Cari Blog Ini

Rabu, 21 April 2010

LATIHAN RINGKASAN

Tips dalam meringkaskan karangan

1. Pelajar tidak boleh menyatakan pendapat ataupun pandangan sebaliknya hanya perlu menyatakan isi bedasarkan kehendak soalan.
2. TIDAK BOLEH menyalin bulat-bulat ataupun memotong-motong ayat dan mencantumkannya menjadi satu ayat dalam ringkasan.
3. Ringkasan bermaksud menulis ISI PENTING berdasarkan soalan.
4. Tulis hanya SATU ISI dalam SATU AYAT.
5. Ayat-ayat yang dibina harus ringkas, tepat dan padat.
6. Gunakan gaya bahasa sendiri tetapi tidak mengubah maksud asal petikan.
7. Gunakan penanda wacana yang ringkas dan tepat bagi menhubungkaitkan isi dengan isi dan ayat dengan ayat.Contohnya, (namun,walau bagaimanapun, justeru dan sebagainya)
8. Gantikan kata bilangan dengan penggandaan yang menunjukkan bilangan bagi menjimatkan jumlah perkataan.Contohnya, ‘para pelajar’(2 perkataan) ditulis sebagai ‘pelajar-pelajar’(1 perkataan)
9. Tulis ringkasan hanya dalam SATU PERENGGAN dalam jumlah perkataan yang dinyatakan dalam arahan.(TIDAK MELEBIHI daripada 80 patah perkataan.)


Contoh Soalan :
Baca petikan tersebut dengan teliti. Kemudian tulis satu ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan. Panjang ringkasan anda tidak lebih 80 patah perkataan. Anda digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal.

Penduduk dunia semakin tertekan! Perkara ini bukan lagi satu persoalan benar atau tidak tetapi lebih kepada perbandingan berapa teruk tahap tekanan atau stres yang dihadapi rakyat sesebuah negara. Tekanan di rumah, di tempat kerja, dan bermacam bentuk tekanan lain dilihat semakin bertambah di kala mencapai kemajuan dan kemodenan.
Agak mustahil bagi seseorang itu hidup tidak menghadapi tekanan kerana semua perkara dalam hidup seharian meninggalkan sedikit kesan kepada kemampuan menyesuaikan diri dengan bermacam keadaan yang dihadapi. Ketegangan jelas kelihatan di seluruh dunia kini akibat bermacam punca, dari bencana alam, peperangan sehinggalah kepada kos makanan.
Dunia menghadapi perubahan mendadak cuaca, terlalu panas atau terlalu sejuk, yang turut membawa bermacam bencana alam.Tidak cukup dengan perkara semula jadi, perbuatan manusia menambahkan lagi bebanan dengan bermacam krisis dan skandal. Pencemaran, krisis bekalan makanan, naik turun harga minyak dan keperluan asas (air, elektrik), harga barang melambung, skandal pencemaran produk makanan, krisis ekonomi dan kini peningkatan pengangguran.
Tidak cukup dengan itu, masih ada yang berselera berperang atau menghalalkan serangan terhadap penduduk awam. Sia-sia dan menyakitkan hati.
Melainkan peperangan, krisis dan skandal serupa turut melanda negara kita. Hasil bermacam cabaran yang perlu dihadapi kini, semakin banyak kejadian ‘tekanan melampau’ dapat dilihat dalam paparan berita. Gejalanya mudah dikesan, dari tindakan melepas geram di khalayak ramai, cara pemanduan di jalan raya, gaya pertuturan dan juga cara berkomunikasi, terutamanya di kaunter-kaunter perkhidmatan.
Bagaimanapun, perlu diingat rakyat Malaysia juga menghadapi tekanan tinggi dalam memahami dan menyesuaikan diri dengan bermacam perkara yang berlaku secara berturut-turut. Bersamalah kita kembalikan ketenangan dan keceriaan hidup, bukan hanya untuk diri dan keluarga, malahan untuk semua yang menggelar Malaysia ‘tanah tumpah darah’.

Pemahaman :

1. Apakah maksud rangkai kata krisis dan skandal?

2. Apakah gejala negatif yang dialami oleh manusia apabila mereka menghadapi tekanan?

3. Bagaimanakah kita menghadapi tekanan-tekanan ini secara positif?

12 ulasan:

  1. cikgu latifah.
    saya tak pandai menulis ringkasan.
    tetapi latihan yang cikgu beri ini sungguh menarik.
    saya perlukan dorongan dan ajaran dari cikgu.
    dekat sekolah saya cikgu yang ajar bm india mana saya faham.
    saya harap cikgu dapat membantu saya dalam masalah ini.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas sokongan anda...insyaAllah, cikgu akan beri latihan ringkasan dari semasa ke semasa... cubalah ye!!!

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan.

    Petikan membincangkan faktor-faktor tekanan dalam kehidupan.
    Antaranya ialah mereka menghadapi tekanan di rumah dan di tempat kerja. Mereka juga menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian . Perubahan cuaca turut membawa kepada bencana alam yang pelbagai. Pencemaran alam telah berlaku.Bekalan makanan semakin berkurang.Harga minyak yang naik turun dan harga barangan yang kian melambung turut menjadi faktor .Kadar pengangguran semakin meningkat ,krisis ekonomi dan kekurangan keperluan asas. Peperangan menghalalkan serangan terhadap penduduk awam.
    . Kesimpulannya, setiap individu perlu bijak menangani masalah yang dihadapi agar mereka dapat mengimbangkan emosi, jasmani, intelek dan rohani.
    .
    (80 patah perkataan)

    BalasPadam
  5. Ringkasan mengenai punca-punca tekanan dalam kehidupan.

    Petikan membincangkan faktor-faktor tekanan dalam kehidupan.
    Antaranya ialah mereka menghadapi tekanan di rumah dan di tempat kerja. Mereka juga menghadapi tekanan dalam kehidupan seharian . Perubahan cuaca turut membawa kepada bencana alam yang pelbagai. Pencemaran alam telah berlaku.Bekalan makanan semakin berkurang.Harga minyak yang naik turun dan harga barangan yang kian melambung turut menjadi faktor .Kadar pengangguran semakin meningkat ,krisis ekonomi dan kekurangan keperluan asas. Peperangan menghalalkan serangan terhadap penduduk awam.
    . Kesimpulannya, setiap individu perlu bijak menangani masalah yang dihadapi agar mereka dapat mengimbangkan emosi, jasmani, intelek dan rohani.
    .
    (80 patah perkataan)

    BalasPadam
  6. salam pn Latifah.. saya ingin minta perkongsian ilmu dari pn jawapan soalan pemahaman ringkasan tersebut...
    jemput masuk blogspot saya- http://syairah-merpatiputih.blogspot.com/ dan fb saya merpati putih dan syairah diyana... salam perkenalan dr sya...

    BalasPadam
  7. cik syairah@merpati putih... salam perkenalan... moga kita dapat berkongsi ilmu yang baik. Insya Allah.

    BalasPadam
  8. salam,,,cikgu kalau kita menambahkan penanda wacana boleh kan,,,

    BalasPadam
  9. Cikgu terima kasih. Saya mulai memahami ringkasan. Setiap peperiksaan markah untuk ringkasan sangat rendah. Tetapi apabila saya membaca tips cikgu ni, tidak lagi saya akan dapat 10/20.

    BalasPadam
  10. salam cikgu
    saya nur farahin
    dari penang
    cuma nk tanya
    kalau kita nk buad ringkasan..
    berapa isi kita kena ada
    (13 tahun)

    BalasPadam
  11. sya x brape reti dlm ringkasan tpi bleh la sikit2 saya nak blajar lbh mendlm lagi sbb hri isnin nie.. saya priksa

    BalasPadam
  12. slm ckgu sya nk tnya klau dlm ringkasan nie.. kita bleh ke letak akhir skali kat isi yang terakir bleh ke ckgu?

    BalasPadam