Selamat Bercuti ... dan menyambut Ramadan bersama keluarga yang tersayang. Salam Ramadan Kareem untuk anak-anak didik Cikgu L yang tersayang ... manfaatkanlah masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan memberi impak positif. Di samping menyiapkan tugasan sekolah ... jangan lupa imarahkan Ramadan anak-anak dengan membanyakkan aktiviti mengaji al-Quran, jaga waktu solat, bersolat Tarawih, bersedekah dan banyakkan membantu ibu ayah di rumah. Insya Allah kejayaan menanti anak-anak semua.
Baiklah ... seperti yang telah Cikgu L janjikan, tugasan masa cuti anak-anak sedia menanti ... hehe ... harap terima titipan mesra ini dengan hati yang berbunga-bunga riang ya ...😃😃😃
Titipan mesra untuk anak-anak didik 1 Ali dan 1 Othman yang hebat dan cerdas!
1. Cari maklumat tentang jenis-jenis kata ganda. Anak-anak boleh buat rujukan Internet ya 😃
2. Langkah seterusnya ... buat bahan pembentangan tentang jenis-jenis kata ganda tersebut dan contoh ayat yang menggunakan keta ganda tersebut dalam bentuk e-Komik ... ingat lagi tak nak buat e-Komik macamana? Rujuk langkah 3 😊
3. Buat e-Komik dengan menggunakan aplikasi Toondoo ... macam contoh ini ..
4. Bila dah siap semua tu ... boleh maklumkan kepada Cikgu L dengan menghantar e-mel kepada ahliazahid@gmail.com ya. Beri juga link Toondoo anak-anak yang telah siap tu ya.
5. Tugasan ini boleh disiapkan secara individu atau berpasangan.
Selamat berToondoo 😃
Titipan mesra untuk anak-anak didik 3 Omar yang pintar bistari!
1. Cari peribahasa dengan tema kerjasama, ibu bapa dan kegigihan/usaha.
2. Padankan dengan gambar atau klip video yang bersesuaian dengan peribahasa tersebut.
3. Anak-anak boleh membuat rujukan Internet.
4. Sediakan 5 peribahasa untuk setiap tema. Mesti dilengkapkan dengan gambar/klip video yang beseruaian, maksud peribahasa dan contoh penggunaannya dalam ayat.
5. Siapkan bahan pembentangan tersebut sebagai klip video yang berdurasi 5 minit. Anak-anak boleh menggunakan aplikasi Powtoon seperti contoh ini ...
6. Bila dah siap semua tu ... boleh maklumkan kepada Cikgu L dengan menghantar e-mel kepada ahliazahid@gmail.com ya. Beri juga link Powtoon anak-anak yang telah siap tu ya.
7. Tugasan ini boleh disiapkan secara individu atau berpasangan.
Selamat berPowtoon ..😃😃😃
Titipan mesra untuk anak-anak didik 5 Ibnu Sina yang terampil dan berwibawa!!
1. Tugasan yang sangat mudah untuk anak-anak didik 5 Ibnu Sina ini memerlukan beberapa peralatan sahaja.
- Telefon pintar
- Latar belakang yang sesuai
- Jurukamera atau boleh sahaja gunakan 'monopod' untuk rakaman sendiri 😃😃😃
2. Anak-anak perlu menyiapkan satu klip video pendek berdurasi 5 minit tentang mana-amana satu tajuk yang berikut :
Pencemaran alam
Jenayah siber
Kesan penggunaan telefon bimbit
Peranan ibu bapa membentuk anak yang berkualiti
Cara-cara memupuk semangat patriotik
3. Anak-anak boleh menyunting klip video tersebut menggunakan apa-apa sahaja aplikasi yang sesuai. Boleh jadikan video ini sebagai contoh ya ...😊
4. Bila dah siap semua tu ... boleh maklumkan kepada Cikgu L dengan menghantar e-mel kepada ahliazahid@gmail.com ya. Beri juga link video anak-anak yang telah siap tu ya.
5. Tugasan ini boleh disiapkan secara individu atau berpasangan.
Cikgu L nantikan tugasan anda semua tau !!!