Cari Blog Ini

Selasa, 11 Disember 2012

Memorabilia 2012 .... kenangan mengusik jiwa

Assalammualaikum....

Apa khabar anak-anak didik cikgu semua? Rindunya dengan kalian semua... :(

Anak-anak didik cikgu yang dikasihi,
Diam tak diam, masa telahpun meninggalkan kita .... seribu satu kenangan telah kita alami bersama-sama sepanjang tahun 2012. Walau apa pun kenangan itu sama ada suka mahupun sebaliknya, cikgu harap anak-anak didik semua dapat menerimanya dengan reda dan anggaplah semua yang berlaku sebagai satu pengalaman yang amat mahal harganya. Mudah-mudahan pengalaman suka dan duka itu menjadi perencah yang mematangkan kita semua dan menjadikan kita orang yang lebih baik dari semalam...menjadi seorang insan yang dapat memberikan maanfaat kepada seluruh alam dan diberkati-Nya seluruh perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat...Insya Allah.


Cikgu mendoakan anak-anak didik cikgu semua dikurniakan kesihatan yang cukup cemerlang untuk mengharungi cabaran 2013 dengan lebih bersemangat!

2013!!!! Kusahut cabaranmu.....ayuh kita mulakan langkah pertama kita untuk kehidupan yang lebih bermakna!!!!

Sabtu, 3 November 2012

Menghitung detik.... 5 November 2012

Saat yang dinanti-nantikan bakal menjelma.... cikgu sentiasa mendoakan anak-anak didik cikgu calon SPM 2012 terutamanya anak-anak cikgu di kelas 5 Ibnu Sina dan 5 al-Khindi.... dapat menempuhi detik ini dengan tenang dan semangat berkobar-kobar untuk melakar kecemerlangan...Insya Allah bahasa Melayu ...A dalam genggaman !!! Teruskan langkah perwira dan serikandi ....

http://dl.edu.joshuatly.com/bmelayu-juj-spm-2012.html

Selasa, 23 Oktober 2012

Tugasan sempena cuti Hari Raya Aidil Adha 24 Oktober 2012


MENUKARKAN AYAT AKTIF KEPADA AYAT PASIF
Latihan 1

Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.

1)      Saya telah menyerahkan laporan itu kepada pihak pengurusan.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2)      Anda mesti menjelaskan yuran tersebut secepat mungkin.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3)      Saya akan menulis rencana tentang isu vandalisme.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4)      Puan Hasnah menghantar anak lelakinya ke sekolah berasrama.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5)      Pelajar itu meminjami saya buku novelnya.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
6)      Mereka menaiki komuter itu untuk ke Ampang.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Jawapan (Latihan 1)
1)      Laporan itu telah saya serahkan kepada pihak pengurusan.
2)      Yuran tersebut mesti anda jelaskan secepat mungkin.
3)      Rencana tentang isu vandalisme akan saya tulis.
4)      Anak lelakinya dihantar ke sekolah berasrama oleh Puan Hasnah.
5)      Saya dipinjami buku novelnya oleh pelajar itu.
6)      Komuter itu dinaiki oleh mereka untuk ke Ampang.

MENUKARKAN AYAT PASIF KEPADA AYAT AKTIF
Latihan 2
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.

1)      Dewan itu telah dibersihkan oleh mereka pada petang semalam.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2)      Jambangan bunga ini digubah oleh Puan Mastura.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3)      Bilik ini saya hias dengan cantik.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4)      Pertandingan itu pernah kami sertai.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5)      Keenakan masakan barat akan anda nikmati di restoran itu.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
6)      Tugas tersebut harus awak siapkan pada petang ini.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Jawapan (Latihan 2)
1)      Mereka telah membersihkan dewan itu pada petang semalam.
2)      Puan Mastura menggubah jambangan bunga ini.
3)      Saya menghias bilik ini dengan cantik.
4)      Kami pernah menyertai pertandingan itu.
5)      Anda akan menikmati keenakan masakan barat di restoran itu.
6)      Awak harus menyiapkan tugas tersebut pada petang ini.

LATIHAN: Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

1. Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecamkan struktur ayat di mana menyalahi hukum tatabahasa.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
3. Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah menjemurnya.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
4. Minyak masak yang berbau hapak itu telah ayah buang.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
5. Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan bersuara sepenuhnya tidak dilakukan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
6. Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil telefon bimbit.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
7. Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :

8. Encik Lee berjanji akan memberikan upah yang setimpal sebagai insentif pada para pekerjanya untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
9. Masalah yang dihadapi oleh para pelajar-pelajar haruslah kita basmi dengan segera.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
10. Selepas menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras tepung tersebut sebelum dibuat kuih.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
11. Sekumpulan pelajar-pelajar berkumpul di perkarangan sekolah sebelum pulang untuk mendengar perutusan daripada guru kanan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
12. Meskipun orang itu kaya dan beliau tergolong dalam gugusan orang yang pemurah.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
13. Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
14. Daripada semasa ke semasa rakyat Malaysia diingatkan agar sentiasa memulihara ikatan perpaduan yang terjalin sejak sekian lama.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
15. Setengah penonton membaling tin minuman ke padang apabila pemain gagal memasukkan gol.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :

16. Saya harus tabah merempuhi cabaran ini agar supaya saya berjaya dalam bidang perniagaan yang saya ceburi ini.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
17. Muka abang bengkak ketika disengat tebuan semasa dia mencolok buah mangga itu.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
18. Menurut pengerusi, berapa aktiviti terpaksa dibatalkan kerana tidak mendapat persefahaman daripada ketua jabatan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
19. Laporan itu ada dengan Puan Zaleha untuk ditatap olehnya sebelum dibentangkan dalam mesyuarat kelak.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
20. Semua kotak-kotak itu sudah dibawa oleh mereka dari dalam van.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
21. Bas ekspres itu terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu mengalami kerosakan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah               :       
Kesalahan tatabahasa                       :
22. Perbualan itu diadakan bagi menyelesaikan segala kesulitan bahawa menghantui perasaan kakitangan syarikat.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
23. Mereka yang melemparkan ulasan itu sebenarnya mengambil berat kepada segala kepincangan yang berlaku.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
24. Orang tua itu kesal dengan sikap anak-anaknya yang tidak mengenang bakti itu.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
25. “Sejak dari semalam aku asyik teringat akan orang tuaku di halaman,” kata Junaidah.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
26. Jangan terlalu memandang ringan terhadap hiburan Timur. Sebaliknya, fikirkan cara untuk menjadikan hiburan daripada Timur sebagai hiburan yang boleh diambil oleh remaja.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :

27. Usah menjadikan umur sebagai batasan untuk menghalang anda mencintai tradisional seni tanah air.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
28. Pemuda itu memesan teh ais berperasa limau sewaktu makan tengah hari di Kenyalang Restoran.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
29. Pengguna disaran menggunakan kemudahan ramai seperti LRT dan Monorel kerana mengurangkan pembebasan asap dan gas yang dapat mempercepat kadar pemanasan bumi.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
30. Galakan penggunaan kipas angin dan bukannya pendingin sejuk harus diuar-uarkan pada pemilik rumah di kawasan bandar.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
31. Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di pusat pengajian tinggi dapat mengadakan  mahasiswa yang kreatif, inovatif serta bijak di dalam mengurus masa.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
32. Sukan merupakan lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau kemahiran  dalam sesuatu permainan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
33. Jika dilihat daripada segi ekonomi, negara mampu mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran kejohanan sukan yang bermutu dan bertaraf dunia.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
34. Sukan tidak sahaja medan untuk mempamerkan contoh permainan atlet dalam acara masing-masing, malahan menjadi lapangan yang dapat meningkatkan mutu permainan sukan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
35. Malaysia mencatatkan sejarah apabila teknologi penuaian darah pembuluh yang diperkenalkan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dijangka dapat mengurangkan masa menunggu pesakit yang memerlukan pembedahan lintasan jantung.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
36. Di antara langkah untuk membasmi rasuah termasuklah rakyat menjalani kehidupan yang bermaruah dan berintegrasi.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
37. Permukaan lapangan yang basah dan licin dipercayai menjadi punca pesawat berkenaan sukar dikawal ketika mendarat.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
38. Barangan pengkomputeran tablet kini semakin diterima oleh para penggemar gajet moden digital.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
39. Daripada semasa ke semasa, pelbagai spesifikasi, peranan dan saiz komputer tablet diperkenalkan oleh syarikat elektronik demi memenuhi permintaan pengguna.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :

40. Masalah pemusnahan sampah tidak putus-putus disiarkan dengan media ekoran perasaan tidak puas hati penduduk terhadap pihak yang bertanggungjawab mengurusnya.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
41. Sikap prejudis orang ramai yang memandang bekas penagih dadah sebagai bebanan masyarakat telah menolak mereka dengan kembali kepada masyarakat semula.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
42. Bagi membentuk matlamat 1Malaysia, remaja perlu menghayati falsafah muhibah serta kerukunan dan keharmonian antara kaum-kaum yang telah terjalin sejak sekian lama.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
43. Aplikasi teknologi maklumat canggih yang dilambakkan di pasaran perlu diperiksa impaknya pada individu mahupun produktiviti sesebuah organisasi.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
44. Kemahiran guru yang pelbagai di dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan wahana penting untuk meningkatkan kuantiti pengajaran.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
45. Karim tidak bersetuju dengan lain-lain syarat yang turut disenaraikan dalam dokumen perjanjian pembelian rumah nilai rendah tersebut.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
46. Banyak pelanggan suka membeli-belah di kedai runcit itu yang menyediakan berbagai barang sebagai opsyen kepada pelanggan yang berkunjung.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
47. Pengetua menghadiahkan pelajar itu sebuah plat dibuat daripada gangsa yang berhias dan berukir sebagai tanda penghargaan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
48. Dalam bidang pendidikan zaman penjajah, penggunaan Bahasa Melayu amat terbatas kerana bahasa itu bukan pernah diberi peluang berperanan sebagai bahasa pengantar komponen sains dan teknologi.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
49. Ada saintis mendakwa yang teh dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan mengurangkan berat badan dan menurunkan proses penuaan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :
50. Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan permainan audiovisual yang canggih sehingga meminggirkan permainan tradisional yang diwarisi oleh kita selama ini.
Kesalahan penggunaan kata/istilah            :
Kesalahan tatabahasa                       :