BELAJAR BERSAMA CIKGU LATIFAH

Cari Blog Ini

Jumaat, 14 September 2012

Titipan Cuti Hujung Minggu...14-17 September 2012 untuk anak-anak didik cikgu - 1 Abu Bakar.

Alhamdulillah... pagi Khamis yang lalu ( 13 Sept 2012 )  anak-anak didik cikgu 1 Abu Bakar telah menjayakan sesi p&p dengan  cukup ceria. Pagi itu sangat istimewa dan lain daripada biasa. Mengapa agaknya? Ermmm.... sebabnya.... pagi ini kelas kami turut diserikan dengan kehadiran Jemaah Nazir Jaminan Kualiti untuk memantau cikgu... Terima kasih cikgu ucapkan untuk anak-anak didik cikgu yang telah menunjukkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi untuk membantu cikgu.... terima kasih semua, cikgu sayang anda semua!!!!

Baiklah , inilah hasil perbincangan intelek anak-anak didik cikgu dalam Makmal Komputer pagi tadi... cikgu harap anak-anak semua dapat menyalin semula karangan ini dengan lengkap...

pendahuluan usaha-usaha menghargai ibu bapa 1

Hide Details
FROM:
  • Afiqah Muhammad 
TO:
  • latifahtarkep@yahoo.com
Message flagged
Thursday, 13 September 2012 9:14 AM

     Ibu bapa merupakan insan yang amat penting kepada kita, bukan? Terlalu banyak jasa yang mereka curahkan kepada kita. Ibarat tangan yang menghayun buaian memerintah dunia. Sebagai anak, kita mestilah menghargai jasa ibu bapa mereka.  


huraian 1

Hide Details
FROM:
  • Ery Ssa 
TO:
  • latifahtarkep@yahoo.com
           

        Antara usaha yang boleh kita lakukan untuk menghargai ibu bapa kita adalah dengan menjaga pertuturan dan tingkah laku dan mendisiplinkan diri agar tidak menjejaskan nama baik keluarga. Bertuturlah dengan bahasa yang lembut dan berkelakuan baik, pasti kita tidak akan menjadi anak yang derhaka. Dengan perlakuan kita yang baik ini, kita dapat menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa kita. Sudah terang lagi bersuluh, kita perlulah sentiasa menjaga tutur kata walau dalam keadaan apa sekalipun. Allah berfirman kemurkaan-Ku terletak pada kemurkaan ibu bapa dan keredaan-Ku terletak pada keredaan ibu bapa.


usaha-usaha menghargai jasa ibu bapa 1

Hide Details
FROM:
  • Nazirah Azmi 
TO:
  • latifahtarkep@yahoo.com
CC:
  • nazirah_azmi16@yahoo.com 


           Selain itu, usaha paling utama dan penting bagi seorang anak untuk   menghargai jasa ibu bapa  dengan cara mendoakan kesejahteraan mereka . Kita mestilah menjadi anak yang soleh dan solehah yang boleh dibanggakan oleh ibu bapa , agama dan juga bangsa . Keredaan ibu bapa amat penting bagi memastikan kebahagiaan seorang anak, persis hadis Nabi s.a.w yang bermaksud, reda Allah terletak pada keredaan ibu bapa. Oleh hal yang demikian , hasrat seseorang anak yang mahu memperoleh keredaan Tuhan sama ada di dunia mahupun di akhirat hendaklah terlebih dahulu memperoleh keredaan ibu bapa kita .





membantu ibu bapa dengan ikhlas 1

Hide Details
FROM:
  • Perfect princez Tasha 
TO:
  • latifahtarkep@yahoo.com


        Dalam konteks ini, kita juga boleh menghargai ibu bapa dengan cara selalu membantu mereka dengan hati yang ikhlas. Kadang kala , ibu bapa kita  memerlukan bantuan. Jadi kita sebagai seorang anak hendaklah menawarkan diri. Tamsilnya, apabila menolong, kita hendaklah ikhlas dan tidak mengharapkan upah dan pujian semata.Janganlah kita mengeluh apatah lagi merungut apabila disuruh melakukan sesuatu. Sudah terang lagi bersuluh, membantu ibu bapa adalah satu kewajipan kepada anak-anak.

penutup karangan 1

Hide Details
FROM:
  • Syamimillya Ismail 
TO:
  • latifahtarkep@yahoo.com
CC:
  • latifahtarkep@yahoo.com

Akhirulkalam , seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah s.a.w.
Aku berkata: ‘’Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?’’  Jawab Baginda: ‘’Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya.’’ Sebagai intiha bicara, hargailah ibu bapa kita selagi hayat dikandung badan. Sesungguhnya, ibu bapa sangat penting dalam hidup kita dan kita haruslah sentiasa menghargai ibu bapa kita .

Posted by Cikgu L at 5:45 PG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

Jumlah Paparan Halaman

WWW.LISTEN2QURAN.COM

Mengenai Saya

Foto saya
Cikgu L
Lihat profil lengkap saya

Followers

Blog Archive

  • ►  2009 (21)
    • ►  Oktober (11)
    • ►  November (8)
    • ►  Disember (2)
  • ►  2010 (50)
    • ►  Januari (3)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Mac (15)
    • ►  April (5)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Ogos (4)
    • ►  September (2)
    • ►  Oktober (8)
    • ►  November (7)
  • ►  2011 (66)
    • ►  Januari (8)
    • ►  Februari (2)
    • ►  Mac (5)
    • ►  April (13)
    • ►  Mei (4)
    • ►  Jun (2)
    • ►  Julai (5)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  September (1)
    • ►  Oktober (9)
    • ►  November (12)
  • ▼  2012 (51)
    • ►  Februari (8)
    • ►  Mac (2)
    • ►  April (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Ogos (5)
    • ▼  September (22)
      • Lebah dan Madu YouTube
      • SMKLBS - Kasut Kelopak Jantung (Hari Guru 2012)
      • Pengalaman berkhemah
      • Karangan Format Pidato
      • MODUL MULUS PMR NEGERI JOHOR 2012
      • ANAK-ANAK DIDIK CALON PMR 2012... MENGHITUNG DETIK...
      • Soalan Novel PMR - Peristiwa yang menyokong tema
      • Soalan peristiwa yang menggambarkan tema novel.
      • Exist - Untukmu Ibu
      • Tugasan karangan anak-anak didik 1 Abu Bakar..... ...
      • Cara-cara mengatasi pencemaran alam sekitar
      • Sebab-sebab pelajar ponteng sekolah
      • Sesi ulang kaji ceria bersama-sama anak-anak didik...
      • Titipan Cuti Hujung Minggu...14-17 September 2012 ...
      • Funny photo effects
      • ...ehemmm...
      • Sesi p&p ceria anak-anak didik 1 Abu Bakar ... mem...
      • Meriahnya Raya Pak Tarkep....
      • KARANGAN TUDINGAN SPM 2012 - MODUL JAWAKHIR 2 NEGE...
      • KARANGAN TUDINGAN SPM - MODUL JAWAKHIR NEGERI JOH...
      • KARANGAN TUDINGAN SPM 2012 - MODUL JAWAKHIR NEGERI...
    • ►  Oktober (7)
    • ►  November (2)
    • ►  Disember (1)
  • ►  2013 (25)
    • ►  Januari (5)
    • ►  Februari (4)
    • ►  Mac (2)
    • ►  April (4)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Jun (3)
    • ►  Julai (3)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  November (1)
  • ►  2014 (9)
    • ►  Januari (2)
    • ►  Mac (3)
    • ►  April (2)
    • ►  Mei (1)
    • ►  Ogos (1)
  • ►  2015 (6)
    • ►  Januari (4)
    • ►  Februari (1)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2016 (10)
    • ►  Mei (2)
    • ►  Julai (1)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  September (3)
    • ►  Oktober (1)
  • ►  2017 (1)
    • ►  Mei (1)
  • ►  2018 (5)
    • ►  Januari (4)
    • ►  Disember (1)
  • ►  2021 (6)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Ogos (3)
    • ►  Oktober (1)
  • ►  2022 (10)
    • ►  Januari (1)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Julai (1)
    • ►  September (2)
    • ►  Oktober (1)
    • ►  November (1)
    • ►  Disember (1)
  • ►  2023 (7)
    • ►  Januari (1)
    • ►  Februari (5)
    • ►  Julai (1)
  • ►  2025 (3)
    • ►  Mac (3)

Favourite Blog

  • Koleksi | Cerpen-Cerpen | Novel-Novel | Cerita-Cerita | Terbaik Online
    Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
    13 tahun yang lalu
  • ISTIMEWA UNTUKMU :- sajak, puisi, pantun, syair, petua, tip, zodiak, horoskop, rahsia
    Tip Menjadikan Kamar Mandi Menarik
    13 tahun yang lalu
  • Koleksi | Cerpen | Novel | Cerita | Online Terbaik Alam Maya

Cari Blog Ini

Hak milik Cikgu Latifah Tarkep. Tema Pelancongan. Imej tema oleh sndrk. Dikuasakan oleh Blogger.