MENUKARKAN AYAT
AKTIF KEPADA AYAT PASIF
Latihan 1
Tukarkan ayat-ayat aktif di bawah ini kepada
ayat-ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
1)
Saya telah
menyerahkan laporan itu kepada pihak pengurusan.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2)
Anda mesti
menjelaskan yuran tersebut secepat mungkin.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3)
Saya
akan menulis rencana tentang isu vandalisme.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4)
Puan Hasnah
menghantar anak lelakinya ke sekolah berasrama.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5)
Pelajar itu
meminjami saya buku novelnya.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
6)
Mereka menaiki
komuter itu untuk ke Ampang.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Jawapan (Latihan 1)
1)
Laporan itu
telah saya serahkan kepada pihak pengurusan.
2)
Yuran tersebut
mesti anda jelaskan secepat mungkin.
3)
Rencana
tentang isu vandalisme akan saya tulis.
4)
Anak lelakinya
dihantar ke sekolah berasrama oleh Puan Hasnah.
5)
Saya dipinjami
buku novelnya oleh pelajar itu.
6)
Komuter itu
dinaiki oleh mereka untuk ke Ampang.
MENUKARKAN AYAT
PASIF KEPADA AYAT AKTIF
Latihan 2
Tukarkan ayat-ayat pasif di bawah
kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
1)
Dewan itu telah
dibersihkan oleh mereka pada petang semalam.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
2)
Jambangan bunga
ini digubah oleh Puan Mastura.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
3)
Bilik ini saya
hias dengan cantik.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
4)
Pertandingan itu
pernah kami sertai.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
5)
Keenakan masakan
barat akan anda nikmati di restoran itu.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
6)
Tugas tersebut
harus awak siapkan pada petang ini.
________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Jawapan
(Latihan 2)
1) Mereka
telah membersihkan dewan itu pada petang semalam.
2) Puan
Mastura menggubah jambangan bunga ini.
3) Saya
menghias bilik ini dengan cantik.
4) Kami
pernah menyertai pertandingan itu.
5) Anda
akan menikmati keenakan masakan barat di restoran itu.
6) Awak
harus menyiapkan tugas tersebut pada petang ini.
LATIHAN: Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
1. Mereka tidak dapat memasuki bangunan itu kerana penjaga yang
bertugas di luar bangunan itu tidak memberikan kebenaran pada mereka.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
2. Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta
mengecamkan struktur ayat di mana menyalahi hukum tatabahasa.
Kesalahan penggunaan
kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
3. Oleh kerana tilam itu lembap, penolong rumah saya telah
menjemurnya.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
4. Minyak masak yang berbau hapak itu telah ayah buang.
Kesalahan penggunaan
kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
5. Tidak saja di negara kita, tetapi juga di luar negara kebebasan
bersuara sepenuhnya tidak dilakukan.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
6. Dia menyelak saku seluarnya sebab mengambil telefon bimbit.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
7. Banyak pepohon yang teduh ditanam di kiri kanan lebuh raya.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
8. Encik Lee berjanji akan memberikan upah yang setimpal sebagai
insentif pada para pekerjanya untuk meningkatkan produktiviti syarikat.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
9. Masalah yang dihadapi oleh para pelajar-pelajar haruslah kita basmi
dengan segera.
Kesalahan penggunaan
kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
10. Selepas menghentak beras itu, kakak saya telah mengayak beras
tepung tersebut sebelum dibuat kuih.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
11. Sekumpulan pelajar-pelajar berkumpul di perkarangan sekolah
sebelum pulang untuk mendengar perutusan daripada guru kanan.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
12. Meskipun orang itu kaya dan beliau tergolong dalam gugusan orang
yang pemurah.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
13. Ketiga-tiga orang pelajar-pelajar yang cemerlang itu menerima
peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah berasrama penuh.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
14. Daripada semasa ke semasa rakyat Malaysia diingatkan agar sentiasa
memulihara ikatan perpaduan yang terjalin sejak sekian lama.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
15. Setengah penonton membaling tin minuman ke padang apabila pemain
gagal memasukkan gol.
Kesalahan penggunaan
kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
16. Saya harus tabah merempuhi cabaran ini agar supaya saya berjaya
dalam bidang perniagaan yang saya ceburi ini.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
17. Muka abang bengkak ketika disengat tebuan semasa dia mencolok buah
mangga itu.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
18. Menurut pengerusi, berapa aktiviti terpaksa dibatalkan kerana
tidak mendapat persefahaman daripada ketua jabatan.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
19. Laporan itu ada dengan Puan Zaleha untuk ditatap olehnya sebelum
dibentangkan dalam mesyuarat kelak.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
20. Semua kotak-kotak itu sudah dibawa oleh mereka dari dalam van.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
21. Bas ekspres itu terperosok ke dalam gaung sebab brek bas itu
mengalami kerosakan.
Kesalahan penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
22. Perbualan itu diadakan bagi menyelesaikan segala kesulitan bahawa
menghantui perasaan kakitangan syarikat.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
23. Mereka yang melemparkan ulasan itu sebenarnya mengambil berat
kepada segala kepincangan yang berlaku.
Kesalahan penggunaan
kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
24. Orang tua itu kesal dengan sikap anak-anaknya yang tidak mengenang
bakti itu.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
25. “Sejak dari semalam aku asyik teringat akan orang tuaku di halaman,”
kata Junaidah.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
26. Jangan terlalu memandang
ringan terhadap hiburan Timur. Sebaliknya, fikirkan cara untuk menjadikan
hiburan daripada Timur sebagai hiburan yang boleh diambil oleh remaja.
Kesalahan penggunaan kata/istilah :
Kesalahan tatabahasa :
27. Usah
menjadikan umur sebagai batasan untuk menghalang anda mencintai tradisional
seni tanah air.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
28. Pemuda
itu memesan teh ais berperasa limau sewaktu makan tengah hari di Kenyalang
Restoran.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
29.
Pengguna disaran menggunakan kemudahan ramai seperti LRT dan Monorel kerana
mengurangkan pembebasan asap dan gas yang dapat mempercepat kadar pemanasan
bumi.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
30. Galakan
penggunaan kipas angin dan bukannya pendingin sejuk harus diuar-uarkan pada
pemilik rumah di kawasan bandar.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
31.
Kegiatan kokurikulum yang dijalankan di pusat pengajian tinggi dapat
mengadakan mahasiswa yang kreatif,
inovatif serta bijak di dalam mengurus masa.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
32. Sukan
merupakan lapangan yang merangkumi semua aktiviti kecerdasan atau
kemahiran dalam sesuatu permainan.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
33. Jika dilihat daripada segi ekonomi, negara mampu
mengaut keuntungan yang lumayan melalui penganjuran kejohanan sukan yang
bermutu dan bertaraf dunia.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
34. Sukan
tidak sahaja medan untuk mempamerkan contoh permainan atlet dalam acara
masing-masing, malahan menjadi lapangan yang dapat meningkatkan mutu permainan
sukan.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
35.
Malaysia mencatatkan sejarah apabila teknologi penuaian darah pembuluh yang
diperkenalkan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dijangka dapat
mengurangkan masa menunggu pesakit yang memerlukan pembedahan lintasan jantung.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
36. Di
antara langkah untuk membasmi rasuah termasuklah rakyat menjalani kehidupan
yang bermaruah dan berintegrasi.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
37.
Permukaan lapangan yang basah dan licin dipercayai menjadi punca pesawat
berkenaan sukar dikawal ketika mendarat.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
38.
Barangan pengkomputeran tablet kini semakin diterima oleh para penggemar gajet
moden digital.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
39.
Daripada semasa ke semasa, pelbagai spesifikasi, peranan dan saiz komputer
tablet diperkenalkan oleh syarikat elektronik demi memenuhi permintaan
pengguna.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
40. Masalah
pemusnahan sampah tidak putus-putus disiarkan dengan media ekoran perasaan
tidak puas hati penduduk terhadap pihak yang bertanggungjawab mengurusnya.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
41. Sikap
prejudis orang ramai yang memandang bekas penagih dadah sebagai bebanan
masyarakat telah menolak mereka dengan kembali kepada masyarakat semula.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
42. Bagi
membentuk matlamat 1Malaysia, remaja perlu menghayati falsafah muhibah serta
kerukunan dan keharmonian antara kaum-kaum yang telah terjalin sejak sekian
lama.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan tatabahasa :
43.
Aplikasi teknologi maklumat canggih yang dilambakkan di pasaran perlu diperiksa
impaknya pada individu mahupun produktiviti sesebuah organisasi.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
44.
Kemahiran guru yang pelbagai di dalam pengajaran dan pembelajaran merupakan
wahana penting untuk meningkatkan kuantiti pengajaran.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
45. Karim
tidak bersetuju dengan lain-lain syarat yang turut disenaraikan dalam dokumen
perjanjian pembelian rumah nilai rendah tersebut.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
46. Banyak
pelanggan suka membeli-belah di kedai runcit itu yang menyediakan berbagai
barang sebagai opsyen kepada pelanggan yang berkunjung.
Kesalahan penggunaan
kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
47.
Pengetua menghadiahkan pelajar itu sebuah plat dibuat daripada gangsa yang
berhias dan berukir sebagai tanda penghargaan.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
48. Dalam bidang pendidikan zaman penjajah, penggunaan
Bahasa Melayu amat terbatas kerana bahasa itu bukan pernah diberi peluang
berperanan sebagai bahasa pengantar komponen sains dan teknologi.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
49. Ada
saintis mendakwa yang teh dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah dan
mengurangkan berat badan dan menurunkan proses penuaan.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :
50.
Kemajuan sains dan teknologi telah menghasilkan permainan audiovisual yang
canggih sehingga meminggirkan permainan tradisional yang diwarisi oleh kita
selama ini.
Kesalahan
penggunaan kata/istilah :
Kesalahan
tatabahasa :