Sabtu, 28 November 2009

TUGASAN SEMASA CUTI AKHIR TAHUN UNTUK PELAJAR-PELAJAR 4IS DAN 4IR , SMKAJB 2009

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu... pelajar-pelajar 4 ibnu sina dan 4 ibnu rusyd 2009.

Selamat bercuti dari cikgu.... !!! pastinya cuti anak-anak didik cikgu amat menyeronokkan apatah lagi cuti ini mungkin diisi dengan slot cuti-cuti Malaysia bersama keluarga tersayang...
namun keselamatan diri jangan diabaikan ya!! cikgu harap anak-anak didik cikgu dapat memanfaatkan masa cuti ini dengan sebaik-baiknya... InsyaAllah.

Sebenarnya cikgu ada buah tangan untuk anak-anak didik cikgu semua.... sepatutnya buah tangan ini cikgu titipkan sebelum cuti bermula, tetapi kekangan masa membataskannya. Namun masih belum terlambat untuk kita memulakannya.... baiklah, buah tangan cikgu merupakan satu tugasan yang mudah dan pasti menyeronokkan anak-anak didik cikgu semua.

cikgu harap semua anak didik dapat melengkapkan tugasan ini dengan sebaik-baiknya. Tugasnya adalah ....

1. Tulis sepucuk surat untuk cikgu.
2. Surat tersebut berkisarkan pengalaman@ aktiviti masa cuti anak-anak didik semua.
3. Emelkan surat tersebut ke
latifahtarkep@yahoo.com selewat-lewatnya pada 31 disember
2009.
4. Panjang surat tersebut... sekurang-kurangnya 350 patah perkataan. Boleh juga lampirkan
gambar-gambar yang menarik semasa percutian @ aktiviti tersebut.
5. Surat yang paling menarik, kreatif dan menyeronokkan akan menerima hadiah istimewa
daripada cikgu.

Selamat menulis dan selamat bercuti!!!

6 ulasan:

  1. assalamualaikum cikgu..
    wajib ker kene buat???
    hehehe

    -hamba allah-

    BalasPadam
  2. tugasan ini wajib disiapkan oleh semua anak didik cikgu ; pelajar 4is dan 4ir 2009.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum cikgu latifah & selamat bercuti saya ucapkan...
    Saya ada sedikit kemusykilan tentang format surat tersebut...adakah bebas atau mengikut format surat kiriman tidak rasmi?

    :-)(-:

    BalasPadam
  4. terbang jauh si pari-pari,
    untuk memberikan bantuan,
    tugasan cikgu ini,
    akan saya siapkan...

    hehehe..

    -hamba allah a.k.a hariz-

    BalasPadam
  5. slm..haha..adek2 f4..buat omwerk.jgn mls..hehe..

    BalasPadam