Assalammualaikum wbh anak-anak didik 1 Othman yang cikgu kasihi. Cikgu mohon maaf kerana agak terlewat untuk memuat naik bahan untuk tugasan minggu ini. Ada kekangan masa sedikit ... :)
Baiklah ... berikut cikgu sertakan karangan ulasan yang anak-anak pelajar buat dalam kelas tempoh hari. Apa yang perlu anak-anak pelajar lakukan adalah
1. Kenal pasti isi tersirat yang relevan. ( Isi tersirat tentang langkah-langkah menggalakkan masyarakat membaca karya sastera)
2.
Nyatakan sekurang-kurangnya dua isi tersirat anda dalam ruangan komen. Bina ayat yang lengkap dan gramatis untuk isi tersirat tersebut. ( Jangan lupa nyatakan nama anda )
Ulasan : Faedah membaca karya sastera
Hasil perbincangan dan pembentangan kumpulan
Dasawarsa ini, karya
sastera kurang diminati oleh para pembaca. Terdapat beberapa faedah membaca
karya sastera. Membaca karya sastera dapat meningkatkan
kemahiran berbahasa para pembacanya. Selain itu ,kita dapat menambah kosa kata dengan lebih mendalam. Tamsilnya,
kosa kata laras sains dan komputer. Seterusnya ,karya sastera menampilkan nilai-nilai murni yang dapat kita contohi seperti
tolong-menolong. Di samping itu, karya sastera memberi
pengajaran untuk kita mengubah sikap kepada yang lebih baik. Membaca
karya sastera juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan
semangat cinta akan negara. Tuntasnya, kita perlulah kerap membaca karya
sastera untuk memperkaya pengetahuan kita.
Cikgu tunggu komen-komen anda .... selamat menjawab!
Dasawarsa ini, karya sastera kurang diminati oleh para pembaca. Terdapat beberapa faedah membaca karya sastera. Membaca karya sastera dapat meningkatkan kemahiran berbahasa para pembacanya. Selain itu ,kita dapat menambah kosa kata dengan lebih mendalam. Tamsilnya, kosa kata laras sains dan komputer. Seterusnya ,karya sastera menampilkan nilai-nilai murni yang dapat kita contohi seperti tolong-menolong. Di samping itu,membaca karya sastera juga dapat menambah ilmu pengetahuan dan meningkatkan semangat cinta akan negara.Antara langkah-langkah untuk memupuk masyarakat membaca karya sastera ialah pihak sekolah mestilah membuat minggu pembacaan karya sastera.Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen mengarang karya sastera.Tuntasnya, kita perlulah kerap membaca karya sastera untuk memperkaya pengetahuan kita.

BalasPadamMikail Mirza
1 OTHman