Cari Blog Ini
Khamis, 21 Mei 2015
Khamis, 19 Februari 2015
Titipan mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati .... sempena Cuti Tahun Baru Cina 19-23 Februari 2015
Assalamualaikum anak-anak didik cikgu yang dikasihi .... seperti yang telah cikgu janjikan, inilah titipan tugas cuti untuk anak-anak didik semua.
Tugasan khas untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar dan 1 Ali yang hebat. Tugasan anda seperti berikut :
1. Cari contoh karangan tentang keluarga bahagia, amalan menabung dan peranan ibu bapa memupuk budaya penyayang. Cetak karangan tersebut dan bawa ke kelas untuk perbincangan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contohnya. E-melkan slaid power point kepada latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Isnin 23 Februari 2015.
Tugasan untuk anak-anak didik cikgu di kelas 3 Omar dan 3 Othman yang rajin. Tugasan anda seperti berikut :
1. Siapkan 6 slaid power point tentang hadis pilihan yang berkaitan adab menuntut ilmu dan pendidikan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contoh penggunaannya mengikut konteks.
Selamat bercuti dan siapkan tugasan dengan ceria ... :)
Tugasan khas untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar dan 1 Ali yang hebat. Tugasan anda seperti berikut :
1. Cari contoh karangan tentang keluarga bahagia, amalan menabung dan peranan ibu bapa memupuk budaya penyayang. Cetak karangan tersebut dan bawa ke kelas untuk perbincangan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contohnya. E-melkan slaid power point kepada latifahtarkep@yahoo.com sebelum hari Isnin 23 Februari 2015.
Tugasan untuk anak-anak didik cikgu di kelas 3 Omar dan 3 Othman yang rajin. Tugasan anda seperti berikut :
1. Siapkan 6 slaid power point tentang hadis pilihan yang berkaitan adab menuntut ilmu dan pendidikan.
2. Siapkan slaid power point tentang jenis-jenis pantun dan contoh penggunaannya mengikut konteks.
Selamat bercuti dan siapkan tugasan dengan ceria ... :)
Khamis, 22 Januari 2015
ULASAN NOVEL DI SEBALIK DINARA
Assalammualaikum anak-anak didik maya yang dikasihi ...
Bagaimana sesi persekolahan tahun ini ... seronok? Seronok 3x ... betul kata Upin dan Ipin kan ... tentu seronok bergelar pelajar yang penuh wawasan ... menggalas cita-cita dan harapan ... mudah-mudahan berkat usaha gigih anak-anak didik semua menimba ilmu dengan penuh keikhlasan ... 2015 pasti menggamit kecemerlangan yang diidam-idamkan. In shaa Allah ...
Baiklah , cikgu sertakan seba sedikit hasil kupasan novel Di Sebalik Dinara yang sempat cikgu siapkan lewat cuti Disember yang lalu. Semoga dapat membantu anak-anak didik semua ... :)
Tema
Bagaimana sesi persekolahan tahun ini ... seronok? Seronok 3x ... betul kata Upin dan Ipin kan ... tentu seronok bergelar pelajar yang penuh wawasan ... menggalas cita-cita dan harapan ... mudah-mudahan berkat usaha gigih anak-anak didik semua menimba ilmu dengan penuh keikhlasan ... 2015 pasti menggamit kecemerlangan yang diidam-idamkan. In shaa Allah ...
Baiklah , cikgu sertakan seba sedikit hasil kupasan novel Di Sebalik Dinara yang sempat cikgu siapkan lewat cuti Disember yang lalu. Semoga dapat membantu anak-anak didik semua ... :)
Tema
Persaingan dalam dunia
sains.
Novel
ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn
sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih
hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu.
Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun
dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk
menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat
menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh
Karl iaitu Dinara.
Persoalan
1. Kecanggihan
teknologi pada masa hadapan
·
Kelengkapan serba canggih di tempat
kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.
·
Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan
yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom.
2. Ketaksuban sesetengah
golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga
mengabaikan nilai kemanusiaan.
·
Karl terlalu taksub untuk membuktikan
kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl
telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
·
Karl menanam pelbagai implan dan
memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan
mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
3.
Kasih sayang sesama ahli keluarga
·
Azraai sangat menyayangi adik angkatnya,
Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang
terbaik.
·
Azraai telah memasang dan memantau
sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah memasang
‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk memantau dan memastikan
keselamatannya.
4.
Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
·
Karl tidak menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk
meninggalkan agama.
·
Rusmina telah diseksa hingga cacat
apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.
5.
Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
·
Marilyn@Medina sangat sayang akan
anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman
pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan
kepada keluarga angkat.
Watak dan perwatakan
Farisha
- · watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara
- · berusia dalam lingkungan umur 26 tahun
- · seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT
- · Seorang adik yang penyayang
- · Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl
- · Berhati-hati dalam membuat keputusan
- · Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.
Shida
- · Kawan serumah dengan Farisha
- · Rajin membaca
- · Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis
- · Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi Dinara
- · Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Azraai
- · Abang angkat Farisha
- · Sangat mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha
- · Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan
- · Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha
- · Menghidapi penyakit jantung
Rosman
- · Rakan kongsi Farisha
- · Bersikap materialistik dan mementingkan wang
- · Mengambil berat masalah Farisha
Aqram
- · Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya dalam penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
- · Seorang yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.
- · Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.
Alia
- · Seorang pekerja senior di Soft Lab
- · Perawakan wajah yang cantik
- · Cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama Rusmina. Mempunyai perasaan cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan Karl
- · Sangat menyayangi Karl.
- · Kurang sabar dan cemburu.
Karl
- · Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi
- · Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina
- · Bermusuh dengan Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains
- · Bapa kandung Farisha
- · Menghidapi kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di Puchong.
Medina@Marilyn
- · Wanita keturunan Portugal
- · Cantik, putih dan berambut keriting
- · Bijak dan hebat dalam bidang sains
- · Banyak membantu dalam kerja-kerja penyelidikan Karl
- · Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia sains
Nilai
1. Kesyukuran
Farisha
bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam.
Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya,
Karl
2. Kasih sayang
Hubungan
kasih sayang antara dua beradik yang
cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal
keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom
yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha
seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat
menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada
implan yang telah dipasang di badannya
sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah
dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina
gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila.
Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang
pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan
diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada
ketua
Aqram
dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl
walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi
mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman
dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu
Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang
ditawarkan oleh Soft Lab.
Aqram,
Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan
Dinara.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah
menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun
Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan
adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia
juga memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu
menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara.
2. Kita hendaklah
memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl
dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir
mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan
pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl
turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan
2 orang manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir
sebelum membuat keputusan.
Farisha
tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini
bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih
berpengalaman iaitu Azraai.
4. Kita haruslah
menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita
yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap
di telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah
menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr
Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari
Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan
Dinara.
LATAR
Latar Masa
1. Malam
Farisha
sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan
teman serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada
waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada
waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu
berita penyakit abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada
keluarga Azraai.
Pada
waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya
Secured Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan
oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit
kepala.
Karl
meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam
projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis
teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha
gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka
berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam
menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.
Pada
waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu
Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk
mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa
Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi.
Shida bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat
penerangan daripada Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan
nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.
3. Petang
Pukul
4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang
tiba-tiba pengsan di tempat kerja.
Pada
waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk
mencari jika ada ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida
terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat
bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha.
Pada
waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha
mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri
melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih lemah,
tidak boleh banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan
datang pada hari esok.
Pada
waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup
masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang
peranti di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang
diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di
Soft Lab
Farisha
ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft
Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang
tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga
digunakan sebagai ‘touch screen’.
Di
bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis
yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang
dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia
dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
Lapangan Terbang Senai
Farisha
menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap
manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga
mengganggu orang lain.
Monorel – Stesen kereta
api ke Puchong
Dalam
perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui
seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu
menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan
wanita itu.
Rumah agam Karl di
Puchong
Di
sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi
membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang
tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini
yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Farisha
dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan
Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di
rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah Azraai
Farisha
mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima
khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia
penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan
kasih sayang dalam keluarga.
Azraai
dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau
akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan
memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
2. Masyarakat yang
mementingkan diri sendiri.
Wanita
di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak
pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa
jengkel.
3. Masyarakat yang suka
bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina
dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia
penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih
hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4. Masyarakat yang
celik ICT
Farisha,
Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat
dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam
computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di
rumahnya dan apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang
teguh memegang amanah / janji
Dr
Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha
sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan
amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk
menyelamatkan Dinara.
6. Masyarakat yang
bijak
Farisha
ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar
penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan
kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak
banyak kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk
menyelamatkan Dinara.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan
– Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat
di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar
dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula
semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu
menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.
2. Perkembangan
– Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan ditemani
oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl.
Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan
Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai
maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan
tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.
3. Konflik
– Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya
anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik
juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan
dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl
tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan
untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks
– Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha
untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya
mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida
sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan
situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk
menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk
membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina
dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak
ada di bilik Dr Maxi ketika ini.
5. Peleraian
– Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan
menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara
perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang
lain reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7
malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai
mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha
sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang
lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang
dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada
keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya
perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.
Perbualan
antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul
Anwar.
3. Saspens
Unsur
saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan
Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua
yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi
ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang.
Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida
diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak.
Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca
tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl
( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan.
Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl.
Karl membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan
menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.
Gaya Bahasa
Sinkope
Contohnya
apabila kau dah sihat
nanti.
Kamu
ni kuli batak perempuan gila tu, kan?
Bahasa Inggeris
Contohnya
knowledge base , server, cyborg, lunch hour.
Istilah teknologi
maklumat
Contohnya
teknologi hypervisor, retinal scanner, mikrocip, implan, peranti.
Rabu, 21 Januari 2015
Sedikit sinopsis novel baharu untuk Tingkatan 1 zon Johor, Sabah, Sarawak ... Sejambak Bakti
SINOPSIS
Novel Sejambak Bakti ini mengisahkan usaha sekumpulan murid dan guru
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan membangunkan koperasi
sekolah. Dalam usaha mereka membangunkan
koperasi sekolah, terselit pelbagai kisah suka dan duka dan konflik
sesama sendiri. Nilai-nilai murni dalam novel ini dipaparkan dengan jelas oleh
penulis, antaranya sikap amanah, bertanggungjawab dan jujur dalam sesuatu
pekerjaan, terutama sekali apabila murid menguruskan koperasi sekolah. Peranan
guru sebagai pendorong dan pemberi nasihat kepada murid dalam novel Sejambak
Bakti dipaparkan sebagai panduan kepada murid supaya dapat memilih nilai
positif dalam kehidupan seharian.
Kisah bermula dengan situasi yang
digambarkan di koperasi sekolah sewaktu Harun, Swee Lan dan Saridevi bertugas
sebagai Ahli Lembaga Pengarah koperasi. Kedai koperasi itu dikendalikan oleh
Lembaga Pengarah dan ditubuhkan kira-kira lima tahun yang lalu. Seorang
pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang ahli lembaga pengarah begitu
sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkehendakkan layanan segera. Mereka
melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Meskipun didesak dan disindir,
senyuman masih juga terukir di bibir. Semasa pembeli sedang sibuk membeli
barang keperluan sekolah, seorang daripada murid yang berasak-asak di situ cuba
mengambil sebatang pen dan terus memasukkan pen tersebut ke dalam saku
seluarnya. Harun menegur perbuatan tersebut
dan murid itu tersengih selamba dan segera
mengeluarkan wang untuk membayar harga pen yang diambilnya. Saridevi
mengingatkan rakan-rakan yang bertugas agar betul-betul mengawasi tindak tanduk
pembeli.
Tidak lama kemudian, Mesyuarat
Lembaga Pengarah diadakan untuk memilih jawatankuasa. Dalam mesyuarat ini
Razali terpilih sebagai Naib Setiausaha. Pemilihan Razali sebagai Naib
Setiausaha ini telah menimbulkan perasaan cemburu dan dendam dalam hati Munir. Dia turut disokong oleh dua orang
kawannya iaitu Leong dan Silvam. Mereka merancang untuk membalas dendam
terhadap Razali. Mereka jengkel melihat Razali yang mesra dengan Ramlah, Swee
Lan dan Saridevi. Cita-cita dan harapan seseorang itu terpendam di lubuk hati.
Dia akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mencapai cita-citanya itu.
Demikian juga Munir, Silvam, dan Leong. Sebenarnya mereka mempunyai cita-cita
dan harapan yang sama. Disebabkan itulah tiga serangkai itu begitu baik
perhubungannya seperti isi dengan kuku. Jika sungai, seperti aur dengan
tebingnya. Sewaktu pulang dari sekolah hari itu, tiga serangkai tadi menunggu
Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi keluar dari kedai koperasi. Ketika gadis-gadis
itu sampai di tempat mereka menunggu, Munir memberanikan diri menegur Ramlah
dan mengajaknya menonton filem. Ramlah menolak dengan baik. Tetapi Munir sakit
hati dengan sikap Ramlah yang tidak menerima ajakannya.
Kedai Koperasi ini membuat
perancangan untuk memajukan perniagaan tidak terhad kepada jualan sahaja .
Dengan kerjasama PIBG sekolah, mereka membina bangsal ternakan ayam telur itu
terletak di hujung kawasan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan.
Bangsal itu diperbuat daripada kayu, beratapkan daun nipah. Panjangnya
kira-kira 50 meter dan lebar 20 meter. Bangsal itu dibina oleh PIBG sekolah
tersebut secara gotong-royong. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu amat
berbangga dan berterima kasih terhadap sokongan tersebut. Ibu bapa pula
menyedari sokongan itu patut diberikan untuk menanam semangat berkoperasi dan
berniaga kepada anak-anak mereka. Zaman sekarang, berniaga dan berkoperasi
merupakan sumber kehidupan yang lumayan, tidaklah mengharapkan jawatan-jawatan
kerajaan semata-mata. Razali, Cikgu Zulkifli, Cikgu Hassan, Swee Lan, Saridevi,
dan beberapa orang ahli lembaga pengarah yang lain, begitu sibuk menjalankan
tugas masing-masing.
Pada waktu yang sama, di suatu tempat lain pula, Ramlah, Cikgu Robeah,
Rozita, Harun, Silvam, dan Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah
Koperasi sekolah itu sedang mengemaskan bahan bacaan di dalam sebuah bilik.
Bilik itu telah dikhaskan oleh pengetua sebagai tempat membaca bahan-bahan
bacaan ringan seperti akhbar, majalah, dan risalah. Bilik itu dinamakan bilik
bacaan. Murid-murid sekolah itu sama ada pada waktu rehat atau pada waktu
petang dapat membaca bahan-bahan tersebut untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Bilik tersebut dikelolakan oleh ahli koperasi sekolah. Cikgu Zulkifli
bertanyakan tentang Munir yang tiada di situ. Silvam memberitahu cikgu, Munir
berada di padang bermain bola. Cikgu Zulkifli menggelengkan kepala.
Cikgu Zulkifli ke padang mencari Munir. Munir berjalan longlai keluar
dari padang. Dia berhenti berteduh di
bawah pokok ru sambil mengelap peluhnya. Dari arah bangunan sekolah kelihatan
Cikgu Zulkifli berjalan menuju ke tempat Munir berehat. Cikgu Zulkifli
memberikan nasihat kepada Munir. Sepatutnya dia menolong menjalankan kegiatan
koperasi sekolah kita. Munir telah dilantik sebagai ahli lembaga pengarah.
Munir berjanji tak ponteng lagi.
Munir bukan sahaja tidak menjalankan tugas di koperasi, malahan dia
juga selalu mengacau rakannya di dalam kelas sewaktu cikgu sedang mengajar. Kisah
kelemahan disiplin Munir bukan sahaja diketahui oleh Cikgu Zulkifli dan ahli
lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah guru-guru yang lain termasuk juga Cikgu
Saiful. Akan tetapi Cikgu Zulkiflilah yang begitu kecewa kerana Munir merupakan
ahli lembaga pengarah koperasi. Cikgu Zulkifli khuatir sekiranya disiplin Munir
tidak dibaiki mungkin banyak ahli koperasi dan murid yang lain akan bersungut.
Disebabkan itulah Cikgu Zulkifli berunding dengan guru kaunseling atau guru
kerjaya sekolah itu, Cikgu Muniam supaya menyiasat dan membimbing Munir. Hari
itu Munir dipanggil oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Dia bersama-sama Cikgu
Zulkifli menunggu Munir di situ.
Munir tidak puas hati kerana dia telah dipanggil untuk sesi
kaunseling. Dia beranggapan Razali yang telah membuat aduan kepada cikgu
kaunseling. Petang itu mereka bertigamembuat rancangan untuk memukul Razali.
Mereka melihat Razali sedang mengayuh basikal melalui jalan itu menuju ke arah
mereka. Jalan itu ialah jalan menuju ke rumah Razali. Razali menggunakan
basikal untuk berulang-alik ke sekolah. Mereka menunggu kedatangan Razali
dengan reaksi yang penuh dendam untuk bersemuka dengannya. Sesaat mereka
rasakan sehari kerana Razali mengayuh basikalnya dengan perlahan. Dia mengayuh
dengan tenang seperti hari-hari biasa. Akhirnya sampailah Razali di tempat yang
ditunggu oleh Munir dan rakan-rakannya. Razali kehairanan melihat anak-anak
muda itu menahannya. Dia turun dari basikalnya. Dia melihat wajah- wajah itu
seperti hendak memukulnya. Petang itu Razali telah dipukul dengan teruk .
Kejadian itu menimbulkan kemarahan kepada Pak Zakarian, ayah tiri Razali yang
memang tidak suka akan Razali. Dia mengatakan Razali memang suka bergaduh. Mak
Sopiah, ibu Razali memenangkan anaknya.
Di sekolah, Pengetua telah mendapat aduan tentang perbuatan Munir yang
memukul Razali. Cikgu Syamsudin ( Pengetua ) telah memanggil mereka bertiga ke
Bilik Pengetua. Cikgu Syamsudin merotan punggung Muniir sebanyak dua kali.
Pukulannya agak kuat menyebabkan muka Munir berkerut menahan kesakitan.
Kemudian, rotan itu singgah di punggung Leong dan Silvam pula. Masing-masing
dikenakan rotan sekali. Cikgu Syamsudin memberikan amaran, jika mereka bersalah
lagi, jawatan sebagai ahli lembaga pengarah koperasi sekolah ini akan
dilucutkan.
Pada masa yang sama Cikgu Zulkifli membawa berita gembira buat Razali.
Cikgu membaca surat yang ditujukan kepada Razali. Razali telah terpilih mengikuti kursus koperasi
bersama-sama dengan wakil koperasi-koperasi sekolah seluruh Malaysia. Kursus
ini akan diadakan pada 24 Julai yang akan datang, bertempat di bangunan Maktab
Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor. Semua ahli lembaga koperasi
mengucapkan tahniah kepada Razali.
Sekembalinya dari kursus, Razali telah diminta untuk melaporkan hasil
kursus di dalam mesyuarat koperasi. Razali bangun dan terus berucap,
menyampaikan pengetahuan yang diperoleh tentang koperasi ketika menghadiri
kursus itu. Koperasi merupakan suatu badan yang boleh menggembleng penyatuan
ahli dalam sesuatu institusi atau golongan tertentu untuk meningkatkan daya
usaha dan pendapatan. Sesebuah koperasi merupakan tunjang bagi sesuatu kelompok
masyarakat yang ingin membangunkan institusinya.
Pengetua mengumumkan koperasi sekolah akan bertanding dalam
Pertandingan Koperasi Terbaik anjuran ANGKASA. Persetujuan untuk turut
bersama-sama dalam pertandingan koperasi sekolah-sekolah itu amat
menggembirakan mereka. Setiap pertandingan mesti ada persediaannya. Kalah atau
menang bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat sehingga menimbulkan kekecohan.
Yang penting usaha bersungguh-sungguh untuk memajukan koperasi itu, seperti
pendapat Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di samping membuat persediaan
pertandingan tersebut secara tidak langsung koperasi mereka juga akan lebih
teratur dan kemas. Demikianlah juga matlamat pertandingan yang diadakan oleh
pihak ANGKASA terhadap koperasi-koperasi sekolah itu. Setiap petang, ahli
lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek yang telah dilaksanakan oleh
mereka. Bangsal ternakan ayam mereka sentiasa dijaga rapi. Begitu juga dengan
bilik bacaan.
Dalam diam Munir merancang untuk membuat kacau. Dia mencuri kunci
bilik koperasi ketika semua orang sibuk bergotong royong. Pada malamnya dia
menceroboh masuk ke dalam koperasi dan menyepah-nyepahkan barang. Pada esoknya,
semua ahli lembaga koperasi yang bertugas terkejut. Alat tulis seperti pensel,
pen, pembaris, dan getah pemadam berselerak memenuhi lantai. Pakaian sukan pula
seperti baju dan seluar berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di atas
lantai. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan kecewa
menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi koperasi mereka akan
diadili. Para hakim akan datang untuk melihat pengurusan koperasi itu.
Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai koperasi.
Mereka mengambil tindakan segera setelah dilaporkan oleh Cikgu Zulkifli
mengenai perkara tersebut. Kedua-dua orang anggota polis itu terus memeriksa
bangunan kedai koperasi seperti pintu, dinding, tingkap, atap, dan sebagainya.
Ternyata tidak terdapat tempat yang rosak atau lubang yang boleh dimasuki.
Setelah mereka puas hati memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui
Cikgu Zulkifli dan Razali yang menunggu di luar bangunan.
Munir membuat fitnah dengan mengatakan Razali yang menceroboh
koperasi. Munir juga memberitahu Pak Zakaria. Razali dimarah dengan teruk dan
dihalau dari rumah. Mak Sopiah membela Razali. Berlaku ketegangan dalam
keluarga Razali. Razali sangat berdukacita dengan nasibnya yang malang. Dia
mengenang nasibnya yang tidak mengenalinya bapa kandungnya.
Cikgu Zulkifli dan Cikgu Syamsudin menyusun strategi untuk menangkap
penceroboh koperasi. Selepas itu, Cikgu Zulkifli bergegas ke pejabat untuk
membuat pengumuman. Cikgu Zulkifli memegang pembesar suara itu. Suaranya
bergema ke seluruh bangunan. Semua guru diminta memeriksa beg dan pakaian murid
seorang demi seorang. Guru lelaki memeriksa murid lelaki. Guru perempuan pula
memeriksa murid perempuan.
Akhirnya penceroboh sebenar dapat ditangkap. Munir didapati bersalah
dan dikenakan hukuman rotan di perhimpunan sekolah. Mengikut keputusan
mesyuarat guru disiplin sekolah itu, Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan
sebanyak tiga kali. Hukuman itu terpaksa dilakukan demi menjaga disiplin
sekolah itu. Diharapkan dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir daripada
melakukan lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi
peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan, kedua-dua
ibu bapa Munir diberitahu terlebih dahulu. Mereka memberikan keizinan dengan
harapan disiplin Munir akan berubah kerana ternyata di rumah juga kelakuannya
tidak terkawal, meskipun ayahnya cuba membentuk perangainya.
Selepas itu Munir berubah sikap. Tiba-tiba dalam suasana yang amat
memilukan itu, Munir menghampiri Razali dan menghulurkan tangannya. Razali
menyambut tangan itu. Mereka bersalaman. Munir memohon maaf kepada Razali.
Razali mengangguk-angguk. Ketika itu juga tidak tertahan rasa pilu di hatinya,
segera pula dia memeluk tubuh Munir. Mereka berpelukan. Air mata Razali juga
berderaian di pipinya. Semua murid dan guru yang menyaksikan peristiwa itu
turut terharu. Setelah sekian lama mereka berpelukan, lalu kedua-duanya
berjalan masuk ke dalam barisan semula.
Dia menyesal akan kenakalan
sikapnya terhadap Razali. Dia telah dikenakan hukuman gantung persekolahan.
Peperiksaan sudah hampir menjelang tetapi dia digantung persekolahan. Razali
menawarkan diri untuk membantu mengajar Munir pada sebelah petang.
Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu
pula dia dapat mengikuti pelajaran di sekolah melalui Razali, anak muda yang
kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali tidak akan dilupakan oleh Munir buat
selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga orang hakim Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan
Razali. Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti
barang jualan, buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Pada hari itu,
saat yang sungguh bermakna apabila Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian
Seri Kayangan dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Koperasi Terbaik. Ibu bapa turut hadir pada hari itu untuk
menyaksikan penyampaian hadiah.
Tidak disangka-sangka, pada hari itu juga Razali akan dapat bertemu
ayah kandungnya yang telah lama dicari-carinya. Ayah kandungnya juga merupakan
ayah Ramlah. Suasana yang cukup mengharukan itu disebut oleh Cikgu Syamsudin
sebagai jasa koperasi yang sangat besar dalam mempertemukan dua orang insan
yang terpisah selama 16 tahun.
SINOPSIS MENGIKUT BAB
BAB 1 : KISAH DI KEDAI KOPERASI
Murid berduyun-duyun menuju ke sekolah. Mereka masing-masing dengan
azam dan cita-cita untuk mengaut ilmu dan pengetahuan sebagai bekalan hidup
dalam zaman yang serba mencabar ini. Beberapa orang penuntut sedang melangkah
masuk ke dalam sebuah bangunan satu tingkat yang terletak berhampiran dengan
padang. Pada bahagian hadapan dinding bangunan tersebut terdapat papan tanda
yang bertulis KEDAI KOPERASI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK PERTANIAN SERI KAYANGAN.
Seorang pembantu kedai tersebut bersama-sama tiga orang ahli lembaga pengarah
begitu sibuk melayani pembeli-pembeli yang berkehendakkan layanan segera.
Mereka melayani pembeli-pembeli dengan sabar dan baik. Meskipun didesak dan
disindir, senyuman masih juga terukir di bibir. Semasa pembeli sedang sibuk
membeli barang keperluan sekolah, seorang daripada murid yang berasak-asak di
situ cuba mengambil sebatang pen dan terus memasukkan pen tersebut ke dalam
saku seluarnya. Harun selaku salah seorang ahli lembaga pengarah yang bertugas
sebagai jurujual pada hari itu bersama-sama dengan
Swee Lan dan Saridevi menegur budak itu.
BAB 2 : MESYUARAT
MELAKSANAKAN IMPIAN
Bilik Mesyuarat Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah
dipenuhi oleh Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah tersebut. Petang itu,
seperti yang telah ditetapkan, mereka mengadakan Mesyuarat Lembaga Pengarah
kali pertama setelah diadakan mesyuarat agung seminggu yang lalu. Sebelas orang
murid telah dilantik menjadi ahli lembaga pengarah bersama-sama dengan empat
orang guru. Tuan Pengetua sekolah, Cikgu Syamsudin dengan sendirinya menjadi
Pengerusi Koperasi sekolahnya. Mereka sedang menunggu pegawai daripada Jabatan
Pembangunan Koperasi Negeri yang diundang hadir bersama dalam mesyuarat
tersebut. Cikgu Syamsudin bimbang sekiranya pegawai daripada Jabatan
Pembangunan Koperasi itu tidak dapat hadir.
BAB 3 : PERJANJIAN MEMBALAS DENDAM
Hari itu, di bawah pokok ru yang rendang dalam kawasan Sekolah
Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan, kelihatan tiga orang murid sedang
berehat di situ. Pihak sekolah memang menyediakan bangku-bangku simen di bawah
pokok-pokok yang rendang dan merimbun daunnya untuk dijadikan tempat membaca
buku atau tempat berehat kepada murid-murid yang ingin menenteramkan fikiran.
Angin dari sawah yang terdapat di sekitar kawasan sekolah itu bertiup sepoi-sepoi
bahasa. Tiupan angin ini menyegarkan tubuh mereka. Namun, hati dan perasaan
ialah seorang daripada tiga orang murid itu tidaklah sesegar tiupan angin.
Perasaannya membungkam dan kecewa. Munir, Silvam dan Leong sedang membincangkan
kekecewaan mereka kerana Razali dilantik sebagai Naib Setiausaha Koperasi.
Mereka berjanji untuk mengenakan Razali.
BAB 4 : PERSIAPAN KEDAI OPERASI
Pagi itu, banyak sekali murid yang keluar masuk di Kedai koperasi
Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Pembantu kedai tersebut,
Norlela dengan beberapa orang ahli lembaga pengarah sibuk melayani mereka. Munir,
Silvam, dan Leong tidak datang. Sepatutnya, pada pagi itu giliran mereka
bertugas di kedai koperasi. Razali telah menyiapkan senarai barang yang perlu
dibeli. Dia menghulurkan sehelai kertas yang tertulis senarai nama barang yang
perlu dibeli kepada Cikgu Zulkifli. Swee Lan memberitahu yang koperasi boleh
membeli barangan tersebut di kedai bapanya dengan harga yang istimewa. Petang
itu mereka membeli barang dengan menaiki van sekolah. Mereka turut membeli
majalah dan buku rujukan untuk diletakkan di Bilik Bacaan.
BAB 5 : CITA-CITA DAN HARAPAN
Munir, Silvam dan Leong mempunyai cita-cita dan harapan yang sama.
Disebabkan itulah tiga serangkai itu begitu baik perhubungannya seperti isi
dengan kuku. Jika sungai, seperti aur dengan tebingnya. Sewaktu pulang dari
sekolah hari itu, tiga serangkai itu
menunggu Ramlah, Swee Lan, dan Saridevi keluar dari kedai koperasi. Ketika
gadis-gadis itu sampai di tempat mereka menunggu, Munir memberanikan diri
menegur Ramlah.dan mengajaknya menonton. Tetapi Ramlah menolak. Begitu juga
Swee Lan dan Saridevi. Tiga serangkai menjadi marah dan semakin kuat cita-cita
untuk ‘mengajar’ Razali.
BAB 6 : PERSIAPAN
Bangsal ternakan ayam telur itu yang diperbuat daripada kayu,
beratapkan daun nipah itu dibina oleh PIBG sekolah tersebut secara gotong-royong.
Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu amat berbangga dan berterima kasih
terhadap sokongan tersebut. Ibu bapa pula menyedari sokongan itu patut
diberikan untuk menanam semangat berkoperasi dan berniaga kepada anak-anak
mereka. Pada waktu yang sama, Ramlah, Cikgu Robeah, Rozita, Harun, Silvam, dan
Leong serta beberapa orang Ahli Lembaga Pengarah Koperasi sekolah itu sedang
mengemaskan bahan bacaan di dalam sebuah bilik. Bilik itu dinamakan bilik
bacaan. Murid-murid sekolah itu sama ada pada waktu rehat atau pada waktu
petang dapat membaca bahan-bahan tersebut untuk menambahkan ilmu pengetahuan.
Akhbar dan majalah disusun dan diletakkan di rak yang disediakan. Habuk-habuk
yang melekat di tingkap dan di dinding dibersihkan.
BAB 7 : SEMANGAT
Hari yang ditunggu-tunggu
telahpun tiba. Sebuah kereta berwarna biru, sederhana besarnya, masuk ke
pekarangan Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan. Cikgu Syamsudin
mempelawa Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi, Bahagian Fungsi
Sekolah-sekolah melawat ke kedai koperasi. Mereka menuju ke kedai koperasi
diikuti oleh semua ahli lembaga pengarah. Beliau memuji koperasi yang maju dan
berjaya. Barang banyak, tersusun kemas pula. En Mansur turut dibawa ke Bilik
Bacaan dan tempat ternakan ayam telur. Cikgu Zulkifli memberikan penerangan
tentang jumlah ternakan dan hasilnya. En Mansur melahirkan kekaguman atas
kesungguhan para pelajar dan guru mengusahakan koperasi sekolah yang telah
banyak memberi faedah kepada warga sekolah. Walau bagaimanapun beliau menyeru
agar ahli lembaga pengarah koperasi tidak mengabaikan pelajaran mereka.
BAB 8 : MEMPELAJARI ILMU
PERDAGANGAN
Pagi itu Cikgu Saiful, guru mata pelajaran Perdagangan, sedang
menghabiskan pengajarannya tentang Prinsip Akaun. Pada papan tulis terdapat
catatan tentang kaedah Prinsip Akaun yang telah diajarkannya. Murid-murid tingkatan
5C1 itu merupakan murid-murid yang mengikuti pelajaran Perdagangan termasuklah Razali,
Ramlah, Saridevi, dan Munir yang menjadi ahli lembaga pengarah koperasi sekolah.
Semua murid dalam kelas menyalin nota tetapi Munir tidak habis-habis mengganggu
kawannya. Akhirnya dia didenda tidak boleh pulang awal selagi tidak menyiapkan
notanya.
BAB 9 : KERJA RUMAH
Ramlah, Saridevi dan Rozita mengunjungi rumah Razali yang berada di
pinggir sawah. Suasana amat tenang dan menenteramkan perasaan. Kunjungan mereka
bertujuan untuk belajar bersama-sama Razali. Razali mengajak mereka belajar di
pondok di tengah sawah kerana di situ lebih lapang dan sunyi. Sesuai untuk
belajar. Mak Sopiah menghidangkan minuman dan kuih. Begitulah rutin Mak Sopiah
setiap kali Razali mengulang kaji di pondok tengah sawah itu. Sesi perbincangan
4 orang sahabat itu berjaya merungkai kekusutan tajuk Penyata Wang Tunai yang
baru sahaja diajar oleh Cikgu Saiful di kelas tadi.
BAB 10 : PENGAKUAN
Kisah kelemahan disiplin Munir bukan sahaja diketahui oIeh Cikgu
Zulkifli dan ahli lembaga pengarah koperasi sekolah itu, malah guru-guru yang
lain termasuk juga Cikgu Saiful. Akan tetapi Cikgu Zulkiflilah yang begitu
kecewa kerana Munir merupakan ahli lembaga pengarah koperasi. Disebabkan itulah
Cikgu Zulkifli berunding dengan guru kaunseling atau guru kerjaya sekolah itu,
Cikgu Muniam supaya menyiasat dan membimbing Munir. Hari itu Munir dipanggil
oleh Cikgu Muniam ke bilik kerjaya. Munir berjanji dengan Cikgu Zulkifli dan
Cikgu Muniam untuk berubah dan tidak mengulangi kesalahan disiplin lagi.
BAB 11 : MELEPASKAN DENDAM
Bab ini menceritakan perancangan Munir, Silvam dan Leong untuk
membalas dendam kepada Razali. Munir menyangka Razali telah membuat aduan
kepada Cikgu Muniam sehingga dia dipanggil untuk sesi kaunseling. Munir berasa marah dan kecewa. Mereka
menunggu Razali di laluan yang biasa digunakan oleh Razali untuk pulang ke
rumah. Mereka menahan Razali dan menyerang Razali sehingga tersungkur ke tanah.
Kebetulan pula Ramlah dan rakan-rakannya lalu di situ, mereka membantu mengumpulkan
buku-buku yang bertaburan. Mereka menasihatkan Razali untuk melaporkan kepada
Cikgu Zulkifli tetapi Razali menolak.
BAB 12 : KASIH SEORANG IBU
Mak Sopiah berasa sangat terkejut melihat kepulangan Razali dengan
pakaian yang kotor dan mulut berdarah. Razali menerangkan yang dia telah
dipukul oleh kawan-kawannya. Ketika itu Pak zakaria, ayah tiri Razali baru
pulang dari sawah. Dia terus menyalahkan Razali dengan mengatakannya bahawa
Razali suka bergaduh, sombong dan angkuh. Pak Zakaria sangat membenci Razali
tanpa diketahui puncanya. Razali berasa sangat sedih dengan apa yang baru
sahaja berlaku antara ibu dan ayah tirinya. Dia membawa diri duduk di pondok di
tengah sawah. Mak Sopiah membawakan minuman seperti biasa. Kasih seorang ibu
sangat jelas dalam diri Mak Sopiah. Razali bertanya tentang ayah kandungnya
tetapi Mak Sopiah tak mahu perkara itu dibangkitkan kerana tidak mahu mengenang
kisah pahit itu.
BAB 13 : DENDAM MEMBAWA PADAH
Pagi esoknya, Sekolah Menengah
Teknik Pertanian Seri Kayangan mengikut jadual persekolahannya seperti biasa. Loceng
pertama telah dibunyikan. Semua murid dan guru telah masuk ke kelas
masing-masing. Terdapat juga murid dan guru-guru menuju ke padang melakukan
kegiatan Pendidikan Jasmani. "Rakyat Sihat, Negara Maju". Akan tetapi
seorang guru bersama-sama beberapa orang murid sekolah tersebut tidak pula
masuk ke kelas dan tidak juga menuju ke padang. Mereka menuju ke bilik pengetua.
Guru dan murid-murid itu ialah Cikgu Zulkifli, Razali, Munir, Leong, dan
Silvam. Cikgu Zulkifli mendapat aduan mereka telah bergaduh dan memukul Razali.
Pengetua berasa marah dan kesal atas apa yang berlaku. Sebagai akibatnya,
masing-masing telah menerima sebatan di punggung oleh Pengetua.
BAB 14 : BERITA GEMBIRA
Sebuah van berhenti di halaman kedai koperasi sekolah itu. Pada van
tersebut tertulis KOPERASI NASIONAL SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA. Pekerjanya
menurunkan buku-buku rampaian lalu membawanya ke dalam kedai koperasi. Razali,
Ramlah, dan Swee Lan menerima buku-buku tersebut. Mereka meletakkannya di atas
meja dan menyusun buku itu sebaik-baiknya. Pekerja van itu menyerahkan bil
kepada Cikgu Robeah yang sedang menulis di meja tulis koperasi itu. Cikgu
Robeah meminta Swee Lan menulis baucar, manakala dia sendiri menulis cek untuk
membayar harga buku-buku tersebut. Tiba-tiba Cikgu Zulkifli datang dan mencari
Razali. Cikgu Zulkifli membacakan surat yang menyatakan Razali telah terpilih mengikuti kursus koperasi
bersama-sama dengan wakil koperasi-sekolah seluruh Malaysia. Kursus ini akan
diadakan bertempat di bangunan Kerjasama Malaysia, Petaling Jaya, Selangor.
Semua mengucapkan tahniah kepada razali.
BAB 15 : BUDI BAIK
DIKENANG JUA
Razali mengikuti Kursus Koperasi dengan perasaan yang berkobar-kobar
untuk mengetahui dunia perniagaan koperasi secara lebih mendalam. Pelbagai acara
yang telah disusun bersempena dengan kursus ini, para peserta dibawa melawat ke
Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia di Kuala Lumpur untuk melihat fungsi dan
peranannya. Mereka juga akan dibawa
melawat ke bangunan Koperasi Polis, Koperasi Guru, Koperasi Bekas Perajurit dan
di sekitar ibu kota Kuala Lumpur untuk melihat keindahan dan perkembangannya. Setelah berpenat lelah mengikuti
ceramah sepanjang hari, kadang-kadang hingga malam, memperoleh pengetahuan
tentang pembangunan koperasi, tentulah mereka berharap dapat merehatkan fikiran
dengan melihat segala keindahan dan keagungan bandar raya Kuala Lumpur.
Setelah mengikuti ceramah di Maktab Kerjasama Malaysia itu, seperti
yang dijadualkan, mereka dibawa
melawat ke Jabatan Pembangunan Koperasi Malaysia. Mereka dibawa
melawat ke pejabat-pejabat yang
mengendalikan seluruh koperasi di negara ini. Mereka kagum melihat
koperasi-koperasi tersebut begitu berjaya hingga dapat mendirikan bangunannya
sendiri.
BAB 16 : KESAN KUNJUNGAN
Razali pulang ke sekolah dengan semangat yang berkobar-kobar. Banyak
ilmu dan pengalaman hendak dikongsikan bersama rakan-rakannya. Begitu juga Swee
Lan, Ramlah dan rakan-rakan yang lain. Mereka sangat teruja untuk mengetahui
pengalaman Razali berkursus di Kuala Lumpur. Petang itu dalam Mesyauarat
Lembaga Pengarah Koperasi, razali telah diberikan peluang untuk menyampaikan
laporan ringkas pengalamannya menghadiri kursus. Razali bangun dan menyampaikan
laporannya. Koperasi merupakan tunjang yang boleh membangunkan komuniti dan
ekonomi negara. Begitu bersemangat Razali menyampaikan laporannya. Cikgu
Syamsudin menyampaikan maklumat tentang pertandingan koperasi yang dianjurkan
oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA). Cadangan Cikgu Syamsudin
disambut baik oleh semua kecuali Munir.
BAB 17 : SEMAKIN JAUH TERBANG BURUNG
Persetujuan untuk turut bersama-sama dalam pertandingan koperasi
sekolah-sekolah itu amat menggembirakan mereka. Setiap pertandingan mesti ada
persediaannya. Kalah atau menang bukanlah sesuatu yang menjadi matlamat
sehingga menimbulkan kekecohan. Yang penting usaha bersungguh- sungguh untuk
memajukan koperasi itu, seperti pendapat Swee Lan dalam mesyuarat yang lalu. Di
samping membuat persediaan pertandingan tersebut secara tidak langsung koperasi
mereka juga akan lebih teratur dan kemas. Demikianlah juga matlamat
pertandingan yang diadakan oleh pihak ANGKASA terhadap koperasi-kopcrasi sekolah
itu. Setiap petang, ahli lembaga pengarah bergilir-gilir mengurus projek yang
telah dilaksanakan oleh mereka. Bangsal ternakan ayam mereka sentiasa dijaga
rapi. Begitu
juga dengan bilik bacaan. Munir dan rakan-rakannya semakin tidak
senang dengan perkembangan koperasi sekolah mereka.
BAB 18 : MALANG TIDAK DIDUGA
Pagi itu, suasana kecoh di koperasi. Barangan bersepah-sepah. Koperasi
telah dipecah masuk. berlonggok di atas lantai. Alat tulis seperti pensel, pen,
pembaris, dan getah pemadam berselerak memenuhi lantai. Pakaian sukan pula
seperti baju dan seluar berlonggok dan terperonyok di atas meja dan di atas
lantai. Mereka hanya mampu menggelengkan kepala. Perasaan kesal dan kecewa
menyelubungi diri mereka. Mengapa tidak? Dua minggu lagi koperasi mereka akan
diadili. Para hakim akan datang untuk melihat pengurusan koperasi itu. Cikgu
Zulkifli berasa kesal atas apa yang berlaku lantas segera membuat laporan
polis. Seribu tanda tanya menghantui fikiran mereka. Siapakah yang telah
memecah masuk koperas
BAB 19 : MISTERI KEDAI KOPERASI
Dua orang anggota polis yang berpakaian kemas masuk ke kedai koperasi.
Mereka mengambil tindakan segera setelah dilaporkan oleh Cikgu Zulkifli
mengenai perkara tersebut. Kedua-dua orang anggota polis itu terus memeriksa
bangunan kedai koperasi seperti pintu, dinding, tingkap, atap, dan sebagainya.
Ternyata tidak terdapat tempat yang rosak atau lubang yang boleh dimasuki.
Setelah mereka puas hati memeriksa bangunan itu, lantas mereka keluar menemui
Cikgu Zulkifli dan Razali yang menunggu di luar bangunan. Munir mula
menyebarkan cerita konon-kononnya Razali yang telah memecah masuk koperasi
kerana hanya Razali yang memegang kunci koperasi.
BAB 20 : TINDAKAN AYAH TIRI
Munir bertindak untuk memberitahu ayah tiri Razali berita yang melanda
koperasi sekolah. Munir mengatakan Razali telah memecah masuk koperasi dan
memalukan keluarga. Pak Zakaria sangat marah dan bertindak menghalau Razali
dari rumah tetapi dihalang oleh ibunya. Razali berasa sangat sedih dengan
tindakan bapa tirinya.
BAB 21 : HIDUP YANG DIRUNDUNG
MALANG
Sepanjang hidup Razali, dia tidak pernah mengalami peristiwa yang
begitu pahit. Dia dihalau tanpa kesalahan yang nyata. Tentulah tidak wajar. Di
mana pula maruahnya hendak diletakkan sehingga begitu sekali tindakan ayah
tirinya itu. Dia rasa dirinya seperti sehelai daun kering yang melayang-layang
ke sana ke mari tanpa berharga. Akan tetapi ibunya .... Ya, ibunya itulah
penawar kepahitan yang dialaminya kini. Jika tidak kerana ibunya sudah tentu
saat itu jua dia akan meninggalkan rumah tersebut. Dia akan pergi ke mana-mana
sahaja membawa diri. Mentari petang berwajah lembut, menyebarkan cahayanya di
permukaan sawah. Padi menghijau subur, daunnya melambai-lambai ditiup angin.
Burung-burung berterbangan bebas di udara. Sebenarnya dunia ini sungguh indah
dan bahagia. Razali mengeluh akan nasib dirinya yang malang. Dia masih tidak
tahu bapanya yang sebenar.
BAB 22 : MISTERI BERAKHIR
Koperasi dipecah lagi. Cikgu Zulkifli terperanjat apabila menjenguk ke
dalam koperasi. Barang-barang digeledah dan diceroboh orang. Cikgu Zulkifli
meminta kebenaran Pengetua untuk membuat pemeriksaan mengejut kepada
murid-murid. Dengan cara ini mungkin penceroboh dapat ditangkap. Guru disiplin
sekolah itu dan menerangkan rancangannya. Mereka tidak membantah, malahan
bersetuju memberikan kerjasama kepada Cikgu Zulkifli. Selepas itu, Cikgu
Zulkifli bergegas ke pejabat sekolah untuk membuat pengumuman meminta semua
guru memeriksa beg dan pakaian murid. Jika menjumpai pemulas skru, kunci dan
wang kertas RM10 perlu diserah ke pejabat. Semua guru melaksanakan arahan tadi.
Mereka percaya arahan pemeriksaan mengejut itu dilakukan tentu ada suatu
perkara yang mustahak. Oleh sebab itu, mereka terus memeriksa seorang demi
seorang murid di dalam kelas masing-masing. Akhirnya penceroboh berjaya
ditangkap kerana Cikgu Zulkifli telah memasang perangkap melalui duit RM10 yang
telah diletakkan dalam laci koperasi.
BAB 23 : HUKUMAN
Mengikut keputusan mesyuarat guru disiplin sekolah Munir akan dirotan di hadapan perhimpunan
sebanyak tiga kali. Hukuman itu terpaksa dilakukan demi menjaga disiplin
sekolah itu. Diharapkan dengan hukuman itu akan menginsafkan Munir daripada
melakukan lagi perkara-perkara yang tidak baik. Diharapkan tindakan itu menjadi
peringatan kepada murid yang lain. Sebelum hukuman itu dijalankan, kedua-dua
ibu bapa Munir diberitahu terlebih dahulu. Mereka memberikan keizinan dengan
harapan disiplin Munir akan berubah kerana ternyata di rumah juga kelakuannya
tidak terkawal, meskipun ayahnya cuba membentuk perangainya. Pagi itu, setelah
murid-murid berhimpun di tapak perhimpunan sekolah Cikgu Muniam membuat
pengumuman. Pengetua menjatuhkan hukuman sebat kepada Munir atas kesalahan
menceroboh koperasi.
BAB 24 : MEMASUKI DUNIA BAHARU
Munir datang ke rumah Razali untuk meminta maaf kepada Razali
sekeluarga dan menjelaskan kebenaran. Munir juga melahirkan kebimbangannya
sebab telah digantung persekolahan. Razali menawarkan diri untuk mengajar Munir
setiap petang di pondok di tengah sawah. Munir menuruti Razali menuju ke pondok
sawah. Hari itu sebenarnya Munir merasai dirirnya menjadi orang baharu dalam
hidupnya. Dia telahmendapat seorang sahabat baharu. Jiwa dan azam juga yang
baharu. Dia ingin melemparkan jauh-jauh segala kebiadapan dan keangkuhan
hidupnya selama ini.
BAB 25 : HARAPAN BERBUNGA INDAH
Munir telah kembali ke sekolah setelah menjalani hukuman. Selama itu
pula dia dapat mengikuti pelajaran di sekolah melalui Razali, anak muda yang
kehilangan ayah itu. Budi dan bakti Razali tidak akan dilupakan oleh Munir buat
selama-lamanya. Pada hari itu juga tiga orang hakim Pertandingan Koperasi
Sekolah-sekolah dari ANGKASA datang menghakimi Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan. Mereka disambut oleh pengetua, Cikgu Zulkifli, dan
Razali. Ketiga-tiga orang hakim itu masuk ke kedai koperasi. Mereka meneliti
barang jualan, buku-buku akaun, baucar, resit, dan sebagainya. Semua persediaan
tersebut termasuk dalan1
perkiraan markah pertandingan. Kemudian, mereka meninjau aktiviti
koperasi itu termasuk projek ternakan ayam telur. Saat yang paling indah apabila
Koperasi Sekolah Menengah Teknik Pertanian Seri Kayangan telah dinobatkan
sebagai johan dalam pertandingan koperasi terbaik. Betapa bangganya ibu bapa tersebut melihat
usaha anak-anak mereka menubuhkan dan mengusahakan kedai koperasi itu.
Masing-masing berharap suatu hari nanti anak-anak mereka dapat pula menubuhkan
koperasi setelah berjaya menuntut ilmu di situ. Ketika ibu bapa sedang
berlegar-legar di dalamkoperasi itu, tiba-tiba dua pasang mata berpandangan.
BAB 26 : TERBUKA RAHSIA
Mak Sopiah amat tidak menyangka akan bertemu semula dengan bekas
suaminya, Ramli di sekolah anaknya. Dengan bantuan Cikgu Syamsudin, mereka
dipertemukan dengan anak kandung mereka, Razali. Razali sangat terkejut dan
terharu. Akhirnya dia dapat mengenali dan bertemu dengan bapa kandungnya.
Mereka berpelukan dan melepaskan rindu yang lama tersimpan. Rupa-rupanya Razali
dan Ramlah adalah bersaudara kerana Ramli juga merupakan bapa Ramlah.
TEMA
Novel Sejambak Bakti ialah kisah usaha murid dan guru membangunkan
koperasi sekolah. Terselit pelbagai kisah suka dan duka dan konflik sesama
sendiri. Peranan guru sebagai pendorong dan pemberi nasihat kepada murid dalam
novel Sejambak Bakti dipaparkan sebagai panduan kepada murid supaya dapat memilih
nilai positif dalam kehidupan seharian.
Koperasi Sekolah Menengah Teknik
Pertanian Seri Kayangan dibangunkan dengan kerjasama beberapa muridnya yang
menjadi ahli lembaga pengarah dan dibantu oleh seorang guru yang sangat komited
iaitu Cikgu Zulkifli. Dengan bimbingan Cikgu Zulkifli, Razali dan
rakan-rakannya berganding bahu memajukan kedai koperasi sekolah sehingga
menjadi Johan Pertandingan Koperasi Terbaik.
Kedai koperasi maju dengan barang
yang banyak, tersusun kemas pula. Terdapat juga Bilik Bacaan dan tempat
ternakan ayam telur. Pegawai dari ANGKASA, En Mansur melahirkan kekaguman atas
kesungguhan para pelajar dan guru mengusahakan koperasi sekolah yang telah
banyak memberi faedah kepada warga sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)