Cari Blog Ini

Isnin, 29 Julai 2013

Titipan mesra Bahasa Melayu Dekat di Hati.... sempena Cuti Lebaran 2 Ogos 2013 hingga 18 Ogos 2013


http://speakerpecah.blogspot.com

Asalammualaikum anak-anak didik cikgu semua...
Salam Syawal... salam lebaran... salam ukhuwah untuk anak-anak semua...

Satu Syawal menjelang tiba,
Takbir bergema menggetar sukma,
Sekiranya ada salah dan dosa,
Ampun dipinta di hari mulia.


Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin.


Seperti biasa, titipan mesra akan cikgu bekalkan untuk anak-anak didik semua ... agar masa terluang dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, lambaian kecemerlangan menjadi pemangkin...

Pastikan, tugasan ini disiapkan sebelum berakhirnya tarikh percutian...

Titipan mesra untuk anak-anak didik 5 al Kindi yang cemerlang terbilang :

Sila buat rujukan Internet tentang isu-isu berikut dan cetak bahan-bahan yang berkaitan untuk aktiviti susulan di kelas.

1. Cara-cara menghargai jasa ibu bapa.
2. Kepentingan menghargai warisan budaya bangsa.
3. Peranan ibu bapa memeupuk amalan membaca
4. Kepentingan dan cara menghargai jasa guru
5. Punca pencemaran alam dan langkah mengatasinya.

Titipan mesra untuk anak-anak didik 3 Omar dan 3 Othman yang pintar bestari :

Tugasan 1 :
Sila buat rujukan Internet tentang isu-isu berikut dan cetak bahan-bahan yang berkaitan untuk aktiviti susulan di kelas.

1. Cara memupuk amalan berjimat-cermat dalam kalangan remaja.
2. Peranan pelbagai pihak dalam memupuk amalan membaca,
3. Kepentingan menjaga warisan warisan bangsa.

Tugasan 2 :
Lengkapkan 1 set latihan kertas 1 yang telah diberikan.


Titipan mesra untuk anak-anak didik 1 Abu Bakar yang arif bijaksana :

B6 DT1 E1
Menghasilkan puisi menggunakan pelbagai ungkapan yang indah.

Berdasarkan cerpen Sepucuk Surat Daripada Kawan, anak-anak didik semua dikehendaki membina satu klip video menggunakan aplikasi 'movie maker' bagi menghasilkan puisi  ( pantun atau sajak ) tentang sinopsis, watak dan perwatakan, tema dan persoalan serta  nilai dan pengajaran.

Klip video ini perlu dimuatkan dengan suara anak-anak mendeklamasi atau melagukan puisi yang telah dihasilkan. Masukkan juga elemen gambar dan muzik latar yang sesuai.

Sila rujuk contoh berikut sebagai panduan http://www.youtube.com/watch?v=XjDUHz2VC_0

Salam sayang daripada cikgu dan selamat belajar !!

1 ulasan: