Cari Blog Ini

Khamis, 19 Februari 2015

Titipan mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati .... sempena Cuti Tahun Baru Cina 19-23 Februari 2015

Assalamualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi .... seperti yang telah cikgu janjikan, inilah titipan tugas cuti untuk anak-anak didik semua.

Tugasan khas untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar dan 1 Ali yang hebat. Tugasan anda seperti berikut :
1.  Cari contoh karangan tentang  keluarga bahagia, amalan menabung dan  peranan ibu bapa memupuk budaya penyayang. Cetak karangan tersebut dan bawa ke kelas untuk perbincangan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contohnya. E-melkan  slaid power point kepada latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Isnin 23 Februari 2015.


Tugasan untuk anak-anak didik cikgu di kelas 3 Omar dan 3 Othman yang rajin. Tugasan anda seperti berikut :
1. Siapkan 6 slaid power point tentang hadis pilihan yang berkaitan adab menuntut ilmu dan pendidikan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contoh penggunaannya mengikut konteks.

Selamat bercuti dan siapkan tugasan dengan ceria ... :)