Cari Blog Ini
Rabu, 23 Mei 2012
TITIPAN KERJA RUMAH SEMPENA CUTI PERTENGAHAN TAHUN - 25 MEI HINGGA 10 JUN 2012
Assalammualaikum … anak-anak didik cikgu. Selamat bercuti cikgu ucapkan untuk semua anak didik cikgu yang tersayang.
Nikmatilah sat-saat indah percutian bersama-sama keluarga dengan sebaik-baiknya. Cikgu percaya, semua aktiviti telah dirancang oleh keluarga masing-masing. Cikgu doakan anak-anak semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan kembali semula ke sekolah dengan semangat baru dan berkobar-kobar untuk menempa kecemerlangan, Insya Allah.
Bagi segmen Bahasa Melayu Dekat Di Hati….
Cikgu ada menitipkan beberapa tugasan untuk anak-anak semua yang perlu disiapkan dalam tempoh percutian ini :
Anak-anak cikgu di Tingkatan 1 Abu Bakar :
Salin 3 contoh karangan berformat ( contohnya : surat rasmi / tak rasmi, ucapan/pidato, laporan, berita, wawancara dll )
Salin 3 contoh karangan tidak berformat ( contoh : perbincangan, cerpen )
Anak-anak cikgu di Tingkatan 3 Ali :
Salin 3 contoh karangan berformat ( contohnya : surat rasmi / tak rasmi, ucapan/pidato, laporan, berita, wawancara dll )
Salin 3 contoh karangan tidak berformat ( contoh : perbincangan, cerpen )
Anak-anak cikgu di Tingkatan 5 Ibnu Sina dan 5 Al Kindi :
Salin 2 contoh karangan berformat ( contohnya : surat rasmi / tak rasmi, ucapan/pidato, laporan, berita, wawancara dll )
Salin 2 contoh karangan tidak berformat ( contoh : perbincangan, cerpen )
Lengkapkan soalan rumusan dalam Modul Rumusan untuk Latihan 6, 7, 8, 9.
Selamat bercuti!!!
Langgan:
Catatan (Atom)