Cari Blog Ini

Sabtu, 27 Mei 2017

Titipan mesra cuti pertengahan tahun ( 26 Mei - 10 Jun 2017 ) ... Bahasa Melayu Dekat di Hati

Assalammualaikum anak-anak didik  yang Cikgu L kasihi,

Selamat Bercuti ... dan menyambut Ramadan bersama keluarga yang tersayang. Salam Ramadan Kareem untuk anak-anak didik Cikgu L yang tersayang ... manfaatkanlah masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan memberi impak positif. Di samping menyiapkan tugasan sekolah ... jangan lupa imarahkan Ramadan anak-anak dengan membanyakkan aktiviti mengaji al-Quran, jaga waktu solat, bersolat Tarawih, bersedekah dan banyakkan membantu ibu ayah di rumah. Insya Allah kejayaan menanti anak-anak semua. 


Baiklah ... seperti yang telah Cikgu L janjikan, tugasan masa cuti anak-anak sedia menanti ... hehe ... harap terima titipan mesra ini dengan hati yang berbunga-bunga riang ya ...πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Titipan mesra untuk anak-anak didik 1 Ali dan 1 Othman yang hebat dan cerdas!

1. Cari maklumat tentang jenis-jenis kata ganda. Anak-anak boleh buat rujukan Internet ya πŸ˜ƒ
2. Langkah seterusnya ... buat bahan pembentangan tentang jenis-jenis kata ganda tersebut dan contoh ayat yang menggunakan keta ganda tersebut dalam bentuk e-Komik ... ingat lagi tak nak buat e-Komik macamana? Rujuk langkah 3 😊
3. Buat e-Komik dengan menggunakan aplikasi Toondoo ... macam contoh ini ..

4. Bila dah siap semua tu ... boleh maklumkan kepada Cikgu L dengan menghantar e-mel kepada ahliazahid@gmail.com ya. Beri juga link Toondoo anak-anak yang telah siap tu ya. 
5. Tugasan ini boleh disiapkan secara individu atau berpasangan. 

Selamat berToondoo πŸ˜ƒ


Titipan mesra untuk anak-anak didik 3 Omar yang pintar bistari!

1. Cari peribahasa dengan tema kerjasama, ibu bapa dan kegigihan/usaha.
2. Padankan dengan gambar atau klip video yang bersesuaian dengan peribahasa tersebut.
3. Anak-anak boleh membuat rujukan Internet.
4. Sediakan 5 peribahasa untuk setiap tema. Mesti dilengkapkan dengan gambar/klip video yang beseruaian, maksud peribahasa dan contoh penggunaannya dalam ayat.
5. Siapkan bahan pembentangan tersebut sebagai klip video yang berdurasi 5 minit. Anak-anak boleh menggunakan aplikasi Powtoon seperti contoh ini ...

6. Bila dah siap semua tu ... boleh maklumkan kepada Cikgu L dengan menghantar e-mel kepada ahliazahid@gmail.com ya. Beri juga link Powtoon anak-anak yang telah siap tu ya. 
7. Tugasan ini boleh disiapkan secara individu atau berpasangan. 

Selamat berPowtoon ..πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

Titipan mesra untuk anak-anak didik 5 Ibnu Sina yang terampil dan berwibawa!!

1. Tugasan yang sangat mudah untuk anak-anak didik 5 Ibnu Sina ini memerlukan beberapa peralatan sahaja. 
  •       Telefon pintar
  •       Latar belakang yang sesuai
  •       Jurukamera atau boleh sahaja gunakan 'monopod' untuk rakaman sendiri πŸ˜ƒπŸ˜ƒπŸ˜ƒ

2. Anak-anak perlu menyiapkan satu klip video pendek berdurasi 5 minit tentang mana-amana satu tajuk yang berikut :

      Pencemaran alam
      Jenayah siber
      Kesan penggunaan telefon bimbit 
      Peranan ibu bapa membentuk anak yang berkualiti
      Cara-cara memupuk semangat patriotik 

3. Anak-anak boleh menyunting klip video tersebut menggunakan apa-apa sahaja aplikasi yang sesuai. Boleh jadikan video ini sebagai contoh ya ...😊

      
4. Bila dah siap semua tu ... boleh maklumkan kepada Cikgu L dengan menghantar e-mel kepada ahliazahid@gmail.com ya. Beri juga link video anak-anak yang telah siap tu ya. 
5. Tugasan ini boleh disiapkan secara individu atau berpasangan. 


Cikgu L nantikan tugasan anda semua tau !!!












Tiada ulasan:

Catat Ulasan