Cari Blog Ini

Sabtu, 28 Mei 2011

TUGASAN KECEMERLANGAN UNTUK ANAK-ANAK DIDIK 2 OTHMAN SEMPENA CUTI PERTENGAHAN TAHUN 2011

Assalammualaikum anak-anak didik cikgu semua... apa khabar? Mesti seronok ye... cuti-cuti Malaysia bersama-sama keluarga tersayang...


Baiklah, bagi menemani cuti anak-anak didik cikgu semua, ada beberapa buah tangan istimewa daripada cikgu. Buah tangan yang pasti membuatkan bahasa Melayu Dekat di Hati anak-anak didik cikgu semua.



Tugasan Pertama :

Salin dua contoh karangan berformat ( perbahasan ala parlimen dan surat rasmi ). Karangan ini haruslah menepati tema pendidikan untuk perbahasan dan alam sekitar untuk surat rasmi. Anak-anak boleh merujuk mana-mana buku yang bersesuaian.

Seterusnya, dalam setiap karangan tadi, anak-anak kenal pasti sepuluh perkataan sukar atau frasa menarik, cari maksud dengan merujuk kamus dan bina ayat menggunakan perkataan sukar atau frasa menarik tersebut.

Tugasan Kedua :

Salin dua contoh karangan tidak berformat ( karangan fakta/perbincangan ). Karangan ini haruslah menepati tema pelancongan kesihatan dan kenegaraan / semangat patriotik. Anak-anak boleh merujuk mana-mana buku yang bersesuaian.

Seterusnya, dalam setiap karangan tadi, anak-anak kenal pasti sepuluh perkataan sukar atau frasa menarik, cari maksud dengan merujuk kamus dan bina ayat menggunakan perkataan sukar atau frasa menarik tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan