Cari Blog Ini

Isnin, 7 November 2011

Tudingan SPM 2011 - KOMSAS ( NOVEL)

Soalan 4: Novel
[15 markah]


Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(ii) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah

(a) Sesebuah novel mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat dalam novel tersebut ( 7 markah )

JAWAPAN

NOVEL MELUNAS RINDU

1. Danau Seberang
Fuad dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail tinggal.
Di situlah Fuad belajar mengaji dengan Pak Ismail.

2. Di surau, Danau Seberang
Fuad tiba di surau untuk solat Isyak berjemaah

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia
Fuad berkhidmat sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Beliau berkhidmat bersama-sama dengan Cikgu Farhana.

4. Rumah Peter Lim di Sungai Ruan
Fuad pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya Peter Lim setelah setahun tidak pulang.
Peter Lim sakit dan menghadapi masalah perbelanjaan hidup. Fuad berjanji akan menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya .Fuad bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim dan mahu mencari susur galur sebelah ibunya

5. Perkampungan Felda Lembah Klau
Fuad dan Pak Said bertemu dengan Pak Ngah Lias, dalam usaha Fuad mencari ibunya, Mariana.Mariana dan Pak Seman tinggal sebelum mengikut kakak angkatnya berpindah Bentong.

6. Kampung Sedili – terletak di Kuala lipis
Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias menjejaki kubur ibu Fuad, Mereka bertemu dengan Pak Shamsuddin yang akhirnya memberitahu bahawa ibu Fuad belum meninggal dunia.

7. Kawasan Perumahan Taman Mas, Kuantan
Terletaknya rumah Farhana dan di sinilah Fuad diperkenalkan kepada ibu Farhana, Mariana

8. Taman Syahbandar
Di sinilah letaknya sebuah restoran yang bernama Restoran Terapung Taman Syahbandar. Fuad makan bersama-sama dengan Farhana di restoran ini bagi meraikan hari lahir Farhana.

9. Rumah Cikgu Zamani
Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya ada jemputan doa selamat
Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang dianggotainya.
Fuad mempertikaikan tentang jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satu Fuad berasa ada pertentangan pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam. Fuad tidak bersetuju dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu Farhana

10. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Tempat ibu Farhana, Mariana Osman dirawat. Di sinilah Fuad bertemu dengan ibunya semula. Robert Lim juga datang ke hospital ini dan bertemu dengan Fuad, Farhana serta Mariana.


11. Lapangan Terbang KLIA
Keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah. Robert Lim turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka


KABUS DI PERBUKITAN

1. Di Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia
Azrul dan Rahayu belajar dan mencari maklumat.Rahayu tiba-tiba pengsan di sini.

2. Bukit Fraser
Tempat Faridah dan rakannya Mastura serta anak-anak muridnya mengadakan perkhemahan. Faridah meninggalkan tempat ini untuk pergi ke Raub. Van yang dipandu oleh Faridah terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser menuju ke Pekan Raub.

3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Rahayu dirawat kerana menghidap kanser di leher.
Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi ( bawah sedar).Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma
Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma

4. Di Bukit Kutu
Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung bermalan di Bukit Kutu untuk mencari Faridah.

5. Di Perkampungan Orang Asli Temuan
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di perkampungan ini untuk mencari Faridah dan Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di rumah Tok Batin Senik

6. Di rumah Tuan Cecil Renking, Bukit Kutu
Faridah dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Panglima Garang telah dibawa ke sini. Mereka telah diberi sebuah bilik bersebelahan dengan Amah Siti.
7. Sungai Besar, Selangor
Tempat kelahiran Rahayu dan Faridah tetapi Faridah dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin
Rahayu dibawa pulang oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius. Jenazah Rahayu / Salmah dan Ghazali disemadikan di Sungai Besar

8. Rosewood, Christchurch
Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun dan membina hidup barunya dengan berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons).Di sini juga Melina membawa Benny untuk berkenalan dengan Faridah dan Soleh. Pusat penternakan kambing biri-biri

9. Auckland, New Zealand
Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis pelan
Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean. Pertemuan ini telah membawa mereka ke jinjang pelamin

10. Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Melina dan Benny menginap di hotel mewah ini setelah tiba dari new Zealand kerana Benny mempunyai urusan di Kuala Lumpur sebagai Pengarah Operasi Syarikat Al-Jabbar

11. Marang, Terengganu
Tempat tinggal Melina dan Benny selama 2 tahun
Banglo Melina di hadapan pantai Marang. Melina suka akan pemandangan laut kerana cuacanya lebih nyaman dan banyak menghabiskan masanya dengan melukis.
Tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia

12. Kampung Parit 13
Tempat tinggal Azrul dan di sinilah Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian

13. Cameron Highlands
Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage)
Tempat pertemuan semula Faridah dengan Datuk Azrul (Teman sekuliah Rahayu).
Datuk Azrul datang untuk membincangkan perkahwinan antara Anne dan Zain
Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff Carlsons

14. Tanah Tinggi Loging
500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat agropelancongan tanah tinggi

15. Di Emirate Hotel, Dubai.
Melina dan Soleh Johnson ke sini untuk menemui Benny. Benny yang melarikan diri tanpa sebarang berita telah meminta maaf kepada Melina kerana meninggalkannya seorang diri.



NOVEL KABUS DIPERBUKITAN – TINGKATAN LIMA

WATAK UTAMA :

Set 1

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan cabaran yang ditempuhi oleh watak utama.

(7 markah)
Skema Jawapan :

i. Cabaran berpisah dengan ahli keluarga.
Setelah ibu bapanya bercerai, Faridah terpaksa berpisah dengan adik kembarnya Rahayu. Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya manakala Rahayu mengikut ayahnya dan ibu tirinya, Hamidah.

ii. Cabaran menghadapi kehilangan orang tersayang
Faridah kehilangan adik kembarnya, Rahayu akibat penyakit kanser, selang beberapa tahun dia kehilangan ibunya akibat terlalu merindui arwah Rahayu. Akhirnya, suaminya Ghazali turut meninggal dunia akibat ditimpa kemalangan.

iii. Cabaran hidup seorang diri di bumi asing
Setelah kematian Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya Ghazali, Faridah meneruskan hidup bersendirian. Selepas itu, dia membawa diri ke New Zealand kerana mengikuti Kursus ‘Comunitty Services for Disable People’ selama enam bulan. Faridah terpaksa menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di bumi asing.

iv. Cabaran putus tunang
Faridah terpaksa menerima hakikat, Azman telah memutuskan pertunangan mereka melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) tanpa sebab. Hasrat Faridah untuk bertemu dengan Azman bagi mendapatkan penjelasan tidak kesampaian kerana dia ditimpa kemalangan.


NOVEL MELUNAS RINDU TINGKATAN EMPAT:

Cabaran watak utama:

i. Cabaran sebagai saudara baru
Sebagai saudara baru, Fuad gigih mendalami ilmu agama dan belajar mengaji dengan Pak Ismail. Selain itu, Fuad sentiasa menunaikan solat secara berjemaah walaupun dalam keadaan sibuk. Contohnya, Fuad bergegas ke surau untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah walaupun terlewat pulang kerana mencari kayu api di hutan.


ii. Cabaran mencari ibu kandungnya
Fuad gigih berusaha mencari saudara mara sebelah ibunya di Lembah Klau untuk mengesan pusara ibunya. Dengan bantuan Pak Ngah Lias dan Pak Samsudin, Fuad mendapat petunjuk bahawa ibunya masih hidup kerana pusaranya tidak ditemui sehingga kini. Fuad gigih meneruskan usaha mencari ibu kandungnya walaupun terpaksa meminta bantuan daripada ayahnya, Robert Lim.

iii. Cabaran menghadapi kebencian ibu angkat.
Fuad tabah menghadapi sikap Mak Salmah yang membencinya kerana dia dikatakan punca kematian Sofia. Sejak peristiwa itu, Mak Salmah bersikap dingin terhadap Fuad, dia enggan makan semeja dengan Fuad walaupun tinggal serumah. Fuad tetap bersabar menghadapi kemarahan Mak Salmah sehinggalah Mak Salmah memaafkannya.

iv. Cabaran berpisah dengan orang tersayang
Fuad menghadapi cabaran kerana terpaksa menerima hakikat gadis yang dicintainya, Farhana merupakan adik kandungnya.

v. Cabaran dalam kerjaya
Fuad menghadapi cabaran untuk meningkatkan prestasi pencapaian bahasa Inggeris dalam kalangan anak didiknya. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang ‘Program mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Set 2

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan keistimewaan yang dimiliki oleh watak utama. (7 markah)

SKEMA JAWAPAN :

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN LIMA

i. Watak utama mempunyai jati diri yang tinggi
Faridah sanggup pulang semula ke Malyasia setelah 25 tahun menetap di New Zealand bersama keluarganya kerana perasaan rindu yang mendalam terhadap kampung halamannya di Sungai Besar. Selain itu, Faridah berjanji akan tetap mengekalkan kerakyatannya sebagai rakyat Malaysia.


ii. Watak utama sangat prihatin kepada kanak-kanak istimewa
Sebagai contoh, Faridah sanggup bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kanak-kanak istimewa. Faridah amat meminati tugas tersebut walaupun hanya dibayar elaun yang kecil. Dia berpendapat berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa seperti Iqbal dianggap sebagai satu ibadah.

iii. Watak utama seorang yang tabah
Faridah tabah menghadapi perpisahan dengan adik kembarnya kerana ibu bapanya bercerai. Sejak peristiwa itu, mereka sentiasa merindui antara satu sama lain kerana Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya manakala Rahayu dipelihra oleh bapanya dan ibu tirinya, Hamidah.

iv. Watak utama seorang yang gigih
Faridah telah mengikuti Kursus ‘Comunitty services for Disable People’ selama enam bulan di New Zealand untuk meningkatkan ilmu dalam kerjayanya. Faridah gigih menyesuaikan diri dengan kehidupan baru yang begitu asing baginya.

v. Watak utama seorang yang penyayang
Faridah amat menyayangi ahli keluarganya. Sebagai contoh, Faridah tetap tinggal bersama ibunya, Salmah walaupun telah berkahwin dengan Ghazali kerana dia ingin menjaga ibunya yang kurang sihat akibat terlalu merindui arwah anaknya Rahayu.

vi. Watak utama seorang yang rasional
Faridah merupakan seorang yang rasional kerana dapat menerima hakikat kehilangan ahli keluarganya iaitu Rahayu, ibunya dan suaminya, Ghazali akibat ditimpa kemalangan jalan raya.



vii. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama dan perintah Tuhan
Watak utama tetap menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah walaupun telah 25 tahun hidup di New Zealand. Mereka menunaikan solat lima waktu, menghantar anak-anaknya, Anne dan Melina mendapatkan pendidikan agama, tidak mengambil makanan yang haram dan membaca Yasin.


NOVEL MELUNAS RINDU TINGKATAN EMPAT

i. Watak utama seorang yang gigih
Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Fuad telah ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan bertemu dengan keluarga sebelah ibunya untuk mengesahkan sama ada ibunya masih hidup atau benar-benar telah meninggal dunia.

ii. Watak utama seorang yang tabah
Fuad tabah menerima hakikat bahawa gadis yang dicintai, Farhana merupakan adik kandungnya. Oleh itu, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk memperisterikan Farhana.

iii. Watak utama seorang yang bertanggungjawab
Fuad merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang Program ‘mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

iv. Watak utama sebagai seorang yang mengenang jasa
Fuad telah membeli tanah seluas setengah ekar dan Fuad menamakan Pak Ismail sebagai pemiliknya sebagai membalas jasa Pak Ismail yang telah mengajarnya mendalami ajaran Islam dan memelihara setelah dia memeluk agama Islam. Selain itu, Fuad sanggup membiayai yuran persekolahan Ah Soh dan Mei Lin sebagai membalas jasa apak dan mama yang telah memeliharanya selama ini.

v. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama
Sebagai seorang saudara baru, Fuad tekun mendalami agama dan belajar mengaji al-Quran dengan pak Ismail. Dia juga sering ke surau berhampiran untuk solat berjemaah dengan penduduk kampung.

vi. Watak utama sebagai seorang yang suka membantu
Fuad membantu Farhana merancang Program ‘Mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, Fuad turut membantu menghantar anak Borhan yang mengalami deman panas dengan ikhlas walaupaun pada waktu malam.




vii. Watak utama sebagai seorang yang mengambil berat
Fuad merupakan seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat. Sebagai contoh, Fuad bergegas ke Kuantan apabila mengetahui Farhana dalam kesusuhan kerana ibunya sakit.



