Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Mei 2011

KERJA KURSUS SEJARAH TINGKATAN 1 : SEJARAH DIRI DAN KELUARGA



1. ELEMEN 1 : Mengumpul fakta

- Majalah, akhbar, jurnal, buku, internet, orang sumber, CD/DVD


2. ELEMEN 2 : Merekod fakta / Hasil Kajian

1. Muka hadapan (cover page)

· Sila rujuk Keratan 1

2. Isi Kandungan

· Sila rujuk Keratan 2

3. Penghargaan – Ucapan terima kasih kepada ibu bapa, guru sejarah, rakan-rakan dan saudara-mara atas bantuan yang diberikan

4. Objektif Kajian

· Sila rujuk Keratan 3

5. Kaedah kajian

· Sila rujuk Keratan 4

6. Laporan Kajian
A.
Salasilah keluarga
Carta keluarga (Family Tree) – Sila rujuk Keratan 5


B. perkembangan diri dan keluarga. Ceritakan biodata setiap ahli keluarga -
Rujuk Keratan 6.

C. Tokoh dalam keluarga ( orang yang paling kamu sanjungi dan hormati dalam keluarga -
kelayakan pendidikan, pencapaian, sumbangan terhadap keluarga dan teladan yang dapat
dipelajari )
. D.Peristiwa bersejarah keluarga

§ hari perkahwinan/ulang tahun.

§ berpindah ke tempat lain

§ melawat/melancong

§ rumah terbakar

§ banjir

§ kematian

§ anugerah cemerlang/pingat

§ konvensyen/konvokesyen

§ majlis rasmi/kursus /seminar

§ dan lain-lain

7. Rumusan – Sila rujuk Keratan 7

8. Lampiran

· Gambar yang berkenaan

· Dokumen-dokumen berkaitan

§ Salinan Sijil kelahiran,

§ Sijil perkahwinan,

§ Kad pengenalan,

§ Kad pekerjaan,

§ Sijil-sijil sekolah

§ Sijil penghargaan

§ Majalah

§ Lain-lain sumber

· Rakaman tv

· Sijil anugerah/ Sijil pengiktirafan

· Pingat-pingat (gambar)

· Potongan akhbar

· Surat rasmi

. Sijil kematian


9. Rujukan

· Orang sumber yang memberikan maklumat yang berguna seperti

ibu,bapa, datuk, nenek dan sebagainya.

· Sertakan nama penuh mereka, umur, No kad pengenalan, Alamat rumah,

No telefon dan emel.

10. Esei

· Tajuk : Menyayangi diri dan keluarga

· Soalan : Bagaimanakah anda seharusnya menyayangi keluarga anda?

§ Tulis esei anda melebihi 100 patah perkataan

§ Masukkan sekurang-kurangnya empat (4) unsur-unsur patriotisme


CONTOH :

Keratan 1

SEJARAH 21/2

KERJA KURSUS

Nama : ______________________________________________

Nombor Kad Pengenalan : ______________________________________________

Nama dan Alamat Sekolah : SMK Agama Johor Bahru

Jalan Anggerik 21, Taman Johor Johor
81100 Johor Bahru, Johor.

Tajuk Kerja Kursus : Sejarah Diri dan Keluarga

Nama Guru Sejarah : ______________________________________________

Skor :

Elemen

Markah

Elemen 1 Mengumpul Fakta Sejarah


Elemen 2 Merekod Fakta Sejarah


Elemen 3 Penerapan Unsur Patriotisme


Jumlah Markah


Kod


Tahap Pencapaian


Tandatangan guru,

____________________

Keratan 2

Bil.

Butir-butir

Muka surat

1.

Tajuk

(i)

2.

Isi Kandungan

(ii)

3.

1.0 - Penghargaan

(iii)

4.

2.0 - Objektif Kajian

(iv)

5.

3.0 - Kaedah Kajian

(v)

6

4.0 - Laporan Kajian

4.1 - Salasilah keluarga

4.2 - Perkembangan diri dan keluarga

4.3 - Tokoh dalam keluarga

4.4 - Peristiwa bersejarah dalam keluarga

(mula dengan nombor 1)

7.

5.0 - Rumusan


8.

6.0 - Lampiran


9.

7.0 - Rujukan


10.

8.0 - Esei



Keratan 3

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian yang dibuat oleh saya untuk menyediakan folio Sejarah ini mempunyai beberapa

objektif seperti yang berikut:

a) Saya dapat mengenali dan memahami asal usul keluarga saya

b) b) Saya boleh menghubung kait dan membentuk salasilah keluarga saya bermula dari datuk dan nenek saya sehingga kepada generasi saya

c) c) . Saya dapat mengenali dan memahami dengan lebih dekat setiap anggota keluarga saya

d) Saya boleh berasa bangga dan sayang kepada keluarga saya atas segala kemajuan yang dicapai oleh keluarga saya

e) e). Saya dapat menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang keluarga saya


Keratan 4


3.0 KAEDAH KAJIAN


Kaedah-kaedah kajian salasilah keluarga yang saya gunakan adalah seperti berikut:

a) Kaedah temuramah

Saya telah menemuramah orang sumber yang merupakan ibu bapa saya bagi mengetahui dengan lebih lanjut beberapa peristiwa sama ada melalui penglibatan mereka secara langsung dalam peristiwa itu atau sekadar menyaksikannya.


b) Kaedah pemerhatian

Saya melihat dan mengkaji perkembangan orang sumber iaitu ibu bapa saya dari segi aktiviti yang mereka lakukan, hobi dan tingkah laku mereka.


c) Kaedah analisis dokumen

Saya melihat dan mengambil maklumat daripada buku catatan harian ibu bapa saya, dokumen-dokumen penting yang disimpan oleh ibu bapa dan mengumpul beberapa gambar dari album keluarga.


Keratan 5



Contoh-contoh Carta Keluarga yang boleh anda jadikan sebagai rujukan :-




Keratan 6

Di bawah Perkembangan Diri dan Keluarga, anda boleh menyenaraikan kesemua maklumat tentang biodata anda dan ahli keluarga anda seperti di bawah :-

Bapa

§ Nama

§ Umur

§ Tarikh Lahir

§ Tempat Lahir

§ Alamat

§ No. Telefon

§ Pekerjaan

§ Hobi

§ Makanan/Minuman kegemaran

§ Warna kegemaran

§ Rancangan kegemaran

§ Buku kegemaran

§ Haiwan kegemaran


Bapa

§ Nama

§ Umur

§ Tarikh Lahir

§ Tempat Lahir

§ Alamat

§ No. Telefon

§ Pekerjaan

§ Hobi

§ Makanan/Minuman kegemaran

§ Warna kegemaran

§ Rancangan kegemaran

§ Buku kegemaran

§ Haiwan kegemaran

Abang (jika ada)

§ Nama

§ Umur

§ Tarikh Lahir

§ Tempat Lahir

§ Alamat

§ No. Telefon

§ Pekerjaan / Cita-cita

§ Hobi

§ Makanan/Minuman kegemaran

§ Warna kegemaran

§ Rancangan kegemaran

§ Haiwan kegemaran


Kakak (jika ada)

§ Nama

§ Umur

§ Tarikh Lahir

§ Tempat Lahir

§ Alamat

§ No. Telefon

§ Pekerjaan / Cita-cita

§ Hobi

§ Makanan/Minuman kegemaran

§ Warna kegemaran

§ Rancangan kegemaran

§ Haiwan kegemaran

Adik Lelaki/Perempuan (jika ada)

§ Nama

§ Umur

§ Tarikh Lahir

§ Tempat Lahir

§ Alamat

§ No. Telefon

§ Cita-cita

§ Hobi

§ Makanan/Minuman kegemaran

§ Warna kegemaran

§ Rancangan kegemaran

§ Haiwan kegemaran


Saya

§ Nama

§ Umur

§ Tarikh Lahir

§ Tempat Lahir

§ Alamat

§ No. Telefon

§ Sekolah Rendah

§ Sekolah Menengah

§ Cita-cita

§ Hobi

§ Makanan/Minuman kegemaran

§ Warna kegemaran

§ Rancangan/Filem/Drama kegemaran

§ Haiwan kegemaran

§ Tempat kegemaran

§ Laman Web kegemaran

§ Subjek kegemaran

§ Guru kegemaran

§ Kawan-kawan karib



Keratan 7

5.0 RUMUSAN

Sesungguhnya dengan membuat kajian ini saya telah memperolehi pelbagai info mengenai sejarah diri dan keluarga saya yang selama ini belum pernah saya ketahuinya. Melalui kajian ini, saya dapat mengetahui asal-usul dan salasilah keluarga saya yang seterusnya membantu saya mengetahui dengan lebih mendalam tentang sejarah-sejarah yang berlaku dalam keluarga saya.

Selepas penyempurnaan kajian ini, saya juga dapat mengenali ahli keluarga dan saudara-mara dengan lebih rapat lagi. Ini dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan hubungan silaturahim yang sedia terjalin. Perasaan cinta dan bangga juga dapat dipupuk terhadap ahli keluarga setelah membuat kajian ini. Perasaan ini akan lebih mendekatkan lagi ahli keluarga antara satu sama lain.

Kajian ini juga telah membolehkan saya menguasai kemahiran yang berguna. Antara kemahiran tersebut ialah kemahiran mencari, mengumpul, dan menganalisis maklumat dan data mengenai salasilah keluarga saya. Diharapkan rakan-rakan yang lain turut memanfaatkan kebaikan-kebaikan yang saya alami dalam melaksanakan Kerja Kursus Sejarah Tingkatan 1 ini.


Nama:

Tingkatan :

Tugasan semasa cuti 2 minggu ini, anak-anak didik cikgu hanya perlu mengumpulkan bahan bukti untuk lampiran iaitu :

1. Surat beranak sendiri, ibu dan bapa 2. Kad pengenalan sendiri, ibu dan bapa

3. Sijil nikah ibu bapa
4. Sijil-sijil penghargaan yang pernah anak-anak terima di sekolah rendah
5. Gambar-gambar ahli keluarga
6. Gambar peristiwa penting yang memberi makna dalam keluarga
( contohnya hari raya, perkahwinan keluarga, percutian atau saat-saat gembira bersama
keluarga )
7. Gambar tokoh keluarga dan sedikit huraian diri dan pencapaian tokoh yang boleh dicontohi.
8. Biodata diri dan keluarga ( nama penuh, tarikh lahir dan salasilah keluarga )

Pastikan anak-anak didik pulang semula ke sekolah dengan bahan-bahan di atas dan bawa juga bahan untuk buku skrap/folio yang secukupnya.


TUGASAN KECEMERLANGAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK 5 IBNU SINA, 4 IBNU SINA DAN 4 AL KINDI SEMPENA CUTI PERTENGAHAN TAHUN ( 28 MEI HINGGA 12 JUN 2011 )

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Selamat bercuti!!! Pasti anak-anak didik cikgu telahpun merancang pelbagai aktiviti menarik bersama-sama keluarga tersayang.... tapi, jangan lupa dengan tugasan yang telah diberikan oleh guru-guru di sekolah ye.... bergembiralah sambil mengulang kaji pelajaran tau!

Seperti yang telah cikgu janjikan, ada buah tangan istimewa untuk anak-anak didik cikgu sempena cuti ini... Bahasa Melayu Dekat Di Hati ...:) Insya Allah usaha anak-anak didik cikgu pasti akan membuahkan hasil yang cukup berbaloi nanti... A+ Bahasa Melayu pasti akan dapat digenggam..!!

Tugasan Pertama :

Salin dua contoh karangan berformat ( perbahasan ala parlimen dan surat rasmi ). Karangan ini haruslah menepati tema pendidikan untuk perbahasan dan alam sekitar untuk surat rasmi. Anak-anak boleh merujuk mana-mana buku yang bersesuaian.

Seterusnya, dalam setiap karangan tadi, anak-anak kenal pasti sepuluh perkataan sukar atau frasa menarik, cari maksud dengan merujuk kamus dan bina ayat menggunakan perkataan sukar atau frasa menarik tersebut.

Tugasan Kedua :

Salin dua contoh karangan tidak berformat ( karangan fakta/perbincangan ). Karangan ini haruslah menepati tema pelancongan kesihatan dan kenegaraan / semangat patriotik. Anak-anak boleh merujuk mana-mana buku yang bersesuaian.

Seterusnya, dalam setiap karangan tadi, anak-anak kenal pasti sepuluh perkataan sukar atau frasa menarik, cari maksud dengan merujuk kamus dan bina ayat menggunakan perkataan sukar atau frasa menarik tersebut.


Tugasan Ketiga :

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah
yang diperoleh daripada bidang bioteknologi di negara ini dan halangan-halangan yang dihadapi untuk menjayakan bidang tersebut
. Panjang rumusan hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.

Selepas era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), dunia sekarang menumpukan
perhatian pula kepada bidang bioteknologi. Bidang ini lebih menjurus dan menekankan aspek penyelidikan. Hal ini bertepatan dengan takrifan bioteknologi itu sendiri yang berasal daripada gabungan biologi dan teknologi yang bermaksud penggunaan sains untuk penghasilan bahan
lain yang boleh dimanfaatkan bersama. Bidang ini mengaplikasikan ilmupengetahuan demi
kesejahteraan manusia.

Dalam usaha memajukan sektor pertanian, semua pihak perlu melipatgandakan usaha
bagi membuktikan sektor pertanian bukannya sektor ‘lembap’ yang sebelum ini sentiasa
dikaitkan dengan kemiskinan. Kerajaan mahu menjadikan sektor pertanian maju dan dinamik serta mampu memberi nafas baru selari dengan perkembangan arus globalisasi. Aspirasi murni kerajaan ini terserlah dengan pelancaran Dasar Bioteknologi Negara (DBN). DBN memanfaatkan sumber kepelbagaian biologi di negara ini seperti flora dan fauna serta sumber lain seperti mikro dan organisma marin untuk penyelidikan. DBN memastikan rakyat mendapat faedah dengan wujudnya pelbagai bentuk aktiviti industri berasaskan bioteknologi.

Bidang ini menjadi kunci pemacu kemajuan yang diperlukan untuk mengubah proses
pertanian ke arah dimensi yang lebih moden, justeru meningkatkan imej sektor pertanian yang sekian lama dilihat sebagai sektor kelas kedua dibandingkan dengan sektor pembuatan dan automotif. Pendekatan baharu DBN juga membolehkan industri herba yang dikatakan bernilai RM50 bilion setahun akan terus berkembang. Pastinya penyelidikan bioteknologi bukan sekadar memproses Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, tetapi juga mencakupi aspek penghasilan enzim dan makanan berfungsi serta penghasilan tumbuhan dan haiwan ternakan baka baharu. Penambahbaikan secara agresif oleh pihak kerajaan menerusi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memastikan bidang ini akan terus berkembang maju.

Dalam aspek yang lain, menerusi bidang bioteknologi industri bahan buangan atau
sisa industri dapat diberikan nilai tambah untuk menghasilkan produk baharu yang boleh dimanfaatkan. Bidang ini dianggap sebagai ilmu sains yang membawa kekayaan dan
kemakmuran kepada manusia. Penyelidikan yang dilakukan dalam bidang ini tidak
menggunakan unsur kimia untuk menghasilkan sesuatu penemuan, sebaliknya hanya
menggunakan mikroorganisma, sel, dan molekul untuk tujuan tertentu.

Tidak dapat dinafikan masa depan negara ini antara lain bergantung pada kejayaan
bidang bioteknologi dan keberkesanan pelaksanaan DBN. Kita telah menyaksikan komitmen
yang diberi oleh pihak kerajaan untuk menggapai kesejahteraan dan kemakmuran negara
melalui bidang yang semakin penting ini. Justeru peluang untuk menikmati faedah daripada bidang bioteknologi ini tidak harus dilepaskan begitu sahaja.

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Bidang Bioteknologi: Malaysia Mula
Mengukir Nama, Dewan Masyarakat, Ogos 2005)