Cari Blog Ini

Jumaat, 31 Ogos 2012

Sentuhan emas... menjelang detik peperiksaan percubaan SPM

Alhamdulillah... pagi tadi, 8.00 hingga 10.00 pagi... anak-anak didik 5 Ibnu Sina dan 5 al Kindi telah bersinergi mengupas soalan Percubaan Melaka... Karangan A.... manfaat membaca. Anak-anak didik cikgu telah mencerna idea yang cukup bernas dan menarik untuk membina perenggan isi yang mantap. Inilah hasil sentuhan emas anak-anak didik cikgu yang tersayang... moga berjaya mengaplikasikan frasa menarik dalam karangan anda kelak...:)



Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba turutkan
amalan membaca banyak faedahnya
Untuk kegunaan masa hadapan.

Masyarakat Melayu sinonim dengan pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan  yang telah terbungkam  dalam atma dan sukma mereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran yang sarat dengan muatan cabaran reformasi. Oleh sebab itu,  menerusi amalan membaca juga dapat mencetus kesegaran minda agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sesungguhnya, dengan membaca kita mampu menguasai pelbagai cabang ilmu persis mutiara kata membaca itu jambatan ilmu. ( nadzirah,..)

Sesungguhnya amalan membaca mampu menambah pengetahuan kita. (AT) Amalan membaca dapat membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk bersaing dalam era globalisasi ini. (AH) ‘ Setiap  seseorang daripada kita mesti memberikan nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. (AC1) Ungkapan keramat itu, membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah andai individu itu berusaha melakukan  anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus berada di takuk lama. (AH2) Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh direalisasikan dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri pembaca.  Selain melalui proses pembelajaran secara formal di sekolah , nilai diri akan dapat ditambah dengan banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.(AC2) Cerdik pandai sering menganggap amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu.  Tegasnya, amalan  membaca sememangnya dapat  menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing dengan cabaran kemajuan yang terbentang di jagatraya ini. ( faris, afiq...)


Seterusnya , mari kita fokuskan lensa pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang dimaksudkan ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi meningkatkan tenaga pakar yang berpengetahuan. Ibu bapa menjadi cerucuk utama dalam membentuk diri anak-anak supaya suka membaca. Hal ini demikian kerana, rumah merupakan institusi pendidikan yang pertama untuk anak-anak. Sebagaimana yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat. Oleh sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap yang maksimum dalam membentuk  individu yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu bergantung kepada kepakaran luar lagi. (Huzir, Aiman , naufal, amirul asyraf… )

Selain itu, membaca dapat meningkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang. Hal ini demikian kerana, membaca bertindak sebagai wahana pergerakan ilmu. Dengan membaca seseorang yang sudah memiliki pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu dapat menambah dan menjana kepakaran dalam bidang yang telahpun diterokai ilmunya. Tamsilannya, seorang doktor yang sudah memiliki pengetahuan dalam kariernya, dapat menjadi doktor pakar dengan membaca. Seorang yang pakar dalam sesuatu bidang mampu menjadi insan cemerlang yang dapat berbakti dalam masyarakat, negara dan agama. Dengan penguasaan ilmu yang mantap dan utuh, seseorang itu dapat menjadi seseorang yang profesional dalam bidang ilmu yang dimilikinya seperti seperti kata pepatah hanya jauhari yang mengenal manikam. Tegasnya, membaca dapat menibgkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu lapangan ilmu. ( fauzi, arif, nabil, haziq )

Tambahan lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk barjaya dalam akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya para pelajar tidak mempunyai kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan. Sedangkan amalan membaca dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampu meluaskan horizon pemikiran.  Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai bibit-bibit cinta dalam diri kerana membaca merupakan tonggak utama kejayaan. Sebagi contoh, pelabagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu membaca dan program NILAM. Selain Berjaya dalam akademik, para pelajar juga boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian. (Ummu, Fatin, Huda, Amirah, Adiba, Nafha, Aida )

Bagaimanakah membaca dapat memberi manfaat? Dengan membudayakan amalan membaca, rakyat yang berpengetahuan luas dalam sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas dalam memacu proses pembangunan negara. Di samping itu, membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang seiring dengan Negara-negara yang telah mengecapi modenisasi mapan seperti Jepun. Di Jepun, atas dasar aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telor ayam segar, sayur-sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis perniagaan mereka kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang sempurna selain mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara mereka. Tuntasnya membaca dapat memperlihatkan kedewasaan dan mentaliti yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat yang mengamalkannya. Selain itu, membaca juga merupakan ramuan untuk membentuk masyarakat yang berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi negara untuk bertambah maju. Kemajuan yang dicapai mampu mengangkat Malaysia di persada antarabangsa dan seterusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara lain. ( uzma , wafa, maryam, nabila, akrimi )


Membaca jambatan ilmu. Pepatah ini jelas menunjukkan kepentingan membaca dalam peribadi setiap individu. Amalan membaca yang dipupuk dalam diri seseorang sebenarnya merupakan entiti penting mekanisma percambahan ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi khususnya dalam bidang akademik. Hal ini dapat dibuktikan semasa perkembangan ilmu pengetahuan kerajaan Islam Abbassiyah. Ketika itu, amalan membaca telah menjadi nadi kehidupan merekja dan menjadi asbab berlakunya letusan zaman kegemilangan Islam Abbassiyah sehingga ilmu-ilmu berkaitan dengan akademik mereka menjadi rujukan seluruh dunia termasuklah dunia barat. Sementelahan pula, amalan membaca telah dijadikan wasilah oleh pelajar-pelajar yang Berjaya dalam akademik. Sebagi contoh, Nik Nor Madihah yang telah Berjaya memperoleh 20A dalam SPM. Tegasnya, kejayaan akademik dan amalan membaca merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan lagi. Sesungguhnya, menuntut ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.  ( Khalid ... )

 Intihanya, sinergi semua pihak mampu mengadunkan satu kombinasi  horizon pemikiran yang harmonis dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat demi meningkatkan imej negara dan bangsa. Amalan membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah pertama penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika Nabi Muhammad mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira’ melalu perantaraan malaikat Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci ilmu yang memberikan impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat. ( ruzaimi, zain, azemmudin, syazwan r )




Rabu, 29 Ogos 2012

Sentuhan emas sebelum percubaan SPM 2012...

Penceramah undangan... Tn Hj Zainal bin Mesran..
Terima kasih daun keladi,
Jangan serik bertamu lagi di SMKAJB...
Kenangan bersama-sama penceramah undangan

Anak-anak didik tekun menimba ilmu...

... penuh harapan...

... jangan lupa salin nota...

anak-anak didik tekun menyalin tips penting...
pelajar contoh...

... salin untuk cikgu...

... wajah-wajah juara...



... cikgu pun salin nota...



















Isnin, 27 Ogos 2012

Sesi p&p ceria bersama-sama anak-anak didik 1 Abu Bakar...



penanaman padi di Malaysia.
buku teks unit 20 ( Jelapang Padi Kita )
http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/02/tanaman-padi-secara-tradisional-di.html
 http://petani.fotopages.com/?entry=570177
http://pagarmuseh.blogspot.com/2012/02/tanaman-padi-sawah-secara-moden.html

Tugasan seterusnya,

Tulis sebuah rencana tentang kepentingan penanaman padi kepada kita. Panjangnya karangan anda hendaklah tidak kurang daripada 180 patah perkataan. 

Ahad, 12 Ogos 2012

Titipan Lebaran untuk anak-anak didik cikgu ... 5 Ibnu Sina, 5 Al Khindi, 3 Ali dan 1 Abu Bakar...

Assalammualaikum...

Anak-anak cikgu yang tersayang... 

Alhamdulillah…hampir sebulan sudah umat Islam berpuasa, rupanya kita sudah berada di penghujung Ramadan..bagi yang berjaya puasa dengan penuh kesabaran, tahniah cikgu ucapkan…Sememangnya puasa mendidik kita erti kesabaran dalam hidup. Pada ketika inilah kita merasai keperitan orang yang hidup miskin dan tidak berkemampuan..jika dihitung satu persatu, fadilat puasa terlalu besar hikmahnya, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata malah mampu mengawal nafsu yang mudah beraja di hati kita. Moga Allah menerima amal kita, mengampuni kita semua...Aminn!!

Selamat Menyambut Aidil Fitri cikgu ucapkan untuk semua anak didik cikgu ... moga bergembira menyambutnya bersama-sama keluarga...!! 

Seperti biasa cikgu ada menitipkan buah tangan cuti sekolah untuk semua... Bahasa Melayu Dekat Di Hati...siapkan ya!!

Titipan Lebaran untuk anak-anak cikgu di kelas 5 Ibnu Sina dan 5 Al Khindi
...amalkan gaya hidup sihat, jaga pemakanan, gembira selalu... pasti awet muda....:)



... macam adik comel ni... selalulah dapatkan pemeriksaan kesihatan...pastikan status kesihatan kita...


... jangan lupa untuk bersenam...





1. Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya

2. Lengkapkan latihan Modul Rumusan  - Latihan 11 hingga 13.

2. Sila lengkapkan semua latihan yang tertangguh sebelum ini. 

Titipan Lebaran untuk anak-anak cikgu di kelas 3 Ali dan 1 Abu Bakar

1. Lengkapkan latihan Modul Karangan Berpandu - Latihan 6 hingga 10
2. Sila lengkapkan semua latihan yang tertangguh dan pembetulan ejaan.

Selamat Bercuti!!







Siti Nurhaliza - Bila Hari Raya Menjelma