Set 3

Berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari, huraikan persamaan watak utama dengan memberi contoh yang sesuai. (8 markah)

NOVEL KABUS DI PERBUKITAN TINGKATAN LIMA

Persamaan watak utama :


i. Watak utama sangat prihatin terhadap kanak-kanak istimewa
Sebagai contoh, Faridah sanggup bekerja sebagai sukarelawan di Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menjaga kanak-kanak istimewa. Faridah amat meminati tugas tersebut walaupun hanya dibayar elaun yang kecil. Dia berpendapat berkhidmat kepada kanak-kanak istimewa seperti Iqbal merupakan satu ibadah.

ii. Watak utama seorang yang tabah
Faridah tabah menghadapi perpisahan dengan adik kembarnya kerana ibu bapanya bercerai. Sejak peristiwa itu, mereka merindui antara satu sama lain kerana Faridah dipelihara oleh ibu kandungnya, Salmah manakala Rahayu dipelihra oleh bapanya dan ibu tirinya, Hamidah.

iii. Watak utama seorang yang gigih
Faridah telah mengikuti Kursus ‘Comunitty services for Disable People’ selama enam bulan di New Zealand untuk meningkatkan ilmu dalam kerjayanya. Faridah gigih menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu di bumi asing.

iv. Watak utama seorang yang penyayang
Faridah amat menyayangi ahli keluarganya. Sebagai contoh, Faridah tetap tinggal bersama ibunya, Salmah walaupun telah berkahwin dengan Ghazali kerana ingin menjaga ibunya yang kurang sihat akibat terlalu merindui arwah anaknya Rahayu.

v. Watak utama seorang yang rasional
Faridah merupakan seorang yang rasional kerana dapat menerima hakikat kehilangan ahli keluarganya iaitu Rahayu, ibunya Salmah dan suaminya, Ghazali akibat ditimpa kemalangan jalan raya.

vi. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama dan perintah Tuhan
Watak utama tetap menjalani kehidupan sebagai seorang muslimah walaupun telah 25 tahun hidup di New Zealand. Mereka menunaikan solat lima waktu, menghantar anak-anaknya, Anne dan Melina mendapatkan pendidikan agama, tidak mengambil makanan yang haram dan membaca Yasin.


viii. Watak utama seorang yang gigih
Fuad gigih berusaha mencari ibu kandungnya. Fuad telah ke Lembah Klau untuk mencari pusara ibunya dan bertemu dengan keluarga sebelah ibunya untuk mengesahkan sama ada ibunya masih hidup atau benar-benar telah meninggal dunia. Oleh itu, dia menerima cadangan apak dan mamanya agar Fuad mendapatkan gambar dan cincin perkahwinan daripada Robert Lim bagi memudahkan pencariannya.

ix. Watak utama seorang yang tabah
Fuad tabah menerima hakikat bahawa gadis yang dicintai, Farhana merupakan adik kandungnya. Oleh itu, dia terpaksa membatalkan hasrat untuk memperisterikan Farhana.

x. Watak utama seorang yang bertanggungjawab
Fuad merupakan seorang yang bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasnya mendidik anak bangsa. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang Program ‘mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

xi. Watak utama sebagai seorang yang mengenang jasa
Fuad telah membeli tanah seluas setengah ekar dan Fuad menamakan Pak Ismail sebagai pemiliknya sebagai membalas jasa Pak Ismail yang telah mengajarnya mendalami ajaran Islam dan memelihara setelah dia memeluk agama Islam. Selain itu, Fuad sanggup membiayai yuran persekolahan Ah Soh dan Mei Lin sebagai membalas jasa apak dan mama yang telah memeliharanya selama ini.

xii. Watak utama sebagai seorang yang taat pada agama
Sebagai seorang saudara baru, Fuad tekun mendalami agama dan belajar mengaji al-Quran dengan Pak Ismail. Dia juga sering ke surau berhampiran untuk solat berjemaah dengan penduduk kampung.

xiii. Watak utama sebagai seorang yang suka membantu
Fuad membantu Farhana merancang ‘Program Mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, Fuad turut membantu menghantar anak Borhan yang mengalami deman panas dengan ikhlas ke klinik walaupaun pada waktu malam.

xiv. Watak utama sebagai seorang yang mengambil berat
Fuad merupakan seorang yang sangat prihatin dan mengambil berat. Sebagai contoh, Fuad mengambil berat terhadap anak muridnya yang tidak dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Sebagai contoh, Fuad dan Farhana telah merancang Program ‘mentor-mentee’ dan ‘English Personal Guidance’ untuk mendidik anak muridnya agar mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik. Selain itu, Fuad bergegas ke Kuantan apabila mengetahui Farhana dalam kesusuhan kerana ibunya sakit.

2 ulasan: