar Bioteknologi Negara (DBN). DBN memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti flora dan fauna serta sumber lain seperti mikro dan organisma marin untuk penyelidikan. DBN memastikan rakyat mendapat faedah dengan wujudnya pelbagai bentuk aktiviti industri berasaskan bioteknologi.

Bidang ini menjadi kunci pemacu kemajuan yang diperlukan untuk mengubah proses
pertanian ke arah dimensi yang lebih moden, justeru meningkatkan imej sektor pertanian yang sekian lama dilihat sebagai sektor kelas kedua dibandingkan dengan sektor pembuatan dan automotif. Pendekatan baharu DBN juga membolehkan industri herba yang dikatakan bernilai RM50 bilion setahun akan terus berkembang. Pastinya penyelidikan bioteknologi bukan sekadar memproses Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, tetapi juga mencakupi aspek penghasilan enzim dan makanan berfungsi serta penghasilan tumbuhan dan haiwan ternakan baka baharu. Penambahbaikan secara agresif oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan bidang ini akan terus berkembang maju.

Dalam aspek yang lain, menerusi bidang bioteknologi industri bahan buangan atau
sisa industri dapat diberikan nilai tambah untuk menghasilkan produk baharu yang boleh dimanfaatkan. Bidang ini dianggap sebagai ilmu sains yang membawa kekayaan dan
kemakmuran kepada manusia. Penyelidikan yang dilakukan dalam bidang ini tidak
menggunakan unsur kimia untuk menghasilkan sesuatu penemuan, sebaliknya hanya
menggunakan mikroorganisma, sel, dan molekul untuk tujuan tertentu.

Tidak dapat dinafikan masa depan negara ini antara lain bergantung pada kejayaan
bidang bioteknologi dan keberkesanan pelaksanaan DBN. Kita telah menyaksikan komitmen
yang diberi oleh pihak kerajaan untuk menggapai kesejahteraan dan kemakmuran negara
melalui bidang yang semakin penting ini. Justeru peluang untuk menikmati faedah daripada bidang bioteknologi ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Bidang Bioteknologi: Malaysia Mula
Mengukir Nama, Dewan Masyarakat, Ogos 2005)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan