Cari Blog Ini

Selasa, 11 Disember 2012

Memorabilia 2012 .... kenangan mengusik jiwa

Assalammualaikum....

Apa khabar anak-anak didik cikgu semua? Rindunya dengan kalian semua... :(

Anak-anak didik cikgu yang dikasihi,
Diam tak diam, masa telahpun meninggalkan kita .... seribu satu kenangan telah kita alami bersama-sama sepanjang tahun 2012. Walau apa pun kenangan itu sama ada suka mahupun sebaliknya, cikgu harap anak-anak didik semua dapat menerimanya dengan reda dan anggaplah semua yang berlaku sebagai satu pengalaman yang amat mahal harganya. Mudah-mudahan pengalaman suka dan duka itu menjadi perencah yang mematangkan kita semua dan menjadikan kita orang yang lebih baik dari semalam...menjadi seorang insan yang dapat memberikan maanfaat kepada seluruh alam dan diberkati-Nya seluruh perjalanan hidup kita di dunia dan akhirat...Insya Allah.


Cikgu mendoakan anak-anak didik cikgu semua dikurniakan kesihatan yang cukup cemerlang untuk mengharungi cabaran 2013 dengan lebih bersemangat!

2013!!!! Kusahut cabaranmu.....ayuh kita mulakan langkah pertama kita untuk kehidupan yang lebih bermakna!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan