Cari Blog Ini

Sabtu, 22 Mac 2014

Titipan mesra cuti semester pertama 20-29 Mac 2014 ... untuk nak-anak didik 1 Abu Bakar dan 1 Othman ...

Assalammualaikum wbh

Apa khabar anak-anak didik cikgu yang dikasihi...
Cuti semester pertama telah pun bermula. 
Pasti cuti ini disambut dengan sangat gembira bukan ...
Walau bagaimanapun, saat-saat cuti ini perlulah dimanfaatkan dengan melakukan aktiviti yang berfaedah.... tamsilnya dengan mengulang kaji pelajaran, membaca buku cerita, aktiviti bersama keluarga dan riadah di taman. Baiklah ... untuk mengisi masa cuti anak-anak didik semua, cikgu ada menitipkan beberapa tugasan untuk anak-anak semua. 
Tugasannya adalah seperti berikut :

Tugasan pertama :

Anak-anak semua dikehendaki untuk memilih sebuah buku cerita berinformasi / bahan bacaan ilmiah / buku motivasi. Selesaikan pembacaan dan hasilkan sebuah ulasan dalam bentuk slaid power points. Ulasan anda hendaklah mengandungi sinopsis ringkas buku, ciri-ciri istimewa buku dan nilai murni/pengajaran/mesej yang dapat diperoleh daripada buku tersebut. Lengkapkan juga slaid anda dengan gambar penulis dan biodata penulis. Dialu-alukan juga untuk mengemukakan tajuk-tajuk buku lain hasil karya penulis.

Tugasan kedua :

Bagi slot wacana ilmu seterusnya, anak-anak didik cikgu dikehendaki untuk menyiapkan 3 slaid yang mengandungi pantun-pantun yang menarik dan bersesuaian  yang dapat diaplikasikan dalam penulisan.

Hasil kerja anda boleh die-emelkan kepada e-mel cikgu
latifahtarkep@yahoo.com

Selamat bercuti !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan