Assalammualaikum...
Anak-anak didik cikgu yang disayangi, selamat bercuti cikgu ucapkan... pastinya banyak aktiviti telah dirancang untuk mengisi detik-detik keemasan ini. Pesanan daripada cikgu, manfaatkanlah masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan jangan lupa siapkan kerja-kerja yang telah cikgu-cikgu bekalkan ye...:)
Baiklah, tugasan cikgu mudah sahaja. Anak-anak didik diminta untuk mengemas kini nota KOMSAS untuk cerpen Kasut Kelopak Jantung, Tempang dan Tukang Lama. Sila salin nota daripada blog cikgu dengan kemas dan menarik. Selamat belajar !!!
Kasut
Kelopak Jantung
(Ghazali
lateh)
Tema
Kesusahan
hidup seorang pelajar miskin dalam mengharungi alam persekolahan .
Contohnya
Ahmad merupakan seorang pelajar miskin yang tinggal di kawasan pedalaman.
Setiap hari Ahmad akan ke sekolah dengan berkaki ayam kerana tidak mampu untuk
membeli kasut sekolah.
Persoalan
Ketabahan dalam menuntut ilmu
Contohnya
: Ahmad sangat tabah mengharungi hidupnya sebagai pelajar untuk menuntut ilmu
walaupun banyak cabaran dan hidupnya yang miskin.
Ketaatan terhadap perintah seorang
guru
Contohnya
: Ahmad sangat taat akan perintah gurunya untuk memakai kasut daripada kelopak
jantung walaupun dia berasa malu dengan rakan-rakannya.
Ketegasan seorang guru mendidik anak
murinya
Contohnya
:
Kesusahan hidup masyarakat yang
tinggal di kawasan pedalaman
Contohnya
:
Penghargaan terhadap jasa guru
Contohnya
:
Watak dan Perwatakan
Ahmad
Anak tunggal
Murid darjah tiga
Miskin sehingga tidak mampu membeli
kasut dan pakaian sukan
Lurus dan patuh akan arahan guru
Pemalu apabila dipaksa memakai kasut
daripada kelopak jantung pisang
Berdikari apabila sanggup bekerja
mengambil upah memetik cili
Kerap menghadiahi gurunya kasut
sebagai tanda penghargaan
Cikgu Harun
Mengajar di kawasan pedalaman
Tegas dalam menegakkan peraturan
sekolah
Gagal menyelidiki latar belakang
muridnya
Insaf apabila melihat salah seorang
daripada muridnya hidup dalam kedaifan
Baik hati apabila beliau membelikan
muridnya pakaian sekolah
Sering tertanya-tanya akan hadiah
kasut yang kerap diterimanya
Ibu Ahmad
Baik hati apabila mempelawa Cikgu
Harun naik ke rumah
Latar
Latar Tempat
Di kawasan pedalaman
Di dalam bilik darjah
Di padang
Di rumah Ahmad
Di tepi pagar sekolah
Di kantin
Latar Masa
Waktu pagi
Waktu petang
Latar Masyarakat
Masyarakat guru yang mengajar di
kawasan pedalaman
Masyarakat pelajar yang belajar di
sekolah rendah
Masyarakat desa yang hidup miskin dan
bekerja sebagai pesawah dan penoreh getah
Masayarakat usahawan, iaitu Ahmad yang
menjadi usahawan yang berjaya
Plot
Permulaan
Cikgu Harun menerima hadiah kasut daripada
pelajarnya dan teringat kembali kenangan semasa bertugas di kawasan pedalaman
kira-kira tiga puluh tahun lalu
Perkembangan
Cikgu Harun kerap memarahi Ahmad
kerana gagal berkasut ke sekolah. Cikgu Harun mengarahkan Ahmad memakai
kasut daripada kelopak jantung. Tindakan
ini memalukan Ahmad lalu dia mengambil keputusan ponteng sekolah
Klimaks
Cikgu Harun melihat sendiri keadaan
hidup keluarga Ahmad yang susah lalu beliau membelikan Ahmad kasut dan pakaian
seragam sekolah
Peleraian
Ahmad menghargai jasa dan mengenang
budi Cikgu Harun dengan menghadiahi beliau kasut setiap sambutan Hari Guru
Gaya Bahasa
Peribahasa
Lurus bendul
Angkat muka
Berkecil hati
Simile
Macam lembu sakit kaki
Seperti ayam yang mencakar najis
Macam kaki gajah yang untut
Metafora
Selipar Jepun
Bahasa Inggeris
Uniform
Personifikasi
Atau sindiran dan keikhlasan telah
bergumpal menjadi satu
Cikgu Harun mula disapa penyesalan
yang bukan sedikit ketika itu
Nilai
Baik hati
Cikgu Harun membelikan Ahmad sepasang
baju sekolah dan sepasang kasut sekolah
Berdikari
Ahmad mengambil upah memetik cili di
kebun sayur untuk membantu keluarganya
Ketaatan
Ahmad mentaati perintah Cikgu Harun
supaya memakai kasut kelopak jantung itu sehingga dia membeli kasut sekolah
Kesungguhan
Ahmad belajar dan bekerja dengan
bersungguh-sungguh sehingga berjaya
Mengenang jasa
Ahmad membalas jasa Cikgu Harun dengan
menghadiahkan sepasang kasut pada setiap sambutan Hari Guru
Pengajaran
Kita hendaklah mengenang jasa guru
yang pernah mendidik kita
Kita hendaklah memahami penderitaan
orang lain
Kita perlu mentaati perintah guru
Kita perlulah berusaha untuk membaiki
kehidupan
Kita hendaklah ikhlas dalam melakukan
sesuatu perkara
CERPEN TEMPANG
(PITTERIAH ABDULLAH)
Tema
Kemuliaan
hati seorang remaja cacat yang tempang kakinya
Persoalan
Kecacatan fizikal bukan penghalang
untuk memperoleh kejayaan
Kelebihan yang ada pada orang yang
cacat fizikal
Kepentingan berusaha bagi mencapai kejayaan
Watak dan Perwatakan
Hafizi
Anak orang yang berada
Pelajar tingkatan 4 Sains 1
Reda dilahirkan cacat, iaitu kaki
kirinya pendek sebelah
Bijak dalam pelajaran
Penyabar
Baik hati kerana sanggup menghantar
Raja pulang ke rumah
Berani iaitu menyelamatkan Kamil
daripada lemas
Tidak berdendam terutama terhadap
Kamil
Kamil
Pelajar tingkatan 4 Sains 1
Suka menggangu Hafizi
Cemburu terhadap Hafizi kerana
kepandaiannya
Suka membuat kecoh dan memulakan
pergaduhan
Insaf setekah hampir lemas
Raja
Pelajar tingkatan 4 Sains 1
Sahabat karib Hafizi dan kerap
mempertahankan Hafizi
Ketua Persatuan Bulan Sabit Merah di
sekolah
Suka merendah diri
Cikgu Ridzuan
Guru disiplin yang tegas
Prihatin terhadap anak-anak muridnya
Cikgu Lee
Guru mata peajaran Sains
Banyak memebrikan nasihat kepada
pelajar-pelajarnya
Latar
Latar Tempat
Di dalam bilik darjah
Di kolam mandi
Latar Masa
Waktu pagi, iaitu sesi persekolahn
bermula
Waktu tengah hari, iaitu semasa Hafizi
menunggu Pak Mat mengambilnya
Latar Masyarakat
Masyarakat pelajar di sebuah sekolah
menengah
Masyarakat guru yang mengajar di
sekolah menengah
Plot
Permulaan
Memperkenalkan watak Hafizi yang baru
mahu memulakan sesi pembelajaran
Perkembangan
Kamil kerap menggangu Hafizi kerana
berasa cemburu apabila Hafizi lebih pandai daripadanya. Kamil menolak Hafizi
sehingga terjatuh tetapi Hafizi menegah Raja daripada mengambil tindakan
terhadap Kamil
Klimaks
Kamil lemas di dalam kolam dan Hafizi
berjaya menyelamatkannya
Peleraian
Kamil sedar akan kesalahannya dan
memohon maaf daripada Hafizi. Mereka akhirnya bersahabat
Gaya Bahasa
Peribahasa
Busuk hati
Personifikasi
Mulutnya terkunci untuk berkata-kata
Metafora
Kaki samseng
Nilai
Kesyukuran
Hafizi tidak pernah menyesal
dilahirkan cacat
Kesabaran
Hafizi tetap bersabar dengan sikap
Kamil yang suka mengganggu, menghina, dan membulinya
Kemaafan
Hafizi telah memaafkan kesalahan Kamil
terhadapnya malah tidak pernah menyimpan dendam terhadapnya
Setiakawan
Raja dan Mei Ling sangat mengambil
berat terhadap Hafizi. Mereka sering menolong Hafizi daripada gangguan Kamil
Tolong-menolong
Walaupun cacat fizikal, Hafizi telah
menolong Kamil yang hampir lemas di kolam
Kerajinan
Hafizi sentiasa gigih berusaha
sehingga menjadi pelajar yang pintar dan akif bersukan walaupun cacat
Keinsafan
Kamil telah insaf akan kesalahan yang
dilakukan terhadap Hafizi. Dia berasa sebak apabila Hafizi menyambut tangan
yang dihulurnya
Pengajaran
Kita hendaklah bersabar menghadapi
sikap buruk rakan-rakan yang suka menggangu atau meyakitkan hati kita
Kita hendaklah sentiasa reda akan
keadaan diri kita walaupun dilahirkan cacat
Kita hendaklah berterima aksih kepada
orang yang berjasa kepada kita
Kita hendaklah segera insaf apabila
menyedari telah melakukan kesilapan
Kita hendaklah menolong orang yang
menghadapi kesusahan atau kecemasan
Kita hendaklah sentiasa memberikan
kemaafan kepada kepada orang yang berbuat salah terhadap kita
Kita hendaklah berusaha dengan gigih
agar berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran dan kokurikulum
Cerpen : Tukang
Lama
Hassan Ali
TEMA
Dilema
yang dialami oleh seorang tukang lama
akibat kehadiran tukang baru yang lebih moden pembuatan rumahnya
PERSOALAN
1)
Kemampuan menyara keluarga melalui
pekerjaan yang dilakukan
2)
Usaha mengekalkan pertukangan lama
3)
Cabaran yang dihadapi oleh tukang lama
akibat peredaran masa
4)
Keyakinan kepada kemampuan diri
sendiri dan penyerahan kepada takdir tuhan
WATAK
DAN PERWATAKAN
LATAR
Latar
masa
1.
Selepas perang apabila rezeki kerja
bertukang ketika itu lebih
lumayan
2.
Pada waktu pagi
3.
Pada waktu petang
Latar
tempat
1.
Di rumah pak Talib
2.
Di sebuah kampong
3.
Di pekarangan rumah Encik Mamat
Latar
masyarakat
1.
Masyarakat desa
2.
Masyarakat yang kerjanya bertukang
rumah
3.
Masyarakat yang tidak menyimpan
perasaan dengki dan dendam
GAYA BAHASA
SIMPULAN
BAHASA - ekor mata, asam garam
PUISI
– Pak Talib gedang-gedang
Mak Lamah gulai labu
Pak Talib banyak hutang
Mak Lamah jual kelambu
Dialog
_ “ lagi- lagi reban ayam. Sudah tiga hari belum lagi siap-
siap” Mak Lamah mula berleter
Monolog
NILAI
1)Bertanggungjawab
Pak Talib seorang yang
bertanggungjawab terhadap kerjanya dan pergi bekerja sewaktu subuh walaupun
hanya perlu menyiapkan reben ayam
2)Sabar
Kesabaran
Mak Lamah mengharugi kehidupan bersama pak Talib dalam masa susah dan senang walaupun sering
berleter dan membebel kepada Pak Talib
3)Kasih
Sayang
Pak Talib sangat menyanyangi isterinya, Mak
Lamah walaupun Mak Lamah sering sahaja membebel dan meleter kepadanya.
4)Ketabahan
Pak Talib tetap tabah meneruskan kehidupan
walaupun semakin kurang mendapat upah
daripada orang kampung.
PENGAJARAN
1.Kita
hendaklah bertanggungjawab menyara keluarga
2.Kita
perlulah bersabar melayani sebarang karenah manusia
3.Kita
perlulah yakin akan kebolehan diri sendiri
4.Kita
perlulah berusaha unruk mencari rezeki yang halal
5.Kita
perlulah bersyukur dengan apa-apa yang ada