Assalammualaikum wbh...
Anak-anak didik cikgu semua, seperti yang telah cikgu janjikan....
siapkan tugasan tatabahasa di bawah ini ye.... cetak dan kita bincang di kelas nanti...:)
Tugasan 1 :
Dalam
petikan di bawah terdapat tiga kesalahan
ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu .
Aktiviti sukan dapat mempupuk perpaduan antara kaum.
Semasa bersukan, kanak- kanak dan remaja
yang berbilang bangsa dapat berinteraksi dan saling memahami antara satu sama
lain. Aktiviti sukan juga dapat menenang fikiran setelah penat bekerja
disamping dapat mengurangkan tekanan dan
dapat mengisi masa lapang. Dengan ini,remaja dapat menghindari diri daripada
gejala negetif seperti merokok dan vandalism. [ 6 markah ]
Tugasan 2:
Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak
boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda
tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.
(i) Satu lapuran lengkap tentang
kejadian kemalangan yang dilibatkan bas ekspres itu
diserahkan kepada Menteri Pengangkutan.
(ii) Runtuh akhlak dalam kalangan
remaja mengakibatkan ramai remaja
terjebak dalam masaalah sosial.
(iii) Selepas upacara peresmian dewan,
pegawai daerah itu dibawa lawatan ke bilik pameran.
[
6 markah ]
Tugasan 3 :
Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan
penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap
ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan satu
kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i) Nilai kayu getah semakin mahal sejak
bahan itu dieksport dan menjadikan bahan untuk perabut.
(ii) Sejak perkhidmatan pos dilaksanakan
secara pengswastaan, pengurusannya menjadi lebih efisyen.
(iii) Malam itu menjadi gelap-gulita kerana awan hitam berkepul-kepul menandai
hari hendak hujan.
[ 6 markah ]
Tugasan 4 :
( Baca ayat-ayat di bawah
dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan maksud ayat
tersebut.
(i) Walaupun pendakian semakin mencabar, mereka terus mendaki
gunung itu kerana bagi mereka setiap perkara itu mestilah diusahakan hingga
beroleh matlamatnya.
(ii) Penduduk di kawasan
perumahan mewah itu sukar disatukan kerana mereka memiliki pelbagai idea dan
fikiran.
(iii) Shafiq menghadapi pelbagai masalah apabila tinggal
serumah dengan lima orang kawannya yang mempunyai perangai yang bermacam-macam itu.
[6
markah]