Cari Blog Ini

Selasa, 3 Ogos 2010

TINTA SUKMA BONDA UNTUK CALON-CALON SPM 2010

Assalammualaikum... anak-anak didik cikgu semua. Peperiksaan besar anda kian menggamit waktu.... cikgu amat risau memikirkan akan persiapan yang telah cikgu bekalkan untuk anak-anak semua. Cukup ataupun tidak. Saban hari cikgu perhatikan anak-anak didik cikgu kian rajin menyelak helaian demi helaian nota dan buku rujukan... mungkin sedang mengemaskan langkah perjuangan untuk peperiksaan besar ini. Kalau begitulah adanya, alhamdulillah... lega hati cikgu. Anak-anak didik cikgu di kelas 5 Ibnu Rusyd dan 5 Ibnu Sina.... janganlah berlengah lagi, masa tidak menunggu kita.... sekali detik waktu berlalu, ia tak akan datang kembali.... Harith, Hariz, Syukri, Faris, Faiz, Syafiq, Fahmi, Iman, Khairi ( cikgu sekadar menyebut beberapa nama... yang lain jangan berkecil hati pula...) ... ingatlah, setiap dari kalangan kita ini diberikan amanah dan tanggungjawab untuk digalas dan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya..... janganlah kita menjadi orang yang lalai melunaskan amanah dan tanggungjawab kita... setiap kita ialah juara!!! Pastikan cikgu berjumpa anda lagi sebagai juara!!! Anak-anak yang lain.... doa cikgu sentiasa mengiringi kalian, buatlah yang terbaik, cikgu sayang anak-anak didik cikgu semua.... jumpa anda di puncak kejayaan!!! PASTIKAN SPM INI DAPAT DISEMPURNAKAN DENGAN AZAM UNTUK MENGGENGGAM A+ SEMUA SUBJEK!!! AMIN..!!!

2 ulasan:

  1. terima kasih cikguuu
    (^_^)
    kami saaayaaangg cikgu

    BalasPadam
  2. aimi... bersungguh-sungguhlah untuk peperiksaan ini... moga kejayaan menjadi milik anda dan semua anak-anak didik cikgu, doa cikgu sentiasa mengiringi perjuangan kalian... aminn!!!

    BalasPadam