Cari Blog Ini

Sabtu, 22 Mac 2014

Titipan mesra cuti semester pertama 20-29 Mac 2014 ... untuk nak-anak didik 1 Abu Bakar dan 1 Othman ...

Assalammualaikum wbh

Apa khabar anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Cuti semester pertama telah pun bermula. 
Pasti cuti ini disambut dengan sangat gembira bukan ...
Walau bagaimanapun, saat-saat cuti ini perlulah dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.... tamsilnya dengan mengulang kaji pelajaran, membaca buku cerita, aktiviti bersama keluarga dan riadah di taman. Baiklah ... untuk mengisi masa cuti anak-anak didik semua, cikgu ada menitipkan beberapa tugasan untuk anak-anak semua. 
Tugasannya adalah seperti berikut :

Tugasan pertama :

Anak-anak semua dikehendaki untuk memilih sebuah buku cerita berinformasi / bahan bacaan ilmiah / buku motivasi. Selesaikan pembacaan dan hasilkan sebuah ulasan dalam bentuk slaid power points. Ulasan anda hendaklah mengandungi sinopsis ringkas buku, ciri-ciri istimewa buku dan nilai murni/pengajaran/mesej yang dapat diperoleh daripada buku tersebut. Lengkapkan juga slaid anda dengan gambar penulis dan biodata penulis. Dialu-alukan juga untuk mengemukakan tajuk-tajuk buku lain hasil karya penulis.

Tugasan kedua :

Bagi slot wacana ilmu seterusnya, anak-anak didik cikgu dikehendaki untuk menyiapkan 3 slaid yang mengandungi pantun-pantun yang menarik dan bersesuaian  yang dapat diaplikasikan dalam penulisan.

Hasil kerja anda boleh die-emelkan kepada e-mel cikgu
latifahtarkep@yahoo.com

Selamat bercuti !!

Titipan mesra cuti Pertengahan Tahun - 27 Mei -11 Jun 2016 ... khas untuk anak-anak didik 4 Ibnu Khaldun

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi...

Alhamdulillah ... sempat lagi kita bersembang maya di blog ini ... khas untuk anak-anak didik 4 Ibnu Khaldun ... jangan lupa ada titipan mesra untuk cuti ini.

Tugasan pertama :
Lengkapkan 3 buah latihan rumusan dalam Modul Latihan Berpandu Rumusan ( Latihan 10-12)

Tugasan kedua
Bagi slot wacana ilmu seterusnya, anak-anak didik cikgu dikehendaki untuk menyiapkan 3 slaid yang mengandungi hadis pilihan yang dapat diaplikasikan dalam penulisan.

Hasil kerja anda boleh dihantar kepada e-mel cikgu
latifahtarkep@yahoo.com

sebelum hari Jumaat 10 Jun 2016. 

Selamat bercuti !!

Titipan mesra cuti semester pertama ... 20 mac hingga 29 mac 2014 ... khas untuk anak-anak didik tingkatan 3 Omar

Assalammualaikum wbh

Apa khabar anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Cuti semester pertama telah pun bermula. Pasti cuti ini disambut dengan sangat gembira bukan ...
Baiklah ... seperti yang telah cikgu janjikan,
tugasan untuk anak-anak semua adalah seperti berikut :