Cari Blog Ini

Ahad, 31 Julai 2016

Tugasan Bahasa Melayu Dekat di Hati sempena cuti hujung minggu ( 5-6 Ogos 2016 )

Assalammualaikum anak-anak didik yang cikgu kasihi ... cuti hujung minggu kini kembali :D

Baiklah, seperti yang telah cikgu janjikan, isilah masa cuti hujung minggu anda dengan buah tangan istimewa daripada cikgu ini. Sila habiskan bacaan arahan tugas di bawah ini ...

Untuk anak-anak didik 1 Othman yang bijaksana
1. Sila hantar klip video Hari Raya anda dengan kadar segera ke alamat ini ...
ahliazahid@gmail.com. Yang tercepat ... pastinya yang terbaik :)
2. Buat rujukan sumber Internet dan cetak nota bagi Antologi Kuingin Berterima Kasih ( bagi yang belum lengkap sahaja )

Untuk anak-anak didik cikgu 3 Abu Bakar dan 3 Othman yang hebat dan rajin
1. Buat ulang kaji dan rujukan tentang Ujian Lisan Mendengar dan Bertutur yang akan menjelang tidak lama lagi. Pastikan debaran ditenangkan ya ... Boleh cetak apa-apa bahan yang menyokong, kita bincang dalam kelas ya...
2. Kumpulan yang telah menerima tugasan dendaan kasih sayang ( klip video Hari Raya) ... sila hantar dengan kadar segera ke alamat ini ... ahliazahid@gmail.com.
#syedzakidankrew#fahimdanrakan2#

p/s
Maaf kerana cikgu agak kesempitan masa untuk bersama-sama anda di dalam masa pdp rasmi kerana tuntutan tugas rasmi. Jangan bimbang ... hutang pasti kuganti :)