Cari Blog Ini

Isnin, 29 Mac 2010

LATIHAN KELAS KECEMERLANGAN 5IR DAN 5IS

Kali ini cikgu mencadangkan soalan-soalan yang berfokus pada dimensi isu antarabangsa. Soalan ini memang agak mencabar minda calon-calon SPM untuk mencubanya. Hal ini demikian kerana, calon-calon SPM perlu bersiap sedia dengan maklumat atau fakta yang berkaitan dengan sesuatu isu antarabangsa itu. Calon-calon SPM perlulah membuat rujukan terlebih dahulu dan membaca bahan-bahan tersebut daripada majalah, akhbar, Internet, jurnal dan sebagainya. Saya percaya bahawa memang ada calon SPM yang suka akan soalan dimensi ini. Soalan-soalan latihan tersebut adalah seperti yang berikut.


Latihan 1

Industri pelancongan negara turut menerima tempias akibat wabak selesema burung dan penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk (SARS) yang berlaku di kebanyakan negara di dunia beberapa tahun lalu.

Sarankan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara kita dan negara-negara yang terlibat.


Latihan 2

Kegiatan pengganas dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang meletupkan bangunan-bangunan tertentu di beberapa buah negara telah menyebabkan kesengsaraan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat dunia.

Berikan komen anda tentang penyataan tersebut.


Latihan 3

Kemasukan pendatang asing tanpa izin dari negara asing ke Malaysia telah menimbulkan masalah dari segi ekonomi, sosial, dan menyebabkan ketegangan hubungan diplomatik antara negara yang terlibat.

Bincangkan penyataan di atas.

Latihan 4

Pelaksanaan Zon Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA) telah menyebabkan pengeluar dan produk sesebuah negara itu tidak lagi mendapat perlindungan untuk bersaing kerana pengguna boleh memilih produk yang lebih berkualiti dan lebih murah harganya daripada negara lain.

Huraikan pendapat anda tentang penyataan tersebut.

Oleh Cikgu Mohd Khir Kassim
Posted by Mohd Khir Kassim at 5:15 PM

9 ulasan:

  1. Kita dapat menyaksikan bahawa ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat. Projek pembangunan raksasa berjalan dengan lancar. Sebagai hasilnya, wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah kekurangan tenaga kerja. Jadi, Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari rezeki lumayan. Namun kemasukan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan pelbagai masalah. Jumlah pekerja asing di negara ini berjumlah 1.85 juta orang dengan pendatang Indonesia sahaja berjumlah 1.2 juta orang diikuti Nepal seramai 200,000 orang. Semua mereka ini termasuk yang datang dari Mynmar, Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan negara di benua Afrika.Berdasarkan fakta ini,pelbagai masalah timbul dari segi ekonomi, sosial, dan menyebabkan ketegangan hubungan diplomatik antara negara yang terlibat.

    BalasPadam
  2. tahniah! zulaikha... teruskan menulis untuk mencapai kecemerlangan A+ bahasa Melayu!!

    BalasPadam
  3. Kebanyakan masyarakat Malaysia sudah mengetahui tentang SARS (severe Asian respiratory syndrome) atau dikenali Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk dan Selsema Burung. wabak penyakit ini pernah menggemparkan dunia dengan mencatat jumlah kematian yang tinggi terutamanya negara-negara di Asia seperti China , Hong Kong , dan Singapura.kesannya wabak ini telah menggugat kestabilan ekonomi negara terbabit .negara kita juga tidak terkecuali menerima tempias akibat wabak terbabit terutamanya industri pelancongan yang agak suram .beberapa langkah telah diambil oleh negara -negara di Asia terutamanya termasuk Malaysia bagi menangani wabak ini daripada merebak.

    -fatnin dan fatin hanani

    BalasPadam
  4. sebagai sebuah negara yang pesat membangun,Malaysia tidak dapat mengelak daripada bergantung kepada tenaga kerja asing.Dengan kapasiti penduduk sekitar 26 jita orang,ia tidak mampu menampung keperluan twenaga kerja dalam setiap sektor yang sedang rancak berkembang.Berdasarkan statistik Persekutuan Majikan Malaysia (MEF),tenaga kerja asing yang dianggarkan sekitar 2.5 juta orang mewakili 25 peratus daripada jumlah keseluruhan pekerja di negara ini.

    nurhabibah nabilah
    nur fateha

    BalasPadam
  5. Hariz dan Shukry selamanya mengutuk sekeras-kerasnya dan mengecam tindakan biadap Israel yang melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu melalui pesawat pejuang, mengakibatkan kira-kira 229 terbunuh manakala lebih 300 lagi cedera.Shukry berkata sikap zalim itu membuktikan bahawa Israel merupakan pengganas dunia yang sebenarnya dan bukan gerakan-gerakan Islam yang dilabel seumpamanya."Kita merasa sedih dan kecewa apabila umat Islam yang tidak berdosa terbunuh dan selama 60 tahun konflik Palestin, tidak ada banyak yang berubah malah lebih banyak yang terkorban."Ini satu kegagalan nyata dasar yang dilaksanakan oleh Bush dan Blair (Presiden Amerika dan bekas Perdana Menteri Britain) yang memberi keuntungan kepada Israel tetapi memusnah masa depan umat Islam Palestin malah negera-negara lain seperti Iraq dan Afganistan." tegas Shukry.Hariz katanya mahu Persidangan Negara-negara Islam (OIC) bertindak segera malah bersatu mendepani 'musuh' utama yang perlu dihukum dan dilakukan tindakan drastik supaya nasib umat Islam dan penduduk Palestin terbela dan mencapaikan kemerdekaan sewajarnya."Jangan OIC bersikap tunggu dan lihat sahaja. Jadikan ini sebagai kemuncak dan nokhtah bahawa kita tidak boleh diperkotak-katikkan dan kita beri pengajaran kepada mereka," katanya yang juga anak didik Cikgu Latifah.Kadangkala,pesawat pejuang Israel melancarkan kira-kira 30 peluru berpandu ke arah kedudukan ibu pejabat polis Hamas di Genting Gaza.Serangan besar-besaran yang bermula pada pukul 11.30 pagi (5.30 petang waktu Malaysia) itu memusnahkan ibu pejabat serta beberapa pekarangan polis Hamas dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan lain.Mangsa yang terkorban termasuk di bandar Gaza, Khan Younis dan Rafah, lapor Al- Jazeera dengan memetik kenyataan ketua perkhidmatan ambulans di Gaza.Antara yang terbunuh ialah ketua polis Gaza, Mejar Jeneral Tawfiq Jabber.Sejurus selepas serangan itu, Hamas dan puak-puak Palestin lain mengisytiharkan, mereka telah mengarahkan pejuang masing-masing supaya menuntut bela terhadap keganasan rejim Yahudi itu."Semua pejuang diarah bertindak balas terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan oleh Israel," menurut kenyataan Hamas, Jihad Islam dan puak bersenjata lain yang dipetik daripada agensi berita.Tentera Israel mengesahkan mereka melancarkan serangan tersebut, yang menyusuli keputusan Kabinet keselamatan Perdana Menteri, Ehud Olmert untuk memperhebatkan tindakan balas ke atas pejuang Palestin yang melancarkan roket ke wilayah Israel.Israel sebelum ini memberi amaran akan melancarkan serangan ke atas kedudukan Hamas di Gaza berikutan tindakan pejuang Hamas melancarkan roket ke wilayah Israel. Kira-kira 12 roket dan bom mortar dilancarkan oleh pejuang Palestin dari Gaza semalam.Tempoh gencatan senjata enam bulan antara kedua-dua pihak berakhir di Gaza minggu lepas.

    disediakan oleh Hariz dan Shukry.

    BalasPadam
  6. Pada realitinya , memang tidak dapat dinafikan bahawa Penyakit Sindrom Pernafasan Akut yang Teruk iaitu SARS yang meragut nyawa hampir 800 orang dan menjangkiti lebih 8,500 orang di dunia dalam jangka masa yang singkat sesungguhnya masih merupakan satu penyakit misteri.SARS juga dikatakan bukan wabak terakhir yang akan mengancam manusia dan dipercayai wabak mikrob baru lain akan menyerang dunia tidak lama lagi.Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) percaya setelah berjaya mendapat kerjasama dunia dalam menangani wabak SARS maka ancaman wabak lain di masa depan dipercayai dapat ditangani dan diatasi dalam jangka masa yang singkat.
    Menurut Pengarah Eksekutif Penyakit Berjangkit WHO, Dr. David Heymann, ini adalah kerana SARS telah mengajar semua pihak betapa pentingnya bersatu dalam melawan sesuatu wabak serta mendapat kerjasama, bantuan dan perpaduan jitu semua pihak termasuk kerajaan.

    -HANIF-

    BalasPadam
  7. lantaran itu, malaysia yang kini bdiambang kemajuan masih lagi memerlukan pekerja asing ba































    gi memenuhi tuntutan negara.

    BalasPadam
  8. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat tempatan. Oleh yang demikian, kehadiran mereka perlu dibendung dan diawasi.

    Jawaheer =)

    BalasPadam
  9. tahniah... anak-anak didik cikgu semakin pandai menulis karangan dan menukil ungkapan dan bukti sokongan. namun, pastikan nukilan anda benar-benar relevan dengan tugasan karangan...

    BalasPadam