Cari Blog Ini

Rabu, 17 Ogos 2016

Titipan hujung minggu ... Bahasa Melayu Dekat di Hati ... untuk anak-anak didik cikgu di kelas 1 Othman ( 19-20 Ogos 2016)

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua ...

Seperti yang telah cikgu janjikan ... cikgu sertakan beberapa tugasan untuk cuti hujung minggu anak-anak didik yang cikgu kasihi.. Sila teruskan pembacaan anda ... :)

1. Tugasan 1 ...
Berikut cikgu sertakan perenggan ulasan yang telah anda hasilkan dalam masa pdp tempohari. Salin semula hasil kerja kumpulan anda yang di bawah ini dalam buku penulisan. (kekalkan warna tulisan )

Mutakhir ini, pelajar-pelajar semakin kurang berdisiplin di sekolah. Antara masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar ialah  vandalisme  ( tersurat ). Tamsilnya, merosakkan harta benda sekolah dan menconteng meja. Masalah mungkin berpunca daripada kesibukan ibu bapa dengan kerjayanya ( tersirat ). Kesannya, para pelajar tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Selain itu, pengaruh rakan sebaya ( tersirat ) juga menyumbang kepada masalah disiplin pelajar seperti ponteng sekolah ( tersurat ). Pelajar yang ponteng kerap kali mengunjungi kafe siber dan melepak tanpa tujuan.   Konklusinya, ibu bapa perlulah memberi perhatian kepada anak-anak supaya mereka lebih berdisiplin dan dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. 


2. Tugasan 2 ...
Cikgu percaya anak-anak didik cikgu pernah bercuti bersama-sama keluarga. Tidak kira percutian di kampung halaman atau detinasi yang lain. Tulis sepucuk surat kiriman tidak rasmi kepada cikgu, ceritakan pengalaman percutian anda dan sertakan sekali beberapa gambar percutian anda. Cikgu menunggu kiriman surat anak-anak didik semua di e-mel cikgu .... ahliazahid@gmail.com

Selamat berhujung minggu bersama-sama keluarga ... :)

Cikgu kongsikan beberapa gambar percutian cikgu sekeluarga di Istambul, Turki pada Jun 2015

...menelusuri Laut Bosphorus ... menikmati suhu Mediteranean yang dingin dan nyaman ... 

... menikmati aiskrim Turki yang unik ... aiskrim yoghurt ... harga 3 LT ...

 ... kakak Hayati di hadapan Blue Mosque ... 


... Turkey Airlines ...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan