Cari Blog Ini

Isnin, 3 September 2012

Karangan Format Pidato

Karangan ini hampir sama formatnya dengan karangan syarahan, ucapan mahupun ceramah. Namun, dalam persamaan itu masih terdapat beberapa perbezaannya.

1. Kata alu-aluan- Disusun mengikut pangkat dan kedudukan
- Contohnya:
a. Pengerusi majlis
b. Hakim (jika pertandingan)
c. Pengetua / Dif kehormat
d. Hadirin



2. Kata penghadapan
- Ditulis selang dua perenggan
- Contoh kata penghadapan:
a. Hadirin yang dihormati sekalian,
b. Hadirin yang saya muliakan,
c. Sidang dewan intelektual sekalian,
d. Para hadirin bestari yang saya kasihi,


3. Isi- Untuk pidato,
a. Isi pertama dimulai dengan kupasan definisi tajuk
b. Isi kedua dan seterusnya perlu ditandai dengan kata kunci tertentu, misalnya ekonomi, pendidikan, teknologi, politik, sosial dan sebagainya.
c. Antara ayat pertama dalam setiap perenggan yang boleh digunakan ialah:
i. Saya akan rungkaikan persoalan ini di bawah kata kunci …
ii. Hujah saya yang kedua terangkum dalam aspek …
iii. Idea saya yang ketiga berpandukan perspektif


4. Penutup- Bahagian penutup perlu ada.
- Bahagian ini perlu:
a. menegaskan pendirian pemidato
b. ada kata-kata minta maaf jika ada kekurangan


5. Karangan pidato anda akan lebih menarik jika:a. memetik kata-kata tokoh atau kata mutiara sebelum menulis kata-kata aluan.
b. menyelitkan peribahasa atau kiasan dalam setiap perenggan
c. mengakhiri dengan serangkap pantun
d. menggunakan bahasa yang indah, tegas dan berkesan.



Soalan:
Anda telah terpilih bagi mewakili sekolah anda dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Tajuk pidato itu ialah “Usaha-usaha memartabatkan industri kraftangan”.
Tulis teks pidato anda selengkapnya.



http://www.youtube.com/watch?feature=endscreen&NR=1&v=KlZO9A-Ua8Y
( contoh pidato )

http://cikgutancl.blogspot.com/2008/12/batik-cara-mempopularkannya.html

http://rosiah70.blogspot.com/2011/08/usaha-usaha-memajukan-industri-kraf.html


Tiada ulasan:

Catat Ulasan