Cari Blog Ini

Isnin, 7 November 2011

Tudingan SPM 2011 - KOMSAS (Drama)

Set 1: Gelanggang Tuk Wali

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
RIPIN: Dah berpuluh tahun diredah, wak! Tak ada siapa pulak yang menanam semula.
TUK WALI: Kalau ikut petua, ikut pantang larang, sampai anak cucu pun insya-Allah ada lagi. Bila aku cakap fasal pantang larang, semua orang ketawa. Bila aku bukakan rahsia petua ke hutan, ada orang kata aku ni nak jadi Tarzan. Orang sekarang ni tak berasa malu lagi bila merosakkan... dah hilang rasa hormat mereka pada alam!
RIPIN: Petua yang mana, wak ?
TUK WALI: Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. Kalau hati belum pasti, jangan dicantas. Kalau belum mengenal, berkenal dulu.
RIPIN: Mereka mencantas, menebang tu pun kerana nak mengenallah, wak!
TUK WALI: Belajarlah mengenal pada ibu, bukan cabut anak. (Kesal) Yang langgar pantang , anak cucu aku jugak. Cakap aku ni tak dihargai langsung. (Marah) Si Berahim anak tiri aku tu! Dia murid si Guan, Guan kedai singse tu! Tunjuk mana pasak bumi, tongkat ali, dikenalkannya rancang besi, rancang tembaga, yang mana raja berangkat, apa khasiat lukai jantan, apa gunanya tengkuk biawak!

(Dipetik daripada cerpen Gelanggang Tuk Wali oleh
Ismail Kassan dalam antalogi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i) Nyatakan petua yang diamalkan oleh Tuk Wali apabila masuk ke hutan.
[ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan bagi memelihara tumbuh-tumbuhan hutan di negara kita. [ 3 markah ]
(iii) Huraikan satu persoalan berdasarkan petikan cerpen di atas dan satu persoalan lain yang terdapat dalam cerpen ini. [ 4 markah ]

Skema jawapan:
(i) Pantang larang
- Pokok yang tengah berbunga atau berbuah, jangan ditebang. 1m
- Pokok yang lebih kecil daripada jari hantu, jangan disentuh. 1m
- Kalau hati belum pasti, jangan dicantas. 1m
- Kalau belum mengenal, berkenal dulu. 1m
[ maksimum 2m ]

(ii) Usaha-usaha
P1- penyelidikan oleh jabatan/agensi berkaitan 1m
P2 pantau dan kawal selia aktiviti penebangan/tanam semula/pantau dan selia
aktiviti hutan/ kuat kuasa undang-undang atau denda/ jadikan kawasan hutan
simpan
P3 kempen melalui media massa 1m
P4 pendidikan secara formal/ sekolah/institusi pendidikan 1m [maksimum 3m]
(iii) satu persoalan dalam petikan [2m]
amalan pantang larang yang menjadi warisan budaya masyarakat
Tuk Wali masih mengamalkan petua dan pantang larang masuk ke hutan
Dia kecewa apabila anak cucunya tidak mendengar dan menghargai petua dan amalannya .

satu persoalan daripada keseluruhan cerpen [2m]
adat dan budaya yang perlu dipelihara
Tuk Wali mengalami konflik kerana generasi muda mempersendakan usahanya untuk terus mengajarkan silat

Keruntuhan akhlak generasi muda
Anak Ibrahim, Piee terlibat dalam gejala penagihan dadah dan mencuri biola Tuk Wali

Sikap tamak dan rakus manusia
Guan menggunakan traktor untuk mencabut pokok-pokok herba yang masih kecil di hutan
[maksimum 4m

Set 2: Gelanggang Tuk Wali
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
TUK WALI: Boleh! Aku boleh duduk di masjid berzikir terus sampai mati! Tapi, orang patah kaki, urat terkehel tu, siapa nak ubatkan? Budak-budak kilang menjerit histeria beramai-ramai siapa nak menolong?
MAK UMI: Yang itu tak pulak disebut! Bersilat dalam majlis kahwin saja! Kurang manis katanya!
TUK WALI: (Menggantung biola di dinding beranda. TUK WALI kelihatan tersinggung dan marah.) Dah setengah abad aku bersilat! Dulu, semua budak muda dalam kampung ini anak murid aku belaka...zaman darurat dulu! Aku dilantik jadi ketua mengawal kampung! Dua kali bertempur di hutan, berkumpul semua lelaki perempuan, datang pada aku belajar silat. Masa itu, apa yang aku buat semuanya baik! Semuanya manis! Tapi, bila aku dah tua macam ni, tak manis pulak jadinya.
MAK UMI: Kerana dah tualah jadi tak manis tu!
TUK WALI: Aku buat benda yang sama jugak! Aku bukan ajar budak-budak tu merompak!
MAK UMI: Jangan marah saya! Imam yang kata macam tu!
TUK WALI: Apa awak jawab?
MAK UMI: Apa yang saya nak jawab?
TUK WALI: Takkanlah awab tak jawab apa pun?
(Dipetik daripada cerpen Gelanggang Tuk Wali oleh
Ismail Kassan dalam antalogi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan bukti-bukti yang menunjukkan Tuk Wali mahir bersilat. [ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah perubatan tradisional masih diamalkan oleh masyarakat masa ini? [ 3 markah ]
(iii) Huraikan satu latar masyarakat berdasarkan petikan cerpen di atas dan satu latar masyarakat lain yang terdapat dalam cerpen ini. [ 4 markah ]


Skema jawapan:
(i) bukti –bukti Tuk Wali mahir bersilat
- dah setengah abad Tuk Wali bersilat 1m
- semua anak muda kampung dulu menjadi anak muridnya . 1m
- Tuk Wali dilantik menjadi ketua mengawal kampung 1m
- semua lelaki perempuan belajar silat dengannya 1m

[maksimum 2m]

(ii) sebab mengamalkan perubatan tradisiona
- kos murah 1m
- mudah didapati 1m
- dapat menyembuhkan penyakit yang tidak dapat diubati secara perubatan moden 1m
- ada perubatan tradisional yang telah diiktiraf/mendapat kelulusan kementeriankesihatan 1m
- pengamal perubatan telah dikenali dalam kalangan masyarakat/pengguna yakin diri 1m

(iii) satu latar masyarakat dalam petikan [2m]
masyarakat yang mengekalkan warisan budaya bangsa dalam kehidupan
Tuk Wali sudah bersilat setengah abad lamanya.

satu latar masyarakat daripada keseluruhan cerpen [2m]
masyarakat yang runtuh akhlaknya
-Anak Ibrahim, Piee terlibat dalam gejala penagihan dadah dan mencuri biola Tuk Wali.
-Piee juga telah mencuri duit tambang ke Mekah Tuk Wali sebanyak dua ribu ringgit
Masyarakat yang tamak dan rakus
Guan menggunakan traktor untuk mencabut pokok-pokok herba yang masih kecil di hutan
Masyarakat yang mementingkan agama Tuk Wali tidak pernah tinggal berjemaah maghrib sampai isyak, subuh pun.

Set 3: Gelanggang Tuk Wali
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
MARIAM: Kuih, wak! Malam ini ada empat orang pelajar baru nak belajar, wak! Saya bawa semua keperluan untuk ijazahkan murid baru.
TUK WALI: (Merenung muka RIPIN) Aku ni dah tua, Mariam, Ripin! Tak daya aku nak berkuat macam dulu.
RIPIN: Kalau wak penat, biar kami yang mengajar! Tapi, kami mau wak ada dalam gelanggang.
MARIAM: Betul tu! Kami masih perlu bimbingan wak dalam gelanggang ini!
TUK WALI: Aku berfikir, ada baiknya juga kalau engkau berdua ambil alih tempat aku. Teruskanlah gelanggang ini. Aku dah tak daya lagi, Ripin.
RIPIN: Mariam, saya tak taulah! Tapi, saya sendiri memang tak sanggup, wak! Saya belum bersedia.
MARIAM: Kalau Abang Ripin dah tak sanggup, apa pulak saya, tapi, kenapa tiba-tiba saja wak tak mau mengajar? Mesti ada silap di mana-mana ni! Kalau saya yang buat salah, saya minta maaf, wak! Orang muda kadang-kadang terlanjur bila bergurau. Saya minta maaf, wak!
RIPIN: Saya pun macam tu juga! Kalau ada tingkah laku saya yang mengecilkan hati wak, saya minta maaf.
TUK WALI: (Berasa terharu dengan sikap muridnya) Kamu berdua tak ada apa-apa salah dengan aku!
(Dipetik daripada cerpen Gelanggang Tuk Wali oleh
Ismail Kassan dalam antalogi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka)

(i) Nyatakan sebab-sebab Tuk Wali tidak mahu mengajar silat kepada empat pelajar baru. [ 2 markah ]
(ii) Pada pendapat anda, apakah tindakan-tindakan yang perlu dilakukan untuk memastikan seni silat terus kekal sebagai warisan budaya masyarakat.[ 3 markah ]
(iii) Huraikan satu nilai kemanusiaan berdasarkan petikan cerpen di atas dan satu nilai kemanusiaan lain yang terdapat dalam cerpen ini. [ 4 markah ]


Skema jawapan:
(i) sebab Tuk Wali tidak mahu mengajar silat
sudah tua 1m
tidak daya berkuat macam dahulu 1m
dah tak berdaya lagi . 1m

[maksimum 2m]

(ii) Tindakan-tindakan
- promosi/kempen dalam dan luar negara 1m
- terbitkan buku berkaitan seni silat 1m
- adakan pertandingan hingga peringkat anatarabangsa
wujudkan kelas-kelas seni silat /pertubuhan 1m kerap buat persembahan silat 1m
adakan carnival/ penceramah jemputan 1m

(iii) satu nilai dalam petikan [2m]
pemaaf Ripin, Mariam dan Tuk Wali saling bermaafan

satu nilai daripada keseluruhan cerpen [2m]
gigih mempertahankan budaya bangsa
Tuk Wali tidak jemu-jemu mengajar silat kepada anak muda walaupun beliau sudah tua

menghormati /menghargai orang yang lebih tua
Mariam, Halim dan Jamil tidak bersikap biadap dan kasar kepada Tuk Wali yang banyak pengalaman hidup sebaliknya belajar ilmu persilatan daripada beliau.

Mengenang jasa
Lembaga Pewaris Adat menyerahkan Keris Ganja Seiras Naga Berjuang kepada Tuk Wali untuk membalas jasa beliau yang berjuang menumpaskan musuh pada usia 25 tahun
[4 markah]

1 ulasan: