Cari Blog Ini

Rabu, 2 Jun 2010

TITIPAN CUTI PERTENGAHAN TAHUN ( 5 JUN HINGGA 20 JUN 2010 ) - KHAS UNTUK ANAK-ANAK DIDIK CIKGU 1 ABU BAKAR, 4 IBNU SINA, 5 IBNU RUSYD DAN 5 IBNU SINA

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu... selamat bercuti!!! Pastinya saat ini amat dinanti-nantikan oleh anak-anak semua... cikgu pun sama!! Cuti dua minggu ini pasti akan lebih bermakna, jika anak-anak dapat atur dengan aktiviti yang bermanfaat... cikgu percaya, anak-anak didik cikgu sudahpun membuat perancangan rapi sejak awal tahun kan?!

Baiklah... seperti yang cikgu janjikan, sebagai pengubat rindu untuk anak-anak didik cikgu selama 2 minggu ini tak jumpa cikgu.. hehehe.... ada titipan berharga cikgu siapkan untuk semua. Sila baca titipannya ye.... Salam sayang dari cikgu untuk anak-anak didik cikgu semua, selamat bercuti!!! Jangan nakal-nakal ye !!!

TUGASAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK 1 ABU BAKAR YANG COMEL
Sila tulis karangan respon terbuka ini.
1. Kebelakangan ini, terdapat banyak kes remaja lari dari rumah. Pada pendapat anda, mengapakah perkara ini berlaku?

2. ‘Sediakan payung sebelum hujan’.Tulis sebuah cerita yang menarik bagi menggambarkan peribahasa ini.

TUGASAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK 4 IBNU SINA YANG RAJIN
TAJUK : Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah
RANGKA JAWAPAN
1.0Pendahuluan
-Kepentingan memelihara bangunan bersejarah kepada masyarakat dan negara.
-Contoh-contoh bangunan bersejarah

2.0 Isi/Fakta : Usaha-usaha memelihara bangunan bersejarah.
2.1 Isi 1 : Pengumpulan dana
-Apakah kepentingan mengumpul dana?
-Dari manakah sumber dana boleh diperolehi?
-Berapakah anggaran kos yang diperlukan?
Penegasan Isi
: Adalah lebih molek lagi jika pelbagai pihak sudi memikul tanggungjawab
bersama bagi memastikan bangunan-bangunan tua di negara kita tidak
hilang nilai sejarahnya.

2.2 Isi 2 : Membaik pulih bangunan bersejarah
- Bagaimanakah bangunan-bangunan bersejarah boleh dipulihara?
- Apakah langkah-langkah yang perlu diberi perhatian sebelum kerja-
kerja pemuliharaan dijalankan?
- Mengapakah bangunan-bangunan bersejarah perlu dikekalkan?
Penegasan Isi :
Bangunan lama yang banyak menyimpan sejarah bangsa sewajarnya
dilestarikan dan dirawat, agar bukti sejarah ini dapat dinikmati dan
bermanfaat kepada masyarakat Malaysia.

2.3 Isi 3 : Pelbagaikan fungsi bangunan bersejarah
- Bagaimanakah fungsi bangunan bersejarah boleh dipelbagaikan?
- Apakah langkah-langkah yang perlu dilaksanakan untuk mempromosi
bangunan bersejarah yang telah diubah suai atau dibaik pulih ?
- Mengapakah penjagaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah perlu
dipertingkatkan?
Penegasan Isi :
Intihanya, bangunan-bangunan bersejarah ini perlulah dipastikan terus
berfungsi dan dikenali oleh rakyat tempatan mahupun pelancong asing agar
tidak hilang ditelan zaman.

2.4 Isi 4 : Perlindungan melalui perundangan
- Mengapakah undang-undang perlu digubal untuk memelihara bangunan
bersejarah?
- Apakah syarat-syarat yang perlu dirangka untuk mengubal undang-undang
berkaitan?
- Wajarkah bangunan-bangunan bersejarah dirobohkan demi pembangunan negara?
Penegasan Isi :
Bangunan bersejarah semakin antik dan tua, semakin mahal harganya. Oleh
itu, diharapkan melalui undang-undang, bangunan-bangunan bersejarah akan
terus kekal dan terpelihara.
3.0 Penutup
- Masyarakat Malaysia perlu peka akan kepentingan pemuliharaan bangunan
lama dan bersejarah.
- Bangunan lama yang bersejarah dapat mempertingkatkan imej dan identiti
negara.


TUGASAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK 5 IBNU SINA DAN 5 IBNU RUSYD YANG HEBAT!!


KEPENTINGAN HUTAN DAN USAHA-USAHA MEMELIHARA HUTAN

RANGKA KARANGAN
1.0 Pendahuluan
- Hutan merupakan khazanah yang amat berharga dan banyak
mendatangkan kepentingan kepada hidupan di dunia.
- Terdapat pelbagai jenis hutan di Malaysia antaranya hutan gunung,
hutan hujan tropika, hutan paya dan hutan pantai.

2.0 Isi / fakta
Kepentingan Hutan
2.1 Hutan merupakan habitat bagi flora dan fauna
- Menyediakan makanan dan perlindungan
- Flora dan fauna saling berkaitan antara satu sama lain.
- Hutan Endau Rompin dijadikan tempat perlindungan badak sumbu
- Penegasan isi

2.2 Hutan menjadi sumber ekonomi kepada negara
- Hutan mempunyai pelbagai jenis kayu kayan yang berharga
- Digunakan dalam industri pembinaan,perabot,kraftangan dan
perubatan
- Penegasan isi

2.3 Menjadi kawasan tadahan hujan
- Hutan yang luas menadah dan mengumpul air ketika hujan
- Hutan Padang Terap dan Hutan Baling di Kedah merupakan
Kawasan tadahan hujan bagi Empangan Pedu
- Penegasan isi
Usaha-usaha Memelihara Hutan

2.4 Mewartakan hutan simpan dan taman negara
- Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan untuk mengurus, memelihara dan
memulihara hutan di seluruh Malaysia
- Hutan Simpan Paya Laut Matang Perak dan Taman Negara Endau Rompin diwartakan
sebagai hutan simpan dan taman negara.
- Penegasan isi

2.5 Penguatkuasaan undang-undang
- Akta Perhutanan Negara ( Pindaan 93) dan Enakmen Industri
Berasaskan kayu (1985)
- Tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman yang berat boleh dikenakan
terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab.
- Penegasan isi

3.0 Penutup
- Hutan khazanah penting kepada manusia dan seluruh penghuni alam.
- Tindakan tegas pelu diambil kepada pihak yang bertanggungjawab bagi
mengekalkan khazanah hutan untuk tatapan generasi akan datang.

Cikgu amat menggalakkan agar anak-anak semua membuat rujukan dari sumber yang boleh menyokong sama ada sumber ilmiah atau bahan internet.Selamat menulis!!!

1 ulasan:

  1. karangan ini amat menarik...urmm..tak sabar nak buat...thanks ckgu

    BalasPadam