Cari Blog Ini

Rabu, 17 Ogos 2016

Titipan hujung minggu ... Bahasa Melayu Dekat di Hati ... untuk anak-anak didik cikgu di kelas 1 Othman ( 19-20 Ogos 2016)

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua ...

Seperti yang telah cikgu janjikan ... cikgu sertakan beberapa tugasan untuk cuti hujung minggu anak-anak didik yang cikgu kasihi.. Sila teruskan pembacaan anda ... :)

1. Tugasan 1 ...
Berikut cikgu sertakan perenggan ulasan yang telah anda hasilkan dalam masa pdp tempohari. Salin semula hasil kerja kumpulan anda yang di bawah ini dalam buku penulisan. (kekalkan warna tulisan )

Mutakhir ini, pelajar-pelajar semakin kurang berdisiplin di sekolah. Antara masalah disiplin yang dilakukan oleh pelajar ialah  vandalisme  ( tersurat ). Tamsilnya, merosakkan harta benda sekolah dan menconteng meja. Masalah mungkin berpunca daripada kesibukan ibu bapa dengan kerjayanya ( tersirat ). Kesannya, para pelajar tidak mendapat perhatian sepenuhnya daripada ibu bapa. Selain itu, pengaruh rakan sebaya ( tersirat ) juga menyumbang kepada masalah disiplin pelajar seperti ponteng sekolah ( tersurat ). Pelajar yang ponteng kerap kali mengunjungi kafe siber dan melepak tanpa tujuan.   Konklusinya, ibu bapa perlulah memberi perhatian kepada anak-anak supaya mereka lebih berdisiplin dan dapat menjadi insan yang berguna kepada masyarakat. 


2. Tugasan 2 ...
Cikgu percaya anak-anak didik cikgu pernah bercuti bersama-sama keluarga. Tidak kira percutian di kampung halaman atau detinasi yang lain. Tulis sepucuk surat kiriman tidak rasmi kepada cikgu, ceritakan pengalaman percutian anda dan sertakan sekali beberapa gambar percutian anda. Cikgu menunggu kiriman surat anak-anak didik semua di e-mel cikgu .... ahliazahid@gmail.com

Selamat berhujung minggu bersama-sama keluarga ... :)

Cikgu kongsikan beberapa gambar percutian cikgu sekeluarga di Istambul, Turki pada Jun 2015

...menelusuri Laut Bosphorus ... menikmati suhu Mediteranean yang dingin dan nyaman ... 

... menikmati aiskrim Turki yang unik ... aiskrim yoghurt ... harga 3 LT ...

 ... kakak Hayati di hadapan Blue Mosque ... 


... Turkey Airlines ...



Sabtu, 13 Ogos 2016

Tugasan hujung minggu 1 Othman ( 12-13 Ogos 2016 )

Tahniah Athirah kerana berjaya menghantar tugasan anda! Baiklah ... sama-sama kita baca karangan ulasan Nur Athirah ini ya  ... :D


Dasawarsa ini, karya sastera kurang diminati oleh para pembaca. Terdapat beberapa faedah membaca karya sastera. Membaca karya sastera dapat meningkatkan kemahiran berbahasa para pembacanya. Selain itu , kita dapat menambah kosa kata dengan lebih mendalam. Tamsilnya, kosa kata laras sains dan komputer. Seterusnya, karya sastera memberi pengajaran untuk kita mengubah sikap kepada yang lebih baik. Membaca karya sastera juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan semangat cinta akan negara. Antara langkah menggalakkan masyarakat membaca karya sastera ialah pihak kerajaan mengadakan  kempen cintai karya sastera. Pihak sekolah juga boleh mengadakan pertandingan membaca karya sastera.  Tuntasnya, kita perlulah kerap membaca karya sastera untuk memperkaya pengetahuan kita.

( Nur Athirah – 1 Othman )

Jumaat, 12 Ogos 2016

Titipan Bahasa Melayu Dekat di Hati anak-anak pelajar 1 Othman ( cuti hujung minggu 12-13 Ogos 2016 )

Assalammualaikum wbh anak-anak didik 1 Othman yang cikgu kasihi. Cikgu mohon maaf kerana agak terlewat untuk memuat naik bahan untuk tugasan minggu ini. Ada kekangan masa sedikit ... :)

Baiklah ... berikut cikgu sertakan karangan ulasan yang anak-anak pelajar buat dalam kelas tempoh hari. Apa yang perlu anak-anak pelajar lakukan adalah

1. Kenal pasti isi tersirat yang relevan. ( Isi tersirat tentang langkah-langkah menggalakkan masyarakat membaca karya sastera)

2. Nyatakan sekurang-kurangnya dua isi tersirat anda dalam ruangan komen. Bina ayat yang lengkap dan gramatis untuk isi tersirat tersebut. ( Jangan lupa nyatakan nama anda )



Ulasan : Faedah membaca karya sastera 
Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan

Dasawarsa ini, karya sastera kurang diminati oleh para pembaca. Terdapat beberapa faedah membaca karya sastera. Membaca karya sastera dapat meningkatkan kemahiran berbahasa para pembacanya. Selain itu ,kita dapat menambah kosa kata dengan lebih mendalam. Tamsilnya, kosa kata laras sains dan komputer. Seterusnya ,karya sastera menampilkan nilai-nilai murni yang dapat kita contohi seperti tolong-menolong. Di samping itu, karya sastera memberi pengajaran untuk kita mengubah sikap kepada yang lebih baik. Membaca karya sastera juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan semangat cinta akan negara. Tuntasnya, kita perlulah kerap membaca karya sastera untuk memperkaya pengetahuan kita. 

Cikgu tunggu komen-komen anda .... selamat menjawab!