... atau ke tempat-tempat bersejarah .... bandar warisan tamadun dunia ...
Walau apapun rancangan percutian anak-anak semua.... ingatlah pesanan cikgu... siapkan kerja sekolah yang telah dibekalkan oleh para guru.... naik sesi persekolahan dengan semangat baru...
Baiklah ... seperti yang telah cikgu janjikan, inilah tugasan untuk anak-anak didik cikgu yang dikasihi....
Tugasan untuk anak-anak didik 1 Othman dan 1 Abu Bakar yang cemerlang terbilang ...
1. Siapkan sebuah karangan dalam bentuk catatan diari tentang aktiviti harian anda semasa cuti. Sertakan juga gambar-gambar percutian anda. Diari ini meliputi percutian selama 2 minggu. Setelah siap karangan anda... sila e-mel kepada cikgu di alamat latifahtarkep@yahoo.com selewat-lewatnya pada 10 Jun 2014. Ingat!! Walaupun catatan diari ... tetapi ejaan dan laras bahasa tetap perlu dijaga.
2. Tugasan kedua ... Siapa saya 20 tahun akan datang. Siapkan slaid power point anda yang menceritakan perancangan anda untuk 20 tahun akan datang .... mungkin merangkumi cita-cita, keluarga impian, kerjaya impian, dan sumbangan anda untuk ummah. Sertakan juga gambar-gambar yang mungkin berkaitan.
Sila cetak semua tugasan anda sebagai bukti.
Tugasan untuk anak-anak didik 3 Omar yang optimis juara...
1. Siapkan sebuah karangan surat kiriman tidak rasmi untuk cikgu L. Surat tidak rasmi tersebut perlu menceritakan pengalaman percutian anda bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Sertakan juga gambar-gambar percutian anda. Surat yang telah lengkap perlu dihantar secara e-mel kepada latifahtarkep@yahoo.com selewat-lewatnya pada 10 Jun 2014.
2. Tugasan kedua ... Siapa saya 20 tahun akan datang. Siapkan slaid power point anda yang menceritakan tentang perancangan anda untuk 20 tahun akan datang .... mungkin merangkumi cita-cita, keluarga impian, kerjaya impian, dan sumbangan anda untuk ummah. Sertakan juga gambar-gambar yang mungkin berkaitan.
Sila cetak semua tugasan anda sebagai bukti .
Cikgu nantikan kiriman anda ...
Tugasan untuk anak-anak didik 5 Ibnu Rusyd yang pintar bistari...
1. Siapkan sebuah karangan surat kiriman tidak rasmi untuk cikgu L. Surat tidak rasmi tersebut perlu menceritakan pengalaman percutian anda bersama-sama keluarga atau rakan-rakan. Sertakan juga gambar-gambar percutian anda. Surat yang telah lengkap perlu dihantar secara e-mel kepada latifahtarkep@yahoo.com selewat-lewatnya pada 10 Jun 2014.
2. Tugasan kedua ... secara berkumpulan... 1 kumpulan 3 orang.
Ketua kumpulan telah cikgu tetapkan, tugas seterusnya perlu dilakukan oleh ketua adalah mencari 2 orang lagi ahli kumpulan. Setiap kumpulan perlu berbincang untuk menyiapkan tugasan.
Tugasan perlu dibuat dalam bentuk slaid power point sekurang-kurangnya 6 slaid untuk tujuan pembentangan. Penambahanan muzik latar atau video yang berkaitan dibenarkan. Satu tajuk untuk satu kumpulan sahaja.
Pilihan tajuk tugasan adalah seperti berikut :
1. Hadis pilihan yang bersesuaian untuk karangan peranan ibu bapa.
2. Hadis pilihan yang bersesuaian untuk karangan peranan guru dan institusi pendidikan.
3. Peribahasa yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan aspek kejiranan, perpaduan dan kerjasama.
4. Peribahasa yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan peranan golongan belia atau anak muda dalam pembangunan negara.
5. Kata-kata tokoh yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan keluarga bahagia/keluarga sakinah/kasih sayang keluarga
6. Kata-kata tokoh yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan alam sekitar / kitar semula / sekolah lestari
7. Pantun yang berkaitan untuk karangan yang membincangkan warisan kebudayaan Melayu
8. Lagu yang berkaitan untuk karangan pelancongan / kempen melawat Malaysia
Ketua kumpulan :
1. Adam Haiqal
2. Aliff Meerza
3. Zulhilmi
4. Farhan Haziq
5. Syafiq
6. Halily Haida
7. Hamizah
8. Nabila Huda
Sila e-melkan tugasan anda sebelum 10 Jun 2014 kepada latifahtarkep@yahoo.com
Sila cetak setiap tugasan anda sebagai bahan bukti tugasan cuti.
|