Nasi
lemak buah bidara
Sayang
selasih hamba turutkan
amalan membaca banyak faedahnya
amalan membaca banyak faedahnya
Untuk
kegunaan masa hadapan.
Masyarakat Melayu sinonim dengan
pelbagai jenis puisi tradisional bagi melahirkan perasaan yang telah terbungkam dalam atma dan sukma
mereka. Puisi di atas menggambarkan amalan membaca sangat penting dalam
kehidupan seharian kita bagi melahirkan generasi yang berintelektual dalam
mencorak masa hadapan. Ketahuilah kita bahawa masa depan menjanjikan cabaran
yang sarat dengan muatan cabaran reformasi.
Oleh sebab itu, menerusi amalan membaca
juga dapat mencetus kesegaran minda
agar tidak wujud modal insan yang dibelenggu
dengan cara berfikir yang sempit. Walaupun dunia sudah
melepasi pelbagai zaman dalam beberapa dekad, namun budaya membaca tetap
mendominasi kemajuan dan keagungan sesebuah bangsa. Sesungguhnya, dengan
membaca kita mampu menguasai pelbagai cabang ilmu persis mutiara kata membaca itu jambatan ilmu. ( nadzirah,..)
Sesungguhnya amalan membaca
mampu menambah pengetahuan kita. (AT) Amalan membaca dapat
membantu memberikan nilai tambah dalam diri seseorang sebagai persediaan untuk
bersaing dalam era globalisasi ini. (AH) ‘ Setiap seseorang daripada kita mesti memberikan
nilai tambah kepada diri masing-masing’. Demikian mantan perdana menteri
Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah menukil dalam salah satu ucapan
beliau sekitar pertengahan tahun 2005 yang lalu. (AC1) Ungkapan keramat itu,
membawa maksud bahawa nilai seseorang anak pascamerdeka ini akan bertambah
andai individu itu berusaha melakukan anjakan paradigma untuk dirinya daripada terus
berada di takuk lama. (AH2) Jika ditelusuri, ungkapan ini boleh direalisasikan
dengan amalan membaca yang pastinya dapat menyumbangkan idea bernas dalam diri
pembaca. Selain melalui proses
pembelajaran secara formal di sekolah , nilai diri akan dapat ditambah dengan
banyaknya menerusi amalan membaca bahan-bahan ilmiah seperti Majalah Dewan
Bahasa, Dewan Siswa, Kosmik dan sebagainya.(AC2) Cerdik pandai sering menganggap
amalan membaca sebagai jambatan ilmu. Persepsi
ini terjelma lantaran amalan membaca yang dapat
menghubungkan antara manusia dengan dunia ilmu. Tegasnya, amalan membaca sememangnya dapat menambah ilmu pengetahuan dan menjadi persiapan untuk kesiagaan kita bersaing
dengan cabaran kemajuan yang terbentang di
jagatraya ini. ( faris, afiq...)
Seterusnya , mari kita fokuskan lensa
pemikiran kita kepada manfaat seterusnya iaitu membaca dapat meningkatkan kepakaran. Kepakaran yang
dimaksudkan ialah tenaga kerja yang berpengetahuan dan berkemahiran tinggi
dalam sesuatu bidang. Membaca dapat mewujudkan koridor kemajuan ekonomi demi
meningkatkan tenaga pakar yang berpengetahuan. Ibu bapa menjadi cerucuk utama
dalam membentuk diri anak-anak supaya suka membaca. Hal ini demikian kerana,
rumah merupakan institusi pendidikan yang pertama untuk anak-anak. Sebagaimana
yang diketahui masyarakat yang suka membaca merupakan masyarakat yang maju dan
kompetetif sehingga dapat mencetuskan gegaran minda sekaligus dapat menjulang negara kita ke puncak jagat.
Oleh sebab itu, amalan membaca dapat membentuk masyarakat madani yang
berkemahiran dan berkepakaran tinggi. Apabila negara kita sudah mencapai tahap
yang maksimum dalam membentuk individu
yang mempunyai kepakaran yang tinggi dalam satu-satu bidang, kita tidak perlu
bergantung kepada kepakaran luar lagi. (Huzir, Aiman , naufal, amirul asyraf… )
Selain itu, membaca dapat
meningkatkan kepakaran seseorang dalam sesuatu bidang. Hal ini demikian kerana,
membaca bertindak sebagai wahana pergerakan
ilmu. Dengan membaca seseorang yang sudah memiliki
pengetahuan dalam sesuatu bidang ilmu dapat menambah dan menjana kepakaran
dalam bidang yang telahpun diterokai ilmunya. Tamsilannya, seorang doktor yang
sudah memiliki pengetahuan dalam kariernya, dapat menjadi doktor pakar dengan
membaca. Seorang yang pakar dalam sesuatu bidang mampu menjadi insan cemerlang
yang dapat berbakti dalam masyarakat, negara dan agama. Dengan penguasaan ilmu yang mantap dan utuh, seseorang itu
dapat menjadi seseorang yang profesional dalam bidang ilmu yang dimilikinya
seperti seperti kata pepatah hanya jauhari
yang mengenal manikam. Tegasnya, membaca dapat menibgkatkan
kepakaran seseorang dalam sesuatu lapangan ilmu. ( fauzi, arif, nabil, haziq )
Tambahan lain, membaca merupakan tiang sandaran konkrit untuk barjaya dalam
akademik. Namun begitu, cahaya amalan membaca semakin hari
semakin malap dalam naluri pelajar. Kontradiksinya para pelajar tidak mempunyai
kesedaran bahawa membaca itu penting dalam kehidupan. Sedangkan amalan membaca
dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan mampu meluaskan
horizon pemikiran. Oleh sebab itu, para pelajar perlu menyemai
bibit-bibit cinta dalam diri kerana membaca merupakan tonggak utama kejayaan.
