Musim cuti sekolah yang panjang ini
tidak dibiarkan berlalu begitu sahaja walaupun keluarga sibuk dengan urusan
masing-masing.Setelah sekian lama tidak bercuti bersama sekeluarga pada tahun
2012 ini, maka kami sekeluarga mengambil keputusan untuk pergi bercuti ke
Selangor sahaja.Walaupun nama tempatnya sudah tidak asing lagi didengari tapi mungkin tempat yang jarang kita pergi itu membawa seribu kenangan bersama
keluarga bukan ? Inikan lagi menjadi seorang pelajar yang belajar di sekolah
asrama yang jarang pulang ke rumah sudah tentu percutian bersama keluarga
memberi makna yang besar baginya. Kami pergi bercuti pada Hari Natal kaum
Kristian kerana ketika itu abang, ibu dan ayahku sedang mengambil cuti.
Setiap manusia tidak terlepas dari
dugaan yang Maha Esa.Begitu juga dengan dirku tidak terlepas dari pelbagai
dugaan dan cabaran. Pelbagai cabaran yang dihadapi sebelum meniti hari bahagia
bersama keluarga antaranya ayah dikehendaki bertugas di hospital ketika itu
kerana pesakit tiada doktor untuk merawatnya.Manakala abang pula pulang ke
rumah lambat kerana keretanya rosak tetapi dengan izin-Nya segalanya selesai
dan sudah bersiap sedia untuk bertolak pada pukul 9.00 pagi.
Seminggu sebelum meniti hari
kegembiraan telah terbayang-bayang apakah aktiviti menarik di sana. Kami
bertolak dari halaman rumah pada pukul 9.00 pagi ke I-City Shah
Alam,Selangor.Walaupun pernah ke sana 4 tahun lepas, mana mungkin suasana dan
imejnya sama seperti dulu. Kami sekeluarga ke sana pada waktu tengah hari kerana
hendak memasuki Snow Walk pada harga Rm25 seorang. Snow walk dibuka bukan sahaja
pada waktu malam tapi pada waktu pagi juga. Baru sahaja menjejakkan kaki ke pintu
masuknya sudah terasa sejuk yang amat. Kami masuk berempat tanpa ibu kerana ibu
memang tidak tahan pada suhu sejuk lebih-lebih lagi suhunya 10 darjah Celsius ke bawah. Kami memakai baju sejuk yang disediakan di
pintu masuk.Terdapat 3 gelongsor yang boleh digunakan oleh kanak-kanak di bawah
pengawasan pengawai keselamatan di situ. Ketika ku sedang ingin mengambil gambar
di dalam ais yang membeku itu , aku terjatuh ke belakang seperti ‘nangka busuk’
sangkal bapaku. Apalah nasib ku ketika itu apabila orang yang berada di situ
memandang ke arah ku . Itulah dinamakan ‘malang tidak berbau’.
Masuk ke dalam Snow Walk hanya
memakan masa selama 30 minit sahaja kerana kami tidak tahan akan kesejukan di
dalamnya.Selepas itu,kami berjalan sekeliling I-City dan kami mendapati bahawa
terdapat satu tempat dinamakan 5D Movie Show.Kami pun mengambil kesempatan
untuk masuk ke dalam dengan harga seorang hanya Rm15. Kami menunggu giliran
sebelum masuk dan dibekalkan dengan sebuah cermin mata hitam. Kami rasa tidak
puas kerana dengan tayangan selama tidak sampai 10 minit dihabiskan dengan duit
Rm15. Walau bagaimanapun kami tetap teruskan perjalanan dan memasuki ‘Art Museum’
pula. Di situ terdapat pelbagai lukisan dinding berbentuk 3D dan amatlah kreatif
sekali pelukis berkenaan. Bangunan 2 tingkat itu hanya menampilkan lukisan 3D
dan bebas untuk kami mengambil gambar di dalamnya. Perjalanan kami diteruskan
lagi sehingga pukul 6 petang untuk makan petang di KFC yang berdekatan.
Bukan setakat golongan muda yang
datang bercuti di situ , malahan golongan tua pun tidak terkecuali. Sebaik sahaja
matahari terbenam mulalah bulan menjelma dek waktu ketika malam.Orang ramai
tidak putus-putus datang ke sini kami pun melangkah keluar dari situ.Sebaik
sahaja keluar bau durian menusuk hidung kami yang berada di dalam kereta pada
ketika itu tetapi apabila melihat jam waktu Maghrib telah masuk kami terpaksa
batalkan niat untuk berhenti makan durian di situ.Ayah pula teringat akan
kawannya yang menetap di Nilai 3 dan dia menelefonnya untuk berjumpa serta
makan malam bersama. Selepas kudapan malam kami telah selesai , kawan ayah
mengajak kami bermalam di rumah sewanya di Nilai 3. Tanpa segan dan silu kami
pun menuju ke rumahnya.Seharian yang amat memenatkan badan dan kami berehat di
rumah yang ekslusif itu dengan penuh selesa .
Pada keesokan harinya kami
dijamukan selera nasi lemak dari Selangor yang tidak jauh bezanya dengan nasi
lemak yang biasa cuma nasi lemak di sana lebih manis sedikit. Ketika dalam
perjalanan hendak ke Melaka pula , kawan ayah singgah di kedai durian tepi
jalan.Akhirnya hasrat semalam hendak makan durian tercapai juga buat penggemar
durian tegar seperti ku ini.Setiba sahaja di tempat pembayaran Tol kawasan
Nilai 3 kami mengucapkan jutaan terima kasih dan selamat tinggal kepada kawan
ayah kerana menyediakan tempat tidur semalaman buat kami.
Kami bertolak ke Melaka pada pukul
10 pagi dan dijangka tiba pada pukul 11.00 pagi. Kehadiran kami ke Melaka untuk
menyambut Hari Lahir ibu saudara ayah yang menetap di Ayer Keroh. Pelbagai
gelagat makcik-makcik yang berada di situ membuatkan kami tidak henti ketawa
.Kira-kira 3 jam berada di sana kami teruskaan perjalanan ke Air Panas Air Keroh
untuk merehatkan badan dan berendam air panas di situ. Cuaca pada ketika itu
agak mendung tetapi tidak menghalang kami untuk merendam kaki .Kami pulang ke
Johor Bahru pada pukul 8 malam selepas makan malam di Kawasan Pak Bakar Villa ,
Muar.
Dua hari merupakan hari yang
singkat buat kami tetapi dua hari itulah membuat kami sekeluarga lebih rapat
dalam ukhuwah.Memandangkan tahun hadapan adalah tahun terpentingku iaitu Sijil
Pelajaran Malaysia mungkin ini kali terakhirku bercuti bersama keluarga kerana
sibuk dengan belajar.Pelbagai suka dan duka , manis dan pahit kami sekeluarga
di sana.Semoga keluarga ku terus bersama sehingga keakhirnya dan tidak berpecah
bak kata pepatah ‘Carik-carik bulu ayam , lama-lama akan tercantum jua’.
Syafiqah Nabilah binti Razali
Kelas 5 AKD