Cari Blog Ini

Ahad, 3 November 2013

Detik itu kian menghampiri ... pasti dan pasti ...

Assalammualaikum anak-anak didik calon SPM 2013 semua....
Cikgu doakan anak-anak didik semua sihat dan cukup bersedia untuk bertempur di medan juang SPM pada tanggal 6 November 2013 yang bakal tiba 2 hari lagi...

Anak-anak didikku sayang,

Bekalan sudah cukup cikgu berikan...
Doa juga tak pernah lupa cikgu titipkan
Nota, bimbingan dan tudingan jangan diabaikan
Restu guru dan ibu bapa jangan dilupakan
Salam dan cium tangannya sebagai kekuatan
Mudah-mudahan urusan anak-anak didik cikgu dipermudahkan...

Sebagai rujukan terakhir menjelang peperiksaan
anak-anak didik semua boleh membuat rujukan di link berikut :

http://bmspm.net/panduanterakhirbmspm2013.htm#BM_SPM_SUBJEK_TERAS

Selamat berjuang anak-anak didikku sayang
Semoga semuanya beroleh cemerlang !

Khamis, 10 Oktober 2013

Titipan mesra sempena cuti Aidil Adha.... khas untuk anak-anak didik 5 al Kindi yang cemerlang terbilang...

Assalammaualikum anak-anak didik cikgu semua....

Alhamdulillah ... kita masih dikurniakan Allah nikmat kesihatan dan usia dalam keberkatan ... Insya Allah... sempena cuti ini, cikgu titipkan tugasan untuk anak-anak didik siapkan sebagai satu usaha untuk melengkapkan persiapan menjelangnya musim peperiksaan SPM 2013 pada tanggal 6 Nov nanti.

Baiklah.... anak-anak didik cikgu yang dikasihi,

1. Sila rujuk link berikut untuk aktiviti tugasan seterusnya  ...
https://app.box.com/s/4rb5el0i11867ukd1dbk
https://app.box.com/s/750wiravmi7b2gazyp1v
https://app.box.com/s/ryaghe5g41hr5hg7ju3k
https://app.box.com/s/5mjab24q8zfbr5gaun2c
2. Sila rujuk, cetak dan buat semua latihan dalam kertas 'test pad'.
3. Bersedia untuk berbincang pada hari persekolahan.

Selamat belajar !!!

Isnin, 29 Julai 2013

Titipan mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati.... sempena Cuti Lebaran 2 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013


http://speakerpecah.blogspot.com

Asalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...
Salam Syawal... salam lebaran... salam ukhuwah untuk anak-anak semua...

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggetar sukma,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.


Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.


Seperti biasa, titipan mesra akan cikgu bekalkan untuk anak-anak didik semua ... agar masa terluang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, lambaian kecemerlangan menjadi pemangkin...

Pastikan, tugasan ini disiapkan sebelum berakhirnya tarikh percutian...

Titipan mesra untuk anak-anak didik 5 al Kindi yang cemerlang terbilang :

Sila buat rujukan Internet tentang isu-isu berikut dan cetak bahan-bahan yang berkaitan untuk aktiviti susulan di kelas.

1. Cara-cara menghargai jasa ibu bapa.
2. Kepentingan menghargai warisan budaya bangsa.
3. Peranan ibu bapa memeupuk amalan membaca
4. Kepentingan dan cara menghargai jasa guru
5. Punca pencemaran alam dan langkah mengatasinya.

Titipan mesra untuk anak-anak didik 3 Omar dan 3 Othman yang pintar bestari :

Tugasan 1 :
Sila buat rujukan Internet tentang isu-isu berikut dan cetak bahan-bahan yang berkaitan untuk aktiviti susulan di kelas.

1. Cara memupuk amalan berjimat-cermat dalam kalangan remaja.
2. Peranan pelbagai pihak dalam memupuk amalan membaca,
3. Kepentingan menjaga warisan warisan bangsa.

Tugasan 2 :
Lengkapkan 1 set latihan kertas 1 yang telah diberikan.


Titipan mesra untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar yang arif bijaksana :

B6 DT1 E1
Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.

Berdasarkan cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan, anak-anak didik semua dikehendaki membina satu klip video menggunakan aplikasi 'movie maker' bagi menghasilkan puisi  ( pantun atau sajak ) tentang sinopsis, watak dan perwatakan, tema dan persoalan serta  nilai dan pengajaran.

Klip video ini perlu dimuatkan dengan suara anak-anak mendeklamasi atau melagukan puisi yang telah dihasilkan. Masukkan juga elemen gambar dan muzik latar yang sesuai.

Sila rujuk contoh berikut sebagai panduan http://www.youtube.com/watch?v=XjDUHz2VC_0

Salam sayang daripada cikgu dan selamat belajar !!

Ahad, 28 Julai 2013

Debaran memuncak... peperiksaan percubaan menggamit gementar di dada... anak-anak didikku.... telah bersedia?

Assalammualaikum anak-anak didiku yang dikasihi...

Janji itu pasti ditepati... tekad dan azam untuk meraih kegemilangan dalam larian pentas ilmu ini pasti direalisasikan... Ayuh!! Tajamkan matamu... bersihkan hati dan minda.... pacakkan pedang perjuanganmu di mercu ilmu... pasti gemilang menjadi milikmu!!

Detik ini, anak-anak didik cikgu calon PMR 2013 sedang berjuang di landasan ilmu.... semangat juangmu nyata belum ampuh... masih ada lagi yang menenyeh mata melawan godaan zzzz....
Apa yang akan kau capai ... kalau waktu menjawab ujian pun kau tidur.... masih lagi berteka-teki jawapan apa... semuanya seperti belum pasti... meneka dalam kesamaran....

Duhai anak-anak didikku... janganlah kau hampakan cikgu mu ini... tiada hadiah yang paling berharga melainkan kejayaan kalian sebagai pembakar semangat usia senja pendidik ini...


Rabu, 3 Julai 2013

Tugasan cuti hujung minggu khas untuk anak-anak didik 5 al Kindi yang cemerlang...!

Assalammualaikum...

Anak-anak didik cikgu  yang dikasihi...
Detik perjuangan kita kian menghampiri garis yang paling genting...
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2013...insya Allah!!!


Baiklah... dalam sesi pdp kita yang lalu, kita telah pun membincangkan beberapa topik karangan yang yang dijangkakan penting untuk tahun ini. Pada kali ini, saya mengemukakan satu lagi topik yang perlu diberikan penekanan iaitu Sekolah Lestari...

Tugas anak-anak didik semua adalah dengan merujuk laman sesawang yang cikgu sertakan ini dan buat rujukan lain tentang ciri-ciri dan kepentingan Sekolah Lestari.
http://www.doe.gov.my/portal/wp-content/uploads/Pengenalan-Sekolah-Lestari-Anugerah-Alam-Sekitar.pdf

Sila cari maklumat dan cetak untuk perbincangan dalam kelas pada minggu hadapan .

Selasa, 11 Jun 2013

Tugasan seterusnya untuk Band 6

Khas untuk anak-anak didik tingkatan 1 Abu Bakar....
tugasan PBS seterusnya adalah seperti berikut :

B6 DL1 E1 
Menyampaikan hujah secara kritis dengan 
sebutan, intonasi dan gaya yang sesuai 
dengan beradab untuk mempengaruhi 
pihak lain. 

B6 DL1 E2 
Membuat pertimbangan tentang pendapat 
yang dikemukakan dalam perbincangan.

Para pelajar dikehendaki untuk membuat persiapan bagi perlawanan perbahasan yang akan dijalankan mengikut kumpulan berikut :

Sila rujuk contoh berikut :

http://www.youtube.com/watch?v=b6VwOPderJc

Kumpulan A :

1. Nur Adlinlina
    Sofia
    Nur Syafikah

2. Asiah 
    Qistina
    Nurin

Kumpulan B: 
1. Darfarieza
    Aina
    Nurul Izzah

2. Amira
    Nur Hazwani
    Anisah

Kumpulan C :
1. Rahah
    Maizatul
    Adawiyah

2. Aiman Farhana
    Hazirah
    Haziqah

Kumpulan D :

1. Batrisya
    Fatin Najihah
    Aiesyah Humaira

2. Aqilah Muslan 
    Atiqah Balqis
    Nor Nabilah


Kumpulan E :
1. Musfirah
    Farah Adibah
    Nur Syazwana

2. Nur Ain
    Dian Nur Rahmah
    Qistina Aqilah


Rujukan anak-anak didik tingkatan 1.... Deskriptif PBS

http://www.moe.gov.my/lp/files/penerbitan/DSP%20Menengah/DSP_F1_15032012/1%20DSP%20B%20Melayu%20Tingkatan%201%2015%20Mac.pdf

Sesi pdp pagi ini..... bersama anak-anak didik 1 Abu Bakar yang rajin...

Assalammualaikum....

Selamat bertemu lagi pada  pagi ini.... syukur ke hadrat Allah kerana memberi kita kesihatan dan keberkatan umur untuk menimba ilmu ....tugasan kita  pada pagi ini adalah mengenal pasti frasa menarik dalam blog yang cikgu link ini.... salin dalam buku karangan....

http://kenalibahasamelayu.blogspot.com/2011/09/ungkapan-menarik-dalam-karangan.html


Selamat belajar...:)

Ahad, 26 Mei 2013

Titipan cuti pertengahan tahun 24 Mei hingga 9 Jun 2013 ... khas untuk anak-anak didik cikgu yang dikasihi....pelajar 1 Abu Bakar, 3 Omar, 3 Othman dan 5 al-Kindi

Assalammualaikum...

Wah cerianya percutian anak-anak didik cikgu!!Senyuman menguntum tanda bahagia ... alhamdulillah, semuanya seperti yang dirancang. Maaf cikgu pinta kerana agak lewat membuat post titipan cuti sekolah pada kali ini... ada kesibukan yang tidak dapat dielakkan... khas buat anak-anak 1 Abu Bakar yang telah mula bercuti awal... maaf sebab cikgu telah membuat anda ternanti-nanti....:) khususnya...Aiman Farhana, Norain, Musfirah, Hazirah....

Baiklah anak-anak yang dikasihi, tugasan kali ini adalah seperti berikut :

Untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar yang rajin:

1. Menghasilkan 8 stanza puisi moden ( sajak ) dengan tema alam sekitar bagi B6 DT1 E1
( Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah ).

2. Menghasilkan cerpen dengan jumlah perkataan tidak kurang daripada 350 patah perkataan bagi       
      B6 DT1 E2 ( Menghasilkan prosa yang boleh dijadikan contoh ).

Semua hasil tugasan ini perlu ditaip komputer dengan tulisan jenis Times New Roman saiz 11 dan                e-melkan kepada  latifahtarkep@yahoo.com pada atau sebelum 7 Jun 2013.

Untuk anak-anak didik 3 Omar dan 3 Othman yang komited :

1. Menyiapkan latihan ringkasan dalam Modul Ringkasan hingga latihan 15.

2. Secara berpasangan dengan rakan sekelas, bina slaid power point yang mengandungi gambar berkaitan, isi penting dan frasa menarik yang berkaitan tentang salah satu tajuk di bawah :

- kepentingan bersukan
- kepentingan amalan menabung
- kepentingan amalan bergotong-royong
- cara-cara meningkatkan semangat patriotik remaja
- peranan ibu bapa untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak
- peranan ibu bapa meningkatkan amalan membaca
- semangat kejiranan
- kepentingan kegiatan kokurikulum
- usaha memartabatkan bahasa kebangsaan
- kesan pencemaran
-langkah mengatasi pencemaran 
- faedah belajar berkumpulan
- usaha meningkatkan nilai murni remaja

Sila lengkapkan tugasan dan e-melkan kepada latifahtarkep@yahoo.com pada atau sebelum 7 Jun 2013.

Selamat belajar dan bercuti !!! :)



Jumaat, 3 Mei 2013

Titipan sempena cuti CPA 3 Mei 2013... khas untuk anak-anak didik tingkatan 3 Omar dan 3 Othman.

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...
Cuti yang ditunggu-tunggu telah pun tiba... jiwa merdeka, santai minda bersama keluarga.
Namun perlu diingat detik waktu kian menghampiri garis penamat kembara ilmu tingkatan 3... medan juang PMR kian menjelma.... saat-saat percutian ini perlu dimanfaatkan dengan mengulang kaji dan membuat persiapan peperiksaan pertengahan tahun... jangan lupa titipan cikgu juga ye... :)

Baiklah seperti yang dijanjikan, tugasan untuk anak-anak 3 Omar dan 3 Othman yang cemerlang adalah seperti berikut :

Sila buat rujukan sumber Internet bagi rencana berikut dan cetak untuk aktiviti pdp dalam kelas ye...

1. Fungsi hutan di Malaysia
2. Kepentingan aktiviti riadah
3. Kebaikan bergotong royong.
4. Obesiti - bahaya dan cara mengawal

Selamat melayari Internet !!!


Ahad, 28 April 2013

Sesi pdp ceria bersama Jemaah Nazir Jaminan Kualiti... Jom belajar KOMSAS!

Sesi pdp pagi ini tambah ceria dengan kehadiran para nazir dari JNJK bagi penaziran 'New Deal'. Cikgu harap anak-anak semua dapat bersedia untuk sesi pembelajaran aktif bagi mengkaji prosa tradisional Hikayat Lang Lang Buana.

Tugasan Kumpulan :

Kumpulan 1 - Pilih seorang ahli kumpulan anda untuk memegang watak Raja Indera Bumaya dan melakonkan atau menceritakan tentang perwatakannya. 

Kumpulan 2 - Kumpulan ini dikehendaki juga untuk mengkaji watak Raja Indera Bumaya dan akan mengulas tentang watak dan perwatakan yang telah dilakonkan oleh wakil kumpulan 1. 

Kumpulan 3 - Mengenal pasti dan menyenaraikan 10 kosa kata Melayu klasik dan mencari maksudnya dengan merujuk Kamus Dewan.

Kumpulan 4 - Mengenal pasti dan menyenaraikan 5 nilai yang diperoleh daripada prosa tradisional Hikayat Lang Lang Buana.

Sesi pembentangan akan dibuat mengikut giliran nombor menaik.




Sabtu, 13 April 2013

Titipan cuti CPA 13-14 April 2013... untuk anak-anak didik cikgu di kelas 5 al Kindi yang komited!!!

Assalammualaikum wbh...

Anak-anak didik cikgu semua, seperti yang telah cikgu janjikan....
siapkan tugasan tatabahasa di bawah ini ye.... cetak dan kita bincang di kelas nanti...:)

Tugasan 1 :

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu .

Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak-  kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja disamping  dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini,remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalism.                                                                                                                                                                                                                                               [ 6 markah ]

Tugasan 2:


Dalam setiap ayat  di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak 
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.
(i) Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu 
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

(ii) Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja
terjebak dalam masaalah sosial.

(iii) Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik pameran.
                                                                                                                         [ 6 markah ]


Tugasan 3 :

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu 
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.

(i)    Nilai kayu getah semakin mahal sejak bahan itu dieksport dan menjadikan bahan untuk perabut.
(ii)    Sejak perkhidmatan pos dilaksanakan secara pengswastaan, pengurusannya menjadi lebih efisyen.
(iii)    Malam itu menjadi gelap-gulita  kerana awan hitam berkepul-kepul menandai hari hendak hujan.
                                                                                                                      [ 6 markah ]


Tugasan 4 :

(  Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i)      Walaupun pendakian semakin mencabar, mereka terus mendaki gunung itu kerana bagi mereka setiap perkara itu mestilah diusahakan hingga beroleh matlamatnya.

(ii)       Penduduk di kawasan perumahan mewah itu sukar disatukan kerana mereka memiliki pelbagai idea dan fikiran.

(iii)   Shafiq menghadapi pelbagai masalah apabila tinggal serumah dengan lima orang kawannya yang mempunyai  perangai yang bermacam-macam itu.

[6 markah]









Rabu, 10 April 2013

Sesi pdp bersama-sama pelajar tingkatan 3 Omar dan 3 Othman - 11 April 2013



Tugasan :
Setiap kumpulan perlu menyediakan slaid power point tentang tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Slaid perlu mengandungi :
1. Syair dan pantun perlu ada maksud setiap rangkap.
2. Cerpen perlu ada sinopsis ringkas.
3. bahan-bahan lain seperti biasa
       Tema & Persoalan
Watak dan perwatakan
Plot
Nilai & pengajaran
Latar

Rabu, 27 Mac 2013

Tahniah anak-anak didik yang telah berjaya menghantar tugasan cuti penggal pertama !!!


Ulasan cikgu : Karangan ini masih banyak kelemahan ejaan dan binaan ayat. Perkataan yang diwarnakan merah merupakan antara kesalahan bahasa yang dilakukan oleh pelajar.  Pelajar ini perlu membuat pembetulan dalam buku karangan.

PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMUPUK SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN REMAJA

Oleh : Huda Atiqah Abdul Sabeth

    Darsawarsa ini, semangat patriotic dalam kalangan remaja semakin luntur. Remaja kini lebih tertarik dengan teknologi maklumat yang semakin maju mengikut arus perubahan zaman. Tambahan pula remaja kini lebih suka hidup bebas dan sibuk dengan urusan sendiri tanpa memikirkan tentang hal lain. Sebagai contoh, masa kini kita sedang di gemparkan tentang penceroboh yang telah menyerang Lahat Datu. Telah banyak terpampang di dada akhbar tentang penderitaan yang menimpa oenduduk di Lahat Datu tambahan pula tentang jumlah kematian penduduk serta tentera yang telah di hantar ke sana bagi membebaskan rakyat yang terseksa. Tetapi jika dilihat anak muda kita, mereka seperti tidak merasakan apa-apa perasaan pun tentang kekacauan yang berlaku. Mereka masih lagi hayal dengan dunia dengan duduk berbual kosong bersama-sama rakan mereka tanpa mereka mengisahkan tentang kekalutan dan kekacauan yang berlaku. Mengapakah ini semua berlaku? Hal ini demikian kerana sikap patriotik kian pudar dalam diri remaja.
    Terdapat pelbagai cara untuk memupuk semangat patriotik dalam diri remaja. Namun, untuk memupuk semangat ini, semua pihak haruslah memainkan peranan serta bekerjasama supaya usaha yang di lakukan mendatangkan hasil bak kata peribahasa siapa yang menanam, dia yang akan menuai’. Oleh itu, antara cara untuk memupuk semangat patriotik dalam diri remaja ialah dengan memupuk semangat tersebut sejak mereka di bangku sekolah lagi. Bak kata peribahasa,’meluntur buluh, biarlah dari rebungnya’. Hal ini demikian kerana, ketika mereka di bangku sekolah lagilah mereka senang untuk di didik kerana ketika itu minda mereka masih lagi bersih daripada diracuni dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya seperti video pornografi , kata-kata yang mencarut dan sebagainya.
    Bukan itu sahaja , malahan sikap patriotik juga dapat dipupuk dalam kalangan remaja dengan cara pihak sekolah mengadakan sambutan hari kemerdekaan peringkat sekolah. Sambutan hari kemerdekaan ini dapat memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja dengan cara pihak sekolah mengadakan aktiviti-aktiviti serta pertandingan yang menarik sebagai contoh pertandingan melukis poster tokoh pejuang Negara, mendeklamasikan sajak , membuat lakonan , menulis karangan dan sebagainya. Jika aktiviti ini di adakan dan di sertai dengan hadiah yang lumayan, pasti remaja akan tertarik untuk menyertainya tambahan pula, sikap patriotik dapat di pupuk dalam diri mereka kerana remaja akan mengingati sekurang-kurangnya 90% daripada apa yang mereka lakukan.
    Seterusnya,  para guru terutamanya guru yang mengajar mata pelajaran sejarah juga perlulah memperkenalkan tokoh-tokoh yang telah berjuang untuk kemerdekaan negara dan menceritakan tentang jasa-jasa serta pengorbanaan pejuang tanah air untuk memperjuangkan tanah air supaya menjadi sebuah negara yanga aman makmur , bebas daripada penjajah serta bebas untuk memerintah negara sendiri. Memandangkan pada masa kini teknologi maklumat semakin maju serta semakin di naik taraf lagi,para guru bolehlah memperkenalkan serta menceritakan tentang sejarah-sejarah Negara dengan cara membuat tayangan video ataupun memainkan semula cerita-cerita yang berkenaan dengan sejarah negara sebagai contoh cerita tentang Bukit Kepong yang telah di lakonkan semula buat tontonan umum, cerita tentang Tok Janggut, Tok Kelana dan ramai lagi pejuang negara. Jika para pelajar mengetahui tentang cerita para pejuang negara, mereka pasti tidak akan mensia-siakan keamanaan yang telah di capai kini.
    Selain itu, bukan pihak sekolah sahaja yang berperanan untuk memupuk semangat patriotik dalam diri remaja. Malahan, ibu bapa turut memainkan peranan penting  dalam memupuk nilai cinta akan negara dalam diri remaja. Hal ini demikian kerana, pendidikan awal yang di terima oleh remaja ialah pendidikan daripada kedua ibu bapa mereka. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan sikap serta contoh yang baik kepada anak-anak. Bak kata peribahasa,’bapa borek anak ritik’ iaitu anak-anak akan mengikuti perlakuan ibu bapa mereka. Bagi memupuk nilai patriotik dalam kalangan remaja, ibu bapa bolehlah membelikan mereka buku atau majalah yang menceritakan tentang tokoh-tokoh negara. Tambahan pula, ibu bapa juga boleh membuatnya sebagai hadiah kerana kebanyakan anak akan menghargai setiap pemberian ibu bapa mereka.
    Selain daripada pihak sekolah serta ibu bapa, pihak kerajaan turut memainkan peranan yang peting dalam memupuk nilai patriotik dalam kalangan remaja. Pihak kerajaan bolehlah mengadakan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Dengan cara ini,  penyampaian dapat dilakukan dengan lebih berkesan kerana bukan remaja sahaja yang dapat menerapkan nilai patriotik malahan nilai tersebut dapat di terapkan dalam diri ibu bapa. Sebagai contoh, pihak kerajaan membuat iklan ataupun menyiarkan melalui akhbar serta radio tentang kempen mengingati para pejuang negara. Dengan adanya kempen ini, remaja bolehlah turut mengajak ibu bapa mereka untuk mengikuti kempen tersebut dan secara tidak langsung, hal ini dapat merapatkan lagi hubungan antara keluarga.
    Justeru, tidak boleh juga jika hanyalah pihak sekolah, ibu bapa serta kerajaan sahaja yang memainkan peranan penting malahan masyarakat juga tidak terkecuali. Jika hanyalah pihak sekolah, ibu bapa serta kerajaan sahaja yang bertungkus-lumus menerapkan nilai patriotik dalam kalangan remaja, usaha tersebut akan sukar untuk membuahkan hasilnya. Hal ini demikian kerana, masayarakat memainkan peranan yang cukup penting kerana masyarakat dapat memberikan pengaruh yang besar. Pada masa ini, remaja lebih kerap berada di luar bersama-sama rakan berbanding di rumah. Oleh sebab itu, remaja akan terpengaruh dengan perkara yang berlaku di sekeliling mereka tambahan pula setiap remaja mempunyai perasaan ingin mencuba yang mendalam. Oleh itu, masyarakat perlulah menunjukkan contoh yang baik sebagai contoh masyaratkat membuat perhimpunan mengenang jasa pejuang negara ataupun memandangkan kita hidup dengan berbilang bangsa, masyarakat perlulah menunjukkan contoh yang baik iaitu sikap saling membantu anatara satu sama lain serta sikap saling menyayangi walaupun berlainan bangsa. Perkara ini dapat menjamin keamanan negara bahkan turut dapat mengajar remaja untuk menerapkan perasaan cinta akan tanah air serta tidak berbalah dengan bangsa lain.
     Diri remaja sendiri turut memainkan peranan kerana segala perancangan akan berjalan dengan lancar jika diri remaja sendiri turut melibatkan diri. Oleh itu, remaja haruslah bekerjasama serta menerapkan sedikit keinsafan serta kesedaran dalam diri untuk mengikuti aktivit-aktiviti yang di lakukan. Malahan, remaja juga mestilah menerapkan nilai patriotik tersebut dalam diri mereka. Hal ini demikian kerana, segala sesuatu terjadi apabila adanya minat dalam diri mereka sebagai contoh remaja menjinak-jinakkan diri untuk mengikuti kempen yang diadakan oleh pihak kerajaan, melibatkan diri dalam aktiviti sekolah dan sebagainya.
    Konklusinya, semua pihak memainkan peranan penting dalam memupuk sikap patriotik dalam kalangan remaja. Dalam hal ini, semua pihak haruslah mengorbankan banyak masa dan tenaga untuk mencapai apa yang di rancang dan janganlah menjadi seperti peribahasa melayu iaitu ‘yang di kejar tak dapat, yang di gendong berciciran’.  

Sabtu, 23 Mac 2013

Tugasan sempena cuti semester pertama 22 Mac 2013 hingga 30 Mac 2013

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua....
Apa khabar hari ini? Cikgu harap anak-anak semua dapat memanfaatkan cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah.... di samping menyiapkan tugasan yang telah disediakan oleh guru.

Jangan mengeluh jika tugasan terlalu banyak.... ingat pesan cikgu yang selalu cikgu sebutkan dalam kelas... apa dia?? Jika kita ikhlas menimba ilmu kerana nilai ilmu itu sendiri, menimba ilmu kerana Allah... bukan kerana yang lain ( bukan kerana gesaan ibu bapa atau guru dan lain-lain sebab).... insya Allah ganjarannya sangat besar!! Allah tidak menilai apa pencapaian kita, tetapi Allah menilai bagaimana kita mengendalikan amanah yang telah kita terima dan galas dengan penuh keikhlasan dan reda... tabah dan selalu bersyukur.... ingat ya anak-anak semua... jika kita jaga amanah Allah ini dengan baik, pasti kejayaan akan muncul dan pelangi indah menanti kita pada masa hadapan...:)

Baiklah.... di bawah ini cikgu sertakan tugasan untuk anak-anak didik yang cikgu sayangi.
Selamat menjawab!!!

Titipan cuti sekolah khas untuk anak-anak didik 5 Al Kindi yang hebat!!!

1. Sila layari Internet dan cari  apa-apa sahaja maklumat @ rencana tentang
     - Generasi Y.
     - sukan lasak
     - industri pelancongan kesihatan
    Cetak rencana tersebut.


2. Buat karangan format rencana akhbar tentang peranan pelbagai pihak untuk memupuk semangat  patriotik dalam kalangan remaja. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 350 patah perkataan. E-melkan karangan tersebut ke e-mel cikgu ... latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Sabtu 29 Mac 2013.


Titipan cuti sekolah khas untuk anak-anak didik 3 Omar dan 3 Othman yang terbilang !!!


1. Sila layari Internet dan cari  apa-apa sahaja maklumat @ rencana tentang
     - permainan tradisional.
     - menghargai guru
     - industri pelancongan
    Cetak rencana tersebut.


2. Buat karangan format rencana akhbar tentang peranan pelbagai pihak untuk memupuk semangat  patriotik dalam kalangan remaja. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. E-melkan karangan tersebut ke e-mel cikgu ... latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Sabtu 29 Mac 2013.


Titipan cuti sekolah khas untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar yang rajin !!!


1. Sila layari Internet dan cari  apa-apa sahaja maklumat @ rencana tentang
     - pelajar cemerlang.
     - menghargai guru
     - permainan tradisional
    Cetak rencana tersebut.


2. Buat karangan tentang peranan ibu bapa untuk memupuk semangat  patriotik dalam kalangan remaja. Panjangnya karangan anda antara 200 hingga 250 patah perkataan. E-melkan karangan tersebut ke e-mel cikgu ... latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Sabtu 29 Mac 2013.




Jumaat, 8 Februari 2013

Nota Cerpen Yuran


Cerpen : YURAN
Omar Mamat
TEMA
Penderitaan hidup yang menyukarkan seorang murid untuk meneruskan kehidupannya.
PERSOALAN
1)Kemiskinan hidup
2)Kepentingan pelajaran demi masa depan
3)Kesanggupan untuk menunaikan amanah bapa
4)Keprihatinan masyarakat terhadap golongan miskin

LATAR
Latar Masa
1)    Pada waktu pagi semasa sesi persekolahan
2)    Zaman yang sudah maju kerana terdapat pasar raya dan penggunaan kereta.

Latar Tempat
1)    Di perigi rumah Amin
2)    Di dalam kelas
3)    Di dalam bilik pengetua
4)    Di hadapan pintu kedai permainan video
5)    Di balai polis

Latar Masyarakat
1)    Masyarakat kampung yang hidup miskin
2)    Masyarakat yang prihatin menghulurkan bantuan
3)    Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup
4)    Masyarakat yang mempunyai nilai kasih sayang yang tinggi 

GAYA BAHASA
1)    IMBAS KEMBALI – Mak Jah mengingatkan wasiat arwah suaminya kepada Amin
2)    SIMILE – Berlingkar macam ular sawa kekenyangan; mukanya merah bagi udang dibakar
3)    METAFORA – kotak fikiran : ibunya dibaluti kesusahan
4)    BAHASA INGGERIS – video games
5)    BAHASA ARAB – rahmatullah


NILAI
1)    Keberanian
Amin marupakan seorang yang berani. Dia sanggup mengejar pencuri dan menangkapnya demi kejahatan yang berlaku
2)    Ketabahan
Amin tabah menghadapi dugaan hidup. Biarpun dia hidup dalam serba kekurangan, namun dia tetap bersemangat untuk belajar dengan bersungguh- sungguh dan berjaya pada masa yang akan datang 
3)    Keikhlasan
Wanita muda itu ikhlas memberikan sumbangan sebagai hadiah kepada Amin kerana Amin telah memebantunya menangkap pencuri yang mengambil barang kepunyaannya sewaktu di pekan.
4)    Kasih sayang
Mak Jah begitu sayang akan Amin. Dia sanggup menanggung malu untuk pergi meminjam wang bagi membayar yuran persekolahan Amin.

PENGAJARAN
1)    Janganlah melakukan perkara yang melanggar undang-undang
2)    Kita hendaklah mengambil berat terhadap urusan keluarga
3)    Kita hendaklah mementingkan pendidikan anak-anak
4)    Kita hendaklah prihatin kepada masyarakat yang menghadapi kesusahan.

Tugasan sempena Cuti Tahun Baru Cina untuk anak-anak didik cikgu di kelas 5 al Kindi yang cemerlang...


Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...apa khabar?
Pasti anak-anak didik cikgu masih ingat pesanan cikgu pada hari terakhir persekolahan.... manfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah + masa berkualiti bersama-sama keluarga + siapkan semua titipan cuti sekolah yang cikgu-cikgu telah bekalkan...

Baiklah, bersama-sama ini cikgu sertakan beberapa tugasan mudah untuk anak-anak siapkan. Tugasan perlu disiapkan dengan bantuan akses sumber bahan Internet.

1. Cari 3 lokasi + gambar + keterangan tentang bangunan bersejarah yang telah dipulihara di Malaysia. Cetak dan bawa untuk tugasan seterusnya di dalam kelas.

2. Cari 2 artikel yang berkaitan bagi setiap tajuk / isu di bawah dan cetak untuk aktiviti seterusnya dalam kelas.

i. Usaha memartabatkan bidang sukan negara
ii. Persediaan untuk menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan.
iii. Keluarga bahagia/ keluarga sakinah

Selamat belajar !!!

Tugasan sempena Cuti Tahun Baru Cina... untuk anak-anak didik cikgu 3 Omar dan 3 Othman yang hebat...

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...apa khabar?
Pasti anak-anak didik cikgu masih ingat pesanan cikgu pada hari terakhir persekolahan.... manfaatkan masa cuti dengan aktiviti yang berfaedah + masa berkualiti bersama-sama keluarga + siapkan semua titipan cuti sekolah yang cikgu-cikgu telah bekalkan...

Baiklah, bersama-sama ini cikgu sertakan beberapa tugasan mudah untuk anak-anak siapkan. Tugasan perlu disiapkan dengan bantuan akses sumber bahan Internet.

1. Cari 3 lokasi + gambar + keterangan tentang bangunan bersejarah yang telah dipulihara di Malaysia. Cetak dan bawa untuk tugasan seterusnya di dalam kelas.

2. Cari 2 artikel yang berkaitan bagi setiap tajuk / isu di bawah dan cetak untuk aktiviti seterusnya dalam kelas.

i. Usaha memartabatkan bahasa Melayu
ii. Persediaan untuk menjadi pelajar cemerlang dalam peperiksaan.
iii. Keluarga bahagia.

Selamat belajar !!!

Tugasan sempena Cuti Tahun Baru Cina 2013.... untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar yang rajin....

Assalammualaikum...


Anak-anak didik cikgu yang disayangi, selamat bercuti cikgu ucapkan... pastinya banyak aktiviti telah dirancang untuk mengisi detik-detik keemasan ini. Pesanan daripada cikgu, manfaatkanlah masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan lupa siapkan kerja-kerja yang telah cikgu-cikgu bekalkan ye...:)


Baiklah, tugasan cikgu mudah sahaja. Anak-anak didik diminta untuk mengemas kini nota KOMSAS untuk cerpen Kasut Kelopak Jantung, Tempang dan Tukang Lama. Sila salin nota daripada blog cikgu dengan kemas dan menarik. Selamat belajar !!!



Kasut Kelopak Jantung
(Ghazali lateh)
Tema
Kesusahan hidup seorang pelajar miskin dalam mengharungi alam persekolahan .
Contohnya Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang tinggal di kawasan pedalaman. Setiap hari Ahmad akan ke sekolah dengan berkaki ayam kerana tidak mampu untuk membeli kasut sekolah.

Persoalan
*      Ketabahan dalam menuntut ilmu
Contohnya : Ahmad sangat tabah mengharungi hidupnya sebagai pelajar untuk menuntut ilmu walaupun banyak cabaran dan hidupnya yang miskin.
*      Ketaatan terhadap perintah seorang guru
Contohnya : Ahmad sangat taat akan perintah gurunya untuk memakai kasut daripada kelopak jantung walaupun dia berasa malu dengan rakan-rakannya.
*      Ketegasan seorang guru mendidik anak murinya
Contohnya :
*      Kesusahan hidup masyarakat yang tinggal di kawasan pedalaman
Contohnya :
*      Penghargaan terhadap jasa guru
Contohnya :

Watak dan Perwatakan
Ahmad
*      Anak tunggal
*      Murid darjah tiga
*      Miskin sehingga tidak mampu membeli kasut dan pakaian sukan
*      Lurus dan patuh akan arahan guru
*      Pemalu apabila dipaksa memakai kasut daripada kelopak jantung pisang
*      Berdikari apabila sanggup bekerja mengambil upah memetik cili
*      Kerap menghadiahi gurunya kasut sebagai tanda penghargaan
Cikgu Harun
*      Mengajar di kawasan pedalaman
*      Tegas dalam menegakkan peraturan sekolah
*      Gagal menyelidiki latar belakang muridnya
*      Insaf apabila melihat salah seorang daripada muridnya hidup dalam kedaifan
*      Baik hati apabila beliau membelikan muridnya pakaian sekolah
*      Sering tertanya-tanya akan hadiah kasut yang kerap diterimanya
Ibu Ahmad
*      Baik hati apabila mempelawa Cikgu Harun naik ke rumah

Latar

Latar Tempat
*      Di kawasan pedalaman
*      Di dalam bilik darjah
*      Di padang
*      Di rumah Ahmad
*      Di tepi pagar sekolah
*      Di kantin

Latar Masa
*      Waktu pagi
*      Waktu petang

Latar Masyarakat
*      Masyarakat guru yang mengajar di kawasan pedalaman
*      Masyarakat pelajar yang belajar di sekolah rendah
*      Masyarakat desa yang hidup miskin dan bekerja sebagai pesawah dan penoreh getah
*      Masayarakat usahawan, iaitu Ahmad yang menjadi usahawan yang berjaya

Plot
Permulaan
*      Cikgu Harun menerima hadiah kasut daripada pelajarnya dan teringat kembali kenangan semasa bertugas di kawasan pedalaman kira-kira tiga puluh tahun lalu

Perkembangan
*      Cikgu Harun kerap memarahi Ahmad kerana gagal berkasut ke sekolah. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai kasut  daripada kelopak jantung. Tindakan ini memalukan Ahmad lalu dia mengambil keputusan ponteng sekolah
Klimaks
*      Cikgu Harun melihat sendiri keadaan hidup keluarga Ahmad yang susah lalu beliau membelikan Ahmad kasut dan pakaian seragam sekolah
Peleraian
*      Ahmad menghargai jasa dan mengenang budi Cikgu Harun dengan menghadiahi beliau kasut setiap sambutan Hari Guru

Gaya Bahasa
Peribahasa
*      Lurus bendul
*      Angkat muka
*      Berkecil hati

Simile
*      Macam lembu sakit kaki
*      Seperti ayam yang mencakar najis
*      Macam kaki gajah yang untut

Metafora
*      Selipar Jepun

Bahasa Inggeris
*      Uniform

Personifikasi
*      Atau sindiran dan keikhlasan telah bergumpal menjadi satu
*      Cikgu Harun mula disapa penyesalan yang bukan sedikit ketika itu

Nilai
Baik hati
*      Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang baju sekolah dan sepasang kasut sekolah
Berdikari
*      Ahmad mengambil upah memetik cili di kebun sayur untuk membantu keluarganya
Ketaatan
*      Ahmad mentaati perintah Cikgu Harun supaya memakai kasut kelopak jantung itu sehingga dia membeli kasut sekolah
Kesungguhan
*      Ahmad belajar dan bekerja dengan bersungguh-sungguh sehingga berjaya
Mengenang jasa
*      Ahmad membalas jasa Cikgu Harun dengan menghadiahkan sepasang kasut pada setiap sambutan Hari Guru

Pengajaran
*      Kita hendaklah mengenang jasa guru yang pernah mendidik kita
*      Kita hendaklah memahami penderitaan orang lain
*      Kita perlu mentaati perintah guru
*      Kita perlulah berusaha untuk membaiki kehidupan
*      Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara   


                                                              CERPEN TEMPANG
(PITTERIAH ABDULLAH)

Tema
Kemuliaan hati seorang remaja cacat yang tempang kakinya

Persoalan
*      Kecacatan fizikal bukan penghalang untuk memperoleh kejayaan
*      Kelebihan yang ada pada orang yang cacat fizikal
*      Kepentingan berusaha bagi mencapai kejayaan

Watak dan Perwatakan
Hafizi
*      Anak orang yang berada
*      Pelajar tingkatan 4 Sains 1
*      Reda dilahirkan cacat, iaitu kaki kirinya pendek sebelah
*      Bijak dalam pelajaran
*      Penyabar
*      Baik hati kerana sanggup menghantar Raja pulang ke rumah
*      Berani iaitu menyelamatkan Kamil daripada lemas
*      Tidak berdendam terutama terhadap Kamil
Kamil
*      Pelajar tingkatan 4 Sains 1
*      Suka menggangu Hafizi
*      Cemburu terhadap Hafizi kerana kepandaiannya
*      Suka membuat kecoh dan memulakan pergaduhan
*      Insaf setekah hampir lemas
Raja
*      Pelajar tingkatan 4 Sains 1
*      Sahabat karib Hafizi dan kerap mempertahankan Hafizi
*      Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah
*      Suka merendah diri
Cikgu Ridzuan
*      Guru disiplin yang tegas
*      Prihatin terhadap anak-anak muridnya
Cikgu Lee
*      Guru mata peajaran Sains
*      Banyak memebrikan nasihat kepada pelajar-pelajarnya

Latar
Latar Tempat
*      Di dalam bilik darjah
*      Di kolam mandi
Latar Masa
*      Waktu pagi, iaitu sesi persekolahn bermula
*      Waktu tengah hari, iaitu semasa Hafizi menunggu Pak Mat mengambilnya
Latar Masyarakat
*      Masyarakat pelajar di sebuah sekolah menengah
*      Masyarakat guru yang mengajar di sekolah menengah

Plot
Permulaan
*      Memperkenalkan watak Hafizi yang baru mahu memulakan sesi pembelajaran
Perkembangan
*      Kamil kerap menggangu Hafizi kerana berasa cemburu apabila Hafizi lebih pandai daripadanya. Kamil menolak Hafizi sehingga terjatuh tetapi Hafizi menegah Raja daripada mengambil tindakan terhadap Kamil
Klimaks
*      Kamil lemas di dalam kolam dan Hafizi berjaya menyelamatkannya
Peleraian
*      Kamil sedar akan kesalahannya dan memohon maaf daripada Hafizi. Mereka akhirnya bersahabat

Gaya Bahasa
Peribahasa
*      Busuk hati
Personifikasi
*      Mulutnya terkunci untuk berkata-kata
Metafora
*      Kaki samseng

Nilai
Kesyukuran
*      Hafizi tidak pernah menyesal dilahirkan cacat
Kesabaran
*      Hafizi tetap bersabar dengan sikap Kamil yang suka mengganggu, menghina, dan membulinya
Kemaafan
*      Hafizi telah memaafkan kesalahan Kamil terhadapnya malah tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya

Setiakawan
*      Raja dan Mei Ling sangat mengambil berat terhadap Hafizi. Mereka sering menolong Hafizi daripada gangguan Kamil
Tolong-menolong
*      Walaupun cacat fizikal, Hafizi telah menolong Kamil yang hampir lemas di kolam
Kerajinan
*      Hafizi sentiasa gigih berusaha sehingga menjadi pelajar yang pintar dan akif bersukan walaupun cacat
Keinsafan
*      Kamil telah insaf akan kesalahan yang dilakukan terhadap Hafizi. Dia berasa sebak apabila Hafizi menyambut tangan yang dihulurnya

Pengajaran
*      Kita hendaklah bersabar menghadapi sikap buruk rakan-rakan yang suka menggangu atau meyakitkan hati kita
*      Kita hendaklah sentiasa reda akan keadaan diri kita walaupun dilahirkan cacat
*      Kita hendaklah berterima aksih kepada orang yang berjasa kepada kita
*      Kita hendaklah segera insaf apabila menyedari telah melakukan kesilapan
*      Kita hendaklah menolong orang yang menghadapi kesusahan atau kecemasan
*      Kita hendaklah sentiasa memberikan kemaafan kepada kepada orang yang berbuat salah terhadap kita
*      Kita hendaklah berusaha dengan gigih agar berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum  



Cerpen : Tukang Lama
Hassan Ali 

     TEMA
Dilema yang dialami oleh seorang  tukang lama akibat kehadiran tukang baru yang lebih moden pembuatan rumahnya
PERSOALAN
1)    Kemampuan menyara keluarga melalui pekerjaan yang dilakukan
2)    Usaha mengekalkan pertukangan lama
3)    Cabaran yang dihadapi oleh tukang lama akibat peredaran masa
4)    Keyakinan kepada kemampuan diri sendiri dan penyerahan kepada takdir tuhan
WATAK DAN PERWATAKAN
LATAR
Latar masa
1.    Selepas perang apabila rezeki kerja bertukang ketika itu lebih
lumayan
2.    Pada waktu pagi
3.    Pada waktu petang
Latar tempat
1.    Di rumah pak Talib
2.    Di sebuah kampong
3.    Di pekarangan rumah Encik Mamat
Latar masyarakat
1.    Masyarakat desa
2.    Masyarakat yang kerjanya bertukang rumah
3.    Masyarakat yang tidak menyimpan perasaan dengki dan dendam

GAYA BAHASA
SIMPULAN BAHASA -  ekor  mata, asam garam
PUISI – Pak Talib gedang-gedang
Mak Lamah gulai labu
Pak Talib banyak hutang
Mak Lamah jual kelambu
Dialog _ “ lagi- lagi reban ayam. Sudah tiga hari belum lagi siap-
                               siap” Mak Lamah mula berleter
Monolog
NILAI
1)Bertanggungjawab
Pak Talib seorang yang bertanggungjawab terhadap kerjanya dan pergi bekerja sewaktu subuh walaupun hanya perlu menyiapkan reben ayam
2)Sabar
Kesabaran Mak Lamah mengharugi kehidupan bersama pak Talib dalam masa susah dan senang walaupun sering berleter dan membebel kepada Pak Talib
3)Kasih Sayang
 Pak Talib sangat menyanyangi isterinya, Mak Lamah walaupun Mak Lamah sering sahaja membebel dan meleter kepadanya.

4)Ketabahan
 Pak Talib tetap tabah meneruskan kehidupan walaupun semakin kurang mendapat  upah daripada orang kampung.

PENGAJARAN
1.Kita hendaklah bertanggungjawab menyara keluarga
2.Kita perlulah bersabar melayani sebarang karenah manusia
3.Kita perlulah yakin akan kebolehan diri sendiri
4.Kita perlulah berusaha unruk mencari rezeki yang halal
5.Kita perlulah bersyukur dengan apa-apa yang ada