Sebagi contoh, pelabagai usaha telah dilakukan oleh pihak sekolah bagi
memperkasakan minat membaca dalam kalangan pelajar seperti mengadakan minggu
membaca dan program NILAM. Selain Berjaya dalam akademik, para pelajar juga
boleh mengaplikasikan ilmu yang diperolehi melalui membaca dalam kehidupan seharian.
(Ummu, Fatin, Huda, Amirah, Adiba, Nafha, Aida )
Bagaimanakah membaca dapat memberi
manfaat? Dengan membudayakan amalan membaca, rakyat yang berpengetahuan luas
dalam sesebuah negara mampu mencetuskan ideologi dan buah fikiran yang bernas
dalam memacu proses pembangunan negara. Di samping
itu, membaca merupakan acuan untuk membentuk sesebuah tamadun yang gemilang
seiring dengan Negara-negara yang telah mengecapi
modenisasi mapan seperti Jepun. Di Jepun, atas dasar
aplikasi dan pengetahuan sains dan inovasi mereka mampu mencipta teknologi yang
tidak terdapat di negara-negara lain seperti mesin layan diri yang dapat
memenuhi keperluan harian iaitu mesin menjual ketam hidup, telor ayam segar,
sayur-sayuran segar dan baju hujan dan barang kemas. Kelebihan mesin layan diri
ini dapat beroperasi sepanjang masa iaitu 24 jam sehari. Keadaan ini
membolehkan para peniaga dan usahawan tidak perlu bersusah-payah menjaga premis
perniagaan mereka kerana mesin layan diri ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri
keselamatan yang sempurna selain mereka dapat memperuntukkan masa mereka dengan
aktiviti yang dapat meningkatkan kemajuan negara mereka. Tuntasnya membaca
dapat memperlihatkan kedewasaan dan mentaliti
yang lebih tinggi dalam kalangan masyarakat yang
mengamalkannya. Selain itu, membaca juga merupakan ramuan untuk membentuk masyarakat yang
berproduktiviti tinggi dan seterusnya dapat merealisasikan aspirasi negara
untuk bertambah maju. Kemajuan yang dicapai mampu mengangkat Malaysia di
persada antarabangsa dan seterusnya duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan negara lain. ( uzma , wafa, maryam, nabila, akrimi )
Membaca jambatan ilmu. Pepatah ini
jelas menunjukkan kepentingan membaca dalam peribadi setiap individu. Amalan
membaca yang dipupuk dalam diri seseorang sebenarnya merupakan entiti penting mekanisma percambahan ilmu
sama ada ilmu duniawi mahupun ukhrawi khususnya dalam bidang akademik. Hal ini
dapat dibuktikan semasa perkembangan ilmu pengetahuan kerajaan Islam
Abbassiyah. Ketika itu, amalan membaca telah menjadi nadi kehidupan merekja dan
menjadi asbab berlakunya letusan zaman
kegemilangan Islam Abbassiyah sehingga ilmu-ilmu berkaitan
dengan akademik mereka menjadi rujukan seluruh dunia termasuklah dunia barat.
Sementelahan pula, amalan membaca telah dijadikan wasilah oleh pelajar-pelajar
yang Berjaya dalam akademik. Sebagi contoh, Nik Nor Madihah yang telah Berjaya
memperoleh 20A dalam SPM. Tegasnya, kejayaan akademik dan amalan membaca
merupakan dua elemen yang tidak boleh dipisahkan lagi. Sesungguhnya, menuntut
ilmu tanpa membaca ibarat basikal tanpa roda.
( Khalid ... )
Intihanya, sinergi semua pihak mampu mengadunkan satu kombinasi horizon pemikiran yang harmonis
dalam memupuk minat membaca dalam kalangan masyarakat demi meningkatkan imej negara
dan bangsa. Amalan membaca merupakan permulaan positif sebagai langkah pertama
penjanaan dan penyebaran ilmu. Hal ini terbukti berdasarkan peristiwa penuh
bermakna dan agung dalam sejarah Islam melalui surah al-‘Alaq iaitu ketika Nabi
Muhammad mendapat wahyu yang pertama di Gua Hira’ melalu perantaraan malaikat
Jibril yang menyuruhnya membaca. Jelaslah membaca merupakan kunci ilmu yang
memberikan impak positif dalam mempengaruhi perkembangan minda masyarakat. ( ruzaimi, zain, azemmudin, syazwan r )