Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.
Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kail tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.
Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
Khazanah Puisi Klasik Melayu, 2003
Maksud
Rangkap 1
Seseorang yang miskin dan tidak mempunyai wang biasanya tidak dihiraukan oleh orang lain. Hal ini akan membuatkan orang berkenaan berasa sangat kecewa.
Rangkap 2
Setiap masalah dan nasib malang yang dihadapi oleh seseorang bukan disebabkan oleh orang lain tetapi sememangnya takdir kehidupannya begitu.
Rangkap 3
Sudah menjadi resam dunia apabila orang itu memiliki sesuatu yang baharu, dia akan mengabaikan yang lama.
Tema : Kesedihan akibat kehidupan yang miskin, nasib yang sentiasa malang, dan sering disisih oleh masyarakat.
Persoalan :
i. Persoalan tentang masalah kewangan yang sering menjadikan seseorang itu sentiasa dibelenggu masalah.
ii. Persoalan tentang nasib yang menimpa diri seseorang sememangnya sudah ditakdirkan.
iii. Persoalan tentang sikap manusia yang mengabaikan sesuatu yang lama setelah mendapat sesuatu yang baharu.
Nilai
i. Kesabaran - manusia mestilah sentiasa sabar menghadapi masa-masa sukar kerana ketiadaan wang dan sebagainya.
ii. Bersyukur - manusia sentiasa bersyukur dan berserah apabila menerima nasib yang kurang baik.
iii. Mengenang jasa - manusia tidak harus mengamalkan sikap lupa daratan apabila mendapat sesuatu yang baharu.
Pengajaran
i. Kita hendaklah bersabar untuk menempuh segala masalah yang bakal dihadapi.
ii. Manusia hendaklah sentiasa bersyukur dan menerima segala dugaan yang ditakdirkan.
iii. Masyarakat mestilah mengenang jasa orang dan tidak mengamalkan sikap melupakan yang lama setelah memperoleh sesuatu yang baharu.
Bentuk
i. Terdiri daripada tiga rangkap pantun.
ii. Puisi ini merupakan pantun enam kerat kerana terdiri daripada enam baris dalam satu rangkap.
iii. Tiga baris pertamanya ialah pembayang dan tiga baris yang terakhir ialah maksud.
iv. Jumlah kata dalam baris adalah antara 3 – 4 patah.
v. Bilangan suku kata dalam baris antara 8 – 12 suku kata.
vi. Rima akhirnya ialah a,b, c, a,b, c.
vii. Puisi ini berbentuk terikat dengan ciri-ciri puisi tradisional
Gaya bahasa
i. Ada menyelitkan penggunaan kata arkaik/klasik seperti pura (wang).
ii. Ada unsur gaya bahasa perbandingan simile.
Contohnya :
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Ibarat melukut di tepi gantang.
terima kasih kerana membantu saya membuat tugasan... :)
BalasPadamTerima kasih kerana banyak membantu..
BalasPadamterima kasih kerana telah membantu saya membuat tugasan dengan nota yang anda berikan ..saya harap anda dapat membuat soalan kbkk dengan banyak kerana itu akn mnjadi prkara utama pelajar mncari bahan ini
BalasPadamterima kasih kerana saya boleh belajar dengan lebih faham.saya boleh dapat keputusan yang cemerlang dalam perperiksaan pertengah tahun ini.
BalasPadamterima kasih kerana membantu saya membuat tugasan
BalasPadamterima kasih !! saya boleh gunakan untuk tugasan dan ulangkaji spm 2012 ni...
BalasPadamterima kasih kerana mewujudkan blog ini....dengan adanya blog ini saya dapat mempelajari ilmu pengetahuan yang berguna....sekali lagi terima kasih... :)
BalasPadamterima kasih bagi maksud rangkap guru...kerana telah membantu saya buat kerja sekolah saya :D
BalasPadamTerima kasih cikgu, semoga cikgu mendapat pahala disisi Allah :)
BalasPadamterima kasih ye ,,
BalasPadamaskum, terima kasih cikgu kerana telah mewujudkan blog ini.oleh itu saya boleh gunakan blog ini untuk membuat tugasan saya.
BalasPadambagus
BalasPadamterima kasih kerana telah membantu dalam mengajar saya membina pantun 6 kerat...terima kasih-PELAJAR SMK DATO' ONN ARONEEE
BalasPadamterima kasih atas nota cikgu.sgt berguna.semoga ilmu cgu dpt dimanfaatkan dgn baik oleh org lain.
BalasPadamSaya dah kasi makan kat 'fish' cikgu sebab tolong saya dengan tugasan. Terima Kasih :D
BalasPadamthanks cikgu...
BalasPadamNasib baik ada cikgu ni..
BalasPadamKalo tidak, memang saya kena denda.. :D
thank you teacher =]
BalasPadamterima ksih sbab cikgu sy bleh wat krja sy.......
BalasPadamasslamaualaikum..mohon izin saya copy utk PDP
BalasPadamsyukran!!! atas maklumat yg saya perolehi..hrap2 dpt mnimba ilmu bersma
BalasPadamterima kasih cikgu..:)
BalasPadamTerima kasih..
BalasPadamTerima kasih ...
BalasPadamTerima kasih...
BalasPadam