"Rumahku, syurgaku".
Kenyataan ini menunjukkan betapa pentingnya peranan ahli keluarga dalam kehidupan seseorang. Keluarga impian saya ialah keluarga bahagia. Apakah ciri-ciri yang harus ada pada sesebuah keluarga bahagia? Cuba fikirkan sejenak! Bertitik tolak daripada manifestasi tersebut, setiap individu harus memikul dan melaksanakan kewajipannya untuk mewujudkan keluarga bahagia.
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam mewujudkan kebahagiaan dalam keluarga. Ibu bapalah yang akan membentuk keperibadian dan sahsiah anak-anak. Ibu bapalah yang akan membekalkan kehidupan sempurna kepada anak-anak. Anak diibaratkan sebagai sehelai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkannya sama ada seindah warna pelangi atau semalap masa depannya. Ibu bapanya yang merupakan guru terdekat harus menunjukkan teladan yang baik. Ibu bapa ialah teladan anak-anak, bak kata pepatah ,”bagaimana acuan, begitulah kuihnya”.
Pendidikan bermula dari rumah. Ibu bapa hendaklah mengajar anak-anak untuk membezakan “yang mana intan, yang mana kaca”. Ibu bapa harus mengawasi perlakuan dan memantau kegiatan luar anak-anak supaya mereka yang baru berumur setahun jagung, darah setampuk pinang tidak terjebak dalam kancah negatif. Ibu bapa harus memastikan anak-anak tidak bergaul dengan rakan sebaya yang buruk akhlak. Selain itu, ibu bapa harus mencurah kasih sayang sepenuhnya kepada anak-anak seperti “menatang minyak yang penuh” . Didikan agama dan moral yang teguh harus disemai dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi, bak kata pepatah “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Seseorang yang tidak mempunyai pegangan agama dan moral yang teguh diibaratkan seperti “kapal tanpa nakhoda”.
Tambahan pula, ibu bapa harus meluangkan masa untuk menemani anak-anak dan memahami masalah mereka di samping berusaha menyelesaikannya. Ibu bapa hendaklah mengambil berat terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa janganlah begitu rakus mengejar fatamorgana mereka dalam aspek kebendaan sehingga mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak-anak. Hukuma-hakam Arab pernah mengatakan bahawa anak- anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu bapa yang sibuk adalah yatim.
Untuk mewujudkan keluarga bahagia, anak-anak hendaklah menuruti ajaran ibu bapa. Anak-anak harus belajar bersungguh-sungguh, mendapatkan keputusan cemerlang untuk membalas jasa ibu bapa. Anak-anak sepatutnya memuliakan dan menjaga maruah diri dan keluarga dengan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang tidak sihat seperti vandalisme, lumba haram, menagih dadah dan sebagainya. Anak-anak yang berjaya hendaklah mengenang jasa ibu bapa dan janganlah bersikap seperti “kacang lupakan kulit”. Anak-anak janganlah lupa bahawa ibu bapalah yang mendidik, membimbing, dan menjaga mereka. Kalau bukan ibu bapa, siapakah kita?
Anak-anak hendaklah mentaati ibu bapa. Dalam sesebuah keluarga, ahli-ahli keluarga saling menghormati dan memahami. Ahli-ahli keluarga sepatutnya bertolak-ansur dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham. Keluarga bahagia ialah keluarga yang harmani, aman dan damai. Ahli-ahli keluarga akan saling membantu dan bekerjasama, bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
Natijahnya, semua ahli keluarga berperanan mewujudkan keluarga bahagia. Institusi keluarga boleh diibaratkan sebuah bangunan yang terdiri daripada berjuta-juta batu-bata. Keluarga bahagia banyak memerlukan unsur juga. Contohnya, kasih sayang, kerjasama, toleransi dan sebagainya. “Rumahku, syurgaku.” Keluarga bahagia ialah keluarga impian saya.
Novel : Kampung Girl - Umi Kalsom
Setahun yang lalu



39 ulasan:
terima kasih kerana saya boleh membetulkan karangan saya
lari tajuk- keluarga impian saya?
karangan cikgu bnyk bantu ruat folio,terima kasih
terima kasih kerana sy dapat mencepat kan kerja sy terima kasih :) ;)
terima kasih kerana saya boleh membetulkan karangan saya . terima kasih cikgu latifah .
terima kasih kepada cikgu latifah atas karangan yang menarik ini...>3
karangan cikgu dapat membantu saya dalam kerja folio saya. Terima kasih cikgu :D
cik latipah mesti mempunyai keluarga bahagia dan harmoni.tq kerana membantu saya membuat kerja moral.
tankx 4 ur essay.. i did my moral folio nicely wit ur sample essay.. sooo tankx again..
tttttttttttttttqqqqqqqqqqqqqqq...krgn saya akhirnye siap!...ye
macammane nk save file nie
thanx a lot.. it may give me a high mark 4 my essay..
saya tidak tahu pun untuk membuat karangan keluarga tettapi saya masih kecil saya berumur 8 tahun dan cikgu saya menyuruh saya membuat karangan keluarga saya..............
terima kasih cikgu latiah! saye dapat menyiapkan kerja sekolah saye.. thanks a lot!!
trimas ckigu... jasa ckgu akn dikenang sampai ble2... smoga ckgu sekeluarga hidup aman n dmurahkn rezeki... amin...
The best la krgn nie..i li it vry much!..
mnjdi smber inspirasi utk trial sy nanti dlm tajuk kekeluargaan...trimas..=)...two thumbs up!
Terima kasih kerana membantu saya dalam menyiapkan folio ini
terima kasih ya... saya dah siap kerja folio~
karangan yang bagus...
terima kasih ,
dengan karangan cikgu saya dapat idea untuk buat karangan yg baik ,
terima kasih :)
This is fantastic! Thanks a lot x
terima kasih cikgu tetapi adakah keluarga impian dengan keluarga bahagia sama maksud
thankz a lot. info yg bnyk membantu.
terime kasih bnyk2x kerane membantu saye untuk menyiapkan kerja sekolah................
terima kasih cikgu . byk kegunaannya
terima kasih ya cikgu
dengan karangan yang cikgu berikan,akak saya tak perlu bersusah payah mencari di perpustakaan.tq cikgu
memang best
terima kasih kerana saya dapat meniru karangan cikgu! :D
tq very much ! saya dpt membetulkan karangan saya yg bnyk salah ni .. hehe ^^
thank you ,cikgu latifah .kerana saya boleh siapkan karangan yang diberi oleh cikgu saya dengan meniru karangan kamu...>.< ^^
tq it was very helpful 4 me 2 finish my works
tq 4r ur idea because ur essay i get A in my essay .tq very much
Terima kasih...
kerana karangan ini,saya dapat membetulkan ksilapan di dalam karangan saya
tq karangan nie dapat membantu saya membuat kerja kursus sye
Thanks, useful for moral too.
tq krangn nie dpt mmbntu cy mmbuat kerj kursus
nice! this essay is interesting! tengss a lot to cikgu latifah!
terima kasih cikgu latipah..akhirnya saya dapat menyiapkan folio saya..
Catat Ulasan