Cari Blog Ini

Jumaat, 15 Julai 2011

Prinsip Kerja X-PLUS

Prinsip Kerja X-PLUS
Assalamualaikum w.b.r.

Pada awal bulan April lalu telah diadakan Persidangan Haluan Kerja Guru di IAB Genting Highland. Dalam persidangan tersebut, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, iaitu Yang Berbahagia Datuk Ghaffar telah menyampaikan Ucaptama. Dalam ucapan tersebut, Yang Berbahagia Datuk telah menyampaikan hasrat berkaitan dengan haluan kerja jentera pendidikan. Ucapan Yang Berbahagia Datuk KPPM amat penting bagi mentransformasikan seluruh warga KPM dari segenap peringkat untuk menyahut tanggungjawab dan amanah kerajaan dalam merealisasikan Program Transformasi Kerajaan (GTP)dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang meletakkan matlamat negara berekonomi pendapatan tinggi. Lantaran itu, bagi menggalas amanah dan tanggungjawab besar ini, Yang Berbahagia Datuk KPPM telah memperkenalkan suatu gaya kerja yang berteraskan Prinsip Kerja X-PLUS.

Pada hemat saya, Ucaptama Yang Berbahgian Datuk KPPM ini mesti dikongsi oleh seluruh warga KPM samada di sekolah, PPD, Jabatan dan Kementerian Pelajaran. Hal ini disebabkan Ucaptama Yang Berbahagia Datuk KPPM itu dapat memberikan panduan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab pendidikan di bawah era GTP dan ETP.Oleh itu, tidak keterlaluan sekira saya sebutkan bahawa setiap orang guru mahupun pegawai pendidikan mesti membaca buku yang mengandungi Ucaptama Yang Berbahagia Datuk KPPM.

Syabas Datuk KPMM !
Posted by ajamsariah at 11:40 PM

Ahad, 10 Julai 2011

31 Ogos by Sudirman Hj Arshad

31 Ogos by Sudirman Hj Arshad

Untuk anak-anak didik cikgu... sama-samalah kita membugarkan ingatan kasih dan penghargaan atas jerih perih para pejuang bangsa...MERDEKA!!MERDEKA!!MERDEKA!!