Cari Blog Ini

Ahad, 28 April 2013

Sesi pdp ceria bersama Jemaah Nazir Jaminan Kualiti... Jom belajar KOMSAS!

Sesi pdp pagi ini tambah ceria dengan kehadiran para nazir dari JNJK bagi penaziran 'New Deal'. Cikgu harap anak-anak semua dapat bersedia untuk sesi pembelajaran aktif bagi mengkaji prosa tradisional Hikayat Lang Lang Buana.

Tugasan Kumpulan :

Kumpulan 1 - Pilih seorang ahli kumpulan anda untuk memegang watak Raja Indera Bumaya dan melakonkan atau menceritakan tentang perwatakannya. 

Kumpulan 2 - Kumpulan ini dikehendaki juga untuk mengkaji watak Raja Indera Bumaya dan akan mengulas tentang watak dan perwatakan yang telah dilakonkan oleh wakil kumpulan 1. 

Kumpulan 3 - Mengenal pasti dan menyenaraikan 10 kosa kata Melayu klasik dan mencari maksudnya dengan merujuk Kamus Dewan.

Kumpulan 4 - Mengenal pasti dan menyenaraikan 5 nilai yang diperoleh daripada prosa tradisional Hikayat Lang Lang Buana.

Sesi pembentangan akan dibuat mengikut giliran nombor menaik.




Sabtu, 13 April 2013

Titipan cuti CPA 13-14 April 2013... untuk anak-anak didik cikgu di kelas 5 al Kindi yang komited!!!

Assalammualaikum wbh...

Anak-anak didik cikgu semua, seperti yang telah cikgu janjikan....
siapkan tugasan tatabahasa di bawah ini ye.... cetak dan kita bincang di kelas nanti...:)

Tugasan 1 :

Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu .

Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum. Semasa bersukan, kanak-  kanak dan remaja yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja disamping  dapat mengurangkan tekanan dan dapat mengisi masa lapang. Dengan ini,remaja dapat menghindari diri daripada gejala negetif seperti merokok dan vandalism.                                                                                                                                                                                                                                               [ 6 markah ]

Tugasan 2:


Dalam setiap ayat  di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak 
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.
(i) Satu lapuran lengkap tentang kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu 
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.

(ii) Runtuh akhlak dalam kalangan remaja mengakibatkan ramai remaja
terjebak dalam masaalah sosial.

(iii) Selepas upacara peresmian dewan, pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik pameran.
                                                                                                                         [ 6 markah ]


Tugasan 3 :

Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan 
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu 
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat  itu semula.

(i)    Nilai kayu getah semakin mahal sejak bahan itu dieksport dan menjadikan bahan untuk perabut.
(ii)    Sejak perkhidmatan pos dilaksanakan secara pengswastaan, pengurusannya menjadi lebih efisyen.
(iii)    Malam itu menjadi gelap-gulita  kerana awan hitam berkepul-kepul menandai hari hendak hujan.
                                                                                                                      [ 6 markah ]


Tugasan 4 :

(  Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat tersebut.

(i)      Walaupun pendakian semakin mencabar, mereka terus mendaki gunung itu kerana bagi mereka setiap perkara itu mestilah diusahakan hingga beroleh matlamatnya.

(ii)       Penduduk di kawasan perumahan mewah itu sukar disatukan kerana mereka memiliki pelbagai idea dan fikiran.

(iii)   Shafiq menghadapi pelbagai masalah apabila tinggal serumah dengan lima orang kawannya yang mempunyai  perangai yang bermacam-macam itu.

[6 markah]









Rabu, 10 April 2013

Sesi pdp bersama-sama pelajar tingkatan 3 Omar dan 3 Othman - 11 April 2013



Tugasan :
Setiap kumpulan perlu menyediakan slaid power point tentang tugas masing-masing yang telah ditetapkan. Slaid perlu mengandungi :
1. Syair dan pantun perlu ada maksud setiap rangkap.
2. Cerpen perlu ada sinopsis ringkas.
3. bahan-bahan lain seperti biasa
       Tema & Persoalan
Watak dan perwatakan
Plot
Nilai & pengajaran
Latar