Bagaimana sesi persekolahan tahun ini ... seronok? Seronok 3x ... betul kata Upin dan Ipin kan ... tentu seronok bergelar pelajar yang penuh wawasan ... menggalas cita-cita dan harapan ... mudah-mudahan berkat usaha gigih anak-anak didik semua menimba ilmu dengan penuh keikhlasan ... 2015 pasti menggamit kecemerlangan yang diidam-idamkan. In shaa Allah ...
Baiklah , cikgu sertakan seba sedikit hasil kupasan novel Di Sebalik Dinara yang sempat cikgu siapkan lewat cuti Disember yang lalu. Semoga dapat membantu anak-anak didik semua ... :)
Tema
Persaingan dalam dunia
sains.
Novel
ini mengisahkan sebuah persaingan dalam penciptaan sains dan teknologi sehingga
menghapuskan nilai kemanusiaan. Pada awalnya Karl dapat menerima Medina@Marilyn
sebagai pembantu penyelidiknya. Tetapi apabila dia berasakan Marilyn lebih
hebat daripadanya, dia mula merancang sesuatu untuk melenyapkan pesaingnya itu.
Marilyn dijadikan bahan uji kaji sehingga akhirnya dia menjadi gila. Walaupun
dikatakan gila oleh kebanyakan orang, Marilyn tetap meneruskan dendamnya untuk
menjatuhkan Karl. Dia meneruskan ciptaan sainsnya dan akhirnya dapat
menyebarkan virus ke dalam sistem komunikasi terbaharu yang dihasilkan oleh
Karl iaitu Dinara.
Persoalan
1. Kecanggihan
teknologi pada masa hadapan
·
Kelengkapan serba canggih di tempat
kerja Aqram, Dr Maxi, Khairul Anwar dan Farisha di Soft Lab, Cyberjaya.
·
Rumah Farisha juga dilengkapkan alat keselamatan
yang canggih seperti ‘retinal scanner’dan interkom.
2. Ketaksuban sesetengah
golongan manusia mengejar kemajuan sains dan teknologi sehingga
mengabaikan nilai kemanusiaan.
·
Karl terlalu taksub untuk membuktikan
kehebatannya dalam ciptaan sains sehingga melupakan aspek kemanusiaan. Karl
telah mengorbankan ramai manusia dan menjadikan mereka sebagai bahan kajian.
·
Karl menanam pelbagai implan dan
memasukkan pelbagai ubat dalam tubuh anaknya untuk menjadikannya genius dan
mampu meneruskan kepandaiannya dalam bidang sains.
3.
Kasih sayang sesama ahli keluarga
·
Azraai sangat menyayangi adik angkatnya,
Farisha. Dia sentiasa memastikan keselamatan adiknya dalam keadaan yang
terbaik.
·
Azraai telah memasang dan memantau
sistem keselamatan di apartmen adiknya. Contohnya Azraai telah memasang
‘retinal scanner’ dan interkom di pintu masuk rumah Farisha untuk memantau dan memastikan
keselamatannya.
4.
Kepincangan keluarga yang berlaku dalam kalangan masyarakat.
·
Karl tidak menjalankan tanggungjawab
sebagai seorang suami dengan baik. Dia mengajak isterinya, Rusmina untuk
meninggalkan agama.
·
Rusmina telah diseksa hingga cacat
apabila enggan mengikut Karl meninggalkan agama dan hidup sebagai ateis.
5.
Kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
·
Marilyn@Medina sangat sayang akan
anaknya, Farisha. Dia bimbang anaknya akan mati akibat uji kaji dan penanaman
pelbagai ubat ke dalam badan oleh Karl. Dia melarikan anaknya dan diberikan
kepada keluarga angkat.
Watak dan perwatakan
Farisha
- · watak utama dalam novel Di Sebalik Dinara
- · berusia dalam lingkungan umur 26 tahun
- · seorang gadis yang genius dan pakar dalam penggodaman IT
- · Seorang adik yang penyayang
- · Anak kandung kepada Medina@Marilyn dan Karl
- · Berhati-hati dalam membuat keputusan
- · Seorang yang amat mementingkan kesempurnaan. Pakaiannya disusun mengikut kategori dan warna. Semua benda akan disusun mengikut kategori, warna, kegunaan dan pelbagai peraturan yang diciptanya sendiri.
Shida
- · Kawan serumah dengan Farisha
- · Rajin membaca
- · Berkelulusan dalam bidang undang-undang tetapi memilih untuk menjadi penulis
- · Ditawarkan untuk menulis rencana dan biografi Dinara
- · Menjadi pengganti Farisha untuk berhubung dengan Karl secara bawah sedar
Azraai
- · Abang angkat Farisha
- · Sangat mengambil berat dan sayang akan adik angkatnya, Farisha
- · Menjadi tempat rujukan Farisha untuk membuat keputusan
- · Merahsiakan penyakit yang sedang dihidapi daripada pengetahuan Farisha
- · Menghidapi penyakit jantung
Rosman
- · Rakan kongsi Farisha
- · Bersikap materialistik dan mementingkan wang
- · Mengambil berat masalah Farisha
Aqram
- · Lelaki yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai dan duduk di sebelahnya dalam penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur.
- · Seorang yang tampan, kemas dan sangat sempurna penampilannya.
- · Pekerja di Soft Lab. Cyborg ciptaan Karl yang menggunakan tubuh adik kandung Karl bernama Akeem. Sebelum menjadi Aqram, Akeem ialah seorang lelaki OKU.
Alia
- · Seorang pekerja senior di Soft Lab
- · Perawakan wajah yang cantik
- · Cyborg pertama ciptaan Karl yang menggunakan tubuh bekas isteri Karl bernama Rusmina. Mempunyai perasaan cemburu dengan mana-mana wanita yang rapat dengan Karl
- · Sangat menyayangi Karl.
- · Kurang sabar dan cemburu.
Karl
- · Seorang saintis hebat yang mencipta pelbagai teknologi
- · Saling bersaing kehebatan dalam bidang teknologi dengan Marilyn@Medina
- · Bermusuh dengan Marilyn@Medina kerana persaingan dunia sains
- · Bapa kandung Farisha
- · Menghidapi kanser usus tahap 4 dan dirawat di bilik khas dalam rumah agamnya di Puchong.
Medina@Marilyn
- · Wanita keturunan Portugal
- · Cantik, putih dan berambut keriting
- · Bijak dan hebat dalam bidang sains
- · Banyak membantu dalam kerja-kerja penyelidikan Karl
- · Berdendam dengan Karl kerana persaingan dunia sains
Nilai
1. Kesyukuran
Farisha
bersyukur kerana dia dijadikan anak angkat dan membesar dalam keluarga Islam.
Dia tidak dapat membayangkan jika dia membesar dengan didikan bapa kandungnya,
Karl
2. Kasih sayang
Hubungan
kasih sayang antara dua beradik yang
cukup jelas antara Farisha dan Azraai. Azraai sangat mengambil berat perihal
keselamatan adiknya sehingga sanggup memasang ‘retinal scanner’ dan interkom
yang bersambung ke rumahnya.
3. Kebijaksanaan
Farisha
seorang gadis yang sangat bijak dalam teknologi dan telah terbukti dapat
menggodam sistem komputer dengan hebat. Kebijaksaan dia berpunca daripada
implan yang telah dipasang di badannya
sejak kecil dan pelbagai jenis ubat untuk menjadikannya genius telah
dimasukkan ke dalam badaannya oleh bapanya, Karl.
4. Kegigihan
Marilyn@Medina
gigih meneruskan kehidupannya walaupun ramai orang menggelarkannya wanita gila.
Dia juga gigih meneruskan ciptaan sainya bagi menyaingi Karl, lelaki yang
pernah dicintainya. Selain itu, dia juga gigih mencari anaknya yang hilang dan
diserahkan kepada keluarga angkat.
5. Kepatuhan kepada
ketua
Aqram
dan Khairul Anwar sangat patuh kepada arahan ketuanya iaitu Dr Maxi dan Karl
walaupun kerap dimaki hamun oleh Karl. Mereka juga sanggup meneruskan misi
mencari Farisha untuk menyelamatkan Dinara walaupun banyak rintangannya.
6. Bekerjasama
Rosman
dan Farisha saling bekerjasama untuk membangunkan syarikat kongsi mereka iaitu
Secured Shell. Mereka juga bekerjasama untuk menjalankan projek mini yang
ditawarkan oleh Soft Lab.
Aqram,
Dr Maxi, Khairul Anwar dan Alia saling bekerjasama untuk mencari Farisha dan
menyelesaikan masalah dalam Dinara. Mereka selalu berbincang untuk kepentingan
Dinara.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah
menyayangi ahli keluarga kita.
Walaupun
Azraai tahu Farisha hanya anak angkat dalam keluarganya, dia sangat sayang kan
adiknya itu. Dia selalu mengambil berat dan memantau pergerakan adiknya. Dia
juga memasanga alat kawalan keselamatan di apartmen Farisha. Dia juga selalu
menjadi tempat rujukan adiknya untuk banyak perkara.
2. Kita hendaklah
memanfaatkan teknologi untuk kesejahteraan manusia.
Karl
dan Marilyn saling bersaing dalam membangunkan sains sehingga hampir
mengorbankan zuriat sendiri. Anak yang masih kecil telah ditanam dengan
pelbagai implan dan ubat untuk menjadikannya genius tanpa diberikan ubat bius.
Karl
turut mengorbankan manusia lain untuk meneruskan uji kajinya. Contohnya, untuk
menghasilkan cyborg ciptaannya seperti Alia dan Aqram, Karl telah mengorbankan
2 orang manusia yang disayanginya iaitu Rusmina dan Akeem.
3. Kita hendaklah berfikir
sebelum membuat keputusan.
Farisha
tidak tergesa-gesa menerima tawaran Aqram dan Soft Lab untuk projek mini
bernilai tinggi. Sebaliknya, Farisha meminta pandangan abangnya yang lebih
berpengalaman iaitu Azraai.
4. Kita haruslah
menghormati orang yang berada di sekitar kita
Wanita
yang ditemui oleh Farisha di Lapangan Terbang Senai tidak seharusnya bercakap
di telefon dengan suara yang kuat sehingga mengganggu orang lain di sekitarnya.
5. Kita haruslah
menyempurnakan amanah yang diberikan kepada kita dengan baik.
Dr
Maxi berusaha untuk menunaikan amanah yang diberikan oleh Karl iaitu mencari
Farisha sehingga berjumpa. Farisha amat penting untuk menyelamatkan masa depan
Dinara.
LATAR
Latar Masa
1. Malam
Farisha
sampai di pintu apartmennya pada jam 10 malam. Dia cuba membuka pintu dengan
mengimbas kad pintar miliknya tetapi gagal. Dia menekan interkom minta bantuan
teman serumahnya, Shida untuk membuka pintu.
Pada
waktu malam juga Farisha mengunjungi rumah abangnya untuk makan malam. Pada
waktu itu jugalah Farisha mendapat tahu dua berita yang menyedihkannya iaitu
berita penyakit abangnya dan kenyataan yang dirinya hanya anak angkat kepada
keluarga Azraai.
Pada
waktu malam juga, Farisha bersama Rosman dan Shida berbincang di pejabatnya
Secured Shell untuk meneliti dokumen undang-undang projek mini yang ditawarkan
oleh Soft Lab. Perbincangan tamat pada pukul 11.30 malam kerana Farisha sakit
kepala.
Karl
meninggal dunia pada jam 7.00 malam. Ketika itu semua yang terlibat dalam
projek Dinara ada di rumah agam Karl. Alia meraung, manakala Medina menangis
teresak-esak.
2. Pagi / Siang
Farisha
gelisah menunggu kedatangan Rosman yang berjanji untuk mengambilnya. Mereka
berjanji untuk bersama-sama ke simposium di Hotel Renaissance. Ketika itu jam
menunjukkan angka 8.15 pagi. Simposium akan bermula pada jam 9.00 pagi.
Pada
waktu pagi hari yang sama iaitu pukul 10.30 pagi, Farisha dan Rosman bertemu
Aqram di Hotel Rennaisance. Aqram menawarkan projek mini di Soft Lab untuk
mereka berdua. Farisha menyalin alamat e-mel Aqram.
Peristiwa
Shida dan Farisha memulakan kerja di Soft Lab juga berlaku pada waktu pagi.
Shida bertemu dengan Khairul Anwar, manakala Farisha bertemu dan mendapat
penerangan daripada Aqram. Pada waktu pagi juga, mereka berdua bertemu Alia dan
nampak sesuatu yang pelik pada wajah Alia.
3. Petang
Pukul
4.30 petang, Shida bertemu Dr Maxi. Dia disoal tentang penyakit Farisha yang
tiba-tiba pengsan di tempat kerja.
Pada
waktu petang juga, Shida menyelongkar peti sejuk dan bilik Farisha untuk
mencari jika ada ubat yang dimakan oleh Farisha. Pada masai itulah, Shida
terjumpa fal yang mengandungi dokumen asal usul farisha. Dia berasa sangat
bersalah kerana mencuri tengok barang peribadi Farisha.
Pada
waktu petang juga Rosman dan Shida melawat Farisha di wad 2B, tempat Farisha
mendapat rawatan. Rosman berasa bersalah kerana membiarkan Farisha seorang diri
melaksanakan projek mini di Soft Lab. Mereka mendapati Farisha masih lemah,
tidak boleh banyak bercakap. Mereka minta diri untuk pulang dan berjanji akan
datang pada hari esok.
Pada
waktu petang juga 2 orang suruhan Marilyn@Medina iaitu Farid dan Amin menyusup
masuk ke dalam wad Farisha dan cuba menembusi pemikiran Farisha dengan memasang
peranti di pelipis kiri Farisha. Mereka merakamkan setiap isyarat yang
diterima.
Latar tempat
Bilik kerja Farisha di
Soft Lab
Farisha
ditunjukkan bilik yang akan digunakannya untuk menjalankan projek mini Soft
Lab. Di situ juga Farisha mendapat penerangan daripada Alia dan Aqram tentang
tugasannya. Bilik tersebut dilengkapi dengan dinding dwifungsi, boleh juga
digunakan sebagai ‘touch screen’.
Di
bilik ini juga, berlakunya sesi komunikasi Farisha dan Shida dengan saintis
yang hebat bernama Karl. Komunikasi ini berlaku secara bawah sedar yang
dikendalikan oleh Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi. Perdebatan antara Alia
dengan Dr Maxi juga berlaku di bilik ini.
Lapangan Terbang Senai
Farisha
menunggu penerbangan dari Senai ke Kuala Lumpur. Di sini dia menyaksikan sikap
manusia yang mementingkan diri, bercakap di telefon dengan kuat sehingga
mengganggu orang lain.
Monorel – Stesen kereta
api ke Puchong
Dalam
perjalanan untuk ke rumah agam Karl bersama Aqram, Farisha dapat menemui
seorang makcik dan OKU wanita yang memakai gelang getah berwarna ungu
menandakan mereka sebagai pesakit kanser. Dia berbual-bual ringkas dengan
wanita itu.
Rumah agam Karl di
Puchong
Di
sini Farisha dan Rosman dibawa oleh Aqram untuk bertemu Dr Maxi bagi
membincangkan projek mini Soft Lab. Perbincangan berlaku melibatkan bidang
tugas dan kos projek mini tersebut. Farisha terkejut dengan nilai projek mini
yang agak tinggi iaitu RM1.5 juta.
Farisha
dan Rosman turut dibawa berjumpa dengan Karl, saintis hebat yang membangunkan
Soft Lab. Dia terlantar kerana sakit kanser usus tahap 4. Dia dirawat di
rumahnya sahaja yang dilengkapi doktor dan jururawat.
Rumah Azraai
Farisha
mengunjungi abangnya untuk makan malam. Dia tidak menyangka akan menerima
khabar yang sangat buruk daripada abangnya. Malam itu dia mengetahui rahsia
penyakit abangnya dan kenyataan bahawa dia hanya anak angkat.
Latar masyarakat
1. Masyarakat yang mementingkan
kasih sayang dalam keluarga.
Azraai
dan Farisha saling menyayangi. Dua beradik ini saling mengambil berat dan risau
akan keselamatan antara satu sama lain. Azraai kerap menelefon adiknya dan
memasang iterkom yang bersambung antara apartmen Farisha dengan rumah Azraai.
2. Masyarakat yang
mementingkan diri sendiri.
Wanita
di lapangan terbang yang bercakap di telefon dengan suara yang kuat. Dia tidak
pedulikan orang yang ada di sekelilingnya sehingga membuat Farisha berasa
jengkel.
3. Masyarakat yang suka
bersaing untuk menunjukkan kehebatan diri
Marilyn@Medina
dan Karl saling bersaing untuk menunjukkan kehebatan masing-masing dalam dunia
penyelidikan sains. Karl tidak dapat menerima kenyataan yang Marilyn lebih
hebat daripadanya. Karl telah mensabotaj Marilyn sehingga dia menjadi gila.
4. Masyarakat yang
celik ICT
Farisha,
Marilyn@Medina dan Karl merupakan antara contoh masyarakat yang sangat hebat
dalam dunia ICT. Mereka mampu mencipta program baharu dan mampu juga menggodam
computer. Azraai juga seorang yang pakar dalam ICT dan mengaplikasikannya di
rumahnya dan apartmen Farisha.
5. Masyarakat yang
teguh memegang amanah / janji
Dr
Maxi, aqram dan Khairul Anwar teguh memegang amanah Karl untuk mencari Farisha
sehingga berjumpa. Mereka juga menjaga Farisha dengan baik kerana menunaikan
amanah Karl. Hal ini demikian kerana, Farisha sangat penting untuk
menyelamatkan Dinara.
6. Masyarakat yang
bijak
Farisha
ialah seorang gadis yang sangat bijak. Walaupun baru sahaja mendengar
penerangan ringkas tentang Dinara daripada Aqram, dia telah dapat mengesan
kelemahan Dinara. Walaupun belum memulakan penggodaman, Farisha telah nampak
banyak kelemahan Dinara. Kerana kebijaksanaannya itulah, dia diperlukan untuk
menyelamatkan Dinara.
Plot
Binaan Plot
1. Permulaan
– Farisha berada di lapangan terbang untuk pulan selepas menghadiri mesyuarat
di Nusajaya. Dia terasa sangat mengantuk kerana bangun awal pagi untuk berkejar
dari Kuala Lumpur ke Nusajaya dan pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.
Dia berkenalan dengan seorang pemuda di kapal terbang dan berjumpa semula
semasa Farissha menghadiri symposium di Hotel Renaissance. Pemuda itu
menawarkan projek mini yang yang bernilai tinggi di Soft Lab.
2. Perkembangan
– Hari-hari seterusnya, Farisha memulakan tugasan di Soft Lab dengan ditemani
oleh Aqram. Dia berkenalan dengan Dr Maxi dan juga saintis hebat bernama Karl.
Farisha mula mengkaji projek yang akan digodamnya iaitu Dinara dengan bantuan
Aqram dan Alia. Semasa bekerja di Soft Lab, Farisha dan Shida menemui pelbagai
maklumat berkaitan projek Dinara. Shida menimbulkan beberapa kemusykilan
tentang seorang pembantu penyelidik bernama Medina.
3. Konflik
– Farisha berasa sangat terkejut dan sedih apabila mengetahui yang dia hanya
anak angkat. Farisha menangis sepanjang malam dan tidak dapat melelapkan mata. Konflik
juga berlaku di pejabat Farisha di Soft Lab, apabila Farisha jatuh pengsan dan
dimasukkan ke hospital menyebabkan sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl
tidak dapat diteruskan. Aqram, Khairul Anwar dan Dr Maxi mengambil keputusan
untuk menggantikan tempatnya dengan Shida.
4. Klimaks
– Situasi semakin tegang apabila Shida terpaksa mengambil alih tempat Farisha
untuk sesi komunikasi bawah sedar dengan Karl. Karl marah kerana dia hanya
mahukan sesi komunikasi dilakukan dengan Farisha. Sementara itu, reaksi Shida
sungguh tidak dijangka. Dia meronta-ronta dan membanting diri kerana kejutan
situasi yang tidak pernah dialaminya. Karl masuk ke dalam tubuh Shida untuk
menyelesaikan tugasan Dinara. Tiba-tiba Medina tiba di pejabat Dr Maxi untuk
membalas dendam terhadap Karl. Berlaku perdebatan yang hebat antara Medina
dengan Karl ( Shida ). Suasana di pejabat Dr Maxi sangat tegang. Semua watak
ada di bilik Dr Maxi ketika ini.
5. Peleraian
– Di rumah agam Karl di Puchong. Karl sedang nazak. Medina sangat terkejut dan
menyesal kerana meninggalkan Karl. Setiap orang dibenarkan menemui Karl secara
perseorangan. Medina menangis teresak-esak. Alia pula meraung. Sementara yang
lain reda dengan situasi tersebut. Karl disahkan meninggal dunia pada jam 7
malam. Mayatnya dibakar dan abunya ditabur di Selat Melaka.
Teknik Plot
1. Imbas kembali
Azraai
mengimbas kembali peristiwa 26 tahun lalu ketika keluarganya menerima Farisha
sebagai anak angkat. Seorang lelaki India yang berambut hitam pekat dan seorang
lagi mungkin berketurunan Caucasian datang ke rumah mereka pada waktu petang
dengan membawa anak kecil. Anak kecil itulah Farisha. Farisha diberikan kepada
keluarga Azraai sebagai anak angkat.
2. Dialog
Contohnya
perbualan antara Aqram dan Farisha di dalam pesawat dan di Hotel Renaissance.
Perbualan
antara Khairul Anwar dengan Karl ( Shida ) yang membongkar kisah silam Khairul
Anwar.
3. Saspens
Unsur
saspens muncul ketika Shida mula menjalani sesi komunikasi bawah sedar dengan
Karl. Tindak balas meronta dan membanting-banting diri sangat mengjutkan semua
yang ada di bilik pejabat Farisha dan bilik Dr Maxi. Aqram meminta agar sesi
ditamatkan kerana bimbang kejadian lebih teruk akan berlaku. Dr Maxi menghalang.
Sesi diteruskan. Kali ini kekerasan terpaksa dilakukan. Kaki dan tangan Shida
diikat, Shida berguling-guling ke lantai, nafasnya kencang dan mata terbelalak.
Situasi sangat berbeza dengan ketika Farisha melakukan sesi yang sama. Pembaca
tertanya-tanya apa yang akan berlaku kepada Shida.
4. Pemerian
Karl
( Shida ) memerihalkan asal usul Khairul Anwar. Nama sebenarnya Muhammad Irfan.
Seorang budak comot yang mengemis di tepi jalanan. Dia mencuri dompet Karl.
Karl membawanya pulang, memberi makanan, menggantikan pakaiannya dan
menggantikan ingatannya. Lalu dia bertukar menjadi Khairul Anwar.
Gaya Bahasa
Sinkope
Contohnya
apabila kau dah sihat
nanti.
Kamu
ni kuli batak perempuan gila tu, kan?
Bahasa Inggeris
Contohnya
knowledge base , server, cyborg, lunch hour.
Istilah teknologi
maklumat
Contohnya
teknologi hypervisor, retinal scanner, mikrocip, implan, peranti.